Monday, April 16, 2012

11 April - Cerita 2 : Tertipu? Ditipu?

Ataupun kesilapan teknikal? Sapa yg cam aku, yg sker beli beli deal tu meh baca walo entry ni napak pjg n membosankan. Tanpa gmbr lak tu. Tp kalo tak rajin nak baca. Takpe. Takde masalah. 


Ini cerita kedua yang terjadi pada 11 April. Byk plak citer pada 11 April kan. Haih!

Oke, sblm aku makan makan kat Flaming tu, aku sebenarnya ada tujuan lain. Aku nak redeem voucher jugak, tp dari syarikat lain plak. Yg Flaming tu dari Groupon.

Suppose aku redeem dari last month. Tp dek kerana sebuk ngan Hari Kraf seme, maka, 11hb April ni baru ada kelapangan (due utk redeem adalah 15 April 2012). Aku call nombor (hp) yg diberi utk booking. Tp dikatakan salah nombor. Aku mula kompius. Tgk pada nombor yg diberi dah betul. Call no. fixed line takde jawapan. Tp aku masih ber sangka baik. Aku pikir mungkin seme2 kat situ bz. Tk smpat nak jawab phone.

Nak dijadikan cerita, kedua-dua tpt yg aku nak redeem ni (Flaming n satu lagi ni) mmg la berhampiran sgt. Kurang 100meter pun aku rasa. Cuma meke berada di blok yg berlainan. Oleh kerana aku booking Flaming jam 5pm, maka aku nak la redeem yg tu dulu. Lepas zohor kuar umah. Pegi la Platinum Walk, Danau Kota. First time pun aku ke situ. Down Town Danau Kota pun dah berkurun tak pegi. Apatah lagi Festival City Mall tu.

So, carik la kedai utk redeem tu. Jumpa. Mmg jumpa.

Tapi.
Boleh plak.
Kosong!

Ya. Kedai tpt aku nak redeem tu kosong. Dlm bahasa mudahnya kedai tu dah tak beroperasi!.

Ha. Siap ada tampal 'for rent' oke kat luar nye walo signage kedai tu masih ada lagi.
Oleh krn aku ni pun menguruskan hal sewa menyewa premis, aku suspect kedai itu mungkin telah ditutup akibat tak bayar sewa.  Itu tanggapan aku lah. Sbb sebenarnya hanya kedai itu je lah yang tahu kan.  Kalau tak, takkan la tetiba plak tak beroperasi kan. Aje ke giler ke hapa, da jual voucher, lps tu tutup kedai.

Kut takut tersalah ke, kami naik ke tgkt 1, tp mana mungkin. Kedai lain la jumpa. Mmg sahih kedai tu dah takde. It's gone oke. It's gone. (cewah...! Emosi la kononnya)

Ni lah dia. Pengalaman orang kata kan. Mujo. Mujo sesgt voucher tu murah. (below RM50). Bila aku tgk balik kat link tu, yg beli cuma 20 orang. Tp kalo 20x30 = 600. Dlm 600 jugak dia kaut. Mungkin bleh top up sewa kedai dia. 

Aku mmg ada amik gmbr kedai tu. Dan aku da buat aduan ke sykt yg aku beli voucher tu. Termasuk emelkan gmbr. Derang kata nak siasat. Dan aku tak rasa aku boleh dpt duit aku balik.  Tkpe lah yang tu. Aku memang dah redha kalo tak dpt. Itu mmg bukan rezeki aku la namanya.

Aku tak kata syarikat yg jual deal ni yang menipu. Dan aku pun tak buleh nak salahkan syarikat tu 100%. Cuma derang ni kena la tgk dulu sykt/kedai yg deal ngan derang tu. Jgn main tangkap muat je kan.

Buat masa ni aku tak dedahkan lagi sykt mana. Tp sapa yg follow, mmg tau aku stick pada 3 company yg jual voucher n deals nih.. Dan yg nyata mmg bukan Groupon. Takat ni, Alhamdulillah, aku tak penah ada bad experience ngan Groupon. Aku yg buat select ada. Taknak redeem voucher awal2, smpai da expired. Lebur RM150 time tu. Huhu. Tp retu kat Groupon gak (kalo tak silap) ada buat voucher The Haven yg kat atas Bukit Ampang tu kan. Tp tpt tu ditutup atas arahan PBT. Kalo yg aku kena ni tatau la aku nak kategorikan cemna.

Cuma kalo lps 1 week aku masih tak dpt jawapan yg memuaskan dari emel aduan aku tu, aku akan gitau sykt apa, dan voucher jenis apa aku kena tu. Dan buat masa ni, mmg aku banned dah sykt tu la. Cuma kalo jawapan dia memuaskan, I'll be consider. 

So, pas ni pengajaran buat aku. Jgn main klik buy sesuka hati. Dan mmg aku takkan amik lagi dah voucher dari kedai2 yg ala-ala je.

13 comments:

::EIDA:: said...

Rugi rugi! walaupun below RM50.. huuu~ Sila dedahkan kekda... supaya adik2 mu ini lebih berwaspada.. ewaahhh...

PutriesNoora said...

kekda noora penah gak beli voucher the haven tu,beli dgn mydeal,pas kena tutup,noora email terus kat mydeal,dorang kol and bagi refund voucher balik,unlimited time lagi..ok la layanan dorang,kira xlepas tangan...pe kata kekda email or call direct kat syarikat jual deal=)

puanstoberi said...

EIDA :
Tggu dulu hasil siasatan derang. If takde gak..dun wori. Akak akan dedahkan.

PUTRI :
Hihi. Ni misti tak baca bebtul entry akak yeaaa... aaa.... aa.... hihikss.
Akak ada tulis kan, akak da buat aduan.
Tang sini :
"Dan aku da buat aduan ke sykt yg aku beli voucher tu. Termasuk emelkan gmbr. Derang kata nak siasat."

Aaaaa...... hikhik... :)

nad said...

alemak kak...
saya dah mula risaukan sesuatu.........!!!

Z.U.E said...

kek da saya pun kene tipu gak tp bukan online deal, tapi face to face deal siap gi kedai lagi.. minggu ni pegi minggu depan dah takde kedai tutup dahhhh hangussss RM250! gerammmm!

rDnA said...

waaaa syarikat ape tu kekda??takut jugak camni..so far dina tak pernah la lagi ada bad experience camni tapi takut pulak terkena.even tak banyak mana pun duit lebur tapi bila dah kena tipu sakit jugak hati

eKa said...

alamak...takutnya dengar...eka ni dah la rajin je bervoucher skang ni...tp eka saklunya dgn groupun la...haiiissyyy...susah hati sudah

puanstoberi said...

NAD :
Mengapakah? Risau apa kah??

CINTA :
Aaaa... tu lagi konghajoo....

puanstoberi said...

rDnA :
Nati akak bgtau. Skang derang kata nak siasat kan. So, kita tunggu. If not..akak sebarkan je.

EKA :
Kalo jenis yg guna online gak i.e photobook, mungkin kebarangkalian nak kena tipu tu kurang la. Cuma hok service yg kena pegi kedai dia tu. Tp tu pun once in a blu moon. Tak salu terjadi. Dun wori yer :)

ekinashikin said...

warghh..nangis la mcm ni kak reen...
tp dah bukan rezki..jht sungguh kedai itu..

Zana Adieyza said...

kekda up entry ni baru teringat pasal deal zana kat ampang look out point tu.. hihihi.. diaorang ada emel tapi zana lupa nak respond lagi.. hihihi.. tq kerana ingatkan zana..

pasal deal tipu ni, mmg dugaan betul la kan kak.. teruk la kedai tu kan..nnti kalau respond x ok, bgtau jer trs kat blog ni kak.. hihihi

ch@ said...

kekda ni, tu la suka benor. utk peringatan kekda juga kan. berhati-hati meredeem utk masa akan datang ok.

puanstoberi said...

EKIN :
Mujo murah..kalo mahal... eiii


ZANA :
Ha..kenapa tak emel. Kalo tak sure dpt refund :)


CHA :
Yerp. Tk berani nk redeem yg lebih RM50