Tuesday, April 3, 2012

Krabi : Versi Tak Sabar Rasanya



Tenang dikelilingi pantai



KRABI, Thailand adalah destinasi percutian ideal bagi mereka yang ingin mencari ketenangan di kawasan yang dikelilingi pantai dan jauh daripada hiruk-pikuk kenderaan.

Walaupun memiliki bandar kecil, ia tidak menjadi masalah kerana rata-rata pelancong ke Krabi menjadikan Ao Nang kawasan tumpuan utama untuk dilawati. 
Hanya deretan kedai dan dua pasar raya boleh dilihat di sepanjang jalan raya dari Krabi International Airport ke Ao Nang. 

Krabi agak sesak dengan pelancong terutama dari Eropah sekitar Disember dan April bagi mengelak cuaca sejuk di negara mereka, selain berpeluang berjemur dari pagi hingga petang.

Nama Krabi dikatakan diambil daripada nama sebilah pedang purba manakala yang lain mendakwa daripada sejenis spesies pokok tempatan.

Untuk ke pantai Ao Nang, kira-kira 30 kilometer dari bandar Krabi, anda boleh menaiki van, menyewa kereta atau tuktuk iaitu sejenis lori kecil sebagai pengangkutan awam. 

Walaupun bandar Krabi sunyi tetapi apabila anda tiba di Ao Nang, keadaan bertukar ceria dengan gelagat orang ramai membeli-belah. 

Aktiviti malam meriah walaupun kebanyakan kedai tutup seawal jam 9.30 malam tetapi kelab malam dan pusat hiburan dibuka sehingga jam 2 pagi. 

Aktiviti utama di Krabi ialah meronda pulau (Island Hopping). Anda boleh mengelilingi Laut Andaman yang menyediakan panorama indah. 

Beberapa pulau lain yang popular di kalangan pelancong ialah Koh Phi Phi, Monkey Island, Viking Island, Maya Bay, Chicken Island dan Bamboo Island. 

Keunikan pulau itu menjadi ilham kepada penerbit filem luar negara untuk merakam keindahannya termasuk filem James Bond dan The Beach lakonan Leonardo DiCaprio. 

Di Hot Stream, pengunjung boleh merasai kolam air panas semula jadi manakala di Emerald Pool, pelancong pasti terpegun dengan keindahan tumbuh-tumbuhan di sepanjang berjalan kaki sejauh 800 meter. 

Aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah memanjat gunung batu kapur, menaiki gajah di Koh Lanta National Park atau ke Tiger Cave Tample untuk menimba pengalaman baru. 

Usah risau makanan halal kerana kira-kira 40 peratus penduduknya beragama Islam dan banyak restoran Muslim. Paling enak ialah tomyam berkuah putih, som tam, sotong kering, jagung bakar dan kerabu betik. 

Untuk mengelilingi bandar ini, cara terbaik ialah menyewa motosikal kerana ia antara pengangkutan paling digemari penduduk tempatan.

kredit : Metro

*******
Mula la tak menyaba-nyaba dah ni. Adoii..padahal lambat pun lagi. Tp borang utk dpt kelulusan dah hantar. Adoi.adoi. Besnya la hai bila baca pengalaman blogger-blogger lain. 
Skang tgh carik2 info dan kos2 berkaitan. Lps tu buat draft itinerary kat sana nati. Wieee... Insyalllah....


kredit : Malaysiabrides


10 comments:

Nana said...

bg org pencinta laut mcm saya
ni antara tempat yang saya nak g
satu ari nanti
klw di murahkan rejeki heee

::EIDA:: said...

Sama sama lah kita menyabarkan hati yang semakin tak sabar.. heee~~ Weee tak sabar jugak!!!

mekchu said...

vavavava.. ke krabi lah pulak.. mmg jeles sbb sekarang fasa kuarantin lah katakan.. bila nak peginya tu..

ejaMaria said...

ofismate kita baru je balik dari krabi... mmg best kata dia... emerald pool mmg sangat cantik... pastu phi-phi island kena pergi... pun sangat cantik...

kita pulak rasa seronok dengar org nak pegi krabi ni... ;p

Nad @ MamaZakwan said...

adik saya pun baru balik dr krabi
hanimun kat sana

eKa said...

syioknya.bila eka dpt pegi tah...kalu ikut kebiasaan cuti bln6 kami laki bini salu melepak kat pulau tp kali ni tak tau la canne.langsung takde plan...nak uruskan hal yg lebih penting.hal masa dpn...cuti 2 minggu.kejap je rasa

Sue-Rya Qistina said...

kekda ni mmg kaki jalan..jeles i tau! haha..tp serius, krabi mmg cantik (wpun saya x pena pegi, tp menurut kwn2 yg dh pegi, diorg kata sgt heaven!)

nak pegi jugak..tp xtau bila..huwaaaaa :'(

PUANSTOBERI said...

NANA :
Insyaallah...buleh. Dkt je ni. Dan kos mmg tak mahal. :)

EIDA :
Eida lagi bes tpt dia tu.. :)

PUANSTOBERI said...

MEKCHU :
Lambat lagi.. teheee :D

MARIA :
Jum la pegi. Phi phi island tu biasanya masuk dlm pakej island hopping. So, Insyaallah, buleh pegi :)

PUANSTOBERI said...

NAD :

Tu la..mmg pilihan tpt org hanimun. Abis pengantin lama ni plak baru nak pegi. Teeeheee :D

EKA :
Ala...tak lari pun tpt ni. Insyaallah, kalo dipanjangkan umur anytime bleh pegi kan. Settle kan apa yg patut dulu. Nati2 ada masa sesuai, pasti dpt pegi :)

SUE :
Jom la pegi..dkt je ni.. sblh negara kita je.. jom jom... :D