Friday, April 6, 2012

Bunga Kemboja

Parking kereta di bawah pohon kemboja.
Banyak kemboja yg berguguran (ada macam tajuk novel??).

Sempat ku kutip satu. Yg ku agak baru saja gugur ke bumi. Sbb masih belum ada sebarang kecacatan pada bunga tersebut. Masih putih bersih.

Dan ku instagram kan keindahannya.

Dengan qoute "sekuntum bunga yg diharap dpt menceriakan pg ku. Sumpah tk sbr nk abiskan hr ni. Penat sgguh rasa"

******
Khasiat kemboja


Akar pokok kemboja ni, boleh di minum. Akarnya direbus, airnya diminum untuk mendetoksifikasikan usus kita. Tak paham? Hehe..Senang cerita mencuci perut kita. Bukan tu saja, bagi yang ada penyakit kusta atau bisul bernanah, air rebusan akar atau kulit akar kemboja ni boleh membantu anda. 

     Getah dari pokok kemboja pula sangat berguna bagi merawat demam panas, kusta, pelawas dan membantu peredaran darah terutamanya bagi mereka yang mengalami haid yang tidak teratur. Selain daripada itu, getah yang segar boleh digunakan untuk menjadi penawar sementara patukan ular, merawat keretakan kulit pada bahagian tumit kaki, bisul bernanah dan juga sebagai ubat tahan sakit gigi.  

    Daun kemboja pulak, amat berguna kepada mereka yang sakit-sakit pinggang. Ambil daun, lumat-lumatkan dan sapu kepada pinggang yang sakit. Bunga kemboja sendiri sangat berjasa dalam penyembuhan penyakit dalam contohnya merawat batuk, bengkak usus, cirit birit, bronkitis, disenteri,hepatitis, masalah penghadaman, penyakit dada, radang usus dan selesema. Caranya, rebus bunya kemboja dan minum air rebusannya.  

3 comments:

♥ ROS ♥ said...

Bersih je bunga tu kan.. Suci jer.. Byk info nih ttg bunga kEmboja :)

Masya said...

tq kekda... kongsi info bunga kemboja ni...

PUANSTOBERI said...

ROS :
tu la..sweet sgt. rugi kalo byk berguguran tu :)

MASYA :
Welkam..eh, pic profile Masya pun kemboja pink kan :)