Tuesday, April 10, 2012

Passport Renewal : Selesai Sudah.

Rentetan entry pagi tadi. Yer, saya penuh konfiden yg operation hour IMI adalah bermula 8.30 pagi. Walhal saya da tgk kat web berpuluh2 kali. Malah, da siap print page ni : http://www.imi.gov.my/index.php/en/information/operation-hour

Tp tu lah. Mmg ke-konfiden-an aku ni akan memakan diri. Dah jadi byk kali. Kat airport masa nak balik dari Sarawak (dgn bos lagik. Hihi) dan masa kat KLIA nak ke HK tu ari. So, please yer. Boleh nak confident, tp please, please, please. Double check.

2 tahun lps masa nak buat yg baru, seawal jam 7 aku da beratur. Nun ha, pejabat blom bukak aku da ada. ter congok kat situ. Dpt  pun no blum masuk ke 10. (Ada ke entry tu tah. Tk igt. Malas nak korek2 balik. Tahun 2010 dulu). Dan mmg settle tak smpai sejam. Ye lah, amik nombor, trus ke kaunter utk check dokumen seme, bayar then tunggu kejap trus bleh collect. Blum kul 9 dah balik. Sengih je la kan time tu.

So, kali ni igt dpt buat camtu lagi la. Cea...konfiden ni text kat bos 'saya masuk lewat sket - renew passport'. Skali amekaw. Bukan lewat sket ni. Ni da kira halfday mak incik.  Aku smpai IMI (Wangsa Maju) 8.30pagi. Settle seme jam 11.30pagi. Syabas. Suppose kena cuti je. Tp nyer, sbb esuk kan cuti, pastu Khamis ada meeting kat KPKK, Jumaat lak kena g course kat Pangkor (tatau jadi ke tak ni). Maka, kena gak masuk ofis.

Pergh. Org mmg giler ramai. Ada yg kata pegi je renew kat kiosk dia tu. Apa ke namanya tah. Kipssas ke Kippas ke apatah. Lebih kurang camtu la. Gelak besar org tu tgk gmbr aku kat instagram yg tgh tggu no dipanggil. Gelak tak gelak la. Kat Wangsa Maju tu, mendalah kiosk tu mmg tak digunakan.  Dia tulis "TUTUP". Seme kena gi kaunter. Nak ke Jln Duta, Putrajaya cam agak mustahil la sbb aku nak masuk ofis semula. Lain la kalo aku cuti. Itu buleh consider.

Akhirnya aku renew 2 tahun je. Cukup la tu. Lps 2 tahun tu cuti cuti Malaysia sudah. Skang ni tumpukan perhatian pada impian yg masih tak tergapai lagi tu. Berapa tahun dah terbengkalai. Sejak masuk keja lagi. Skang dah 8 tahun keja, masih tak tercapai lagi. Dah. Takyah pikir nak gi outside outside lagi. Tp within 2 years ni (1 1/2 years to be exact), kena la copkan barang semuka dua lagi buku merah tu yaw. Haha.

So, utk mendapatkan perkhidmatan yg effective dan efficient, kita pun haruslah kena effective dan efficient juga. Pastikan :
**sampai awal - sebelum pintu dibuka lagi - kalo jam 7pagi tu oke la kut. Kalo hari Sabtu mungkin kena sesudah Subuh kot. Huhu. Pasti hasilnya memuaskan. Dlm tempoh sejam pasti anda tersenyum meninggalkan lautan manusia yg masih tercangak2 menanti nombor di panggil.
**Utk renew, gmbr dlm pasport lama tak buleh digunakan semula. Aku ter kono la pulak tadi ha. Tak memasal kono amik gamba baru. Melayang doblas hengget lagi. Padahal gmba lamo elok je ado laie. Isk. Isk. Mendapat la gmbr yg super tembam. Yer, kalo tau, harus pakai tudung bawal sbb tudung Ariani mmg la menembamkan susuk muka yg sememangnya tembam ni. Haish. (sbb tu insist nak pakai gmbr lama, sbb pakai tudung bawal dan napak kuwos. Haha.)
**Gmbr juga tak bleh menampakkan kita pakai uniform. Katakanlah kita pakai baju keja (yg keja jenis ada uniform tu) then nak amik gmbr utk pasport, ha, tak bleh gitu. Kena la pakai blazer yg disediakan.
**Print la borang sesiap. Mudah skang ni. Takyah smpai kat situ baru nak tulis tulis. Amik kat sini :
http://www.imi.gov.my/images/borang/Pasport/im42.pdf  Sila pastikan borang di print depan blkg. Jgn selai-selai. 
**Utk renew boleh je buat 2 tahun. Mula retu aku baca2 igt kena buat 5 tahun. Rupanya tak perlu. 5 tahun tu kalo kita nak forwardkan tarikh dlm pasport lama. Contoh, pasport lama due nya adalah 12 Julai 2012, tp sbb nak buat 2 thn sahaja, maka, kena mulakan date kat pasport baru pada tarikh yg kita apply tu, i.e pada 10 April 2012 instead of start pada date pasport lama. Kalo nak date lama, ha, yg tu lah kena buat 5 tahun. Kira macam kerugian 3 bln la. Begitu. Tp rugi tak rugi, mmg kita tak bleh guna pasport tu 2 thn pun. Sbb kt blkg pasport dah tulis "tempoh sah laku pasport hendaklah tidak kurang 6 bulan sebelum membuat perjalanan ke luar negara". Mmg sah sah, dlm setahun 6 bulan da kena buat pasport baru.

So, itu saja. Gmbr ada. Byk yg aku 'instagram' kan. Nanti la ptg kan baru update yer. Aku tatau apa masalah aku tak bleh upload gmbr kalo update blog guna blogger-droid tu. Vongoks tul!

Update : Aku korek2 balik entry lama. Ada kat sini. Masa tu aku dpt no 1005. Dan hari ni aku dpt no. 1096. Bayangkan. Sejam slps dibuka, 100 nombor dah jalan. So, kalo tanak tggu lelama mmg kena smpai sebelum pintu dibuka ya. Itu lah rahsianya. (T_____T)

5 comments:

Anum said...

hehehe
menarik ceta sis

suwara entertainment said...

kekda mmg pandai berceloteh la..hehehehe

puanstoberi said...

ANUM & SUE :

Maceh yer org Matrade sudi baca celoteh akak ni. Hihihiikss :D

Anonymous said...

Suka saya baca komen anda, memang menarik. Selalunya orang akan menyalahkan pegawai imigresen dgn perjalanan sistem sediada tapi berfikir seperti anda. Saya suka cara anda berfikir walaupun agak kelakar tapi sungguh logik. Syabas!!

Anonymous said...

Saya suka cerita anda, selalunya orang akan menyalahkan sistem atau sesiapa sahaja yg berkaitan dgnnya tapi anda tidak. Anda kaji ketidakbersediaan anda menghadapi situasi tersebut. Saya suka cara anda. Terima kasih krn memahami