Thursday, April 5, 2012

Bawaku Pergi - Diharamkan?

Ah. Jgn ingat makanan je ada isu 'halal haram' ni. Lagu pun ada haram haram jugak. Hihihi. Hihihi.
Antara carian ter hit dlm blog ni adalah entry lagu Bawaku Pergi.
Mungkin ada kaitan dgn lagu yg diharamkan penyiarannya tu.
Bermula dgn diharamkan di RTM. Then skang diharamkan terus penyiaran.

KL, 30 MAC 2012: Komposer dan bekas ahli kumpulan Too Phat, Malique akui kesal selepas menerima surat daripada kerajaan yang mengarahkan supaya lagu ciptaannya Bawaku Pergi diberhentikan penyiarannya.

Malah, Malique merasakan dia dan dua penyanyi lagu tersebut, Zizan Raja Lawak dan Kaka (Nor Atiqa Noor Azraff) seperti telah ditindas kerana tidak diberi peluang untuk membela diri.

Bacaan selanjutnya - murai.com
Atau boleh baca sini gak - tupai.com

Memacam kan. Penulisnya kata dia buat lagu tu dari sudut pandangan husband dan wife yg salu sebuk dan jarang jumpa. Pendek kata cam weekend wife or PJJ la.

Tp tu lah, secara 'prima-facie' nyer org tgk lagu tu duk suh org lari rumah la kan.

Tp kan. Kita tgk balik la kan. Adakah kerana lagu itu remaja lari rumah??
Aku tak rasa bebudak yg lari, bebudak yg mengaku kena culik, main-main kena culik tu terpengaruh dgn lagu ni.

Just my 2posen punya pendapat lah.

Terpulang la. Aku tak kata aku sokong lagu tu, dan aku tak kata gak aku sokong lagu tu diharamkan. Ikut pikiran memasing lah. Tp kat youtube ada lagi kot kan.

7 comments:

Anum said...

betul kan sis
semua dah besar pandai2 la fk

::EIDA:: said...

Ida try cari lagu ni nak dengar.. lepas dengar kat youtube.. ida tak rasa nak lari rumah pun?? wakkakakakka!!

chinta... said...

chinta nak lari ikut suami boley??hikhikhik

duniaanita74.blogspot.com said...

kak ita suka lagu ne.....

Mummy Sher said...

lagu ni memang best,i pun suka dengar tapi yang tak bestnye lirik lagu tu..sebab tu diharamkan kot..

Yan said...

laa tak tau citepun lgu ni diharamkan...
ade ke bdk2 yg taksub sangat ngan lirik lagu tu sampai lari rumah??? lex la.. lagu je pun..
kite dengar enjoy2 je.. bknnye dlm lirik tu suh pesong agama ke apekn..

lirik lagupn diorang kecoh smpai haram2.. yg betul2 haram masih banyak lg tak terjaga..

ishh tak paham tak paham...

puanstoberi said...

ANUM :
TU la tu..takkan la pasal lagu ni plak. Adoii..

EIDA :
Err...Eida nak lari gi mana?? nak ikottt....

CHINTA :
Nak ikotttt.....

ANITADIANA :
Tu la tu..oke je sebenarnya

SHERWIENA :
Lirik dia la, tp nyer takde pun kot bebudak terasa nak lari umah. Entah ler..

YAN :
Tu la citernya Yan. Tak tau lah nak kata...