Wednesday, January 25, 2012

Perihal Advance Access Fee

Memula nak buat WW je reni. Tp gmbr2 WW ni biasanya sumber dari FB. FB tak bleh nak bkk, mana nak carik lagi. So, taperlu WW. Menceceh je la.
Ni, aku nak menceceh pasal Advance Access Fee utk broadband.
Aku tatau utk pengguna 'jenama' lain.
Tp UMobile dah hantar bil beserta Advance Access Fee.
Motip?? Terkezut mak tgk bil mak jadi dabel.
Ini bleh mendatangkan kemarahan!.

Jadi, pegi kaunter untuk mendapatkan penjelasan.

"Kak, yg ni mmg SKMM da wajibkan mulai tahun 2012 seme user broadband kena bayar advance fee. Seme yg guna broadband kena"

"Jadi, ni skali je lah ni?"

"Ye kak"

"Btul ni, bln dpn takde dah ni"

"Btul"


Kalo aku tgk ada lagi, mmg aku terminate yer *lps tu sangap nak online guna apa. Takat ni Umobile mmg tak buat pangai lagi*

Persoalannya kenapa la ko tak tulis kat memana kata menda tu camtu camgini. Aku blum bukak mulut pasal ni pun budak tu dah tau aku nak tanya pasal apa. Bila aku tnya kenapa tak hantar notis, dia kata tak sempat. Herm... susah nak cakap kan. Menda ni mmg kena notice sepatutnya. Sbb dia effect pada bayaran yg akan dibuat oleh pengguna. Masa kita register kata dah takde apa2 bayaran. Tup2 now kena bayar. Dabel plak tu. Zaman IT maa.. dah tu sykt ko pun sykt IT kan, pe salahnya notice by emel ke, takpun SMS, takpun tulis je note kat bawah bil tu. 

Budak tu kata gak, ada gak customer yg marah2 sbb tetiba kena bayar lebih. Tu la pasal. Lenkali kabo dulu. Kami pengguna. Pengguna ada hak utk tau kenapa kita tetiba dibebankan dgn bil sekian sekian amaun. Walau pun duit ni ko tak amik, dan bleh di waive pada bil terakhir nati, tp menda camni perlukan terma penerangan yg jelas. Mmg la ada term dlm sykt ko 'tertakluk kepada syarat2 dan terma dari semasa ke semasa', tp pengguna ada hak utk tau kenapa bil berubah. Betul pun ko ada tulis dlm laman web ko, tp tak seme akan jengah ke sana. Aku pun baru hari ni jengah.

Ini adalah contoh bil nya.
Bleh didapati di laman web Umobile

FAQs pasal Advance Fee ni pun ada tulis kat laman web tu.




Jadi, ai nak tanya la nih, uols yg pakai bband lelain spti Selekom, Maxis mahupun DG, ada ke mendalah bernama Advance Access Fee utk bln ni?
Effect oh bajet aku bln Januari ni dibuatnya dek menda nih.  Dah la naik gaji pun tangguh lagi. Menda ni laju je buat kan.
Geram pun ada. 
Haihsss.

12 comments:

nadiakeeza said...

kte xde..sbb guna YES... yela kot..

Zana Adieyza said...

zana x dpt bill lagi la pulak.. xpun dh dpt tp x tgk kat peti surat sbb cuti blk kg? hihihi..

patutlah ada member zana tanya nape bill bln pertama dia mahal! dh la zana yg pengaruh dia pakai UMobile.. huhuhu..

nasib baik sebulan.. kalau tiap2 bulan, pengsan!

eKa said...

eh ada ae...nak kene tanya en somi ni..dia yg uruskan benda2 ni,serius eka tak penah amik tau...kalu tanya bil air/api tetiap bulan pun ek atak tau...

mcm2 kan derang ni, kalu eka msti bengang gak.tetiba nak jadi dabel.suka hati je

Aida Tamrim said...

Salam sis ...

Bawak2 bersabo yee .. Biasalah ZAMAN DUIT ni. Nak nek harga, Lajuuuu jeee .. Bila kata nak turunkan rega tu, tercipu ciput cam siput vavi .. Ahaksss

puanstoberi said...

Adialuze :

Tak bersabo pun nak buat apa? Ce kabo. Haha.

Ni bukan matter naik harga yunk, ni berkaitan pembayaran yg tetiba ada. Tak dikabo nyer pun, tetiba suruh bayo. Mana bleh camtu. Then, kalo kita tak bersabo pun nak buat apa, kena la bayo jugak. Take it or leave it. Apa pilihan yg kita ada??Mari kita pikio sesama.

Anum said...

x leh buka dan beli

ejaMaria said...

bil broadband maxis aku utk Januari ni takde lagi charge tu... bulan depan tak tau la...

puanstoberi said...

@BOBO :

Yes bband ker? Kalo bband ada la kot.

puanstoberi said...

@ZANA :

Derang ni tanak notice awal2. Dah jadi silap paham

puanstoberi said...

@EKA :

Akak perihal umah ni seme akak amik tau, incik asben kasik duit je. Seme akak yg maybank2u kan. Tp bband n phone tu mmg duit gaji akak. Jadi kena la tau. Huhu :D

puanstoberi said...

@ANUM :

Apa yg tak leh beli n buka ??
Akak kompius.. :D

puanstoberi said...

@MARIA :

Suppose bln 1 ni dah ada. Tatau la plak kalo umobile je bat camni..mmg laa.....