Thursday, January 26, 2012

Perihal Misi Mencari Cik Crab

Tetiap minggu nak carik cik crab. Giler haku neh.
Mggu sblm tu kat Langkawi - da makan cik Crab.
Mggu ni makan lagi cik Crab.
Berapa byk kali da mau makan cik Crab. Huhu.

Aku pun tatau pehal aku bleh ter-booking hotel.  Padahal baru je balik Langkawi tu. Tah. Da dpt perkenan 'yamtuan', aku pun booking je. Haha. Aku booking ni before gi Langkawi lagi dah la.
Sebenarnya nak lepak2 mandi kolam, tp terdapat 'kesilapan teknikal' yg tak dpt dielakkan maka takde la mandi pool. Tp pool pun penuh bebudak ja. Takkan la kan. Huhu.
Aku ke Bagan Lalang on 22hb tu. Stay kat Hotel Seri Malaysia. Sedari 3 Januari lagi dah booking. Ha, kat Bagan Lalang ni jgn le nak book last2 minit. Harus tak mendapat. At least 3 mggu before. Lain la kalo nak duk kat Golden Palm Resort tu. Tu takpe. Walk-in pun aku rasa ada. Twehehehe.


Yg pegi bln 6 dulu, kiterang stay kat Pusat Latihan LKIM Camar Laut tu. Kali ni terai Seri Malaysia plak. But then oke la Seri Malaysia ni. Bilik luas. Cuma bekpas tu pepaham je lah. Toksah expect tinggi sgt. Kat sini oke la lagi, ada la gak nasik lemak, mee ngan pulut. Kena cam aku p masa outstation Johor tu ari, ada lontong yg kuahnya cair amat. Lps tu apa tah satu lagi. Mee ke apa tah. Itu je. Air pun air panas je. Smpai driver yg g skali ngan kiterang tu bebising sbb roti pun takde. 

Oh. Aku booking ni guna Agoda gak. Yeps. Agoda sgt mudah dan senang. Kali ke3 aku guna, dan Alhamdulilah takde masalah. Kat HongKong, kat Langkawi and latest kat sini. Senang citer, takyah IC, CC bagai. Aku tak re-confirm pun sblm nak pegi tu. Kira confident mmg ada je. Tp Insyaallah, tader masalah. Bagi je dia voucher booking tu, nati nama kita da ada sesiap. Then, masa check out, bagi kunci ja. Takde apa dah. Cuma, mebi setgh hotel nak deposit. Cam aku g Langkawi tu ari ada deposit, tp kat Bagan Lalang ni takde pun.

Misi utama nak makan kat kedai biasa lah. Senandung Malam.
Tp sendu. Konon nak makan dlm kul 6 lebih tu la. Bajet org ramai makan waktu malam. Sekali penuh. Penuh. Penuh. Tgk kedai Seaview ke apa tu yg seberang dia pun penuh gak. Pulak tu ada cam jual2 plak tetepi padang tu. Adoii.. org ramai sgt. Keta byk, org byk. Adoi. Wrong timing. Kalo cuti berlapis lapis ni mmg la org ramai.

Salu nyer kalo ramai, aku da siap pilih2 apa nak makan awal2, lps tu gitau kata nak makan pukul brapa. So, derang reserved la. Ni takat berdua, malas la aku nak reserved ke apa. Nak walk in je lah kononnya. Skali... mendapat...

Maka, da park keta jalan je la. Smpai jmpa satu kedai. Kedai ni dulu masa dtg sini kiterang penah la makan. Tp time tu makan tomyam je lah. Masa tu ngan adik2 unit aku. Tgk org tak berapa ramai. Ada lagi tpt kosong. Jgn byk bunyi. Trus je pilih apa nak. Amik ketam, pepahat, ikan pari n sotong.

Hasilnya.
Hai. Saya cik Crab masak cili.
Hai saya cik pepahat.
Saya plak squidward goreng tepung.
Saya pari la. Takkan tak kenal.
Mentari mula terbenam disebalik air limau asam boi yg yummeh.
Oke la sini pun.  Aku rasa seme kedai2 yg ada area situ, lebih kuang ja cara masak dia. Sotong goreng tepung sedap. Ikan pari tu tak berapa kick. Rasa cam tawar lak. Mebi sbb dia bungkus guna foil tu, kuah2 dia cam tak meresap. Tp mujo cicah dia pedas meletop...! Mmg feveret aku la kan.

Ketam n pepahat tu, oke, sbb mmg feveret pun. Pepahat ni kalo masak cili mmg sedap, tp kalo cam sup2, buat stimboat tu mmg ada rasa cam pasir2 gitu. Masak cili ngan telur ni sedap. Bes! Air asam boy limau kasturi - which dlm menu dia tulis air Samoy ke apa tah - mmg bes. Kawww...punya..!

Aku nak amik gmbr kedai tak clear plak. RM Serai kalo tak silap aku nama kedai ni. Tp rega oke. Utk kiterang makan tu. Ngan air, nasik seme adalah RM65.50 *err...air kosong dia caj 3posen yer*

Tp sebaik kiterang siap makan dlm kul 7.30 camtu da ramai org menunggu meja. Penuh jugak. Rata2 kedai seme penuh lah.

Laut.

Masa aku p ngan adik2 unit aku bln 6 dulu, air cetek sgt. Tk bleh mandi langsung. Tp skang ni bes plak. Can't resist. Leklok tak plan mandi, pagi tu jalan2 kat pantai, aku tgk my dear, my dear tgk aku, saling bertanya nak mandi tak, nak mandi tak. Tetau dedua dah dlm air. Haha. Tp tak lama la. Panas. Lagipun nak sesiap check out.

Dah check out gi beli makanan laut yg fresh2 lak. Tp tak byk dah. Mebi sbb ramai dah beli, atau pun kedai2 makan ni pun amik gak stock. Dapat la ketam, ikan cencaru n ikan sardin. Selamat da seme tu pun masuk dlm perut. Huhu.

Rasa oke je nati bebila pegi lagi Bagan Lalang nak beli ketam. Huhu. Tk balik modal kot ngan minyak segala  semata2 nak beli ketam 3,4 eko. Huhu. Tp oke la kalo da tatau nak buat apa tu. Huhu.

Jadi ini je lah xtvt kami masa cuti ari tu :)
Nxt mission : Perak plak. Kata Tahun Melawat Perak kan. Huhu.

22 comments:

Liza said...

Waah, merata cari ketam. Bestny jln2... Ada diskaun ke kalau pakai Agoda, Reen?

Zana Adieyza said...

wah, seronoknya... rajin betul akk ke bagan lalang tu eh..

tahun ni pun zana ada plan nak ke perak la.. nak sokong negeri akk.. jom gather2.. hihihihi

ejaMaria said...

aku makan ketam gak - tapi masak kat rumah - gulai ketam... ;p

Lynn Hamzah said...

tiap2 minggu makan cik crab ke kak...hehehehe...kat bagan lalang memang best kak...pernah gak makan kat sana dgn family...

eKa said...

eka tak penah pun samapai bagan lalang segala. tingin nak p.

eka pun salu book hotel pakai agoda taw...cuma ,masa g korea retu je tak pakai agoda

shark said...

menu ketam lagi
uiisshhh..
pani bleh hos rancangan sendiri nih.

carmello said...

Amboiii...Tiap2 minggu Kak Reen cari Mr.Crab yer... Terliur tgk gambar kat Bagan Lalang... Saya pun kalau balik KL,mesti nak pekena Bagan Lalang. Tapi tak perasan lak nama kedai tu. Puashati sungguh. Kat Labuan walapun banyak sangat seafood,tapi rasa masakannya tak sama macam kat kat KL&Bagan Lalang. Lastly masak sendiri wpun tak sesedap Bagan Lalang.. =)

::EIDA:: said...

Kekda, kongsi cerita ni kat TTC corner nanti.. macam best. nak ajak hubby g gak .. =)

SyaNa said...

haiyoooo
pagi2 tgk ade makanan
huwaa mak lapar ni

anitadiana said...

rajin betul cari cik ketam ne...kak ita ketam ne suka gatah aje...kalu makan dengan nsi..bagi abis nasi dulu..baru makan ketam..he..he..lama tak makan ketam...

Nana Aris said...

wuiyoooo...sangat tergoda woo..tak pernah sampai sini

harus try jejak kaki ke sini..

PUANSTOBERI said...

LIZA :

Takde la diskaun sgt. Tp ada la gak murah sket. Huhu :D

PUANSTOBERI said...

ZANA :

Suka... bes.. sedap seafood dia. Huhu.

Yeah..gud..gud..slamat dtg ke Perak :)

PUANSTOBERI said...

MARIA :
Ketam masak lemak juga bes.. :D

PUANSTOBERI said...

LYNN :

Tu la tu..giler cik crab plak. Kan..bes Bagan Lalang tu :D

PUANSTOBERI said...

EKA :

Nati bleh la pegi. Akak bawak kan :)

PUANSTOBERI said...

SHARK :

My wish. Hikss :D

PUANSTOBERI said...

CARMELLO :

Yaih..tingin gak nak makan sifud kat Labuan :)

PUANSTOBERI said...

EIDA :

Ha...nati kita makan kat sana lak :)

PUANSTOBERI said...

SYANA :

Maafff...tumpang lalu. Huhu :D

PUANSTOBERI said...

KAK NITA :

Yepss..mmg ratah je kak.. senang sket kan. nati kulit2 dia seme tu susah nak makan kalo ngan nasik. :D

PUANSTOBERI said...

NANA :

Tu akak ajak pegi tu :)