As aku cakap retu aku takde la cover byk tpt pun kat sana.
CABLE CAR
So, tpt pertama yg dilawati - Cable Car
Tptnya terletak di Oriental Village Burau Bay.
Tiket masuk utk pemegang MyKad adalah RM15 sahaja. Aku tgk kat web tulis RM30 kan. So, kat sana aku sesiap kuar duit RM60 dah (utk 2 org), skali RM30 saja. Hihi. Bes2.
Aku dah penah pegi. Dulu. Lama dah. Time tu arwah ayah pun ada lagi. Masa tu mak tak naik. Rela mak duk kat bawah. Aku je naik ngan ayah. Masa tu SkyBridge pun baru nak buat. Jadi perasaan tu masih sama la. Gayat pun ada gak. Tapi under control. Huhu.
Berenti jugak la kat 1st stop tu. Tp takde apa sgt pun. Naik lagi yg paling atas tu. Yg adventure ada Sky Bridge yg kengkadang rasa cam goyang ja. Haha. Nak pegi ke Sky Bridge ni kena lalu cam denai. Nak pegi oke lagi. Balik tu, semputtttt..... tu la dia ghoper nyer org yg maleh nak bersenam. Naik tangga sket semput cam nak pitam. Haha. Peluh2 tiak seme lah dibuatnya. Haish. Mujor tak ber high heel bagai, kalo tak mmg tatau nak kata lah.
Aku kelihatan sgt tembam. Lps baik dr demam pun tembam. Pfffttt..... kegemukan terserlah! |
Amik2 gmbr kat Sky Bridge tu. Cam biasa la. Seme org pun amik gmbr situ kan. Lps tu da tak larat nak naik lagi kat bhgn atas tu.
Turun dari Cable Car baru je pukul 1 lebih camtu. Lunch kat warong je la. Rasa cam mahal giler. Makan utk 4 org RM70++. Amik apa je pun memasing. Ikan, sotong goreng tepung sket. Biasa arr.. tpt pelancongan katanya kan.
UNDERWATERWORLD
Kami ke Underwater World lps check in da merehatkan diri kat bilik. Sgt la dkt ngan tpt penginapan kiterang. Sepelaung cuma. Tp gedix nak naik keta gak. Lagipun lps dari situ nak ke tpt lain. Kena la naik keta.
Masuk situ utk pemegang MyKad adalah RM28. Tp kalo kita govt servant, bawak pass, nati nak beli tiket tunjuk je kat org kaunter tu, dpt RM22. Tp kalo penduduk Langkawi lagi dpt murah kot. Tu tatau yer. Sbb org tiket tu tgk pass aku, dia tanya opis mana. Mebi kalo aku kata KK Langkawi, dpt la spesel price kut. Tp tak reti nak memanipulasi, maka jujur la kata dari opis KL. Hihi.
Tak lama pun dlm tu. Pusing2 tgk ikan penguin segala kuar ler. Ye lah. Nak buat per je pun kan. Kuar tu gedik nak wat gmbo dlm pinggan tu plak. Maka, buat. RM15 sepinggan.
DATARAN LANG
Oleh kerana kazen aku kepingin nau nak tgk Lang ni kan, maka kami bawak je la ke area Jeti ni lps kuar dari Underwater World tu. Sblm tgk Lang kami makan dulu. Laksa Penarak. Tp tu nati aku citer kat entry lain. Maka, amik2 gmbo la situ dulu.
MAKAM MAHSURI
Dah smpai Langkawi takkan tak ke Makam Mahsuri kan. Harus pegi. Tiket masuk RM5. Ni pun dulu aku da pegi. Tp cam igt2 lupa. Sokay la. Kami pergi sini hari ke2. Lps buat island hopping. Paneh lit lit time ni. walo pun da pukul 3 lebih. Menggelegak rasa palotak!
PANTAI-PANTAI
-Pantai Beringin
Ni tak plan nak pegi, tp merayap smpai sini sbb nak carik kedai laksa. Dulu Pengarah KK Langkawi ada bawak kat sini masa aku outstation. Tp tersalah jalan, trus jumpa pantai nih. Haha. Tp kedai tu pun tutup. Banyak kedai tutup ah ari Senin.
-Pantai Pasir Hitam
Ni mmg dkt sgt dgn opis aku. Saja nak lalu kat situ, tu yg tersinggah. Ni ari last. Tak lama pun situ. Tp sempat la beli ikan bilis sket. Hihi.
- Pantai Beras Basah
Ni yg buat Island Hopping je dpt pegi.
- Pantai Cenang
Ni dkt area tpt penginapan kiterang. Oh, aku tak amik Malibest atau pun Langkapuri Inn, sbb situ seaview seme da penuh. Yg tinggal bilik2 std biasa, tp rega lagi mahal. Maka, aku amik Langgura Baron Resort. Booking guna Agoda - RM120 per/nite. Bleh plak masa nak check in tu ada sekumpulan 'ahkak ahkak' ni, siap tnya kiterang dari mana. Masa tu aku ngan kazen aku je check in. Aku ckp dari KL, dia tnya kat mana. Cakap je Kg Baru terus dia menjerit. Sama la katanya. Skali pakcik dia satu blok ngan aku. Haha. Blehhh??
Hotel oke sgt. Besar bilik dia. Mmg jauh la beza ngan bajet hotel kat HK yg reganya sama tu. Rasa yg bilik kat HK tu besar sket je dr bilik air kat resort nih. Haha.
Yang besnya Langgura Baron ni tptnya sgt la strategik. Kira tgh2 la. Kedai2 baju mmg byk. Souvenir seme sng nak carik. Lps tu paking pun cam byk la. Tkde la kena paking tepi jalan kan. Jalan sket je da smpai pantai. Lps tu nak carik tpt nak gi island hopping pun ada kat situ ja. Tp WIFI je la yg payah. Ada kat lobi dia ja. Kasihan... tu yg aku jarang update status tu. Umobile mmg jgn harap la. Yg bleh call n sms je la. Internet yilek.
Citer Island Hopping aku skip utk entry seterusnya ya.
Entry berkaitan :
Island Hopping
Tempat Menarik Yang Dilawati
Shopping, Dining
Entry berkaitan :
Island Hopping
Tempat Menarik Yang Dilawati
Shopping, Dining
20 comments:
tak aci ni kak saya kena 30 tiket sorang
masuk damia 80 semenye
masa tu dia tulis klw pas kul 5 br dapat 15
huhu..sonok..blm sampai lg lngkawi..
Cable car RM15? Ida dapat RM14.. kenyit mata sikit kat budak kaunter tu dulu.. hahahahha!!!
kekda, abg lan semakin 'comel'..hehehe..
sue pun ade planning nk ke langkawi, tp tunggu cuaca agak x berapa nk panas..hehe
Bestnya.. Cable car belum dpt naik. Lama dah pergi dulu.BIla dpt jln2 lagi ntah? Padahal sempadan jerk dgn kampung..
Ros lm smpai lg langkawi nih.. Sob2,...
NANA :
Eh. Cena kena RM30. Tgh promo la kut tu. Dpt half diskaun.
Chekgu Azrine :
Gi ler Cikgu. Duk skejap2 bes, tp duk lelama..semputtt.. Huhu.
EIDA :
Tkpe la. Bkn ramai pun kami. 4 org baru RM60.
SUE :
Ha.. tatau nak buat cemna. Makin gomok beliau itu.
Langkawi sentiasa ja panas, takde tak panas sbb keliling laut
LIZA :
Tkpe..nati pegi yer.. Bes.. buat2 gayat perut. Hihikss
ROS :
Ala... Ros dkt je kan..nati pegi yer.. :D
eh.
kotak komen akak dah lain?
ke Nita baru perasan ni?huhuhuhu.
wah-wah~
bestnya! Tapi price dia semua mahal2 jugak lah kan.. kena budget besar pergi Langkawi ni.. Nita tak pernah pergi...
eka dulu pun dok kat chenang area.suka je area situ.tp dah lupa apa ke tajuk chalet tu
sana sini jln kena pakai duit eh....azi sekali je pi langkawi ni time study kt perlis dulu, lama dah..pastu xpenah pi pi lagi, klu pi pas ni kena bwk pas jabatan yang pastinya...hihihi
aarrgghhh..teringin nk g langkawi lagi..tpi masa asik x mengizinkan je...
owhh ticket dia tak fixed ehh??
CIK ANITA :
a'ah, tpt masuk dia mahal2 gak la. Tp bleh je. Sekali sekala. Hiikss :D
EKA :
Cenang ni kalo nak dkt pantai, oke sgt tpt dia. Tp kalo nak soping2, Kuah la feveret nyer. Turun jalan kaki je beli vision. Eh..? hahahah
AZI :
Pegi ler bawak anak2 nati. Mesti bes. Yeps.. bawak la pass tu, ada gunanya :)
EKIN :
Tkpe..pelan2 kayuh. Ngeee :D
BITT :
Fixed tiketnya. Tp dpt RM15 tu mungkin sbb promo. Kalo murah lagi tatau ler. Huhu :D
Post a Comment