Oh. Sekarang kita ada Sharing Saturday. Jadi, kalo rajin buat entry hari Sabtu, saya akan masukkan menda2 yg bleh di sharing kan pada setiap hari Sabtu. Huhu.
So, utk yg Sharing Saturday #1 ni, saya share kan ini ya. Tabiat Wanita Mengikut Hari Kelahiran. Ce check hari lahir anda bila. Kalo tatau bleh check sini.
Kredit : Here |
Cara-cara nak check.
1) Carik tahun kelahiran anda. Let's say saya adalah 1979. Maka pegi pada 1900. Turun ke bawah. Cari no. 79.
2) Bila da dpt straight ke kanan - bawa ke bln kelahiran anda. Utk saya December. Maka saya dpt no. 7
3) Bila dapat 7, makanya ambil kotak ke 7 (pada kotak yg bawah). Dan pegi ke tarikh lahir anda. Utk saya adalah 14hb.
4) Maka, dpt lah Hari Jumaat.
Mungkin ada yg lebih ringkas, tak kesah lah kan. So, dah tau hari apa, meh kita check perwatakannya pula.
Jika dilahirkan pada hari ISNIN:
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dalam pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara lainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dalam pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara lainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
Jika dilahirkan pada hari SELASA:
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
Jika dilahirkan pada hari RABU:
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang-orang tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tetapi tidak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik di tempat tidur dan pandai berasmara.
Jika dilahirkan pada hari KHAMIS:
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tidak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.
Jika dilahirkan pada hari JUMAAT:
Wanita yang lahir pada hari Jumaat, tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tidak suka dipaksa.
Jika dilahirkan pada hari SABTU:
Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa-gesa dan dilakukan dengan kelembutan.
Jika dilahirkan pada hari AHAD:
Wanita yang lahir pada hari Ahad, kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk diri. Taat pada suaminya, namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata-kata. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hatinya sudah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tetapi apabila tidak dapat kepuasan, dia akan cari jalan lain.
Sumber : Epetua
*utk tahun baru ni da ada ke belum entry WW yer. Lupa plak...
3 comments:
gua dpt ari senin weh..
"bila marah, menakutkan.."
omg...so TRUE! hahhahah!
hari Khamis....hmmm...tak sama langsung...
zana hr isnin.. yg part last tu salah.. hahahahhaha...part setia tu sokong habis la..tu yg sampai sedekad bercinta tu..
Post a Comment