Showing posts with label umobile. Show all posts
Showing posts with label umobile. Show all posts

Wednesday, February 5, 2014

UMobile : Harap Inilah Terakhir

Memang ingat hari ni nak WW je. Tp sbb masih rasa jengkel, masih rasa rengsa, mari lah kita membebel.
Yer, masih tak abis lagi cerita aku dengan UMobile nih.
Pening aku. Sungguh. Aku pun tak reti nak cakap cemna lagi.
Kalau korang belum terjebak, sila lah jangan terjebak ngan UMobile yg memeningkan ini.
Kalau dah terambik satu, i.e ambil talian telefon, ambik je lah yang tu. Jangan lah gatal nak guna bband dia ke apa. Kalau tidak kita yang pening dibuatnya sbb banyak sgt akaun dengan dia. Dulu aku ngan celcom pun pakai bband dgn phone gak, takde plak jadi camni.
Lps tu bila dah pakai pakej tu jangan la nak downgrade ke upgrade ke. Pun pening jugak.
U mobile coverage, u mobile data plan, u mobile review
Gambar hiasan : Kredit soya cincau
Sebagaimana aku pernah  bebelkan sebelum ni, UMobile dah guna ejen kutipan hutang.
So, dia akan call. 
Masalahnya, dah takde hutang pun call jugak.

Aku tanya member yg guna, dia kata takde pun UMobile call. Tapi ada gak orang lain kata, ada jugak yg dia call.
Okeh. Pelik di situ.
Kemuncaknya aku mmg geram betul bila sekali lagi ejen tu call 24 Jan 2014 yang lepas.
Aku bagitahu due bill aku 7 Feb, kenapa call. Belum due lagi.
Dia kata dia just nak peringatkan. 
Hoi. Hangin betul lah aku.
Setiap bulan pulak ingatkan aku suruh bayar. Dah kenapa.

Terus la aku emel customer service dia. Mohon penjelasan kenapa la asyik nak ganggu. Geram betul haku lah. Bukan kali ni je, bulan bulan sebelum pun ada call. Mintak bayar, mintak bayar. Padahal belum due. Jadi, aku dah sangat menyampah. Sbb bulan sebelum tu pun pernah call - aku tanya bill mana, dia gitau akaun semasa. Jadi, sbb tu lah bila call lagi bulan Januari ni aku dah hangin. Dah kenapa kau??

Jadi, derang reply emel kata ejen kutipan tu call sbb aku ada hutang lagi RM54.00 masa terminate bband lama bulan Oktober 2013 (aku terminate pakej RM68 dan tukar kepada pakej RM40)

Aku reply balik emel, aku cakap yg call tu bagitahu suruh bayar yang terkini bukan yang hutang. Dia tak mention langsung hutang sekian sekian nombor. Masa tu aku just cakap due aku 7hb apahal nak call - dia jawab nak peringatkan. Ha, takde langsung dia mention pasal hutang bulan Oktober. 
Dan pada 17.12.2013, aku pernah jugak terima msg dari ejen kutipan hutang ni yang menuntut RM33.85 - ada entry di sini siap dengan kronologi nya juga - UMobile menjengkelkan. Pun disitu dia nak peringatkan utk buat bayaran.
Ini bermakna bukan dia tuntut RM54.00 tu. Apa hal hari ni baru nak kata aku ada hutang RM54?

Oke. Ada 2 pelik di sini. Satu, masa ejen tu call dia suruh peringat bayar akaun semasa bukan bayaran tertunggak. Aku dah tulis dalam emel byk kali orang tu call sbb nak bagi peringatan. Tp yg reply emel tu tetap lah kata sbb akaun tertunggak tu. Heyyyy.......!!!
Kedua - aku dah terminate, kenapa boleh tertunggak sedangkan kalau kita terminate mesti lah di kontra dengan advance fee masa bulan pertama dulu. 
Kalau pun betul tertunggak, kenapa yg caller tu tak cakap pun itu hutang. Ini dia kata semasa. 

Tak kuasa dah aku nak emel2 lagi derang. Tak paham bahasa pun yer. Orang dah gitau - tetap gak kata hutang..hutang.. apa kebenda entah. Aku tulis melayu, yang jawab pun melayu. Takkan tak pepaham lagi. 

broadband u mobile ok ke?
Gambar hiasan. Ni tahun 2010 punya. 

Meluat sungguh rasanya. Dan menyesal betul kerana meletakkan harapan awal2 tu hari.
Dan aku dah terminate pun bband UMobile bulan lepas. Settle. Menyampah rasa. Sejak aku tukar mmg aku bagi free je ke dia RM40 sebulan sbb aku tak guna langsung pun. Bukan sengaja taknak guna. Tetapi mmg internet dia langsung tak boleh nak surf pun. Kalau lembap tu boleh la terima sket. Ni langsung tak boleh nak connect. Gambar google tu pun tak keluar okeh. Apa guna? Dia tak boleh alasankan sbb amik pakej murah internet langsung tak dpt. Abis.. nak kena pakai yg patratus ringgit plak sebulan? Banyak la cantik muka u kan.

Oke. Tak mengapa.  Aku akan ke centre dia. Settle kan lah apa menda yg ada lagi tu. Betul ke hutang tu. Kalau hutang, sure lah masa aku terminate bband tu hari dia tahu aku ada hutang. Sbb aku bagi nombor IC aku suruh dia tgk akaun aku. Mesti la budak kaunter bagitahu eh, kak, ada hutang lagi ni. Aku bayar la. Bukan 5ribu pun. 54ringgit je pun. Yang cam nak runtuh dunia asyik call aku kenapa. Bagitahu lah aku ada hutang. Ni tak..dok kata peringatan bayaran. 

Now ni, aku nak switch nombor 018 tu ke line lain. Tak tahu line apa lagi nak pakai dah. Celcom pun aku menyampah sbb cam mahal. Maxis pun dengarnya cam leceh gak. Digi aku pakai ni oke gak la, tp bila buat call mahal gak. Internet apa semua oke ja. Tapi aku malas la nak sampai 2 akaun utk satu syarikat. Nanti pening lagi camni.

Jadi, buat lah pilihan yang betul ya. UMobile ni coverage KL oke lah (tp aku tinggal di KL ya - yg mmg ber poskod 51000, Kuala Lumpur - pun hazab jugak). Luar KL mmg la lagi hazab kau nak dpt internet dia kecuali bandar2 besar.

Thursday, January 2, 2014

UMobile Lagi : Menjengkelkan

Aku tak tahu la apsal aku sgt bermasalah dengan UMobile ni.
Mmg merungsingkan.
Baru nak berazam buat entry ber ilmiah. Tup2 nak kena buat entry kecaman plak.
Haih.

Tapi entry ini walau tak berapa nak berilmiah, tp boleh la dijadikan info untuk orang yg mencari maklumat berkaitan U Mobile. Kot terpikir nak subscribe ke, kot berniat nak switch line ke. Ha. Sila la baca semua entry aku yang berkaitan UMobile ni dan sila lah buat keputusan selepas itu.

Hari ni skali lagi aku hangin.
Tu ari. Last month (last year la) dapat ini.

Ada aku bebelkan dalam facebook jugak.
Takde angin takde ribut tetiba dia kata tak dpt nak reach aku. 
Padahal sedetik pun tak berdering keluar kat skrin aku nombor tu.
Oke lah. Aku buat dek je.
Takde masa la aku nak call balik.
Sorry.
Aku tahu CITC tu sykt pemungut hutang.
Sbb antara kerja aku dulu pun berurusan dengan sykt2 pemungut hutang ni.
Jadi, aku tahu antara sykt2 yang berkaitan.
Masa ni mmg mendidih je rasa. Tak berapa ringgit ni pun nak bersyarikat pungut hutang bagai ke UMobile nih? Setahu aku bila dah smpai ke sykt pemungut hutang ni samada kita due 2,3 bulan atau kita tak respond LOD (Letter on Demand).

So, aku ke UMobile aku settle la RM33.85 sebagaimana di tuntut sgt tu.
Lagipun bukan due 18 bulan pun kan. Masih tak due. Tapi yg kecoh sgt taktau apasal

Masa bayar tu pun aku tgk ada sorang kakak ni dah memarah budak kaunter tu.
Nyata. Bukan aku sorang menyampah ngan perkhidmatan UMobile nih.

Dah settle tu oke la.
Tup tup 25 Disember dapat lagi dari nombor 4141 nih. Tak sempat nak pick up. Aku ingat lagi, aku dalam keta time tu nak gi pasar.
Aku tgk cam kenalllll je nombor ni. Semak2 balik.. la... dari CITC ni ke. Kerja ke pun di hari krismas. Aku try call balik tak dapat. Byk kali aku call, takde orang jawab.

Jadi, aku ingat takde la aku dihantui dengan nombor2 ni lagi.
Sekali pada tahun baru ni, 2 Januari 2014, sekali lagi didatangi nombor 4141 nih. Adeh. Apa ni. Apa ni.
Aku terus cakap aku dah bayar.
Dia kata bukan yg tu, akaun satu lagi.
Lorh. Akaun satu lagi tu setahu aku belum due.
Dia kata mmg belum due lagi. Just nak peringatkan je. Due 7.1.2014 

Sekali lagi diulangi, dia call untuk peringatkan aku untuk bayar. Oooo…. ooo…..
Hai UMobile.. teruk sgt ke rekod aku dgn kau sampai nak diperingatkan.
Hai UMobile... dah lebih 2 tahun aku guna perkhidmatan kau, ada aku tak pernah tak bayar?
Hai UMobile.. berjuta sgt ke aku punya bil smpai nak diperingatkan?
Dulu aku pakai RM150 sebulan tak pernah pun camni.
Bank, kad kredit pun tak pernah nak peringatkan unless… unless yer.. unless mmg kau tak bayar bila dah due. Dah byk sgt ke duit UMobile smpai nak guna sykt pemungut hutang untuk call setiap customer memperingatkan nak suruh bayar. Setiap bulan? Ate nyer ramai tu. Ke ada 2,3 orang customer je UMobile nih? Tak masuk akal betul aku rasa.

Runsing. Menyampah. Rengsa. Menjengkelkan.
Semua ada.

Nak lagi bes dia boleh kata :
'cik, kalau cik dah bayar boleh tak cik call kita balik'
Kau rasa aku nak jawab apa?
Nak jawab 'baik lah..sy akan call semula lps saya bayar, saya mmg suka camni'

Amboi. Dah bayar, lps tu nak kita pulak call dia. Amboi boi boi. Kau tahu semua orang duk kecam barang harga naik dan kita semua disuruh berjimat cermat. Datang kau, suruh call balik. Aku tak tahu la kalau ada keldai yang setuju nak call balik. Igt call dia tu free ke. Harus la paling2 busuk seringgit labur ke UMobile. Eiii.. sakit plak hatiw kitew nieee.......

Giler!
Dah kenapa aku plak kena call balik. Eh. Tak kuasa la aku haih.
Aku jawab 'eh, tak kuasa lah saya nak call, UMobile ada sistem, takkan dia tak boleh update then bagitahu sykt awak ni. Byk cantik muka nak habiskan duit talipon saya. Lain lah kalau ada nombor toll-free tu. Bodoh la UMobile ni"
Iyer. Mmg aku bodohkan U Mobile.

Jadi,
Utk broadband, mmg aku dah nak terminate. Kalau tidak bulan Disember lagi nak terminate dah. Tapi, tu ari byk hal tak sempat nak pergi. Sbb skrg pun aku guna huddle YES. Senang. Ngan asben aku skali boleh on wifi. Tp ni pun tak boleh nak puji melambong sgt. Ini pun sbb free setahun. Jadi, guna kan lah. Bodoh plak kalau org bg free tapi tak guna. Takat ni berdesup laju gak la internetnya.

Aku suspect da menimbun utang UMobile nih, jadi tu yg dia jadi paranoid sgt. Hey. Aku tahu la kewajipan aku untuk membayar setiap bil aku, pada setiap bulan. Jadi, tak payah nak remind remind. Dah la remind, lps tu nak suruh kita call dia pulak lepas bayar. Hey. Mmg tak la. Tak sabar aku nak terminate line yg ada service bodoh macam ni.

Oh. Utk info, aku bukan sekadar bebel di sini. Aku mmg emel customer service dia jugak. Tapi, apa yg derang boleh cakap pun. Habis habis gini je :

Kami juga berharap semoga ianya dapat membantu kami dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kakitangan U Mobile di masa - masa akan datang. Pihak kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggannya bagi memastikan kepuasan pengguna terjamin dan sokongan serta maklumbalas yang berterusan dari saudari amat dihargai sebagai penggalak untuk kami terus berusaha.

Monday, November 11, 2013

Pening Dengan UMobile Nih : Menyesal!

Phew!
UMobile ni suka nau mem-barred kan line orang yea.
Dah tu kang, nak un-barred satu hal. Cam dulu tu. Dah bayar pun amik masa 3,4 hari nak unbarred balik. Hanginnn je aku lah.

Dia barred kita cam kita tak bayar gayanya.

Cuba perhati bil aku tu. Apa ke hal kau barred line aku??
Kalau nak kata aku tak bayar, mustahil lah sbb due bayaran aku adalah 8 Disember.
Tu hari lah. Tetau dah hilang logo H+ kat phone aku. Jenuh la aku on off phone sbb ingat sbb talipon ke apa kan. Dah tak buleh gak, aku call operator dia. Skali bes btul dia cakap..dah kena barred. Aku terus rasa   cam kepalahotak kau..haaaa...
Katanya dia barred sebab penggunaan melebihi RM150.00 sebab kredit limit aku adalah RM150.00. Dah bila pulak aku guna smpai lebih RM150.00 nih. Tak pernah dibuat oiii.....

Ha...tu yang peningkan kepala aku tu. Aku tak boleh nak access sbb bil tak sampai. So, bila dia dah emel baru aku dpt tgk (ni pun satu hal..berpuluh kali aku suruh tukar alamat..tetaaaaappp alamat salah tu jugak).



Haha.
Kelakar kan. Semua zero, zero, zero.
Jadi, celah mana datangnya lebih RM150 tu?

Sebenarnya jumlah tu adalah datangnya dari pakej lama + pakej baru.
Pakej lama bil aku berjumlah RM141.00.  Aku terminate pakej ni akhir minggu Oktober. Dan aku tukar pakej baru. Jadi, jumlah bil utk pakej baru adalah RM33.91
Lps tu di campur stamp duty, service tax bagai menjadi RM185.95
Dan oleh kerana jumlah telah melebihi RM150, maka dia barred hatta data plan yang aku guna aku tak lebih, dan voice call aku pun tak lebih.

Jadi, bila dah barred, aku tak boleh guna data plan aku eventho' bulan November ni data plan aku tak exceed limit lagi. Padahal, aku dibenarkan utk bayar before 8 December. Cerdik tak cerdik? Jadi, siapa yang untung? Haha. Mereka lah untung sbb data limit tu dah kita bayar sesiap. Even kita tak guna, bil tu dah tentu banyak itu kena bayar. Jadi, sekiranya aku bayar (bil yg di barred ni) pada 1 December, ini bermakna aku tidak menggunakan plan mahu pun talian telefon pada bulan November nih (mungkin ada la 2,3 hari sebelum di barred itu). Dan seterusnya mereka kaut duit aku free gitulah kerana data-plan ni mmg kena bayar samada kau guna atau tak guna. Best kan? Memang best!

Haha. Korang baca pun pening, aku lagi la pening sbb dah terjerumus dengan TnC yang agak kelakar lagi mengelirukan. Yang aku paham, kalau barred line ni kita dah guna lebih penggunaan. Atau tak bayar. Bukannya includes service tax, stamp duty advance fees segala tu. Kalau termasuk itu, memang lah lebih RM150.00. Bila aku call tu hari, buleh plak operator tu kata boleh je nak tmbh kredit limit. Haha. Kelakar.. itu bukan masalah dia sbb kita akan tmbh kredit limit kalau rasa tak cukup kredit limit tu utk call atau penggunaan internet.

Kelakar nih... Rasa nak ketawa... rasa nak menangis pun ada. Huhuhuuu... (T_____T) Cemna lah aku buleh terjebak dengan menda2 remeh temeh camni nih.

Ni skrg mmg no 018 aku di barred lah. Aku pun dah naik menyampah. Aku geram. Aku jual terus talipon yg aku guna utk 018 tu. Habis cerita. Tapi cam aku cakap kat atas tu lah. Siapa yg rugi sekarang. Aku lah. Next month, even aku tak guna talian ke data plan ke aku tetap kena bayar. 

Kesilapan terbesar. Suppose aku bukan tukar plan, tapi terminated terus. Dan, penyesalan terbesar aku adalah bila aku dah tak boleh nak terminate sekarang sbb bila aku tukar pakej ni dia kembali kontrak 2 tahun. Itu pun masa aku tukar pakej tu budak kaunter yg register kan tu pun tak pasti samada ada kontrak atau tak. Sudahnya ada jugak. Sungguh la aku tak paham. Sumpah. Dan aku terpaksa berdepan dengan terma dan syarat mengarut ni 2 tahun lagi. Nak marah pun dah tak boleh sbb kebodohan dan kesilapan aku sendiri. Ini lah yang orang kata penyesalan tiada gunanya.

Mmg aku ada rasa cam taknak je bayar. Biar lantak situ. Tapi kang dan dan la dtg surat LOD lawyer lah itu lah ini lah yg lagi buat remeh. Heyyy..!! mmg kalau fikir, mmg menyesal tak sudah lah aku tak terminate tu. Mmg menyesal... tapi.. nasik pun dah jadi bubur.... Keluar air mata darah pun, ini jugak aku kena hadap 2 tahun lagi. Takpe.. makan la duit tu walau aku tak guna pun..makan..makan.... sila kan..... nak cakap tak halal kang, satu hal kat akhirat huruf U kaler oren tu kejar aku lak..eihh..tak kuasa.. lantak la..tp harap cepat la "BERJAYA" Umobile ni....


p/s : Tu hari aku bising pasal Astro, ni plak UMobile. Sebenarnya ada satu lagi sykt.. tp aku tak boleh nak buat entry pasal tu. Tp tggu lah, bila semuanya settle, akan ada jugak entry tu kot.. haii.. pening.. peningg.... sbb tu aku pernah buat status 'menda paling menyakitkan hati adalah kita terpaksa terima bukan pilihan kita di sbb kan terikat dengan terma dan syarat syarikat'

Wednesday, October 16, 2013

1GB atau 2GB?

Sedang berkira kita mahu men-downgrade kan data plan yg sedang digunakan.
Jadi, tgh berfikir, nak amik yg 1GB sahaja atau pun 2GB.
Aku mmg nak cut cost memana expenses merepek yg aku bayar bulan2 skrg ni.
Utk internet/communication expenses je dah lebih 200 ringgit/mth. Sangat membazir.
Aku mmg guna data plan DIGI (tp ni sket je - 500mb sajork). Sbb ni supplemen line kpd myDH. 
Lps tu dah ada broadband yg 5GB which skrg mmg aku tak guna pun. Sgt2 jarang gunakan. Malas nak on laptop. Ada gak cadang nak terminate kan, tp kang kalau ada apa2 hal nak guna internet, payah pulak. Lagipun tak membebankan sgt. Sokay lah.

Yg perlu downgrade ini lah.
Rasa nak turunkan jadi U28 tu je cukup lah kot.
Murah sket bayo. Lagipun coverage UMobile ni hanya excellent kat bando2 beso je. Ce kalo balik kg. Menyakitkan hati. Mmg guna wifi streamyx je pun kalo balik kg. Sokay la kot kan kalo 1GB pun.

p/s : staff umobile ni mmg nak kena bagi customer service course lah. Dulu call pun terhapa jugak. Ni even kat kaunter pun, layan orang cam hampagas je. Boleh tak friendly sket muka tu. Kalau pun kau tak dapat cuti hari raya, muka tu jgn buat org annoying boleh? Benci aku. Terminate terus baru tahu (harus ada orang komen cam gini ni - jgn marah, sabar.. sabar... bluerghhh....)

Monday, October 15, 2012

Perkhidmatan Mendukacitakan


Aku baru nak buat entry utk review perkhidmatan talian telepon aku ni kan.
Tup tup, genap setahun aku guna, dia jadi musibat plak.
Tu yg aku menghamuk hamuk tu hari tu kat facebook. Weekend 2 minggu lepas.
Amboi kau.... hamukan sesaja. Hahaha.

Citernya gini.
Selalunya aku tak pernah missed bayar segala bil slps gaji. Biasanya bila gaji jer, trus aku bayar segala bil melalui Maybank2U. Semuanya aku tanda dlm satu kertas yg aku dah buat khas utk pembayaran bil setahun punya. So, aku rasa mmg aku dah bayar lah segala bil.

So, ari Sabtu tu, tgh sesebuk nak wedding adik ipar aku, tetiba dpt msg kata talian aku kena blocked sbb ada bil berjumlah RM300++. Tak tanjat gegel ko dibuatnya. Masa bila plak punya bil kan.
So, jadi tak sedap hati. Lps tu, ptg tu gak, lps balik dari umah in law aku, trus ke branch Umobile kat AEON AU2. So, aku check bila last payment. Dia kata pada bln Ogos. Aku cam rasa, eh... betul ke? Tp malas nak bising, aku terus bayar je RM300 tu.
Sbb lagipun dokumen nak semak pun seme kat ofis.

Tanya kat budak yg kaunter tu, dia kata dalam sejam dua dia akan aktifkan semula talian.
So, dlm 8.30malam (aku bayar dalam kul 5ptg camtu), aku tgk tak aktif lagi phone aku.
Still takde line.
Cuba call customer service - 1318. Tak jawab. Call plak 018 388 1318. Pun takde jawapan.

6 minit aku tggu (guna speaker phone), tak berjawap. Motip??
Takpe, kita try lagi skali. 5 minit je aku tggu. Kang aku baling pulak phone tu lagi satu hal.
Tk lama, try lagi. 4 minit je aku tggu. Takde. Jadi aku simpulkan mmg takkan ada orang jawab.
Aku terus isi form dlm web dia. Juga aduan tu jugak aku emel kan kat customer service dia. Tp emel ni derang akan tengok dan jawab hari bekerja. So, lantak. Asal aku dah hantar.

Jadi, esuknya iaitu hari Ahad (hari kenduri adik ipar aku tu, terpaksa gak aku ke Jusco AU2 tu sbb nak suh gak dia bukak line aku. Wah.. ko, kalo bab motong motong, laju je kan. Nak aktifkan balik musibat sgt). Aku gi pagi lagi. Tp dapat nombor 3 jugak. 
So, bila turn aku, tak sempat budak tu tanya terus aku kata
"saya ada soalan, pertamanya, kalo kita call 1318 tu waktu malam, hari minggu mmg takde orang jawab eh?"
Budak tu jawab. "eh, ada la kak, kenapa kak?"
"Ha..ini lah soalan kedua saya, berapa lama nak aktifkan balik talian yg kena barred lps kita dah bayar?"
"Biasanya dalam sejam ke dua jam"
Hah! that's my point la kan.
Geram, geram gak, tp aku takkan nak maki hamun situ. Imej kena jaga jugak. Haha. Lagipun kang keluar  dalam paper "seorang penjawat awam didapati mengamuk di kiosk Umobile" . Lagi haru biru. (jaga imej sendiri tu tak kesah sgt kan, imej penjawat awam tu susah sket - cea..mementang baru balik course tatatertib kan)

Aku cakap senang je.
"Check balik sistem awak, saya dah bayar semalam. Ni dah lebih 12 jam saya tunggu, apa kes tak aktifkan balik. Kalo nak barred tu laju je. So, skang awak aktifkan line saya balik atau pun awak pulangkan balik 300 saya semalam. Saya nak SEKARANG jugak!. Saya takde masa ni. Saya nak balik kampung petang ni. Menyusahkan betul uols ni. Ini takpe la kat KL, kalo saya on d way balik kampung, dan ada emergency, nak kena call, celah mana saya nak carik line. Cuba cakap"
Terkemut kemut budak tu.
"Oke, saya aktifkan" dia pun godek2 dlm PC dia.
Aku tak kira. Aku nak menda tu aktif time tu gak. Sekarang


Lps tu aku ada cakap "awak mesti bawak perkara ni ke pihak atasan awak. Menyusahkan pengguna ni. Apahal plak line 1318 tu tak berjawab. Menda ni simple je. If awak punya customer service jawab call saya malam tadi, sure dah selesai. Takde la menyusahkan orang macam ni. Better awak bagitahu pihak atasan awak, atau saya buat aduan ke SKMM"
Tahu dia jawab apa.
"Takpe..buat la aduan"
Hoi. Teruk btul kan. Aku cakap "yer, mmg saya akan buat aduan. Tapi, awak pekerja kat sini, yg selalu jumpa customer, kena bagitahu orang atasan awak"
Aku kan, sket je lagi nak mintak kat dia nak jumpa manager dia (sbb aku tau manager dia ada dlm ofis tu sbb ada dia keluar sekejap. Tp yer ke manager)

So, ada la dlm 20 minit camtu dia aktifkan balik.
Dia minta maaf gak la. Tp aku banyak kali cakap suruh dia bagitahu pihak atasan.
Tp percaya ker dia bagitau. Aku tak rasa dia akan bagitau. Yg aku rasa dia kata 'gi mampus la kau..pedulik hapa aku'

Takpe... ko tunggu..ko tunggu... Muahahahah!
Hari Isnin aku balik kg, jadi tak sempat nak bkk emel (aku mmg guna emel ofis. Napak la rasmi. Takkan  nak guna emel cikstoberi. Euuuwww....)

Hari Selasa pagi, aku tgk emel aku dah berbalas. Dari customer service derang. Dua dua balas (yg form aduan kat web ngan emel). Katanya talian aku dah aktif la apa.
Igt aku nak say thanks camtu ja??. Meh aku basuh lagi.
Aku kata, talian tu aktif sbb aku pegi ke branch. Kalo aku tak pegi, mmg takkan la aktif. Aku cakap, aku dulu pengguna Celcom, which kalo kita call utk cakap dgn customer service mmg tak pernah menghampakan. Kejap je dpt cakap n settle masalah. Dan aku cc kan sekali emel tu ke SKMM. Ha, lantak la walo aku rasa cam takde kaitan. Tp belasah lah. Mana lagi kan. SKMM la jaga mereka semua ni.
Dan pada 11 Okt derang balas emel tu :
Rujukan Kami: CRQ *****Nombor Akaun: ****  Salam sejahtera Cik Ida, Merujuk kepada aduan saudari yang diterima melalui emel di customer.service@u.com.my pada 9 Oktober 2012 berkenaan akaun bernombor seperti di atas. Kami amat kesal dan memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh saudari dalam menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan pada 6 Oktober 2012 yang lalu. Maklumbalas ini telah kami lanjutkan kepada Pengurus bahagian yang berkenaan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada para pelanggan. Pihak kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggannya bagi memastikan kepuasan pengguna terjamin dan sokongan serta maklumbalas yang berterusan dari saudari amat dihargai sebagai penggalak untuk kami terus berusaha.
Cik Ida, sekali lagi kami ingin memohon maaf dan terima kasih di atas maklumbalas ini. Untuk sebarang bantuan lanjut, sila hubungi kami di customer.relation@u.com.my Sekian, terima kasih.  
Yang benar, Nooraini Binti NawawiUnit Hubungan PelangganU Mobile Sdn. Bhd.
Umobile ni, kalo kat rumah lama aku dulu, mmg tip top oh line dia. Sgt sgt laju. Orang kata kalo tgk utube tu mmg takde tersekat2 langsung lah. Kalo Celcom mmg meng-hampeh!. bukan je tersekat, terus hang dibuatnya.

Cuma rumah skang ni slow sket, tp masih oke. Aku mmg guna 2 menda dari Umobile ni. Broadband - RM68/month. And utk phone - RM149.50/month. Line dia mmg aku puas hati. Tp tu lah..customer service cam musibat. Ni pun aku dah semak semula, mmg aku dah bayar yg dia kata tak bayar tu. Nati nak pegi balik branch tu. Kalo ikut mmg tak kuasa, tp dah amik duit RM300, takkan nak senyap je. Aku sekeh kang baru tau!

Wednesday, January 25, 2012

Perihal Advance Access Fee

Memula nak buat WW je reni. Tp gmbr2 WW ni biasanya sumber dari FB. FB tak bleh nak bkk, mana nak carik lagi. So, taperlu WW. Menceceh je la.
Ni, aku nak menceceh pasal Advance Access Fee utk broadband.
Aku tatau utk pengguna 'jenama' lain.
Tp UMobile dah hantar bil beserta Advance Access Fee.
Motip?? Terkezut mak tgk bil mak jadi dabel.
Ini bleh mendatangkan kemarahan!.

Jadi, pegi kaunter untuk mendapatkan penjelasan.

"Kak, yg ni mmg SKMM da wajibkan mulai tahun 2012 seme user broadband kena bayar advance fee. Seme yg guna broadband kena"

"Jadi, ni skali je lah ni?"

"Ye kak"

"Btul ni, bln dpn takde dah ni"

"Btul"


Kalo aku tgk ada lagi, mmg aku terminate yer *lps tu sangap nak online guna apa. Takat ni Umobile mmg tak buat pangai lagi*

Persoalannya kenapa la ko tak tulis kat memana kata menda tu camtu camgini. Aku blum bukak mulut pasal ni pun budak tu dah tau aku nak tanya pasal apa. Bila aku tnya kenapa tak hantar notis, dia kata tak sempat. Herm... susah nak cakap kan. Menda ni mmg kena notice sepatutnya. Sbb dia effect pada bayaran yg akan dibuat oleh pengguna. Masa kita register kata dah takde apa2 bayaran. Tup2 now kena bayar. Dabel plak tu. Zaman IT maa.. dah tu sykt ko pun sykt IT kan, pe salahnya notice by emel ke, takpun SMS, takpun tulis je note kat bawah bil tu. 

Budak tu kata gak, ada gak customer yg marah2 sbb tetiba kena bayar lebih. Tu la pasal. Lenkali kabo dulu. Kami pengguna. Pengguna ada hak utk tau kenapa kita tetiba dibebankan dgn bil sekian sekian amaun. Walau pun duit ni ko tak amik, dan bleh di waive pada bil terakhir nati, tp menda camni perlukan terma penerangan yg jelas. Mmg la ada term dlm sykt ko 'tertakluk kepada syarat2 dan terma dari semasa ke semasa', tp pengguna ada hak utk tau kenapa bil berubah. Betul pun ko ada tulis dlm laman web ko, tp tak seme akan jengah ke sana. Aku pun baru hari ni jengah.

Ini adalah contoh bil nya.
Bleh didapati di laman web Umobile

FAQs pasal Advance Fee ni pun ada tulis kat laman web tu.




Jadi, ai nak tanya la nih, uols yg pakai bband lelain spti Selekom, Maxis mahupun DG, ada ke mendalah bernama Advance Access Fee utk bln ni?
Effect oh bajet aku bln Januari ni dibuatnya dek menda nih.  Dah la naik gaji pun tangguh lagi. Menda ni laju je buat kan.
Geram pun ada. 
Haihsss.

Thursday, November 24, 2011

Pengalaman Pertama Talipon UMobile

Aku kan pengguna tegar UMobile skang ni. Haha.
Ngan bband, ngan MyS2 nyer lah, seme Umobile.
Mmg takde masekelah la ngan Umobile la.
Seronok je layan Cinta Elysa tanpa ada gangguan. Apa ke nama menda tu kalo internet sekat2 tu kan. Buffer ke apa ke tah tu.

Tp lps yg aku kata internet aku tetiba down masa mlm lawan bola sukan Sea tu, aku terpaksa la call meke smlm.
Payah juga nak tembus line deme ni rupanya.
Tp dpt gak la.
So, ckp ngan cust service dia - lelaki.
Ha..bab cust service ni mmg aku salute cust service Celcom la kot. Pengalaman aku time call Celcom mmg aku rasa PR derang oke dan mebi well-trained.
Yg Umobile ni dah la tak kenalkan diri, lps tu memula cam nak taknak je layan.
Aku gitau la apa seme poblem ngan line tu. Pastu dia tanya aku pakai window apa.
Tah, aku pun tak pasti window apa aku guna kat lappy tu. Aku tau guna je, lelain tatau.
Pehtu dia cam marah.

Eh. Budak ni.. kang aku cakap aku pakai window shopping kan baru ko tau kan.
Ko nak marah pasal?
Aku pun tanya la "marah ker?"

Tu dia pun cam cover balik la - tu pun nada cam nak marah. Ek eh.

Dah la asik dok kata "line cik ni oke, aktif, takde masalah bayaran ke apa"
Lor..kalo aku tak bayar, takkan la aku nak call kot. Dah sah2 la masalah kena block line tu. 


Lagi satu agak kelakar sbb dia tnya - selalu cik guna kat mana internet ni yer?
Haha. Dah sah2 la aku pakai bband kan. Harus la boleh bawak kemana2.

Tu mujo aku bkn bisneswoman ke agent PB ke apa ke kan yg surf internet dari memana. Tp aku gitau gak la aku surf dari umah. Lps tu tanya alamat umah. Tu oke lagi. Dia tnya landmark tu tak tahan tu. Tgk dlm derang nyer peta je lah kan. Tp layan je lah.
Jadi agak lama gak la. Aku pun tatau apa masalah ngan line ni. Dia leh connect tp bila masuk internet terus dia tulis 'unable to connect to the proxy'.
Entah la. Biar lah derang settle kan.
Tp lps aku godek2 setting configuration tu dpt la balik.
Tp lps tu DC - connect balik - ilang lagik.

Tah. Aku rasa setting tu kena telan ngan virus tu ari lah.

Apa pun, bleh la guna, tp tu lah.
Acap kali tu kena setting balik kat configuration tu.
Tak larat la.
Ni tgh suh adik IT aku tu tgkkan. Apa lak plak masekelah nya???

Thursday, October 13, 2011

Sebulan Bersama U Mobile

Syabas betee..
Hari ni 1 entry je baru up.
Itu pun hok draft. Tatau nak buh entry apa - publish je yg MyBrain tu.
Oke. Skang kita up lagi satu entry.

Tgk iklan 2 orang cucu bersama neneknya sedang main game di laptop?
Yg nenek dia buat tangan kat dahi tu

Lps tu ada sorang laki nangis ter esak2 lps tgk movie Korea.

Ya..seme tu dgn U Mobile.

Haha.

Ada rupa wat entry utk iklan tak?
Yes. U Mobile sila amik saya utk jadi ambassador.
Muahaha. *Ko pikir ko retis kah??*

Oke. Oke.

Sebulan bersama UMobile.
Setakat ini saya berpuas hati.
Dan my dear juga komen begitu.
Mana taknya.
Petang Ahad lalu, kami layan Edisi Khas kat You Tube - selama 20minit satu edisi pun tanpa gangguan. Tanpa tersekat-sekat.
Itu ari Ahad la. Kalo malam2 dia lembap gak.
Tp tak selembap masa aku guna bband lama yg tanpa ragu2 aku patahkan sbb dah patah hati sgt time tu. Ha.. ko mampu patah kan sim kad broadband?
Geram punya pasal.

Oh. Aku amik plan MB68 - 5GB itu.
Masa aku sign up retu ada promosi.
Jadi bil bulan pertama aku adalah sebanyak ini saja.

Ada waive utk activation fee - RM100
Ada rebate RM20 utk 5 bln
Dan ada waive apa tah lagi dlm RM2.
Suppose aku bayau RM48 la skang - tp bayau RM45.75.

Lps 5 bln nati kembali RM68 la.
Dulu ngan yg aku patahkan tu pun bayar sama. Tp dpt 4GB saja.
Tp lembapnya... Ya Allah... jadinya sekejapan je la kut abis 4GB (sbb aku tak dpt nak detect record).
Yg ni aku leh tgk berapa aku GB aku dah guna.

So, oke la kalo takat2 nak guna utk tulis blog, update FB, masuk gambau, tgk youtube. Kalo nak sedut2 pilem tu, tak dapek la kut.

Jadinya.... harap2 tak ramai beli U Mobile nih. Sbb kalo ramai beli, kang jadi cam bband yg aku patahkan tu. Lembap. Haha.

Oke. Takde lah. Memain je. Kut nak try bleh la. Lagipun dia ada *7-day money guarantee applied for Postpaid Bundle Plans only*


Ni dah puji2 ni harap2 tak de lembap plak pas bayau bil ni kang. Sila maintain yer U Mobile. Takat ni saya masih bleh bagi tabik hormat ke anda.
Sekian.


*Zana, secara kebetulan - kekda mmg nak buat entry kalo da dpt bil - tup2 Zana pun buat entry UMobile gak reni. Hihiks.

Friday, September 2, 2011

~Pasal Kembali Beronline~

Hihi. Ai kembali bersiaran dari KL. Oh. Da sampai dari kampung dlm kul 2pm tadi. Rancang perjalanan anda. Maka, Alhamdulillah, kami tak stuck dlm kesesakan di hway. Keta mmg byk tapi masih ter kawal dan aku adalah boleh tido dgn nyaman dlm keta. Hihi.

Oke. Skang kembali bersiaran menggunakan bband.

Tak tahannnn.... konon je nak tggu tgk cemna. Takde makna. Smpai KL, rehat2 jap kuar trus Jusco AU2. Tau kat situ ada byk kiosk network provider ni. Digi, Maxis segala ada di situ. My dear pun tau aku kusut kat umah kalo tak bleh nak online, tu sbb dia pun sokong je aku nak amik bband baru.

Pikiaq punya pikiaq try test Umobile plak.

Dia ada 7 days trial. Tu pun ada TnC dia la. Yg penting data usage mesti less than 500MB baru leh claim balik. Tp aku rasa amik je lah. Satu lagi sbb dia takde contract. So, anytime aku leh terminate tanpa garu garu kan.

So, kita cuba dulu ya. Memula mmg lajus la kan. Sok sok mmg mensiput la gaknya. Tp kalo oke sket dari previous bband pun oke dah la. Sbbnya aku amik rega yg sama tp data allowance dia 5GB. Dulu 4GB. Pehtu 5 bln pertama dia akan potong plak RM20. Oke la kut. 

Aku pun bkn pengguna tahap tinggi. Jarang pun tgk utube, dload bagai2 tu. Abis2 pun baca gosip kat porem je. Huhu. Update blog tu yg penting. Sbb aku tak sker nak update dari opis. Unless bosan tahap mencipan.
Jadi, just wait n see. If tak jalan, jgn patahkan plak. Hantar semula ke tpt asalnya yaw.