Ada dia cakap pasal bunyi misteri kat Sarawak tu kan.
Aku ada la terbaca kat FB 2,3 ari lepas, tp cam malas la nak amik pusing sgt.
Skali cam eh, mcm seriyes plak kan.
Ce baca sket sini.
Sumber : Mynewshub
Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.
Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.
Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.
Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.
sila rujuk di sini : http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/
Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu.
Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.
Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).
DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).
IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.
IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.
Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.
Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya – Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)
Bleh baca sini gak :
sini :
dan rasanya byk lagi la kalo google.
Persoalannya, bunyi apakah itu. Cam ngeri kan. Ada yg kecoh kata dunia nak kiamat. Tp walo apa pun, at least, Allah da beri petunjuk kan. Abis, nak tunggu apa lagi??? Ohh....
14 comments:
tu la kekda. takut kn? 2hari lepas kot kt tv3 kata ada ribut yg plg dahsyat is coming. sy tnya mr hubs, nk kiamat dh ke dunia kita ni? aduhh... takut ;(
ngerinya reen...mcm mana org yg mendengar tu ya...seram juga tu kan...
ha...eka ada juga dengar...kecoh la kat skolah retu...dah dekat je dgn kami...kalu yg kat denmark tu tak kisah la sgt...ni lahai kat sawak... ada yg kaitkan dgn makhluk bawah tanah yg eka penah citer 1 masa dulu http://saya-suka-pink.blogspot.com/2011/11/penemuan-baru.html
tah le...eh apasal font eka tu jadi kecik gile ye kekda
saya baru tahu pasal bunyi ni... Sangat menginsafkan...
Ya Allah.
seramnya. Bunyi apa tu? ada jugak dengar cerita pasal ni, tapi buat tak endah je. hmm
ye la kekda.. dah la kg tu sebelah je kg husband eyza.. semalam dia call ayah dia, ayah cakap yg bunyi tu sebenarnya kat Acheh... tapi dengar macam kat samarahan.. tapi, Wallahhualam la..
ni semua tanda2..takutnya!
YANNIE :
Mmg menakutkan.. tp tu lah.. macam takde apa rasa je lagi nih.. Huhu
KAK NITA :
Bleh carik kat utube bunyi tu. cam menyeramkan gak la. Apa menda la agaknya kan
EKA :
Eka tak dgr ke?? Takut kan..
Eh. oke je font Eka..dun wori :)
CARMELLO :
tu la tu..Allah da bagi petunjuk tu kan..
CIK ANITA :
Tu la yg menjadi misterinya skang ni
EYZA :
Ye ker??Owh..scarry....
SUE :
Tu la tu... menginsafkan juga la
Post a Comment