Thursday, January 26, 2012

Perihal Baucar Buku 1 Malaysia

Anak..anak..
Memacam korang ni kan. Dah bagi, pandai lak nak buat begitu begini.
Sebenar cam malas nak tulis pasal ni. Tp takpe lah. Saja.
Biler buat BW lunch tadi ter pegi kat blog yg ada tepek nih.
Kredit utk blog tersebut : pami3
Zaman kami belajar dulu tidak la zaman batu sgt. 
Kira zaman U dlm hujung tahun 90-an dan awal tahun 2000-an.
Tp zaman kami dulu tak pernah dpt peluang terima duit pree camni.
Zaman kami masih takde laptop.
Kalo ada pun PC beso gedabak, tu pun tak seme mampu.
Masa buat diploma, mmg berebut2 nak buat asainmen kat lab komputer.
Tp tau je lah komputer kat lab tu cena. Ada yg tak mau idup. Printer pun sebijik cuma.
Kat bilik tumpang la kawan yg ada PC. Mana bilik yg ada PC cukup haibat dah time tu. *kalo ari minggu tu, tutup langsir, reramai tgk CD Hindustan. Time tu kan glamer ngan citer Mann la, Kuch Kuch Hota Hei la apa la kan.
Lps tu buat presentation guna projektor. Tp bkn cucuk pen drive cam skang ni.
Tulis atas plastik tu. Adoi. Kadang tersenget tulisannya.

Dan nak beli buku hok tebal2 yg kalo terhempap kaki bleh buat cagu kata kawan2 aku tu, adalah mmg cam mustahil. Ada takde kami fotostat. Tp aku mmg tak sker btul buku fotostat nih. Kalo bleh nak beli. Dan skang buku melambak kat umah. Aku mmg sker buku.

Oleh itu, pelajar zaman global ni sgt2 untung. Dah la ada bermacam kemudahan. Dah tu dibagi lagi baucer.
Kalo la aku dpt baucar ni mmg aku guna sebaik mungkin. Sbb aku minat buku.

Tp bleh plak engkorang jual. Mana contact budak tu, meh aku nak beli. Tp aku nak beli ngan RM50 je, tp dpt empat2 tu. Bleh?
Ye lah, ko perlukan duit. Satu point la di situ cam meraih simpati. Tp kalo ko taknak baucer tu, takyah la amik. Tp bijak lak tu palahotak, pikir aku amik baucer ni lps tu aku jual kat mudah. Aduhai anak... nak kata tak bijak, tak mungkin la kot. Kalo tak, tak la smpai ke U sanun.  Kut ye pun nak jual, tak perlu ko iklankan camni.  Ko bisik2 je la kat kawan2 ko. Kut akak2 kawan2 ko nak beli novel ke apa kan. Eh?

kredit : Bharian

Ada sesapa taknak lagi? Meh bagi ahkak.
Bleh ahkak beli novel banyak2.
Tp takmo la jual, kira sedekah je bleh kat ahkak?

Haha.

*update*
Dpt komen cenggini.

Betul gak tu. Bagi pada yg memerlukan yang nak beli buku lebih. Tp nyer, better la kot org tu beli ngan cash beliau. Cuma dpt diskaun la kan sket dlm 20inggit. Huhu.

Tp nyer, cara tu lah. Pi jual2 kat secara terang-terangan tu. Persepsi org cam tak menghargai plak.
Entah. Tatau nak kata, senang takyah bagi. Buat cam dulu2 tu. Takde pening2 kepala, polis pun tak susah2 nak siasat ke apa. Abis citer. Patut baucer buku ni buku hold kan dulu cam SBPA. Eh...??? Hahahahah. *terus berlalu smbil nyanyi limapuluh sen... limapuluh sen*

16 comments:

eKa said...

tak tau bersyukur kan...zaman skang bebudak siap dibekalkan laptop sebijik. baucar buku semua....sedih pemimpin kita bila tgk apa yg dia bg tak dihargai

Che Sue said...

ni namanyer orang2 tak reti bersyukur..orang dah kasi, pree lak tu, lagi byk songeh!patut lempang ngan spanar org gini..

~ain said...

Budak zaman skrg..bijak tak boleh diajar dah..

ekinashikin said...

sayangnya...dah dpt bazir2 plak...
x mcm zaman kita kan...mcm kak reen tulis tu lah..hihi..men pinjam2 komputer nk buat assignment..pastu nk print plak 1 hal lagi..kat lab mmg x mgkin ada can lah..asik full manjang...

Sue-Rya AQ said...

budak2 skang x reti nk bersyukur kan..zaman kita dulu2 mane ade benda2 cmni..skang ni jgn kata baucer buku, laptop pn dpt gak..kalau ye pun xnk guna, xyah la jual..sedekah la kt sape2 yg lbh memerlukan..

::EIDA:: said...

Masa belajar, masa kerja, sampailah sekarang.. id atak pernah ada lappy pun! Diaorg ni tak reti nak bersyukur lgsg!!!

nizamsani said...

pada aku tak ada masalah sangat kalau jual pun.yang penting orang yang membeli, menggunakan baucer tu untuk membeli buku yang bermanfaat. mungkin orang yang membeli perlukan buku yang lebih banyak/mahal dari orang yang menjual. dia dapat beli dengan sedikit diskaun. dari digunakan untuk beli benda yang merepek-repek.atau beli tapi tak baca pun.

Chekgu Azrine said...

Hmm..mana boleh jual kot..salah..biasa ar budak2 u zaman skg..bg betis nk peha..

PUANSTOBERI said...

@EKA :

Entah la.. agaknya da tatau nak buat apa ngan baucer tu. nak duit je. Tu la pasalnya

PUANSTOBERI said...

@CHE SUE :
Dia nak duit tu, tu yg jadi bijak terlebih tu

PUANSTOBERI said...

~AIN :

Kan?? biarkan derang

PUANSTOBERI said...

EKIN
Itu la pasalnya. Byk kot menda kat kedai buku yg bleh dibeli ngan baucar tu. tak semestinya buku je, tp kalo kat MPH ke, Kino ke, ada je menda yg berguna utk blajar. Bkn nak beli menda bukan2. Kalo dia tukar duit tu lagi la beli bukan2. Entah la.

PUANSTOBERI said...

SUE :

Tu la tu. Taktau nak kata lah. Buku.. takkan tak berguna pada pelajar?? pelik la bila ada yg kata taknak beli buku.

PUANSTOBERI said...

EIDA :

Uhuks..akak da keja baru dpt lappy. Masa blaja, sem last degree baru merasa ada PC. Kut tak...nan hadooo...

PUANSTOBERI said...

@NIZAMSANI :

Terima kasih atas pandangan anda, dan sudi men drop komen di sini :))

PUANSTOBERI said...

CHEKGU AZRINE:

Tu la dia nyer.. tak reti nak kata kan.