Thursday, January 19, 2012

Cuti Cuti Langkawi : Permulaan

Term CUTI CUTI CINTA hanya akan digunakan kalo aku p bercuti berdua je ngan incik my dear. Tp kalo gi lebih dari dorang, jadi CUTI CUTI jelah.
So, kali ni trip Cuti Cuti aku ngan kazen aku n hubby dia (meke juga masih berdua). Plan lama dah. Sedari bln Ogos kot. Tp dlm bln 11 baru aku beli tiket katebang. Harga - mahal tak mahal, murah tak murah. Yang sedang2 aja. Haha. 200++ utk 2 orang - return. Oke la tu kan. Plan awal aku nak naik ketapi, balik baru naik flight. Tp bila kira2, mahal lagi naik ketapi, trus tak jadi. Penat lagi. Naik flight ja. Abis citer.

Salu ja pegi Langkawi, tp biasanya atas dasar Saya Yang Menurut Perintah. Kali ni nak pegi jalan2 tanpa pikir kena masuk keja walo ada kat tpt peranginan. Salu cam geram je tgk. Kali ni nak rileks puas2. Huhu.

Maka pada 15 Jan berpergian lah kami ber empat.
Flight jam 10.00 pagi. Seawal Subuh lagi da kuar dr umah, sbb kali ni mmg aku naik public transport ja. Takde nak suh org antar mahupun paking di mana2. Naik Putra - lps tu naik Aerobus. Mula nak naik Skybus, tp bila da kat bawah tu tgk takde pun Skybus yg merah tu. Yg ada kuning merah tu. Maka naik ja. Aerobus : RM8 seorang.

Smpai LCCT harus lah bekpas dulu. Makanya, mmg lebur la azam dan cecita taknak makan fasfud sbb bulan ni je berapa kali dah tala McD. Bekpas pun McD ler. (T___T)



Alhamdulillah. Takde delay apa seme. Tepat jam 11.00 kami jejak di Langkawi. Memasing mmg tak amik luggage jadi takde la nak tggu bag ke apa kan. Laju je la kuar. Lps tu tugas diambil alih oleh my dear. Dia uruskan sewa keta. Sbb kiterang ada opis cawangan kat sana, jd pepehal mintak tolong member sana lah. Elok smpai, member dah ada. So, dia call kawan dia yg sewakan keta tu. Dpt la kami sebijik Waja yg mana bila tanya ke owner tu berapa, dia kata - rega biasa RM80 tp Wan punya pasai RM70 ja. (Wan - member yg kat Langkawi tu lah). Hihi. Oke lah kan. Kira 2 ari - RM140.
Hari Terakhir baru ada gmbr ngan keta sewa kami
Aku punya itinerary sebenarnya trus check in since igt kut flight lambat ke apa. So, bila dah smpai awal, aku decide trus ke Cable Car. Maka Wan guide la kami smpai dkt2 nak ke arah Cable Car tu. Dia bwk smpai stesen minyak Petronas. Isi minyak RM50. Tak full, tp mmg cukup utk kami jalan jalan 2 ari tu. Siap ada setakuk lagi tinggal tu.

So, persinggahan pertama adalah Cable Car. So, lps ni baru citer lah. Panjang berjela lak kang.
TBC ya... :D

5 comments:

::EIDA:: said...

TBC tu menatang ape kekda ?

suwara entertainment said...

kekda ni mmg suka cuti2 dan cuti2 lagi kan..seronok je tgk akak g jenjln sane sini..hehehehe..bila la dpt pegi honeymooning lg ni..aduh..

puanstoberi said...

EIDA :

Tahun baru cina. Hikss...

To b continue la yunk :D

SUE :
Alahai..dkt2 je pun.. :D

Bitt (double IS) said...

nak mentelaah dari awal entry langkawi u nehh..ehhe bulan 5 saya nak ke sana pulak... jup sambung baca ;)

puanstoberi said...

BITT :

Slmt bercuti2 ke Langkawi. Langkawi mmg bes kalo nak gi cuti2. :)