Wednesday, May 16, 2012

Cuti Cuti Cinta : Jungle Trekking

*Entry sebelum ni pjg giler. Yg ni pun pjg. Tkpe.. taknak baca takpe. Tgk gmbr je yer. Tp kang ada soklan utk Giveaway kang dlm citer2 ni. Huhu.

Kat Krabi mmg memacam tour ada. Jungle trekking lah, island hopping lah, rock climbing lah. Mmg memacam. Sepanjang2 jalan tu ada je kedai2 dia. Hasil dari perikian aku baca kat blog n porem, yg bes ada lah Baraccudas Tour, Anna Travel. Tp aku tak amik pun yg tu.

Masa 1st day tu dah siap carik. Jadi, ada satu kedai tu bagi diskaun, terus la amik. Utk island hopping - Phi Phi Island : 1800baht/person. Tp dia bagi diskaun jadi 1100baht/person. Sebenarnya masih mahal ni sbb ada je aku baca dpt kurang 1000baht. Kalo tak aku nak amik 2nd day la utk island hopping. Sbb cam sempat la baju kering ke apa kan. Tp dah penuh utk Phi Phi Island, so, amik la jungle trekking.

Wahhh.. tetiba nak jungle trekking. Motip la sgt kan. Aku amik jungle trekking tour yang pegi Emerald Pool + Elephant Trekking. Rega sebenar 900baht/person tp dia kasik diskaun (katanya lah), dpt 750baht/person. Yer, sbb aku nak sgt gi Emarald Pool tu. Dia ada la pakej lelain, tp aku rasa pakej yg ni better. Tak perlu nak masuk2 gua tgk berhala seme tu (tiger cave temple).

Jadi, kami buat jungle trekking ni hari kedua kat sana - Isnin (7 Mei). Seme tour mmg akan amik kita kat hotel. So, tggu je dpn hotel. Nati dtg la setiap tour tu pick kita. Dia cuma sebut nombor bilik je. Dlm kul 8.30pg tu seme da ready dpn hotel.
Antara kenderaan yg amik orang. Aku naik van :)
Utk jungle trekking yg aku amik ni tak ramai. Kat hotel aku duk tu, kiterang berdua je dia amik. Dlm van tu ada 4 mat saleh yg aku rasa satu family la.

1st pit stop - Emerald Pool. Tpt ni mmg jauh dari Krabi mahupun Ao Nang. Naik van pun sejam. Pulak tu berpusing pusing. Aku advise toksah la kot naik moto. Jauh. Tp kalo nak naik juga, silakan lah. Tp signboard kat sini aku rasa tak byk membantu. Kalo nak jalan kaki pun boleh. 14 jam la tapi. Tu google map yang kata. Haha. Better amik pakej la. Sng.

Sini ada entrance fee. Tk silap aku 200baht sorang. Tp sbb da amik pakej, takdak la kena bayar. Kan... senang kalo da amik pakej. Takyah pening2. So, dari pintu masuk nak ke Emerald Pool ni kena jalan kaki 800meter. Kiri kanan adalah hutan, jln tanah merah. Sbb baru lps ujan, maka bila berjalan, air merah2 tu abis terpercik kat seluar. Haha. Nice. Tp takpe lah. Bila masa lagi nak trekking camni kan. Kat Malaysia mmg tak la kan.

So, bila je smpai... mmg terpersona, mempersona tgk air yg kolam yg cantik amat. Biru. Ya Allah. Cantik dan uniknya ciptaan mu Ya Allah. Aku gi takat sini je lah. Boleh naik atas atas lagi. Tp tak kuasa. Situ pun air cantik dan jernih. Tp batu batuan kat situ seme berlumut. Licin amat. Kena jalan berhati hati.


Sedikit info mengenai Emerald Pool ni (tpt ni juga dikenali sbg Sra Morakot). Gmbr lagi bleh tgk sini : asiaexplorer
Bacteria and algae in the water, along with the water temperature, determines the colour of the water of Sra Morakot. Where the water temperature is high, the water is greenish blue; where the temperature is lower, it is pale green. Visitors are advised not to use detergent, shampoos and soap when bathing in Sra Morakot, as these substances may affect the algae and the colour of the water of Sra Morakot.

Aku tak mandi kat sini sbb mmg aku tak bawak baju mandi. Tau tpt ni boleh mandi, tp aku malas nak lecak basah basah. My dear je mandi.

Kat luar tu ada jual2 makanan. Aku beli jagung tu. 25baht.

Kat sini kami diberi masa sejam. Lps tu turun la balik. Elok je nak naik van, hujan lebat. Oh. Alhamdulillah. Kata lah tgh berjalan nak masuk/keluar dari pool tu hujan mmg taktau nak nyorok mana. Dlm van tak henti2 berdoa agar hujan berenti dan Alhamdulillah, matahari kembali memancar :)

Next pit stop : elephant trekking. Jauh jugak la dari Emerald Pool tu tadi. Sblm naik gajah tu derang bagi makan buah nenas n air mineral (sbb da termasuk dlm tour pakej)

Haa... mmg gigil naik elephant ni. Lebih kurang sejam. Jadi derang bawak naik bukit (tinggi woh) dan turun bukit (curam giler), mcm rasa nak terjun je dari gajah tu dah. Dah la time tu baru je naik. Badan kita tak biasa lagi dgn rentak gajah tu. Adrenalin pun bergerak pantas. Giler. Rasa nak terkucil pun ada. Haha.
Baru turun dari bukit curam. Huiii..gigil oke
Dia lalu yer lopak2 air tu. Hadappp...
'Atok' tu rilek pegang payung lagi.
Gajah tgh makan pokok pisang utan.
But, it was enjoyable moment. Aku tak pernah naik gajah kat Kuala Gandah, tp aku tak rasa dia bawak camni. Bila dah turun naik bukit tu, gajah tu pegi kat air. Dia main sembur2 badan dia. Tp kita tak kena la. Kena sesket je. Lps tu dia makan. Cabut pokok2  hutan situ. Lps tu, dia bawak tpt lapang sket, 'gembala' tu tangkapkan gmbr kita.



Bes la. Mana nk dpt kat Malaysia ni oih. Smpai kan my dear kata 'kita suh abgcik beli gajah seko, buat camni kat kebun kelapa sawit kita' Haha. Yer, kawasan aku naik gajah ni pun mmg area kebun la. Ada kelapa sawit seme.
Takut nak bagi gajah makan pisang.
Dah turun dari gajah, beli pisang 50baht, kasik la gajah tu makan. Ngeee.. syok..

Settle seme tu, maka berakhir lah jungle trekking tour kami. Half day je tour ni tp penat jugak rasanya. Berjalan kaki, naik gajah. Dlm kul 2 lebih smpai hotel semula. Balik pun mmg rasa penat. Tp penat penat pun takkan nak tido. Harus la lps tu jalan-jalan carik pancake kan. Teheee..

So, pas ni citer pasal Island Hopping - Phi Phi Island pulak. Ada citer "klaka lahabau" time tu. Stay tune!

*****
Entry lain - Cuti Cuti Cinta Krabi :
1. Permulaan
2. Penginapan
3. Jalan2 dan Makan2 di Ao Nang

14 comments:

Anum said...

syoknya naik gajah

PutriesNoora said...

bestnya kekda!!=D

Masya said...

wahh naik gajah.. payah x nak naik gajah besar ni... teruja pulak saya tengok.. mesti slow jer gajah tu jalan kan..

Carmello said...

Yang dengan jagung tu telur rebus ke Kak Reen? Waahh..romantiknya naik gajah.. Saya belum pernah lagi naik gajah...

::EIDA:: said...

Ida tgok AA tak de pun murah ke Krabi... =(

suwara entertainment said...

bestnye kekda! x pena lg naik gajah..mesti gayat! hahahahhaa

Unknown said...

wah cam best jer.. mahal tak pakej dia akak?

aLyNnZ said...

naik gajah cam best jew kak..tapi biler akak kata gayat rasa seram plaks..akak emerald pool tu macam air terjun lar eh..? ke tasik..? birunyerr...

Cik Anita said...

masa baca entry akak ni, terkeluar kat mulut Nita..alaaa..bestnya naik gajah! hehe. Jugak terpikir mesti banyak gak habis duit utk holiday kan? fuhh..

:D

puanstoberi said...

ANUM :
Syok..mana penah naik gajah kat sini. hihi.

NORA :
Mmg bess... sukaaaa :D

puanstoberi said...

MASYA :
Nak naik tu tak susah sbb kita naik dari atas pelantar. TP dah duduk atas dia memula tu cam gayat gak la.. memacam baca.. huhu

CARMELLO :
Telur rebus kot..ntah.. ke ada makanan yg glamer derang tu.. akak pun tatau.

puanstoberi said...

EIDA :
Kalo below 500 murah la tu.. bleh grab :)


SUE :
Gayat gak la.. tp lelama tu dah biasa, rasa seronok jugak :)

puanstoberi said...

SITI :
Tak mahal. Dlm 75hinggit je duit kita :)

ALYNZZ :
Bes... bila lagi nak naik gajah kan.. hihi.

Emerald pool tu tasik. Tp akak rasa ada air terjun la kot belah atas2 tu. Akak tak pegi pun :)

Anonymous said...

Cantik gile kolam tu kak