Monday, July 23, 2012

Chipboard - Bukan Chipmunk

Itu lah. Kalo kita tak survey, mmg tak akan la carik info pasal menda2 ni. Bukan je info, nama pun tatau. 
Ha... skang da tau.

Chipboard ni biasanya material yg guna utk buat KC. Kalo guna 3G ke apa tu, seme la materialnya guna chipboard, unless pakai kayu jati [which, mmg tak sesuai pun ngan konsep umah takde tanah kan].

Klik utk imej lebih besar. Kredit : Forum Lowyat

Bila kontraktor kata chipboard, dia can be wood or from paper juga (cam yg komen kat atas tu la kan). Ada yg guna term wood compressed - ini chipboard juga tapi mmg wood la dia compressed. Hope so la kan. Ikut salah satu kontraktor yg aku amik q tu, dia kata dia nyer compressed wood.

Mengikut kata kat wikipedia - 
Particle board, or particleboard (or chipboard in the UK and Commonwealth Nations such as Australia, New Zealand and others), is an engineered wood product manufactured from wood particles, such as wood chips, sawmill shavings, or even saw dust, and a synthetic resin or other suitable binder, which is pressed and extruded. Particleboard is a composite material.

kredit : wikipedia
What to do. Mmg la nati utk kesan jangka panjang dia tak tahan. Tp, takkan nak pakai solid wood?? Woho... makin lama, makin byk ilmu yg dpt dalam proses mengubahsuai rumah ni. Penat. Tp berbaloi :)

Edit :
Ada yg komen berkenaan table top menggunakan chipboard. Ekceli chipboard yang saya ceritakan di atas ni bukan digunakan pada table top, tp ini untuk base unit dan wall unit. Utk granite/quartz/melamine/solid surface or konkrit - itu adalah material utk table top. Chipboard ni material utk kabinet itu sendiri (contoh utk kitchen kabinet - pintunya material 3G, base (papan dinding) - chipboard dan table top - quartz).

Biasa bila kontraktor qoute dia akan bahagikan kepada : base unit, wall unit dan table top dan entry ini bukan berkenaan material table top :)

Ala, tahu ni pun dari forum cari dan low yat lah. Situ byk info yg diperolehi :)
Berkenaan table top, entry yg pernah dibuat ada di sini
http://pnstoberi.blogspot.com/2012/06/mansion-kc-table-top.html

3 comments:

mikamusz said...

kalau kita negara asian ni guna chipboard annti takut cepat kembang. Sayang pulak. Saya guna konkrit je sebab nak tahan lasak. Kalau try cuba guna Solid SUrface ( a bit sensitive) atau granite ( mahal sikitlah).. ini ada entry lama tapi mungkin sekarang lagi up to date..
http://mikamusz.blogspot.com/2008/10/melawat-kitchen-cabinet.html

PUANSTOBERI said...

MIKAMUSZ :
Thanks for the explanation.
Sebenarnya, saya maksudkan chipboard ini bukan utk table top, tp utk base unit. utk table top mmg saya amik qouatation granite n quartz. Solid surface, melamine tu cam tak lasak sgt. dah compare pun seme tu. yg memeningkan adalah dinding tu seme (base), mmg derang wood compressed. kalo selain dari itu, solid wood atau pun... stainless steel
Moga jelas skrg :)

cikbedahlaser said...

uhuhuhhuu tak tau ape pon pasal kicen kabinet.. hahahahahah nanti2 la..ahahaha