Friday, July 13, 2012

KSU Deco : Posisi Katil

Lagi lagi perihal mendeco dan meng-reno.
Gambar Hiasan
Okies. Skang citer pasal posisi katil plak. Sebenaunya masa gi Home Deco kat Shah Alam tu ari, aku da terjebak lalu terbooking dan maknanya sudah terbeli sebiijik divan. Haha. Kan itu mmg angan2 ku. Mau divan yg cam kat otel. Lalu booking sbb dapat rega yg agak berbaloi. Brand apa tah. Lupa sudah. King plak tu. Muahaha. *padahal bilik kecik tet saja*
Oke, skang mari kita tgk posisi katil yg sesuai di bilik tidur.
Kredit to : dekorumah.blogspot (bagus blog ni, byk info2 boleh diperolehi)

  • Tidak menghalang laluan. Secara logiknya, posisi yang dipilih tidak sepatutnya mengganggu laluan masuk ke bilik tidur, dan juga laluan di mana penghuni lalu lalang. Jika boleh, sebaiknya elakkan dari bersebelahan pintu sebab akan menampakkan keganjilan bagi keseimbangan bilik. Bila seseorang hendak masuk ke bilik tidur, ketika berdiri di muka pintu, selalunya dia inginkan suatu sudut yang membenarkannya memandang apa yang ada di dalam bilik tersebut. Jadi, sentiasa ingat tentang lokasi katil bila nak mengubah gaya susunan di bilik tidur anda.
  • Jarak paling jauh dari pintu. Kalau anda berdiri di muka pintu, kenalpasti lokasi yang paling jauh dari anda. Lokasi tadi sepatutnya membolehkan anda melihat keseluruhan katil anda. Anda akan dapat mengawal keluasan bilik dengan cara ini. Secara tidak langsung, ruang anda bergerak tidak akan terhalang. Jika pintu berada di sebelah kiri, pilih lokasi yang paling kanan. Begitulah juga sebaliknya. Jika pintu berada di tengah. Anda boleh pilih di sudut paling kiri atau kanan.
  • Kepala katil rapat ke dinding. Kebiasaannya, untuk nampak lebih solid dan struktur yang lebih terancang, rapatkan kepala katil atau headboard ke bahagian dinding solid (tiada tingkap di atasnya). Ia nampak agak ganjil jika jaraknya terlalu jauh dari dinding. Keseimbangan juga akan terjejas. Elakkan meletakkan kaki katil ke dinding. Jelas kelihatan out of order.
  • Rapat di tengah dinding. Ia kelihatan lebih berstail dan menarik mata memandang namun jika luas lantai membenarkan. Bagi bilik tidur yang besar, letakkan kepala katil di tengah-tengah dinding yang paling luas. Seeloknya dinding yang kelihatan dominan jika dipandang dari arah pintu. Atau setidak-tidaknya, elakkan bahagian tepi katil merapati dinding sebelah kiri atau kanannya. Kedudukan ini bukan sahaja memudahkan pergerakan anda, malahan dapat membantu anda mengatasi ruang kosong yang ada. Pembahagian ruang juga nampak lebih seimbang.
  • Katil sebagai focal point. Itulah tujuan utama. Lokasinya sangat penting supaya seseorang mudah tertarik bila berjalan masuk ke dalam bilik tidur anda. Disebabkan saiznya besar, mempunyai stail tersendiri, katil selalu mendominasi bilik tidur dan amat sesuai dijadikan focal point. Focal point penting dalam dekorasi.
  • Baring nampak pintu. Berdasarkan idea-idea di atas, pintu memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti lokasi katil. Kedudukan pintu akan menjadi panduan yang dapat membantu mendapatkan keselesaan, keseimbangan, dan daya tarikan bilik tidur anda. Satu cara yang mudah bagi memastikan apa yang anda lakukan benar-benar mencapai tujuannya, baring di atas katil secara menelentang. Anda sepatutnya boleh melihat pintu bilik tanpa gangguan atau halangan.

4 comments:

::EIDA:: said...

Kira betul la ida letak katil dlm bilik ni.. hihihi

Masya said...

sy bab2 ni .. mmg tak tahu hihihihi.... owhh mesti hubby sy pun baca bende ni.. betullah dia susun gaya macam tu.. baru sy tahu ... nsb baik x komen ape2...

Zana Adieyza said...

setakat ni betul la kedudukan katil kat bilik zana.. kat bilik tetamu 1 betul, 1 tu x berapa betul sbb kalau baring x mengadap pintu.. nak ubah tapi nanti kepala katil menutup tingkap la pulak.. adoiiii...

apapun, nice sharing kekda!

puanstoberi said...

EIDA :
Gooddd :))


MASYA :
Akak nyer rumah tak buleh la buat camni. aduyaii..

ZANA :
Umah baru akak tak leh adjust la gini. Kecik bilik dia. Huhu