Monday, July 23, 2012

KSU Reno : Hood n Hob

Oke, sebelum ini bercerita perihal chipboard. Itu adalah salah satu material yg ada pada Kitchen Cabinet. Skang nak cerita Hood n Hob (HnH). 
Woho. Ini memeningkan kepala. Sangat!. 
Susah betul nak buat pilihan. As I dah nak lantik kontraktor utk buat KC, maka kena dptkan jugak HnH ni.

Memula kita tgk perihal hob.
Ini agak merungsingkan bila nak pilih gas atau pun induction/seramic. Tp dlm pikiran ni mmg dah decide la nak apa kan. Mmg survey la sana sini. Tanya orang sana sini. Yelah, nak tau review bukan dari salesman, baik trus pada end-user. So, dah buat keputusan.

Seterusnya tgk hood pula.
Kalo pegi fair yg ada jual kitchen appliances ni, bila kita nak survey induction cooker, ada yg kata induction tak perlu guna hood sbb dia kawal penggunaan minyak n tak byk asap. Haha. Logical thinking je lah. Masa dia tunjuk demo tu pun dah berasap. Lagi2 plak rumah takde tanah kan. Kang merebak bau habis satu kawasan tu. Tu tak kata lagi yg tgh tgk tv pun terbatuk2 time kita menumis. Habis kang melekat bau kat langsir bagai. Kuasa la kan. Esuk bila dah takde  Bila da ada hob, beli je lah hood skali.

Utk hood ni plak ada 2 pilihan. Recycling or ventilating. Kita tgk ventilating dulu. Ventilating ni dia ada hose yg dipasang utk menyedut asap. Kira dapur kena tebuk lubang (ducting). In which, recycling tak perlu nak ada hose, ducting bagai. Dia sedut asap guna filter yg dipanggil charcoal filter. Filter ini kena tukar setiap 3-4 bulan, tgk ke'rajinan' kita masak lah.
Yang ni juga memeningkan. Setgh rumah tak bertanah ni, JMB dia tak bagi utk sesuka hati men'ducting'. Maka, ndak tak ndak, mmg kena guna yg recycle, tetapi, rumah aku ni aku belum pasti buleh atau tak. Masa inspection aku dah tanya. Tp orang yg buat inspection macam tak faham. Tp aku rasa boleh.
Masalahnya sekarang, aku rasa cam taknak pula buat ducting tu.
Image : google
Memang hose tu boleh 'disorokkan' dalam cabinet. Tp itu lah masalahnya. Menda tu je nati akan makan ruang dalam kabinet. Udah la aku nak limitkan penggunaan cabinet tu. Dtg plak mendalah tu. Besar tak besar la. Std saiz dlm 6inci diameternya. Kalo rendahkan kabinet, letak hose tu atas kabinet, lagi aku tak sker. Geli plak aku tgk ada menda menjalar atas tu. Yer, aku sudah terpikir lain.

Sebenarnya kalo pakai ducting ini, kuasa suction hood ini lagi bagus berbanding filter itu. Pulak tu, filter tu perlu ditukar selalu. Kalo tak....merasa la semuanya melekat atas filter tu.  Minyak segala. Tp yg bes sbb tukar terus filter tu. Takyah nak cuci2 bagai. Kotor tukar. Filter tu pun tak smpai seratus. Puluh2 gitu ja.

Dapur camni kemas.
Google
Sesudah tahu hob apa kita nak, jenis hood cemna yg diperlukan, lagi memeningkan kepala adalah brand. Lagi di goggle lagi memacam brand kita tau. Nak survey dari satu kedai ke satu kedai lagi penat. Memula aku dah tersuka Teka. Selain dari tu, sker gak Rubine. Tp boleh gak tgk Rinnai, Tuscani, Fotile, Elba bla bla bla.. banyak ah.

Yang ni mmg susah. Tp sbb aku perlukan mendalah ni sblm aku buat KC, maka masa gi Modern Home tu hari aku beli dah. Dpt good price jugak la sbb aku dah survey sedari awal. Pakej hood n hob. Bayar deposit dulu lah. Bila KC da nak siap baru call utk install kedua dua mendalah tu. 
Tapi... sehingga kini, aku tak decide either ventilation or recycle yg hood tu. Seme pun barang rumah ni seme pun ada dua pilihan. Haih.


*minggu ni perlu jugak lantik seme kontraktor. Kang smpai bila plak aku nak pindah? Orang lain pun seme da men drill bagai. Rumah kiterang je rilek cam nak bagi sewa ke orang. Haha.

3 comments:

farhana sakiron said...

suka bc entry u psl KSU ni..en hubby sy plan nak masuk this weekend.tu pun klu pecah dapur tu dah siap..mamat kontraktor tu slow la pulak..kata 2 hari dah leh siap..ni berhari2 dah ni..huhu
Kami baru beli Hob last week.skali ngan sinki..nnt bila panggil KC pya kontactor, dah bleh ambil mesurement hob n sinki to install tble top.bestnya nak pindah..xsabar rsnya.. =)

::EIDA:: said...

Oooo.. itu rupanya.. HAHA~ Ida ni dok fikir apa lah menatangnya HnH ni.. hikhikhik


Yang dapur kemas tu nice kekda..=)

mizzura said...

kemas je tgk hood tu...thank for idea ;-)