Friday, July 6, 2012

Pasar Payang, Taman Tamadun Islam

Pasar Pusat yang dikenali sebagai Pasar Payang terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah sebuah destinasi pelancong yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade and barangan logam serta sayur-sayuran yang segar.

Pelawat yang berkunjung ke pasar ini tentu seronok membeli barangan tempatan di sini pada harga yang murah. Pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya di sini sambil memerhati penduduk tempatan sibuk membeli-belah di sini.

Tips
Sewaktu di sini, cubalah menjamu selera dengan hidangan tempatan istimewa - Keropok Lekor - keropok rangup yang dibuat dari campuran ikan dan tepung sagu. Keropok ini lazimnya dimakan bersama sos cili. Sungguh enak!

Pengangkutan
Jalan Kaki atau Teksi
Pasar Payang terletak di tengah bandar Kuala Terengganu dan mudah untuk ke sini walau di mana anda menginap.

Kredit : MBKT


Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia.

Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.

Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.

Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).

Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China.

Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal, yang menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu.

Masjid unik ini diperbuat dari kristal kaca dan besi yang telah dibuka secara rasminya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.

Tips
Ini adalah taman tema pertama di dunia mempamerkan keagungan kesenian kebudayaan Islam. Layari laman web: www.tti.com.my

Pengangkutan Awam

Teksi, Pengangkutan Awam 
Perkhidmatan bas dari bandaraya ke taman ini sudah beroperasi. Selain itu, terdapat pengangkutan teksi dari pusat bandar ke taman tersebut.
Bot penambang
Pelawat juga boleh menggunakan bot penambang dari jeti Shahbandar ke jeti Tok Ku Paloh, yang terdapat di taman itu.

kredit : Here

**Pasar Payang maybe sempat singgah. Tp TTI tu, cam tak sempat ja. Sbb tak bawak keta sendiri kan. Tp tgk la cemna. Sesekali backpack di negara sendiri, apa salahnya. HK boleh, takkan la KT yang kat negara sendiri tak boleh kan. Mihihihi....

4 comments:

::EIDA:: said...

Ida pernah pergi KT, mas tu cari batik untuk jadik hantaran.. Sempat masuk TTI ni... Best kekda! Macam macam replika masjid ada..... Tp sayangnya, camera rosak.. habis gambar dlm camera... sob..sobs....

nad said...

nk pi tganu ek kak? bestnye! hepi holiday! :)

Masya said...

lame x pergi kuala terengganu.. pernah jugak masuk pasar payang ni.. rambang mata kalau tgk baju2...

azurazimi said...

jangan lupa bawak balik kopok lekor ok.