Friday, July 6, 2012

Edisi Drama : Waris


Mengisahkan kehidupan Rashad dan Marisa selepas 10 tahun yang tenang bersama anak lelaki mereka Amar. Waris menjadi igauan ngeri bagi Marisa pada suatu ketika dulu kerana dia merupakan mangsa kepada Waris yang memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan. 

Marisa bersyukur kerana dapat memulakan kehidupan baru bersama suami tersayang dan anak lelakinya yang sangat ceria dan aktif. Kadang-kala dia akan berasa sedih apabila terkenangkan anak kembarnya yang sudah meninggal dunia pada hari kelahiran.Rashad dan Marisa telah membawa Amar bercuti di Terengganu

Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh secara kejam dan meninggalkan anak perempuannya yang masih kecil, Sarah.Marisa menjadi panik apabila Amar hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan. Namun, doktor mengesahkan keadaan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu, Amar berubah menjadi murung dan cepat marah. 

Buntu melihat perubahan anak mereka, Rashad dan Marisa telah membawanya pulang berjumpa dengan Mas Suri, Ibu kepada Marisa.Mas Suri mula berasa bimbang jika masalah yang sering membelenggu fikirannya selama ini telah menjadi nyata. Dia risau jika Waris telah bangkit semula. 

Mas Suri terpaksa membuka rahsia yang anak kembar perempuan Marisa masih hidup dan berada di bawah jagaan Rokiah. Mas Suri terpaksa memisahkannya daripada Marisa kerana dia tahu Waris akan kembali memburu anak perempuan keturunan mereka. Rokiah yang dipertanggungjawabkan menjaga anak perempuan itu telah menyerahkan anak tersebut kepada sepupunya kerana menganggapnya sebagai beban

Marisa seakan tidak percaya mendengar pengakuan Mas Suri. Tergamak Mas Suri melakukan perkara yang sama dia pernah lakukan pada Marisa. Mas Suri memohon maaf daripada Marisa kerana dia tiada pilihan lain bagi melindungi cucu perempuannya daripada ancaman Waris. 

Selama ini, Mas Suri sedar bahawa Mas Ayu tidak akan berputus asa dan dia akan menyeru semula Waris. Amar menjadi sasaran baru Waris yang terdesak untuk mencari Tuan baru kerana keadaan Mas Ayu yang terlalu lemah dan sedang nazak. 

Waris perlukan badan baru untuk berkuasa semula. Walaupun masih marah terhadap ibunya, Marisa perlukan bantuan Mas Suri untuk menjejaki anak perempuannya, Sarah yang kini dijaga oleh Aida dan suaminya, Fariz. 

Sarah membesar dalam keadaan yang daif tanpa belaian kasih sayang. Selepas ibu angkatnya meninggal dunia, Aida telah mempelawa Sarah untuk tinggal bersama. Tanpa disedari, Aida telah mengundang bahaya dalam kehidupannya. Sarah yang dipengaruhi oleh kuasa jahat telah memberi ancaman nyawa kepada ahli keluarga barunya. Sempatkah Mas Suri dan Marisa menjejaki Sarah sebelum Waris? Apakah muslihat Waris akan berjaya pada kali ini? Berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya daripada ancaman Waris buat selama-lamanya?

Kredit : TV3
----
Sapa folo citer Waris ni?? Aku sebelum ni mmg tak suka tgk citer2 antu nih. Tah. Takut pun satu hal la, satu lagi, malas nak tgk hantu yg cam sengaja di horror horror kan. Bosan.
Tapi Waris ni boleh lak aku ter suka, lalu ter follow. Ekceli pun, aku tak tgk citer Kekasihku Seru. Tp skang ni setiap Jumaat n Sabtu petang dia ulang balik citer tu. Tp salu je terlepas pun.
Bes la pulak... budak yg nama Sarah tu cantik..dan pandai gak berlakon. Mimik muka dia pun cam geram2 je kat orang.
Dia bunuh seme orang yg sakitkan ati dia dgn bantuan 'cik'. Eh. Cik tu sapa? Itu ke "waris?" Lps ni adakah ustaz tu plak dia bunuh. Wohoo.. tetiba aku lak yg ter excited.

p/s : Citer Ameera tu pun naik geram nengok si Zila. Haih... 

16 comments:

Qaseh Suhaida said...

mmg cerita ini best sentiasa mendebarkan dan penuh tanda tanya...semua pelakon hebat-hebat.

aku rasa "Cik" tu Mas Ayu kot.

kekucingkatz said...

ada kesinambungan Kekasihku Seru yek...aku idak le tau sebab dah jarang tengok tb..yg tu dolu aku tengok..itu je le drama Melayu yg aku follow sebab hantu dia ok...hahaha!!

ejaMaria said...

hehehe... kita penakut... ;p

Zana Adieyza said...

zana x tengok pun.. semua citer seram kat tv3 zana x pernah layan.. hahahha..

citer ameera tu mmg zana pun geram jer tgk si zila tu.. meroyan sungguh.. pandai dia berlakon.. hihihi

eima said...

aku rasa cik tu AYU la ...
tp mmg best la cite tu aku suka dr KEKASIHKU SERU sampai la yg ni ..hopefully nanti ade la lg sambungan ...hihi

Nory Zoulkefle said...

nory selalu ter"miss cite waris tu...tp AMeera tak pernah miss...hehehe...geramm kan ngan zila tu..haishh..

::EIDA:: said...

Waris? Ida tak tengok.. hihihi.. Ameera YES! Rasa macam nak terjun tingkap je tengok lakonan Zila tu.. Saiko gila!!! Tak sukakkkkkkk

AyangAizul said...

tak pernah tgk pun slot seram tv3 ni. lps je 999 tu biasanya dok alih ke channel lain. bkn sbb takut ke apa tp sbb nak elakkan bdk2 dr karut marut bende2 ni sumer la. mmg bila ada je citer2 seram tak galakkan bdk2 tgk.
tp kalo citer antu kelakar tu tgk la jgk tp tetap gak kena explain kat bdk2

Salmi Khairil said...

tak pernah tengok..sebab hubby tak bagi tengok..layan dicovery channel jer kekda..

puanstoberi said...

QS :
Oh eh..?? Tatau sapa dan sapa sbb tak folo kekasihku seru.


KEKUCING :
Iyaaa... tp aku tgk ni ja. KS tu aku tak tgk.

puanstoberi said...

MARIA :
Tak..cite ni bkn citer antu pun sgt..

ZANA :
Citer ni oke sket. Lelain tu terhapa sket.

puanstoberi said...

EIMA :
Oh..seme pun kata Ayu.. ye la kot. dia tak kuar lagi pun dlm episod ni kan.. tak tgk yg dulu tu. nak tgk ulangan pun asik sebuk je kan.


NORY :
Ameera bes kan..geram je rasa masa tgk tu..

puanstoberi said...

EIDA :
Tu la.. jantung berdegup kencang bila tgk citer tu.


AYANGAIZUL :
Tu la pasal. Sebelum ni mmg kita pun tak tgk. mengarut entah apa2.
Tp waris ni cam bes, sbb dia tak la antu sgt. superstitious apa kata orang tu . Haaa... bes..!

Azwa Azee said...

love both drama. heheheh.;)

Yan said...

waris ni yan tak dpt folow sgtla.. 2 episod layan kat tonton.. yg kamis baru ni lum tgk.. owhh sarah dpt bantuan dr 'cik' yer.. baca komen kat sini ramai teka 'mas ayu' (kuza).. reen...klu tak silap fes episod aritu dia ade kuar kjap.. dia bunuh org gaji dia..

klu dpt follow blk kekasihku seru tu bes.. waris tu ada dari generasi ke generasi.. nenek moyang seme kuar.. hehe.. waris mula2 diseru dr moyang diorang (emilda) sbb waris tu suami dia.. ms tu diorang takde agama lg (kononnya)

eh marisa ni anak mas ayukn.. mas suri tu anak dara tua... eh??? lupalaa...

puanstoberi said...

AZWA AZEE :
:))


YAN :
Tu la pasal. Suppose kena tgk kekasihku seru dulu. tp yg ulang tu pun ptg jumaat n sabtu. mana ada kat umah time tu. huhu