Saturday, July 14, 2012

Edisi Panduan Masuk Rumah Baru

Retu ada baca, sapa post ya. Tp aku tak amik endah sgt. Just pikir nati baca lah Yasin bila masuk rumah tu kan. Tp lps baca citer Che Pidah masuk umah baru dia, baru aku tau betapa seriyes nya perkara2 ni.
Jadi, google dan jumpa beberapa blog tulis perkara yg sama - Panduan masuk rumah baru secara Islam

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bg bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh saper2...
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni.
2. membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
"jgn lah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bhw benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bgmanapnu ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.


Juga
Dengan nama Allah kami masuk rumah, dengan nama Allah kami keluar rumah, serta kepada-Nya kami berserah diri

Doa masuk rumah.

Semoga dapat menjadi panduan kepada semua yang nak memulakan langkah pertama ke rumah baru. Insyaallah :)

4 comments:

::EIDA:: said...

Betul. Mak ida siap print tips ni (ntah mana dia dapat ntah), suruh ida amalkan..Masa ida nak pindah, time kawen dulu.. hehhee~ Lagi elok katanya, sebelum kita tido rumah tu, buat kenduri doa selamat sekali.... =)

Masya said...

lagi satu orang tua³ pesan juga nak masukk rumah tu bawaklah makan dulu .. macam beras ke. ape² jerlah janji makanan.. biar rezeki murah .. jgn bwk masuk brg dulu.. iyer ker.. sy pun tak pasti ... tp dulu nenek sy pesan mcm tu .. kami pun ikut jerlah huhuhuhuhu... kami nak singgah rumah kami belilah beras sekampit dengan sardin hihi....

opss.. bebel kat sini pulak..

Zana Adieyza said...

zana pernah baca gak ttg hal ni.. hope segala urusan kekda masuk rumah baru dipermudahkan Allah hendaknya..

puanstoberi said...

EIDA :
Tu la tu..akak igt doa selamat skali ngan HW nati :)


MASYA :
Oh, begitu ya..tak salah amalkan selagi tak bertentangan kan.


ZANA :
Insyaallah :)