Bagaimana Menambah Nikmat Allah
Nikmat itu terbahagi tiga:
1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba
2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba
3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya
Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmatNya ke atas hambaNya, Dia akan mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang dikecapinya sekarang kepada hamba tersebut dan mengurniakan kepadanya sifat syukur.
Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang. Sesungguhnya nikmat hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan ketaatan.
Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan.
Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu.
Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau tidak menyedarinya.
Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu berkata:
"Wahai Amirul Mu'minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadapNya dan sentiasa mentaatinya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya."
4 comments:
ucapan syukur
Assalammualaikum & Selamat berpuasa Reen ^^
ALHAMDULILLAH .. sentiasa cuba mensyukuri nikmat Allah seadanya ...
ramdhan yang sgt nikmat buat sue.. inyallah
salam ramadhan..insyaAllah akan sentiasa bersyukur dgn segala nikmat yg ada
Post a Comment