Tuesday, July 24, 2012

Kuala Terengganu : 2 Hari 1 Malam

Kesinambungan dari entry pulang dari Redang.

Kami decide utk stay 1 malam lagi di KT. Sebenarnya tak plan. If rasa nak balik, kita balik. If rasa nak stay, kita stay. Sbb tu kami beli tiket pegi sahaja. Balik tak.

Jadi, setuju utk overnite di KT. Turun feri dari Redang, jalan kaki menapak ke bus station. Tak jauh pun. Dlm 10-15minit camtu ja. Kuar jeti tu, amik kiri, susur ikut Istana Maziah, terus je lah, masuk kut Masjid Abidin tu, smpai simpang kat KFC, da nampak bus station. Ni pun tatau. Nak beli tiket Sani atau Trans. Akhirnya pilih Trans. Utk the next day jam 1.00 tghari [which plan smpai KL awal lah].

Lps beli tiket baru carik penginapan. Ini bijak lah. Sbb biasanya aku mmg booking awal2. Igt kut tidak la full hotel kan. Weekday, tak cuti apa pun kan. Hari Isnin. Sapa je nak bercuti. Dan aku nak tido kat DJ Citipoint ja. Hotel Bajet je pun. Tp tanggapan salah. Pegi situ, tanya, dia kata dah penuh. Owh.. kecewa [ke dia tak bagi sbb igt kiterang ni couple bukan married couple. Hawhawhaw] Cam mustahil kan. Sbb nak duk situ, satu; sbb dkt ngan Pasar Payang n bus station. Kedua, dia just Butik Hotel [rumah kedai camtu], rega pun murah. Below 100 pun. Baru jugak. Skali penuh.

Bila da penuh baru la cam jadi kelam kabut. Ye lah, being me yg selama ini yg kononnya organized person kan. Haha. Tp btul lah, sbb tu aku kena ready segala. Tak boleh last minit nih. Oksigen cam tak masuk ke otak, terus rasa libanglibu. Cecepat kuarkan mys2, google hotel2 berdekatan. Dia kuar la Grand Cont. Dlm kelam kabut tu suh myDH call. Tp ntah apa dia cakap, hotel tu pun penuh. Ye ke tah. Dah la panas. Kul 12 time tu. Bebtul la bag-pack kali ni.

So, jalan2 je area Masjid Abidin tu sbb dpn istana Maziah ada satu lagi bajet otel. Tp buruk sket la. Member aku kata situ dlm 85inggit la semalam. Last2 ternampak YT Midtown Hotel. Ahah! Try our luck.

Masuk je, napak oke la. Bila tanya, receptionist tu kata, dtg semula kul 2pm. Tgk jam, baru kul 12 lebih. Kecewa dah ni. Dgn berat beg segala. Aku bebtul rasa nak menangis pun ada. Rasa cam dihalau secara hormat pun ada. Kenapa hotel ni taknak terima dulu booking ke apa. Bila aku kata boleh tak nak booking dulu, dia kata takpe, bilik byk kosong, datang je semula pukul 2ptg. Ya Allah, kat mana pulak nak tunggu ni. Sedihnya rasa. Mula la rasa cam kerdil je kat tpt orang kan. Tp mujur ada lagi sorang receptionist (masa tu dia kat dlm ofis) dgr. Trus dia kata kat kawan dia tu "kak, boleh je dia nak booking, amik je lah duit". See. Bongok la hai sorang pompuan tu. Igt cikai sgt ke kiterang ni. Tau la napak comot hitam legam cam kehapa, tp aku rasa dia tak boleh nak perhalau kami camtu, then suh datang balik. Not nice utk orang yg buat reception. 

So, dgn lagi sorang tu, dia mmg nice. Register apa seme, dpt masuk bilik. Eh. Boleh lak masuk. Tadi kata pukul 2. Membara je time tu. Mujo tpt orang kan. Ko igt aku ni dari ulu banat mana? Tp takpe lah. Hotel murah je pun. Ada ke patut suh kita dtg balik. Dia tak napak kita dah bongkok ni bawak beg berat2. Pulak, aku bayar trus by cash yea. [takat bayar 150 tu mmg la boleh cash kan. Haha.] Pun aku sengaja bayar cash supaya aku tak over budget kat Pasar Payang.

Oke la, ada 2 katil single. Tak masalah pun. Kita just nak bermalam, melepaskan penat balik dari Redang tu. Tp jgn la buat orang camtu. Mmg tak patut sgt dia halau [walo secara baik] tu. Kalo katakan member dia tak dgr, mmg kami keluar, carik otel lain dah. Mmg tak la kan, nak dtg balik.
View dari hotel
Jadi, lps solat zohor segala, kuar gi Pasar Payang. Makan lunch lah. Jalan kaki jer. Dkt juga. Tp tak la sedekat kalo dari CT Point tu.

Pusing2 Pasar Payang. Beli t-shirt I Love Terengganu. Beli souvenir sket. Beli tudung. Haha. Batik takyah la. Tu tunggu je dia datang buat promosi kat ofis. Lagi murah kot. Kat situ, dia tau kita orang luar, cam mencekik seme rega. Beli gak FM Pulau Redang. Ekceli, masa kat Redang da beli, igt kat Ganu takde, skali lagi murah. Mmg la kan. Haha. Padan muka. Trus gi lunch nasi dagang atas food court situ.
Turun bawah, borong kepok leko. Settle - balik otel tido. Penat. Petang tu kuar balik. Jalan smpai Dataran Syahbandar. Rasa cam syahdu juga bila berjalan2 takde kereta ni. Cam kesiannya kat diri sendiri. Orang buat kita memacam. Campak sana sini, lps tu risau taktau nak kemana. Sedih tau. Tp itu pengalaman kan.


The next day, ready utk balik. Yey! Lps breakfast kami ke Pasar Payang lagi. Nak beli serunding. Sempat gak beli ketupat palas. Makan ngan serunding tu. Yumyum. Lps tu check out.

Hitam melegam. Maklum ler baru balik Redang.
Lepak kat bus stand sementara bas dtg. Sekali tu uols, bas setingkat je dtg. Suppose 2 tgkt. Siap aku pilih 'skyview' lagik. Tetiba amik kau... sungaiview je dapat. Haha. Dia kata sbb tak ramai orang naik. Tp Sani pun tak ramai, tp dia smpai 2 tingkat jugak.

Masa ini pun napak tanda2 problem dah. Kul 1 tajam tajam dia jalan. Sokay la. Skali tak jauh jalan.... bas tetiba cam berenti. Tah, tayar pecah ke apa.  Aiyark... maka, 2 jam stuck tepi jalan. Pukul 3 ptg baru dia gerak. Tapi bes jugak. Driver bas tu berenti kat area kedai jual kepok kat tepi jalan tu. Sbb nak beli kepok ke amik pesanan ke apa tatau lah. Maka, kami amik kesempatan turun la kejap. Hihi. Dah rasa bas rombongan. Driver tu pun oke. Hah, buleh..buleh.. turun la katanya bila org tanya buleh turun tak. Kejap je la tapi. Sempat la myDh turun beli satar. Ngeee. 

Driver ni kata derang akan lalu shortcut. Tp aku tatau la kalo bas lain pun lalu situ gak. Leh napak perkampungan Petronas bagai.
Pulak tu berenti amik orang kat Kemaman. Itu pun dah kul 5ptg masa tu.
Dari jadual smpai KL pukul 6, kul 9 baru smpai. Hah!
Sudah la dlm bas tu aku tak berhenti2 berdoa. Mana tidaknya, kejap2 dgr driver bas call, bercakap ngan mekanik dia ke apa tah. Kata bas cam senget la, tak balance lah. Tak kau cuak dibuatnya. Lalu pulak hway yg sememangnya jalan pun berliku2 dan senget itu. Malam, hujan pulak tu. Mmg memacam aku berdoa. Tak boleh lelap mata.

Dan akhirnya, lebih kurang jam 8 lebih, kuar tol Gombak. Phew... *lap peluh kat dahi*. Baru bernafas lega. Risauuu..... mmg kena pikir 2 kali utk amik Trans pasni. Menakutkan oke. Aku tak pilih Sani sbb kes dulu tu kan. Pulak la bas 2 tgkt. Tp kali ni, aku opt for Sani, or Mara Liner. Mebi not for Trans anymore. Unless dari KL. Eh. Cakap cam nak pegi lagi. Haha. Utk KT mungkin repeat, tp naik kereta lah. Senang kot orang halau2 dari hotel, boleh kita merempat memana dgn senang kan.

But then, aku akui, penduduk KT ni bagus. Masa tggu bas kat bus stand, 2,3 orang makcik tegur kiterang. Hihi. Ramah mereka. Pastu ada auntie cina pun tegur. Cuma tu lah. Kalo nak amik orang duk jadi front liner ni, bagi tau mereka jgn double standard. Please. Walo orang tu comot cemna, layanan kena baik. Dia masuk otel bukan merayu menyembah kat kaki ko nak mintak duduk free, harus ada duit. Jangan nak bagai bagai oke. Kalo aku booking pun, mmg aku tak pilih hotel ni dah lenkali. Tapi, hati aku terubat ngan receptionist lagi sorang tu, dia baik dan berbudi bahasa.

Jadi, itu lah corat coret as backpackers kat Ganu. Memacam pengalaman. Tu arr, asal aku je misti ada citer, asal ada citer je, misti jadi kat aku. Blogger kan, mmg camtu lah. Hoho.

Apapun Terengganu mmg bes! Dan pasti, satu hari nati aku akan datang semula. Insyaallah.

22 comments:

::EIDA:: said...

Ni baru backpackers kan kekda... pengalaman pengalaman.. =p

Kopiolimauice said...

wow! cam bez je Pulau Redang..cam nak gi je ;)

Kopiolimauice said...

wow!! cam bez je kan pulau redang..cam nak gi je...huhu..ape2 pn mmng senang lgi bawak kete sndri kan...

Anum said...

syok kan jalan2

azurazimi said...

Hishhh tak baek budak tu buat camtu.. bulan tujuh 2010 I pun pernah check-in kat YT Midtown Otel ni. Bilik die okler. Breakfast pun ok, byk jgk pilihan. Cuma jauh sikit nak menapak ke Bus Station @ ke Pasar. I pun balik naik bus Tran jugak tp 2 tgkt punyer. Hhuhuhuuu.. memang xbest bas ni,sempit giler.. ase sesak nafas. Lepak Dataran Syahbandar sambil makan seafood memang best.

azurazimi said...

Hishhh tak baek budak tu buat camtu.. bulan tujuh 2010 I pun pernah check-in kat YT Midtown Otel ni. Bilik die okler. Breakfast pun ok, byk jgk pilihan. Cuma jauh sikit nak menapak ke Bus Station @ ke Pasar. I pun balik naik bus Tran jugak tp 2 tgkt punyer. Hhuhuhuuu.. memang xbest bas ni,sempit giler.. ase sesak nafas. Lepak Dataran Syahbandar sambil makan seafood memang best.

su said...

heee.. terkenang time sblum kahwin dlu, naik bas ke KT
naik transnasional mmg Hampeh...
igtkan sekali sekala je ,mmg tiap masa rosak kot.. bas mmg sempit..

naik Sani dgn SP Bumi selesa sgt..cam naik kapal terbang rasenye :)

Cik Anita said...

fuhhh..lama gila tak menyinggah sini, sudah ke KT rupanya akak..alahai ketinggalan zaman banyak cerita lah ni.. then Nita memahami bagaimana perasaan masuk hotel semua penuhhhh.. memang nak nangis! hee. tp memang tak patutlah org tu cakap camtu, ke dia pekerja baru kot..so dia tak tau..huhu

suwara entertainment said...

bestnye dpt g jenjalan. pssttt...kekda nmpk kurus kot berbaju I love redang tu. diet kah?

Mimie said...

bestnye jenjalan.....

Zana Adieyza said...

receptionist yg sombong tu dah kenapa? ingat tu hotel dia ke apa? adoiiiii, mana boleh sesuka hati memandang rendah pada org lain kan.. xkisah la dtg comot ke x, semua tu kan pelanggan.. kenalah utamakan..

seronoknya kekda dpt jalan2.. harapnya dapat la zana gie sana 1 hari nanti.. mesti best!!

Masya said...

tekun saya baca hihihihihi.. panjang kemain lagi ...

selalu jugak terkene tp bkn kat hotel, bile sy nak beli brg habis dah tau nak shpping pakai selipar nak ker toilet mmg tak dilayanlah kan huhuhuhuhu.....

puanstoberi said...

EIDA :
Nak sgt kan..ha... amekau la jawabnya. Haha. Tp oke la.. pengalaman...

puanstoberi said...

Langkahdemilangkah :
BUkan macam je dah. Memang bez. Sila la pegi :)
Yer, sng bawak keta sendiri, kiterang saja nak suka2 naik bas. Hihi :P

puanstoberi said...

ANUM :
Giler ler akak kalo kata tak syok. Hobi ni. hobi... hihihi :P

puanstoberi said...

AZURA :
Dah hantar feedback ke hotel pasal tu. And derang pun dah balas kata nak siasat (iyo lah kan). Ala, bukan apa sgt smpai nak hntr feedback kan, tp saja la. At least mgt hotel tau la staff ada tak eficient camtu.

puanstoberi said...

SUWAIBAH :
Oke, lenkali terai SP bumi plak lah. EH, ada lenkali kah??

puanstoberi said...

CIK ANITA :
Nyaris baru ke KT, kalo tau tau da ke Ostolia.. haaaa..

Hahaha...tu la tu..akak tak penah lagi la merasa camni sbb most of d time harus ber"agoda", tp masa ni tgh2 minggu kot, motip penuh?? Sekeh kang.. Hahahahha

puanstoberi said...

SUE :
Selama ni gemuk kah?? Haha

puanstoberi said...

PINKUMMI :
Jenjalan mmg bes!!

puanstoberi said...

ZANA :
Dia tak la sombong napaknya, tp blur pun yer jugak. 3,4 kali ku tanya betul ke tak boleh booking trus bayar ni, tetap la dia suh keluar dlu, nati dtg balik. Haih.. mmg nak kena sekeh tu. Mujo negeri dia. Haha.

Ala..nati thn dpn Zana pegi yer :)

puanstoberi said...

MASYA :
Mmg nak perabiskan satu napas je ni.Kut tak kang, byk lak entrynya. citer takde menda pun. HIhi.

Derang ni kdg dabel standard. Nyampah...!