Tuesday, July 31, 2012

Edisi Idea Susun Tudung

Eh. Cop, bukan saya nak bagi idea nak susun tudung.
Saya yang nak mencari idea nak susun tudung.
Eh... pesal lain macam je nih. Tetiba bersaya saya. Haha. Terbaca blog orang tulis "saya" trus rasa nak tulis "saya".
Tp takyah la ek. Too formal. Masuk kebun stoberi ni, kena sempoi2 ja. Belasah je!
So, any idea my lovely friend?
Cena nak susun tudung seelok yg mungkin.
Oke, dulu... entah tahun bila aku ada share gmbr aku susun tudung. Mls nak godek entry mana tah. Jap..
Ha..jumpa.. ini
Dari entry tahun 2009 rupanya. Entry penuh di sini.
Itu tahun 2009. Baru nak berjinak2 dgn tudung Awning. Masa tu mana mampu nak berAriani kan. Yelah, time tu Ariani tahap ratus2 tuh. Skang tahun 2012 sudah.. penuh sendat mendalah tu. Tudung Ariani segala ada. Tudung tu mmg makan ruang. Pulak tu, mendalah ni memanjang ke blkg. Jadi aku buat 2 bhgn, satu dpn, satu blkg. Tp yg tak bes nya, yg blkg tu mmg tak la aku pakai dah sbb tak napak. Apa yg napak je aku tarik. Dulu buleh la buat ikut kaler, skang tak terikut dah. Sumbat ja mana dan (tp still terlipat la, jgn sumbat je kan).

Aku plak tak suka hanger tudung bulat2 tu. Tah, kalo masuk lemari cam pack je napaknya. Aku ni, tudung awning pun aku lipat. Tp ada la cara tak bagi awning dia tu penyek. Buat cam salesgirl Ariani buat time kita beli tudung tu.

So, aku google "cara susun tudung"
Ada uols kengkawan kita bagi idea.

Susun cam menegak tu kan. Begini
kredit : Blog Suri
Tapi wardrobe aku tak banyak drawer. Ada byk compartment. Sbb tu retu, masa ada deal kat MAD tu aku nak beli yg storage gini.

Tp dok sempat... nak beli je tgk dah due..  
Hurm. Kat IKEA pun ada kan.. tp mahai sket la. Tgk cena nati, retu kontraktor tu dah tunjuk design wardrobe tu. 2 bhgn utk letak baju hanger. Satu lagi mmg compartment storage. Petak2 kecik tu. Mebi aku consider letak situ je lah. Cuma, takut tak muat kan.. eish.. tak mungkin la kan. Cam byk nau tudung nya.
Tapi seyes, buntu cena nak susun tudung nih. Tu la.. beli lagi..beli lagi... (tu kata myDH la kalo aku komplen2 tepi tinger dia. Haha)

Ihya Ramadhan 11 : Ganjaran Buat Wanita


Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami. Firman Allah:

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)

Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian. Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:

**Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan.
**Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu
**Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain
**Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat.
**Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.
**Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami.
**Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.
Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan tanggungjawabnya utama sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga.

Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.

1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. *sedih baca part ini*

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

Monday, July 30, 2012

Imbuhan Tahunan (Bonus Raya lah tu)


Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5/2012
Imbuhan Tahunan Dan Bayaran Khas Prestasi.
Atau nama glamer nya Bonus Raya untuk penjawat awam.
Secara detail leh tgk sini

Tapi, takyah baca pun takpe.
Tau tau kang, dah ada dlm akaun ek?
Haha.

Selamat berbelanja yer uols.
Aku pun tak buat bajet lagi utk apa.
Tp Insyaallah, boleh dijadikan duit hari raya la utk anak2 buah, anak2 kepada "anak2 buah" ai. Haha. Mau duit raya meh la jadi anak buah ai, atau pun anak2 kepada anak2 buah ai. Hihiw.

Ah. Antara sebab aku rasa cam kena minum sirap masa buat entry tghari tadi, inilah salah satu sebabnya.
Hurm.

Tak bes jaga orang!
Jaga aset alih dan tak alih jugak bes!
Sobsssss........

Tak lama lagi sebuk dengan temuduga pula.
Tp seronok juga tgk gelagat orang dlm temuduga ya.
Ha... pada ada yg apply tu mahu tahu bila uols temuduga?? meh ai bisik meh... ahahah (ai tahu, ada reader ai yg mohon tu.. hikhik. Gud luck la ye uolsss)

Puasa : Bersabar. Tak Sabar Gi Minum Sirap!

Puasa.
Bersabar.
Tapi rasa cam tak boleh bersabar.
Abis tu cena. G minum sirap je lah yer.

Susah.
Kenapa harus ada orang yg takut memikul tanggungjawab?
Kasihan.

Menuding jari mencari orang lain untuk bertanggungjawab.
Dan hanya tahu mengunakan "aku tak salah kan?"
Tau la aku baru kan. Pandai nak manipulate aku kan. Takpe la kan. Buat la kan.
Jangan tersilap langkah dan kata sudah....
Takut nati, memakan diri.
Ahahaa. Ha.ha....hahahaha....

Takpe lah.
Aiman tak kesah.
Sirap limau taruk ais batu banyak2 pun bes musim panas nih!

KSU Deco : Menghias Dapur Rumah Yang Sempit


Maaf. Lagi lagi cerita berkenaan KSU. Ini deco pulak. Bosan plak yer. Tapi nak buat cemana. Idea itu je yg ada. Haha. 
Diambil dari dekorumah. Blog yg byk info tentang rumah. Bes!

Oke, jum baca.

Ruang dapur adalah antara ruang utama sebuah rumah yang sering digunakan. Jika dahulu, aktiviti di dapur hanya terhad untuk memasak, namun dengan pelbagai rekaan dan konsep ruang masa kini, dapur semakin diberi tumpuan bagi menarik perhatian terutama tetamu yang bertandang. Jangan risau jika saiz ruang dapur anda agak terhad. Dengan mengikuti beberapa tip berikut, ruang yang kelihatan sempit tadi mampu memberi keselesaan ketika memasak...bahkan mampu mencuri perhatian.

*Memandangkan dapur kerap menjadi tempat tumpuan anak-anak, pilihlah konsep yang lebih ringkas dan hiasan yang minima. (takde anak lagi pun, kena gak ringkas, takkan nak crowded sgt kan)

*Seimbangkan kecerahan warna dinding dan perabot agar tidak terlalu kontra. Ruang akan nampak lebih luas dengan penggunaan warna cerah.  (kalo buleh aku nak buat KC kaler purple, tp kontraktor tu kata nak cpt jemu. Betul gak tu, then kalo nak tukar tema ke apa, takkan nak tukar kaler KC tu pulak. So, guna kaler 'selamat' la. Huhu)

*Elak menggunakan wallpaper secara menyeluruh, dan yang bercorak padat. Jika perlu, hanya gunakan sebagai garis sempadan. (tak plan pun nak buh wallpaper ke dapur. Tambahan dapur mmg developer buat tiles smpai atas)

*Pastikan saiz meja makan sesuai dengan ruang yang ada. Meja bulat kecil adalah yang paling praktikal bagi memberi sedikit kelegaan untuk bergerak, tetapi meja bersegi adakalanya membantu kerana boleh dirapatkan ke dinding. (meja makan taruk kat dining)

*Pemilihan langsir ringkas tanpa corak dan ukuran yang sesuai juga berguna untuk menampakkan keluasan ruang dapur. Seeloknya anda menggunakan blind curtain yang mana selalunya mempunyai susunan melintang untuk menambah ciri kelebaran ruang. (mmg opt for roman/roller blind sahaja)

*Rancang pemasangan kabinet lekap (fixed cabinet) dengan teliti mengikut kesesuaian ruang. Gunakan kabinet di bahagian atas dinding untuk menyimpan segala peralatan dapur dan bina sekali ruang untuk menempatkan alatan elektrik seperti ketuhar. Jangan lupa peti sejuk satu kemestian bagi sebuah dapur. Sedia/tinggalkan ruang untuk alatan tersebut semasa memasang kabinet. Lebih bagus jika mempunyai ruang khusus untuk meletakkan tong sampah. (yer, harap harap muatlah segala bekas kat cabinet yg ada tu. Mmg buat full height).

*Gunakan dapur yang berciri pelbagai guna untuk mengurangkan jumlah alatan elektrik di dapur. (ni belum buat planning lagi)

*Akhir sekali, amalkan mengelap hingga kering dan menyimpan terus pinggan mangkuk, periuk belanga, dan lain-lain di tempatnya sejurus selepas dibasuh. (wah..ini mmg la kena buat sbb aku takde dish rack segala. Pakai - basuh - lap - simpan)


****Hari minggu tu hari dah jumpa kontraktor utk KC. Dia dah siapkan 3D drawing. Tapi nyer tu lah. Lambat lagi rupanya leh install. Sbb katanya schedule dia penuh smpai 15Ogos. Hurm. Kena mintak kat JMB extend lagi la renovation process tu. Retu sblm lantik takde plak nak kata penuh ke hapa. Takpe lah. Biar lambat asal selamat.

Ihya Ramadhan 10 : Adab Menuntut Ilmu


Adab Menuntut Ilmu

01.Niat yang ikhlas

Menuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]

Niat itu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap amalan kita akan dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka niatlah segalanya hanya kerana Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terdetik dalam hati tiap-tiap manusia.

02.Beradab dengan orang yang memberi ilmu

Imam Syafie pernah bekata:

"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]

Pada pendapat saya dalam hal beradab dengan guru, ia memerlukan perbahasan yang panjang. Namun secara ringkasnya bagi kita sebagai penuntut, adab-adab ini haruslah disesuaikan mengikut situasi. Janganlah kita terlalu menghormatinya sehinggakan mengakui kesilapan yang guru itu lakukan dan janganlah juga kita terlalu memperlecehkan sehingga guru itu tidak ikhlas dalam memberi ilmu kepada kita. Hormatnya kita akan guru berubah mengikut situasi dimana hormatnya seorang kanak-kanak tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswa dengan pensyarah.

03.Bersabar dalam menuntut ilmu

Imam Syafie pernah berkata:

"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237

04. Tulis setiap yang dipelajari

Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?

Abu Hurairah berkata: 

"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]

05.Rendah diri

Imam Ahmad bin Hambal berkata:

"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]

06.Menjahui dari kenyang yang berlebihan

Ibn Jama'ah berkata:

"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab Talabihi, m/s 222]

07.Tidur yang sedikit

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

08.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]

PENUTUP:

Tiada adab yang lebih sempurna melainkan kita mengikuti adab Rasulullah SAW dan adab mereka yang segenarasi dengan Rasulullah SAW (sahabat), generasi setelahnya (tabi'in) kemudian setelahnya (tabi' tabi'in).

Saya menasihati para pembaca sekalian agar dalam usaha kita untuk menuntut ilmu agama, seharusnya memperbanyakkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Namun adab-adab tersebut seharusnya jangan terlalu 'fanatik' sehinggakan memperbetulkan apa yang salah dari mereka yang kita hormati. Manakah yang kalian lebih cintai sama ada pemberi ilmu atau kebenaran? Dan kebenaran itu juga seharusnya dengan ilmu.

Hanya ilmu yang layak untuk menjadi pegangan kita sebagai ummat akhir zaman ialah al Quran, as Sunnah dan sunnah Khulafa' al Rasyidin seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalanku nanti, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al Khulafa al Rasyidin yang terbina dan terbimbing. Berpeganglah erat-erat denganya dan gigitlah ia dengan gigi gerham." [HR Abu Daud, at Tarmidzi dan lain-lain]

Tinta saya hanyalah dari ilmu yang sedikit namun kerana kesedaran betapa pentingnya adab dalam menuntut ilmu maka saya kongsikan apa yang terbaik dari ilmu yang sedikit ini. Saya memohon dari para 'alim dari segala ilmu untuk menegur jika terdapat salah dan silap dari apa yang saya kongsikan ini. Sungguh tiada yang lebih benar melainkan dari al Quran dan as Sunnah Rasulullah SAW.

Sunday, July 29, 2012

Ihya Ramadhan 9 : Ujian Menjenguk

Gerimis demi gerimis yang jatuh ke bahu sepanjang kita berjalan di jalan raya kehidupan ini adalah satu titik tolak untuk kita menjadi lebih baik. Akan tetapi, kita sebagai manusia perlu bijak untuk memenangi dan berlumba dengan ujian. Sama ada kita kalah dalam perlumbaan sengit ini atau kita menang dan menerima satu lagi sijil universiti kehidupan. Sedar atau tidak, dalam kebanyakan masa, kita banyak belajar dari perkara atau peristiwa pahit yang berlaku di sepanjang kehidupan.

Kerana apa? Kerana manusia lazimnya berfikir untuk berubah apabila merasakan dirinya sudah ditimpa kesusahan dan kesempitan. Dengan cara inilah manusia dapat belajar sesuatu tentang kehidupan. Tanpa musibah, hampir sahaja kita melakukan perkara yang sama setiap hari tanpa memikirkan apa dan kenapa perkara itu kita lakukan.

Ayuh kita lihat beberapa situasi,

• Bilakah masanya kebanyakan dari kita mula mengamalkan diet dan melakukan senaman? Ya, tentu sekali apabila merasakan berat badan semakin meningkat. Juga apabila doktor mula berpesan "Kalau kamu masih lagi tidak mengubah corak kehidupan yang gemar makan apa sahaja, maka tunggu sahaja saatnya kamu akan jatuh sakit." Lalu, kita pun mulakan perubahan.

• Di dalam persahabatan, kita hanya mula menyedari keberadaan sahabat kita apabila dia sudah bosan dengan sikap dan keburukan kita yang tidak pernah diubah. Di masa itu, kita mula bekerja keras untuk mengambil hatinya kembali kerana merasa kehilangan.

• Setelah kehilangan ramai pelanggan yang berharga, barulah seorang CEO sebuah syarikat belajar ilmu-ilmu berkenaan bagaimana untuk memberi servis terbaik untuk para pelanggannya.

• Seorang anak yang tidak baik kepada ibu bapanya hanya akan mula berasa menyesal yang teramat apabila melihat jenazah kaku si ibu di pembaringan. Pada saat itulah, penyesalan mula timbul. Lalu barulah hendak menyulam penyesalan dan berniat untuk sebuah perubahan.

• Bilakah pula masanya kita mula berdoa dan kembali kepada Allah? Setelah kita mula merasakan diri kita berada di dalam kesempitan musibah. 'Wahai Allah, berilah kemudahan kepada kesusahanku dan ampuni dosaku kerana melupakanmu." Itulah doa kita!

Begitu sifat asal manusia, kesempitan, kerugian dan kesusahan mampu merubah diri kepada yang lebih baik dan positif. Dan kerana itulah kita perlukan ujian! Lantaran itu, selalu sahaja kita mendengar "ujian itu adalah rahmat". Dan tidak asing juga"ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada kita" sering kita dengari apabila kita berada di dalam kesusahan.

Fitrahnya, setiap yang diuji dengan kesusahan pasti dihujungnya ada keindahan. Semakin ujian itu berat, maka semakin jualah keindahan yang berada di hujung jalan kehidupan itu lebih membahagiakan. Namun hanya merasa bahagia apabila ujian itu dihadapi dengan tenang dan optimis.

Hadapilah ujian itu dengan senyuman dan segunung harapan. Senyum tanda syukur dan berharap hanya pada Allah SWT semata. Semoga Allah SWT memberikan keringanan untuk menghadapi ujian dengan ditambahkan kekuatan iman dan taqwa. Semoga dengan 'berat'nya iman dapat menghilangkan rasa peritnya ujian.

Apapun keadaan, apabila ujian menjenguk kita hadapilah dengan tenang. Sentiasa bersangka baik dan bersyukur kerana Allah SWT sentiasa memberi suntikan sebagai tanda ingatan kepada kita agar  tidak terus leka kealpaan. Adakalanya Allah SWT hadirkan ujian dan kesusahan dalam hidup kita itu tanda Allah rindu untuk mendengar bicara kita. Maka berdoalah kerana Dia Maha Mendengar!


Saturday, July 28, 2012

Edisi Kering dan Lamp Hunting

Ya Allah...puasa hari ni bebtul memerlukan kesabaran. Panas. Kering rasa badan. Mmg teruk la rasa dan aku tahu pun kenapa.
Biasa la. Dkt2 nak bulan mengambang nih. Raya dulu lah nampak nya yer uols. Haha. Dah raya baru leh nyanyi lagu raya. Ini belum 8 hari puasa, radio da start pasang lagu raya. Aduhai. Tak menyabarnya kome' yer. Bukan ke 15 Ramadhan nati baru buleh pasang. Even, ko pasang lagu Yuna ke sapa tah yg terhapa hapa tu.
Ah. Ikut suka mengkome' la yer.

Oke, lagi sbb aku rasa penat dan kering ialah aku buat edisi meng-hunting lagi.
Kali ni hunting lampu plak.
Ke mana lagi hala tujunya kalo tak ke Puchong.
Ce google kedai lampu murah, harus ke kedai itu semenya pergi - Houses Lightings Sdn Bhd. (ada yg kata, Lighting House, House of Lighting, tp sebenarnya adalah Houses Lightings)

Ramainya lah orang hai. Terlanggar bontot segala lah.
Tapi its oke. Kedai ni banyak Sales Assistants (SA) . Skali ko dapat tgkp sorang SA, sila suh beliau itu membontoti kita. Haha. Berapa lama ek aku dlm kedai tu. Ada dlm 2 jam je kot. Tak la lama sgt cam orang lain. Orang lain dengarnya dok smpai 3,4 jam. Pening dah kepala aku. Pilih pilih, amik. Mendongak je kejanya kan.

Memula pilih lampu downlight. 8 ketoi. Adui. Nak pilih downlight ni pun poblem. Eh, ni cantik, ni cantik. Eh, tu plak cantik. Susah susah.. pilih je lah kan.

Seterusnya, wall light. Bilik seme pun pakai wall light sbb aku re-wiring semula. Wire yg ada tu buat utk kipas.

Susah jugak. Mencik tau. Rambang mata. Sbb byk yg cantik dan murah. Tp kalo wall light semata nak buat lampu bilik dia cam tak terang. Jadi, amik yg utk master bedroom dulu. Lps tu wall light utk living (sedia ada) dan satu lagi re-wiring wall light dkt dining. Aku gatai nak buh painting plak... Haha. Eh, lama tau dah beli painting tu. Jauh lagi beli, kat Hongkong sanun, harus la kena buh cam kat galeri. Huhuhu... gediksss. Utk ini mmg terlari sket bajet sbb gatai napak LED light. "Mengcongkam" la rega. Leh dpt seketoi kipas KDK reganya. Tp lantak ah. Pejam mata ja. Lagipun comei. Sbb ada corak epal. MyDH pun kata suka... jadi amik je lah. Hihi.

Lps tu pilih utk bilik air, dapur and lampu bilik2 tetamu. Yg ni amik bentuk bulat ja. Yg lampu putih tu. Utk bilik tetamu tu jadikan je dia wall light sbb nak terang.
Lampu utk yard je yg amik lampu kalimantang tu.

Habis pasal lampu, pilih kipas lak. Skali lagi pening. Menyampah! Utk bilik amik kipas KDK biasa ja. Utk living, amik yg unik sket. Apa namanya tah. Kipas ada lampu then blade tu buleh tertutup kalo tak pasang kipas. Kipas dining, amik yg biasa jer. Tp bukan la putih tu.

Settle. Bayar. Ada sistem nombor. Udah rasa cam kat bank plak. Haha. Bila dah bayar, tetiba yg assist aku tu leh terkejut " sudah bayar ka" katanya. Ha la, aku kata. Katanya biar cek barang baru bayar. Ah. Sudah engkau, tadi taknak cakap. Mana wa tau... belasah la. *eh, bkn salu kita bayar dulu baru check barang. Sama je kot kan. Apa masalah?* Lps tu kemain ramai staff dia cek barang. Zup zap zup zap, dia letak kat luar. Re-check balik. Ada satu lagi ceiling light tertinggal. Mujo. Settle, amik keta, staff dia tolong masuk dlm keta.

Penuh keta kotak kasut aku tu ha.. termasuk skali ngan bonet2 skali penuh. Lampu n kipas je tu. Kalo nak beli water heater segala, mau kena ikat atas keta. Haha.

Sokay la. Good customer service. Lagipun tak sesak sgt. Tanya ke orang kedai tu dia kata puasa ni tak la sesak, tp kalo tak puasa lagi la ramai. Weekday pun cam gitu jugak. Ye lah kan, berapa blog dah citer pasal kedai dia. Pree promotion je dia dpt, walhal kedai website pun takdak kutnya. Haha.

Oh, kut ada yg pening kat mana, aku tak dpt nak sediakan koordinat GPS bagai. Just buleh bagi tau, kalo dari area PJ/Bandar Sunway, terus la ke Puchong, smpai jumpa flyover utk exit ke Bandar Bukit Puchong. Amik exit tu, ada traffic light, ambil belah kanan. Lps tu jalan sket, ada lorong ke kiri, nati nampak signboard tulis BPU 6, sila lah masuk situ. Ada la kedai dia - dpn hway tu. Aku pun tak berapa familiar area ni, tp sbb da penah smpai sini masa amik kek aiskrim Haven dulu tu, jadi buleh tau dah la.

Kalo dari area Putrajaya/Seri Kembangan, alert dgn stesen minyak BP (if I not mistaken), ada la dia area situ2. Kiterang pegi lalu kut PJ, balik lak trus kut Seri Kembangan.


Puchong ni mmg bes la nak carik barang utk renovation/decoration rumah. Byk kedai2 lampu la, elektrik la, wallpaper, jubin bla bla bla.. On d way balik napak lak kedai Baagus (kedai jual curtain/blind), myDH kata nati leh dtg lagi sbb mmg nak carik blind (eh..bukan Baagus ni kat KL pun ada ke, siap leh nak smpai ke sini. Haha).

Lps tu masa tgh dok nak beli lampu tu, kontraktor wiring ni call, sbb dia nak bidet utk toilet. Sbb aku nak sambung bidet ni. So, dia suh beli. Trus la beli kat Puchong tu. Ala, dkt area2 kedai lampu tu gak lah. Murah gak. Eh. Memang pendek kata segala lah ada kat Puchong ni kan. Sng nak carik sbb dia cam setempat.

Alamat, ke detail kedai leh tgk resit aku ni. Haha. 
Ingat, dia tutup Isnin ya. 
Selamat membeli lampu.

Ihya Ramadhan 8 : Bersahur

1. Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:

“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).

Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.

2. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi s.a.w :

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencari keberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya. Semoga kita memperolehinya.

3. Bersahur itu terhasil dengan memakan apa-apa makanan yang halal, atau meminum apa-apa minuman yang halal. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).

Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar. Nabi s.a.w bersabda:

“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).

Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan.

4. Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itu sendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Ini seperti firman Allah:

“Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” (Surah Ali ‘Imran: 17).

Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.

Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya sahur Nabi s.a.w. Jika 50 ayat dibaca, kadarnya lebih kurang beberapa minit. Di tempoh itulah Nabi s.a.w menghentikan sahur untuk bersiap menuju solat.

5. Waktu sahur berlanjutan sehinggalah masuknya waktu subuh. Andaian bahawa puasa itu mesti bermula sepuluh atau dua puluh minit sebelum subuh adalah tidak tepat. Hadis Zaid di atas tadi, bukan menunjukkan sahur itu wajib berhenti kadar 50 ayat sebelum azan, tetapi menunjukkan amalan Nabi s.a.w yang dilihat oleh Zaid. Buktinya, Aisyah r.a menyebut:

“Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan pada zaman Nabi s.a.w ada dua kali azan bagi waktu subuh. Ini seperti yang diamalkan di kebanyakan dunia Islam terutamanya Mekah dan Madinah. Azan pertama sebelum masuk waktu, ia dilaungkan oleh Bilah bin Rabah. Azan kedua, oleh sahabat Nabi s.a.w yang merupakan seorang buta, beliau Abdullah ibn Ummi Maktum. Maka Nabi s.a.w mengizinkan seseorang yang hendak berpuasa itu makan sehingga azan kedua, iaitu masuk waktu subuh yang sebenar, maka barulah berhenti.

6. Al-Quran sendiri menjelaskan tentang hal ini dengan menyatakan (maksudnya):

“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).

Maka penentu bagi waktu terakhir sahur adalah masuknya waktu subuh yang sebenar, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Dalam riwayat Muslim, Nabi s.a.w bersabda:

“Jangan kamu tersilap disebabkan azan Bilal, ataupun warna putih sehinggalah kelihatan waktu fajar (sebenar)”.

7. Maka berdasar al-Quran dan hadis-hadis di atas, juga pelbagai riwayat yang lain, maka waktu ‘imsak’ yang sebenarnya bermula apabila masuknya waktu subuh, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Maka, apabila seseorang bangun bersahur dan didapati waktu subuh belum masuk sekalipun hanya tinggal beberapa minit, dia tetap boleh memakan sahurnya sehinggalah masuknya waktu subuh.

8. Bersahur di samping membantu kita untuk lebih cergas semasa berpuasa, ia juga mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga yang akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan fadilat berdoa dan beristighfar pada waktu sepertiga malam yang akhir. Maka dengan seseorang bangun pada waktu tersebut memberikan peluang dan ruang kepadanya untuk berdoa dan memohon hajat kepada Allah pada waktu tersebut.

9. Puasa adalah proses mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Jika seseorang itu berpuasa serta mengikuti sunnah-sunnah bagi seseorang yang berpuasa, maka mudah-mudahan mencapai hakikat taqwa. Ia akan mendidik diri dengan berbagai kebaikan yang lain, termasuklah qiyamullail atau ‘bangun malam beribadah’. Sahur, salah satu program penting yang jika dihayati dengan baik, membentuk jika menjadi insan yang menghampirkan diri kepada Allah.

Sumber asal dari : http://drmaza.com/home/?p=1208

Friday, July 27, 2012

Edisi Lepak Tengok Bilik Berwarna Ungu

*sigh*
Hah. Dah kenapa?

Hari ni waktu lunch lepak ofis. Balik rumah pun tak, jalan2 pun tak. Jalan jalan? Rasa lama giler dah kot tak jalan2 waktu lunch hari Jumaat. Xtvt zaman muda2 jer. Skang ni cpt rasa penat. Simptom2 la tu kan. Haha.

So, lepak ofis.
Google lah.
Bedroom ideas for small room.
Lepas tu tak dpt dikehendaki, google lak bedroom ideas with wallpaper.

Iyer uols. Room ai small ja. 
Pening nak susun atur katil. Mmg tak buleh nak design cam entry posisi katil yg ai pos dulu tu (malas nak link balik entry tu).
Dah sumbat built in wardrobe (8kaki) - full height.
Lepas tu tatau la cena nak buh katil hoi. Dah la masa booking tu ari tatau lagi nak amik king or queen. Rasanya terpaksa amik queen la tu. Takpe lah kan. Weols pun saiz S. Eh? Cam tak relevan ja kata S nih. Haha.
Aku kalo buleh nak letak katil elok ja kat tgh2 dinding. Centre la atau kata orang tu pada dinding feature wall (bedroom's feature wall). Tapi, ntah, tgk nati cena. Tpt nak solat pun kena amik kira. Otherwise kena solat kat one of the guest room.
Cadang nak hangkut tibi masuk dlm tu. Tak muat rasanya. Lain kalo nak buh tv gantung. Tp mmg tak la. Tak  memasal nak beli tibi baru utk bilik. Takde keperluan. Takkan nak gantung tibi yg 'tebal' tu kan. Haha. Buleh tu buleh, buat cam kat kedai makan tu. Yg ada siap jaring2 besi tu. Haha. Lupakan.
So, tv tu mungkin buh kat bilik tetamu ke cena ke entah la. Nenati lah pikir.

Skang ada masa lapang.
Meh google design bilik.

Ini bukan aku nak buat pun. Saja la cuci mata.
Oh, aku filter gak carian aku ke kaler purple. Ngeh!


Ya Allah. Memang la minat sgt kaler purple ton camni.
Sangat. Sangat. Tp kami tidak berniat nak repainting our room.
For guest room 'might be', tp not for purple.
Purple xclusive utk kiterang ja. Haha.

Dah kenapa nak ceria sgt ni. Haha.

Wah..napak elegen dan class.

Yang ni sker. Simple n smart.
Hurm. Buleh dipertimbangkan utk carik
comforter camni :)

Motip? Nak main maze plak ke apa kalo tak buleh tido.

Wallpaper itu cantik. Nak save lah.

Idea yg letak wallpaper sama ngan bantal.
Huhu.

Ini pun comey!

Tetiba ada gambo ni dlm pencarian aku. Igt kut apa.
Rupanya wallpaper anime. Owhh..

Dah la. Asik citer menda ni ja. Saja je... cuci cuci mata. Mana tau leh dpt idea kan. Maklum la, takde hired ID, sendiri je la reka2 dlm palaotak ni. Haha.
Owh. Utk reference diri sendiri : http://www.squidoo.com/purple-bedroom-ideas

Disclaimer : Gambar kat atas seme pun ehsan google. Sekiranya terambil dari blog memana, harap dimaafkan ya.

Apa Yang Best di KWC?

KWC - Kenanga Wholesale City.

Tak penah pegi, tak penah jejak. Lalu pun penah sekali je kot. Haha. Koman giler. Duk kat KL, tapi tpt ni pun tatau celah mana. Tp bila lalu tu ari - lama dulu - rasa tau la kot kat mana.

Apa yg bes sini?
Ada sesapa penah pegi yg boleh bagi pencerahan.

Tau la tpt ni cam tpt wholesale camtu, yang mana kita kena beli berkodi-kodi, tak berkodi, mmg tak sesuai la membeli di sini.
Tapi tetiba aku dgr, katanya kalo nak carik langsir pun buleh mari sini.
Tp bila aku tgk website deme, tgk kat directory, satu kedai je pun jual langsir. Ke aku tak perasan. Banyak kedai baju je kan. 
Abang Ben pun ada citer gak kat entry ini

Igt nak pegi weekend ni, tapi kalo takde apa nak dicari, malas ah. Byk keja lain lagi nak buat. Yelah, Pak Jib bagi half month bonus kan. Dia kata utk belanja raya, tp kami nak buat belanja utk 'naik taraf'  KSU lah. Hihi. Nak beli tibi mmg tak cukup la kan, tp langsir boleh la kot consider. Tu yg nak survey kat mana nak carik langsir. Nilai 3? Kuasa. Kuasa. Kuasa. Pepanas terik gini. Tgk lah nati. Belum pegi lagi Elyza ke memana tpt nak carik langsir. Takpun beli kat Jakel sudehhh... aku plan pasang langsir kat sliding door sahaja. Utk tingkap bilik, nak guna roller blind ja. Settle. Langsir tu akak aku buat nati. Design pun dah bincang. Hihi. Senang kan. Akak tukang jahit langsir. Ada sesapa nak tempah??

Haha. Mampuih aku kena marah, tetiba dok promote plak.... tu pun dia tak menang tangan dah :P

Ihya Ramadhan 7 : Doa Pembuka Dua Belas Pintu

Kredit : FadzilahKamsah.com

Doa Pembuka Dua Belas Pintu.
Memang ada entry ni thn lps kalo tak silap. Tp di bulan mulia ni, sekali lagi, nak buat entry doa ini.

Sejak diberikan oleh seorang sahabat yg prihatin, saya memang amalkan. Saya ucapkan terima kasih berbanyak pada kawan tu (u know who u're). Walau kita tak pernah bersua muka, tapi teringat dia juga pada saya. 
Biasanya saya amalkan doa ni, sejurus masuk keja di awal pagi. Sebelum memulakan tugas, Al-Fatihah dan doa ini lah yg dibaca dahulu.
Dan dengan izin Allah, serta ketentuanNya, Alhamdulillah, ada pintu rezeki yang diberi olehNya.
Bukan lah kita hanya bersandar pada doa semata. Doa tanpa usaha pun rebah juga. Doa, usaha, tawakal. Itu memang hakikatnya.
Sama-sama kita berkongsi.

p/s : Sekarang ni memacam pendapat keluar kan. Esuk esuk nati ada yang kata doa camni pun tak boleh diamalkan. But, Islam memang mudah dan memudahkan. Tengok ayat, tenguk makna. Insyaallah, tak memudaratkan pun untuk diamalkan. Doa sebagaimana kita pinta pada Yang Maha Esa selepas solat. Allah Maha Mendengar. Insyaallah :)

Thursday, July 26, 2012

Edisi Soalan Berkenaan Redang

Banyak tak banyak la, tp ada yg bertanya berkaitan percutian Redang ni. Jadi, mari saya 'combo' kan seme soalan ini.


Nad @ MamaZN said...
kak
rase2 cam seswai tk perjalanan dr kl - tganu - redang tu utk 2 dewasa ngan 2 kanak2 ni?

Nad,
Kalo perjalanan KL-Tganu tu takde masalah jika ada kanak2 skali. Tp kalo nak Redang, elok tggu Baby Nayli besar sket. Sbb kat Redang ni bukan cam Pangkor seme tu. Tpt ni mmg utk xtvt berkaitan laut ja. So, nati kalo tak bawak baby Nayli ikut seme xtvt laut tu, Nad cuma duduk kat resort ja. Bosan plak kan. Lps tu macam nak transit2 feri tu pun tak berapa sesuai lagi. Xtvt pun byk yg snorkel apa seme. Tggu Nayli besar sket oke lah.

Masya said...
tak pernah sampai pulau redang ... nanti cerita lagi yer.. tidur kat mane?? makanan ok ke... ade aktiviti naik basikal jugak ke .. ape² jerlah info sy tunggu jer next entry ... tak sempat baca .. sy baca maraton hihihihihi...


eh² mcm nak pg pulak kan hahahaha...


Masya,
Alhamdulillah, ada la tempat tidur yang selesa yg walo dengar suara orang sebelah. Haha. Makanan pun oke. Pihak resort sediakan makan pagi, tghari, minum ptg dan malam. Sbb kat sana kalo resort tak sediakan menggagau juga kita nak cari makan. Dan resort yg akak duk ni run by Muslim, jadi, Insyaallah, sumbernya tak meragukan. 
Naik basikal tu akak tak pasti. Tp rasanya seme pun xtvt berkaitan laut dan pantai. Itu lagi bes dari berbasikal :)

Jaa said...
cam best jer Redang.. nk pergi jugak la nanti...redang lagoon ni berapa ringgit satu malam?

Jaa,
Kalo kat Redang ni biasanya orang tak kira satu malam cam tpt lain. Better amik pakej. Cam akak ni, amik pakej 3 hari 2 malam bersamaan RM340/pax. Dlm pakej tu dah ada makan, tambang feri (return) ke Kuala Terengganu, serta pergi ke tpt2 snorkeling. Peralatan snorkeling boleh sewa. Kalo pegi yg early season (waktu yg resort buka semula lps tutup - Dlm bln Okt - Feb resort seme tutup), dlm bulan Mac tu buleh dpt lagi murah. Utk info Redang Lagoon buleh tgk sini.

Bitt (doubleIS) said...
best2 tu la ingat nak jugak time anak beso skit lagi...oooo kena tukar bot la pulak yerr

Bitt,
Iyer, best kalo anak beso sket. Double IS pun buleh snorkeling skali. Mmg comel napak kids dgn life jacket dia tu. HIhi. Yer, kalo duk resort sini sini, kena tukar bot la. Mungkin kalo yg Fasha Sandha duduk tu tak perlu tukar kot. Hihi. Sebab sini takde jeti khas cam kat Pangkor/Langkawi :)

Nory Zoulkefle said...
berapa bajet kesuluruhan ni.? hehe

Nory,
Bajet keseluruhan, kalo hanya bas, hotel kat KT kurang 1k jugak tuk 2 orang. Roughly : Pakej resort - RM340.00/pax, tambang bas (return) - RM80, Hotel KT - RM108. Makan,minum cuma kat Kuala Terengganu lah. Yg kat Redang seme da includes dalam pakej resort.

myfara FLK said...
sangat menarik..kite yg penakut air nie nak gak merasa tapi perasaan takut tue sgt menebal..so tgk je lah org bersuka ria...

myfara,
Rugi lah kalo dah smpai sini tak cuba seme ni. Takpe.. kat Redang ni, tpt cetek pun dah ada ikan dan boleh snorkel. Akak pun penakut juga kalo open sea tu. Berenang tak pandai. Haha.

::EIDA:: said...

Eh? Eh? Orang resort ke orang boat tak bagi roti ke? Rasanya kalau amik pakej mestid apat roti.. Mana ada bawak or beli roti sendiri.. 



Tetiba ida baru tau, boleh ek sewa camera underwater? huhu... Ida ingtkan kekda beli camera baruuuuu.......


Zana Adieyza said...

kalau boleh sewa kamera mmg best la kan.. x payah beli kamera baru.. hihihi.. 


terteleng ok zana tgk signboard tu.. hahahahaha..



bestnya kekda.. review kekda membuatkan hati ni betul2 rasa nak pergi sana.. syoknya!!


Jawapan :
Yang ni jawap utk Eida n Zana sekali sbb lebih kurang sama ceritanya. Oke, cerita roti dulu. Yer, kat Redang ni cam seme orang pun bawak roti sendiri. Dlm pakej mmg takdak, unless nak cilok roti waktu breakfast. Haha. Tak baek oii.. ahahaha. Jadi, boleh je bawak roti sendiri. Kiterang je kelam kabut, langsung tak sempat nak beli. Kat sana, melantun la mahal reganya.

Yer, kat sana boleh sewa kamera. Berbaloi. Ada yg rega RM30, RM40 dan RM50. Lps tu dapat CD juga. Bes!

Zana Adieyza said...

kekda, nnti buat entry ttg budget semua.. hihihi.. boleh?? 


teruja sungguh baca entry cuti kat redang ni.. harus cari masa utk gie situ!


Zana,
Budget secara roughly akak da tulis kat atas tu. Boleh la bajet2 kan dan boleh la pegi nxt year :)

Masya said...
cek out hotel 9.30 pagi, bot tu kene booking ke nak amik dr jeti tu .. ke bot memang sentiasa ade.. sape² jer blh naik macam naik feri beli tiket huhuhuhuhu... kekda paham ke soalan sy ni ...

Masya,
Bot tu ada time2 dia. Jadi, kena alert. Pagi satu, lps tu tengahari ada satu. Kalo tak beli tiket, masih free n easy takpe. Takut kita da booking tiket bas/flight, lps tu terlepas feri yg pagi, susah juga. Tiket takde jual kat feri. Kena beli masa memula datang kat Jeti Syahbandar (Kuala Terengganu) lagi. Tp kalo guna pakej cam akak ni, takyah beli dah la. Seme dah siap skali pakej. Nati dia bagi je terus tiket :)


KSU Reno : Renovation Progress

Alhamdulillah. Urusan lantikan kontraktor dah settle. Dah dpt approval dari JMB utk start kerja. Alhamdulilah. Aku letak completion date sebulan. Nak berharap sesgt pun takut juga, tp mungkin dgn izin Allah, lps balik raya tu, diharap rumah dah sedia lah. Moga moga lah. Takut wey... igt tak takut ke, sbb biasa pun orang ada kes ngan kontraktor. Jadi, bermula lah fasa duit mengalir cam ayo sunge Perak. Deras dan laju. Haha. 

Oke, toksah duk bebel berkenaan itu. Kisahnya diri sendiri kan, mampu - buat, tak mampu tak payah buat. Bukan orang duk paksa pun kan. Jadi, kita buat mana yg termampu. Jangan sebuk duk buat itu ini, nati nak gi bercuti pun tak dapat. Eh? Cam rasa tak berapa nak relevan plak kan statement ni. Abaikan.

Seharusnya da lama aku lantik kontraktor. Rumah lain seme pun da sebuk trett...trett... hack sana sini, drill sana sini, rumah kiterang je rilek (eh, tp rumah dpn kiterang pun napak tak buat apa2 pun, adakah disewakan? MyDH da sonok2 dah..katanya umah depan tu anak dara yg sewa. Ekewahh... tapi oke la, nati ai outstation u suruh derang antar kuih yer. Haha).

Tapi nak cepat cemna. Byk urusannya. Sibuk nak amik quotation la apa la. Last 2 week dpt quotation. Suppose last week da settle la kan. Tp sbb mula puasa kat kampung on weekend tu, maka terpaksa postponed.

So, minggu ni la kena jmpa balik kontraktor. Pulun la waktu rehat lari jap p KSU. Fuh. Mujur la dkt ngan ofis. Pulak ditambah bulan puasa. Tak jem sgt jalan waktu tghari. Kalo tak.... area McD yg drive thru tu jammed smpai ke jalan. Alhamdulillah. Ada hikmah juga lewat mula ni. :)
Image : Google
Setelah dibuat analisa dari sebut harga yg diterima (hah...! ni la bahana pernah buat perolehan dan biasa dgn keja kat admin. Huhu), maka kiterang sebulat suara nak lantik satu kontraktor ni. Ala, amik q dari 3 kontraktor ja pun. Yg satu tu, byk dah dia dapat kontrak dari blok tu, rega not bad tapi.. entah ek, mungkin bukan rezeki dia utk dgn kiterang. Then satu lagi, wohoo...manyak mahal woh. Lagi, dia jauh. Third, yg ni lah nak dilantik. Rega oke, harap2 keja pun oke. Dia pun tak byk amik kerja sgt kat blok situ. Sokay la kan. Hopefully sgt takde masalah. Bayaran dia 3 peringkat. 1/4 dibayar masa sebelum dia mulakan keja, lps tu bila dia da start keja tambah lagi 1/4 n selebihnya bila dah settle seme. Dah settle pun lah bayaran pertama tu. Aku pun bukan buat major reno kan, jadi Insyaallah, harap2 tiada masalah.

Itu utk kontraktor wiring/grill/ceiling/piping. Kita amik 2 kontraktor. Satu lagi kontraktor utk kabinet (KC n Wardrobe). Tu pun dah lantik. Yang KC aku tak panggil byk kontraktor pun. Ada la 2. Tp satu lagi tu quote kemahin mahal. Harap2 yg ini pun hasil kerjanya baik lah. Utk KC, aku hold dulu utk mula keja sbb kena buat wiring dulu. Byk plug point tambahan yg kena buat kat dapo. Satu plug 15amp harus ada. Then tambah 3 lagi plug 13amp. Itu dapur ja tu. Dan seme plug tu dah 'bertuan' dan tak boleh disharing. Entah mana aku nak masak nasik ngan blender nati. Haha. Ada la satu, tapi tu lah..kena design balik la nati.
Gambar hiasan saja. Bukan rumah saya. Ambil dari sini
So, itu lah reno progress fasa pertama utk my KSU. Lewat. Tapi takpe lah. Better late than never. Biarlah semeorang pun masuk time raya. 

Oh, takut juga nak buat entry, tapi aku rasa perlu jugak. In case apa2 terjadi, apa aku tulis kat blog ni boleh jadi proof. Aku berdoa sentiasa pada Allah, agar proses pengubahsuaian KSU ni berjalan dengan lancar. Insyaallah... harapnya sebelum bln 9 da settle sbb bulan 9 kan ai nak masuk sekolah semula. Hihikkss :P

Ihya Ramadhan 6 : Berbaik Sangka

Salam.

Ustaz, boleh ustaz terangkan konsep husnuzon dalam islam? apakah itu baik sangka dan bagaimana nak berbaik sangka. sehingga tahap mana. Dan apa kah pula buruk sangka. Adakah islam melarang sekeras2nya buruk sangka. atau ada antara buruk sangka yang dibenarkan. contohnya melihat org yg tak dikenali berkeliaran di kawasan tmn perumahan pada waktu mlm. boleh ke berburuk sangka pada org itu. sekian, tq

Jawapan :

Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain, ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat. Kata Saidina Umar bin Al-Khattab ra :

“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

Orang yang berburuk sangka seolah memfitnah orang, kerana buruk sangkanya tidak mempunya bukti yang kukuh, ini dikuatiri terjadinya fitnah, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa Yang dilakukannya.” (Al-Isra : 36)

Fadhilat Berbaik Sangka

Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, Ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia. Ini juga mengalakkan manusia itu berpecah belah antara satu sama lain dan ia juga akan merugikan manusia itu juga.

Mengelakkan daripada penyesalan dalam hubungan manusia sesama manusia kerana menuduh manusia lain tanpa bukti yang kukuh. Firman Allah yang bermaksud : 

“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujurat : 6)

Selalu merasa bahagia atas segala kejayaan yang dicapai oleh orang lain walaupun kita sendiri belum berjaya. Ini bertujuan untuk mewujudkan sikap ingin bersaing antara satu sama lain. Kerana umat Islam yang mempunyai sikap ingin bersaing dengan orang yang telah berjaya akan mendatangkan keuntungan kepada semua umat Islam termasuk dirinya sendiri.

Berbaik Sangka Terhadap Perkara Dusta

Tetapi ingat kalau kita melihat orang yang melakukan dosa atau kemaksiatan, kita bersikap husnuzon terhadap perlakuan mungkar orang tersebut, maka kita akan menanggung saham dosa kemaksiatan yang dilakukan oleh orang tersebut. Kerana Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran yang berlaku disekelilingnya dengan kemampuan yang ada pada kita. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". (Di riwayatkan oleh Imam Muslim)

Jelas di sini, bahawa Islam melarang umatnya menyokong perkara yang mungkar atau dusta, kerana perkara tersebut jelas melanggar hukum Allah dan larangan Allah. Contohnya kita melihat orang Islam di dalam kedai Sport Toto sedang membeli nombor ekor. Tetapi kita berbaik sangka kepada perbuatan orang Islam tersebut dengan mengatakan bahawa “itu jalan rezeki dia, biarlah…. dia juga nak cari makan”. 

Cegahlah segala kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita dengan sedaya yang mampu, kalau mampu dengan tangan, maka ubahlah dengan tangan. Mampu dengan lidah, ubahlah dengan lidah, kalau dua-dua ini tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hati (tidak redho dengan perbuatan tersebut) dan inilah selemah-lemah iman.

Buruk Sangka

Buruk sangka atau suuzon yang membawa maksud menaruh curiga kepada seseorang yang belum terbukti orang tersebut melakukan kesalahan. Islam sangat melarang umatnya berburuk sangka sesama Islam, kerana berburuk sangka akan mengundang malapetaka kepada orang tersebut. Biarlah syakwasangka itu berdasarkan bukti yang kukuh dan bukan sekadar memfitnah. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan orang-orang Yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki Yang beriman dan orang-orang perempuan Yang beriman Dengan perkataan atau perbuatan Yang tidak tepat Dengan sesuatu kesalahan Yang dilakukannya, maka Sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa Yang amat nyata.” (Al-Ahzab : 58)

Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristiqfar kepada Allah swt. Dosa orang yang berburuk sangka adalah besar dan perbuatan jahat, setiap perbuatan jahat Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)

Orang yang berburuk sangka juga sama dosanya seperti memakan daging saudaranya yang telah mati. Jauhilah sifat penyakit hati ini, kerana ia juga dapat merugikannya juga. Kembalilah ke jalan Allah dengan sebenar taubat dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut.

Perkara buruk ini telah menjadi darah daging umat Islam sekarang ini terutama melayu Islam yang sentiasa iri hati dan bersangka buruk terhadap saudara Islamnya. Dengan menuduh orang melakukan perbuatan mungkar tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Malah orang yang bersangka buruk itulah yang diagungkan sebagai orang yang hebat dan bijak. Inilah petanda akhir zaman kerana umat Islam tidak lagi berbangga dengan kerja-kerja amalnya dan mereka merasa besar dan gah dengan dosa yang dilakukan oleh mereka. Jika perkara ini tidak ditegah, maka ia juga akan merugikan semua pihak dan mengundang bala Allah yang datang tidak mengira darjat, iman dan bangsa.

Sangka Buruk Yang Harus

Umat Islam juga perlu bersangka buruk terhadap beberapa perkara. Contohnya soal keselamatan diri, seperti yang ditanyakan di atas, ternampak orang yang tak dikenali berkeliaran di persekitaran perumah pada waktu malam. Ini bukan kita menuduh, tetapi kita mengambil sikap berjaga-jaga dari berlakunya musibah-musibah yang tak diingini. Perbuatan sangka buruk seperti ini diharuskan, kerana ia menjaga keselamatan diri dan harta kita.

Bersangka buruk terhadap prestasi pelajaran anak-anak, kerana mereka tidak membaca buku dan hanya main game dan menonton TV sahaja. Hasil dari sangka buruk tersebut, kita menghantar anak menghadiri kelas tusyen atau kelas tambahan untuk meningkatkan prestasi anak tersebut. Maka di sini merupakan sangka buruk yang menguntungkan semua pihak.

Bersangka buruk terhadap pokok besar yang condong ke arah rumah kita, maka dengan sangka buruk tersebut kita mengupah orang untuk memotong pokok tersebut untuk menjaga keselamat rumah dan nyawa keluarga kita. Maka bersangka buruk seperti ini juga diharuskan. Pendek kata, bersangka buruk yang menguntungkan semua pihak tanpa mengorbankan pihak-pihak yang tertentu atau sebagai langkah keselamatan, adalah diharuskan untuk kepentingan semua pihak.

Kesimpulannya

Bersangka baiklah kepada semua orang, kerana sangka baik itu meguntungkan semua pihak dan perbuatan tersebut adalah perbuatan mahmudah (terpuji). Jangan sesekali bersangka jahat kepada orang, terutamanya saudara sesama Islam, kerana ia merugikan semua pihak dan dosanya juga besar. Jika ada orang yang mempunyai sifat ini, lekas-lekaslah beristiqfar kepada Allah, kerana Allah menerima taubat hambanya.