Wednesday, November 9, 2011

Senaman Muka


Malas utk bersenam secara fizikal?
Jadi marilah kita  bersenam muka saja.
Cuba baca artikel ini :

Sebenarnya untuk senaman wajah anda tidak memerlukan waktu yang lama kerana senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana saja. Misalnya ketika anda sedang berada di kamar mandi, atau mungkin sebelum anda bersolek. Anda juga dapat melakukan senaman yang mudah ini di dalam kereta atau ketika menunggang motosikal.

Senaman untuk mata, apa yang dapat anda lakukan adalah dengan:

  • Gerakan pertama, menggerakkan kedua mata anda ke arah kiri atas. Kemudian gerakkan ke arah bahagian sudut kanan bawah. Ulangi kedua-dua gerakan itu sebaik-baiknya sebanyak lapan kali.
  • Gerakan kedua adalah menggerakkan mata anda ke arah sudut kanan atas kemudian ke arah sudut kiri bawah. Gerakan ini juga dilakukan sebanyak lapan kali. 
  • Gerakan ketiga adalah dengan menggerakkan mata anda ke atas dan kemudian ke bawah, ini pun dilakukan sebanyak lapan kali.
  • Gerakan mata yang terakhir adalah membuat gerakan mengelilingi mata. Pertama gerakan ke arah kanan, seperti mengelilingi membentuk lingkaran oval. Dan kemudiannya kelilingkan gerakan tersebut ke arah kiri.

Senaman muka lainnya adalah senaman untuk mulut. Senaman ini pun tidak memerlukan waktu lama dan dapat dilakukan di mana saja. Gerakannya adalah:

Anda membentuk mulut dengan menyebut huruf A, I, O dan E. Lakukan gerakan ini dengan gerakan yang pasti, ertinya menyebut huruf tersebut setepat-tepatnya. Misalnya huruf O, sehingga mulut mengecil sekecil-kecilnya. Atau huruf E selebar-lebarnya. Manfaat gerakan mulut ini untuk menggerakkan otot-otot di sekitar mulut.

Selain itu, kerajinan melakukan senaman mulut dapat mengurangkan timbulnya garis kerut di bahagian tepi mulut. Anda pun akan merasakan manfaatnya.

Ingatlah bahawa semua jenis gerakan ini berguna untuk menyegarkan wajah jika dilakukan secara rutin.

*****
Jadi mari kita mulakan.
A...I....O....E..... lapan lagi... A..I...O..E...


6 comments:

duniaanita74.blogspot.com said...

selamat hari raya korban reen...

tq info yg berguna ne reen...ingat makan gula2 getah tu dah ok senaman dah..he..he...

eKa said...

ehehehe...kalu eka ajar darjah satu mesti salu je dok wat senaman muka tu...kalu A.E.I.O.U bole???

Zana Adieyza said...

zana selalu sebut AEIOU gak mcm eka.. hihi..

sambil baca entry ni sambil ikut step yg kekda bgtau tu.. kelakar lak..

puanstoberi said...

ANITADIANA :

Slamat raya kak Nita :)
Ihiks. Tp kadang bes jugak buat senaman mulut ni....

puanstoberi said...

EKA :
Tu la tu Eka, nati ajar skali anak murid wat senaman tu yer :)

puanstoberi said...

ZANA :

Ihiks.. gud kan, sng je tu, mungkin leh buat muka kita tampak muda ke nati. Eceh. Hihi :D