Thursday, November 17, 2011

Dah Open

Smlm aku tutup jap.
Kelam kabut. Minda tak terjana dgn betul.
Sbb mengesyaki ada 'stalker' yg saiko sdg mencari cari maklumat diri aku.

[wah. ko igt ko retis popular tetiba nak ada stalker bagai kah??]

Beliau mmg bukan antara boipren aku dulu. *wah. antara tu - harus ramai tu. Haha. Biasa la. Anak2 muda - alah. 3 je pun kot. Hau hau hau*
Sbb kalo ex boipren, seme aku add je kat FB tu - saja nak tgk life derang. Haha. Aku yg saiko ni kot nya. Cuma sorang lagi ex aku tak dpt trace. Kpd beliau, tolong lah add saya. Saya nak tau life awak skang, keja mana, anak berapa, rumah beli kat mana, pakai keta apa. Haha. *lagi teruk saiko nyer rupanya*

Tp kawan sekolah lah. Tp masa sekolah tak la kenal sgt. Cuma lepas sekolah - time aku nak smbg degree tah cena ter jumpa dia - lps tu senyap - tetiba aku da keja leh terjumpa plak - secara tak sengaja - lps tu ada hal nya maka tak jumpa balik- skang dtg kat FB plak - haisss...

Smlm petang, terpaksa filter kan seme sahabat2 di FB - yg aku percayai bleh menyebabkan si saiko tu bleh kesan aku - mujur aku mmg dah grup kan seme friend aku kat FB sanun (itu lah penting nya tak ramai kawan kat FB, sng nak filter kalo jadi apa2 hal - 2rat je kawan aku kan - kalo 2ribu - mmg mampuih mokcik nak trace seketoi seketoi)

So, mcm dah oke pagi ni. Jadi aku open.
Biasa la aku. Poyo lebih. Tahpehapatahkan.
Tentah org tu oke je kut. Mungkin dah berubah (tidakk... kata hati aku dia tetap saiko cam dulu. Dah lebih 5 thn dia tak dpt trace aku, tup2 muncul plak. Mintak FB aku kat kawan aku setelah aku reject request dia kelmarin. Eii.. saiko.saiko.saiko).
Moga dia buta IT la hendaknya, tidak menaip nama penuh aku kat goggle tu - kalo tidak mungkin dibawa terus ke opis aku dimana dia leh jumpa segala bala pasal aku - dan termasuk ke kebun stoberi ini jugak. Adoi. Tp kat sini pun dah dilengkapi dgn ciri2 yg tak bleh nak tgk seme entry aku - kan takde button older post kat bawah ni kan. Haha. Kat arkib pun tak bleh tgk seme sbb takde button older post - tu pun kalo dia rajin la nak selak selai selai.

Jadi moga moga takde la dpt berita lagi pasal org saiko tu carik aku.
Fuh..fuh..fuh... seriyes takut walo aku intai profile dia - ada tulis engaged with bla bla bla - eii.. takut gak. 5 thn lepas, tetiba lps jumpa dia aku dpt msg yg kononnya dari 'isteri' dia. Msg je. Lps tu bila aku call dia tak jawab. Aku tau yg dikatakan 'isteri' tu adalah dia sendiri. Guna no lain. Dia ugut2 aku. Lps tu aku kata aku dah hantar nombor tu kat polis. Dan terus diam smpai skang. Hingga lah dia muncul balik. Tak menakutkan ke kalo dah ugut2 tu??

So, moga oke semuanya. Aku taknak pasal ni plak aku terpaksa tutup terus kebun stoberi ni. Takkan hanya kerana si saiko giler tu kut. Negara ada undang-undang kan. Apa2 hal, aku akan terus ke balai polis.

Sekian terima kasih *eh. Aku lak cam saiko - miahahaha - cam Melly si saiko dlm citer Tentang Dhia tu*

18 comments:

Cik Anita said...

adakah ex cinta???

alaaahh.. nita x dapat nak teka siapa gerangannya beliau.. hehe. Harap tak ada apalah tu kan..

Anum said...

ooooooo itu kisahnya sis

::EIDA:: said...

Sib baik... hhehehhe~

syanasaid said...

aiyooo seram wei
nasib la aku ni xde stalker
tp da gaya retis kan ttibe ade stalker
hahaa

Sue-Rya AQ said...

hihi..patut la pun.. :)

Zana Adieyza said...

seram la kes akk ni.. kalau ada apa2, cepat2 buat report polis kak..

anie said...

FUH..penuh suspen...

ejaMaria said...

selamat berjuang melarikan diri... hehehe... hari ni tak takut di google lagi ke?... ;p

PUANSTOBERI said...

CIK ANITA :

NOpss...

PUANSTOBERI said...

ANUM :

Iyer Num.. Hihi

PUANSTOBERI said...

EIDA :

Blum lagi nasib baik sepenuhnya.

PUANSTOBERI said...

SYANA :

Haha. Sesekali rasa cemna di stalk. Tp seyes rasa berdebau je smlm.

PUANSTOBERI said...

SUE :

Ahah!

PUANSTOBERI said...

ZANA :
Takpe, selagi kehidupan akak tak diganggu, it's oke. Kalo da rasa terganggu nati, ku report kan je. Lantak la.

PUANSTOBERI said...

ANIE :

Haha. Tak la suspen sgt. Mungkin akak je exaggerate lebih. haha. Tp mmg suspen pun, sepetang aku rasa kelam kabut idup. Hahah

PUANSTOBERI said...

MARIA :

Segala kuda kuda telah dipersiapkan. Sekiranya dia berjaya tembus ke sini, kita tgk je lah apa dia leh buat, asal dia tak dpt detect di FB da cukup bersyukur. Huhu.

rDnA said...

ooo jd sebab ni la yg tutup kjp tu..tp betulla sis,psycho la benda2 cam gini..x suka la stalker ni.sibuk nak tau tentang kita..eeeee x suka.

eKa said...

sampai tahap camtu ye kekda...haisyyy macam2.moga2 kekda sentiasa dilindungi...takmo la ugut2 ni takut...kekda tgk juga ye tentang dhia tu...suka betul tgk si dhia.tp nyampah dgn melly.gedix nak kawen pada yg tak sudi...lucu tgk pengantin kayuh beskel smlm