Wednesday, November 2, 2011

Cuti Cuti Cinta HK : Madame Tussauds

Oke dah 2 entry up. Sori la kalo mcm caca marba ja.
Skang mau citer pasal tpt2 menarik or soping2 dulu?
Oke kita masuk tempat2 menarik dulu lah yer.
Hal soping ujung2 bley?? *lagi mau citer panjang2, org da nak muntah kedarah baca pasal HK tak abis2. Mcm gaya pi US je kekdahnya dah ni, padahal HK je kot. Huhu..*

Oke, sblm tu aku lupa la nak citer pasal tukaran wang.
Masa aku tukar retu dapat 100HKD = RM40.30
Jadi tak pening macam gi Indon retu. Masa gi Indon aku da buat list dlm ketas kecik. 
Contoh macam :
10,000 IDR = RM3.50
50,000 IDR = RM17.50
100,000 IDR = RM35.00
Jadi nak beli barang je selak ketas tu. Kut tak bleh lost track time tgh teruja dok soping. Huhu. Byk sgt angka kan.
Tp utk HongKong dolar ni, senang. Bahagi dua je. So, nati bila da ujung2 nak balik tgk2 bajet cam eh, ada  lebih lak, jadi bleh la beli 'jurulatih'. Haaa.... itu nati yer aku citer pasal "jurulatih" ke juruletih ke. Hiks.

Seriyes cakap, mmg tak cukup utk 4 ari 3 mlm. Kalo nak selesa antara 5 ke 7 ari la. So, 2 ari leh soping gegila. Ni terkejar2.

Aku plan nak pegi :
-Disneyland
-Ocean Park
-Madame Tussauds
-Naik crystal cable car di Ngong Ping
-Naik Ding Ding Tram
-Naik ferry/cruise sambil tgk symphony of light.

Tapi 3 bawah tu tak sempat. Sobs. Sedih. Sobs. Harus repeat balik. Sobs.

Oke. So, kita nak kemana dulu? Kita ke Madame Tussauds dulu yer.
Hari pertama, lps check in, solat zohor kiterang kuar balik ke menuju ke The Peak/Victoria Peak. Kat sana la terletaknya Madame Tussauds - yg glamer ngan patung lilinnya.
So, dari hotel tu naik tren ke Central (guna MTR line TWL). Dari hotel aku tu mmg hujung ke hujung la.
Turun kat Central - exit J2, lps tu jalan kaki sket. Lalu kut taman yg namanya Chater Garden. Yg bleh napak bangunan tinggi2 yg cantik nih. Dlm 10-20minit la utk smpai Peak Tram Terminus.


Tak risau sesat sbb ada je signage tunjuk. Lagipun pasti ada tourist2 lain pun yg nak ke situ. Lintas jalan then ada mcm naik bukit sket *kat sini aku respect la ngan org yg bawak anak ngan stroller tu, agak tinggi jugak bukitnya*. Lps tu lintas balik dan jumpa fountain nih. 


Dah smpai la tu.
Beratur la utk  beli tiket.

Tp kalo nak beli tiket kombo tak yah beratur pjg. Tiket kombo consist of : tiket naik tram (return) + tiket masuk Madame Tussauds and naik Sky Terrace. 
Tips : Better beli tiket kombo ni je. Senang. Takyah nak q pepanjang. Rega tiket kombo adalah : HKD210 per pax


So, naik tram. Org mmg ramai, lagi pun aku pegi ni dah nak malam. Dlm kul 5 lebih (igt, malam kat sana start dlm kul 6pm). Lagi mlm lagi cantik sbb nati kat Sky Terrace kita leh tgk view malam Hong Kong. Cantik..
Tips : Kalo bleh bajet time utk naik tram dlm kul 5 lebih. Tp jangan lewat sgt, sbb dlm 9 lebih dia dah tutup utk naik atas tu.

Naik tram adalah bes. Menyenget je napak seme bangunan. Hihi. Tp tak dpt amik gmbr sbb waktu pegi kena berdiri. Sobs...
Tram naik ke Peak ni antara bahan sejarah kat HK ni la. Kat Sky Terrace tu ada la dia citer sejarah2 dia. Kira da over 120years pun tram ni. Kalo tpt kita cam kat Bukit Bendera tu la. 

Smpai je terus masuk ke Madame Tussauds. Tpt ni tak la besar, tp byk patung lilin. Amik la kat seme patung pun takpe. Takde sapa nak marah. Hihi.



Mesti org caption "Lady Gaga n Lady Gagap"
Pirate of The Kampung Baru.
Tgkp puas2 dlm tu, sbb nati tak perlu nak u-turn, sbb since ko da kuar, takde dah nak masuk balik. On d way nak kuar tu tetiba ada grup cina tegur "Malaysia??" 
Skali derang pun org Malaysia la. "Malaysia mana?" katanya.
"Kuala Lumpur". Wah. Sama..sama katanya. Kemain sker jumpa org sama negara. Haha. Tp dia terkejut kiterang gi berdua je. Dia gi 14 org. Huhu.

Kuar je dari situ, aku beli tiket Disneyland (yg valid smpai 25.4.2012). Beli kat sini dapat gift payung. Hihi. Tpt lain aku tak pasti, tp aku baca mmg kat sini beli 2 tiket dapat 1 payung percuma. Ngeee :) 

Tips : Beli tiket Disneyland kat sini je. HKD399/person. Bln 3 aku tgk HKD350, tp bln bila tah tgk da naik woh. Tp apa la artinya jika ke HongKong tidak ke Disneyland kan. Kalo pun jika diconvert duit kita dkt RM200 jugak masuknya, ku pejamkan mata je. Ce kalo kat Mesia rega tu, mati idup balik tak masuk kut. Masuk Sunway Lagoon yg below 100 pun tu da rasa mahai mampuih. Huhu. Oh. Kalo nak tau landmark dia, kt booth tu ada gmbr Mickey Mouse kalo tak silap, tpt dia bebetul lps kuar Madame Tussauds.

Seterusnya naik eskalator ke Sky Terrace.

Nak naik tu, kena check balik tiket beli tadi. Sbb da beli kombo, maka dia tick je la. Sepanjang2 nak naik tu ada byk kedai2. Kedai Crocs pun ada. Tp kiterang tak beli apa pun, kata ari pertama. Sayang nak pecahkan duit lagi. Eceh. Hihi.
Naik smpai yg atas skali tu


Atas tu cam biasa, amik2 gmbr. Cantik. Sejuk. Bes lah. Sbb tu perlu dtg mlm.

Then turun lah kembali kita ke pangkal jalan. Tpt turun bukannya di tpt kita naik. So, nati carik la signage yg tulis exit utk turun tram. Beratur lagik. Hari biasa pun camni, apatah lagi weekend kan.


So, kalo nak dtg sini, tgk website Madame Tussaud ni dulu http://www.madametussauds.com/HongKong/en/Default.aspx
Sbb kengkadang takut ada maintenance ke tutup ke apa ke kan.

Oh. Alamak, tak bleh gak citer tpt lain gak. Panjang dah  ni. Jadi terpaksa gak buat next entry. Sapa rasa muntah kedarah duk baca pasal ni je, sila tak payah masuk blog ni utk 2,3 ari atau pun mungkin seminggu. Haha.

Entry berkaitan :
a) http://pnstoberi.blogspot.com/2011/11/cuti-cuti-cinta-hk-penginapan.html
b) http://pnstoberi.blogspot.com/2011/11/cuti-cuti-cinta-hk-permulaan.html
c) http://pnstoberi.blogspot.com/2011/10/all-about-hong-kong-persediaan.html


24 comments:

Zana Adieyza said...

gmbr akk dgn lady gaga tu cun!

zana nak masuk gak blog ni hari2.. sbb nak feeling berada kat HK.. xdpt pergi, dpt feeling2 pun ok kan.. hihihi..

next entry plzzzz...

misskirokuza said...

like juta2 lemon r kekda!

Teratak Hami said...

Wow, HK ada Madame Tussauds? terasa macam di London pulak ... ni klu tgk macam best, sure nafsu nak pergi ke sana meronta-ronta. Dah le anak2 ramai.

Myself said...

seronok baca ur vacation nih..sbb teringat balik zaman g HK last year..rindu HK!

a'ah..disneyland tuh dh naik harga.i g last year still HKD350.tp i x beli time nk naik cable car tuh so xdpt la payung..:(.madam tussaud pun ktorg x masuk..x minat!hahaha.

tp masa kt Sky terrace tuh,my husband siap gayat lg naik escalator dia sbb tinggi sgt.

sempat g kedai dimsum halal chinese muslim tak?

duniaanita74.blogspot.com said...

reen bestnya..cantik2 picnya..masuk lah banyak2 ya..tak puas tengok...

Hida Kadiso said...

rase cam ade kat sane.. syoknyeee!!!

Rosmawani♥ said...

wah kak.. jelesnyer dh pergi HK.. hihihi.. nnt nak tanya detail nih.. sbb ada gak rancg2 nk g HK nnt :) hihihi

Cik Anita said...

Waaaaah!

Nita baru sempat nak jenguk entry akak pasal g HK ni. Memang survive habis lah g berdua jeee! tapi gaya cam habis banyak je ni.. huhu.

Lida Rahim said...

haish baru baca 1 entry tp dah rasa cam nak g HK gak... hmmm tp hentah bila dpt pegi tatao le.. sobs!

aLyNnZ said...

x termuntah pun kak..cepat2 update eh..? xsabar nak tgk tmpt2 shopping plak..adoiaii biler ler alynn bley sampai HK..g Hulu klang jew lerr..

aLyNnZ said...

xtermuntah pun kak..lagi x sabar nak tunggu entry akak g shopping2..cepat update tau..haihh biler ler turn alynn plak g HK..Hulu klang jeww boley lerr..

BENA said...

wah wah wahhhhhhhhh! suke la tengok pic nihhhhh ;)

puanstoberi said...

ZANA :

Lady Gaga ngan Lady Gagap tu yer. Hihik.

puanstoberi said...

MISS :
Hik hik. Thanks yunk

puanstoberi said...

TH :
Iyer. Tak mampu gi London sana punya, kita gi yg sini jadi ler. HIhi

puanstoberi said...

ANUM :

:) Tkpe, nati Anum lak pegi yer..

puanstoberi said...

MYSELF :

Nati ai pun sure rindu cam u. Bes la sana, tp ada yg kata tak bes.
Pasal makan nati entry lain yer. HUhu

puanstoberi said...

ANITADIANA :

Kat FB ada lagi kak.
Meh kita jadi kawan, nati leh tgk gmbr kat FB. Saya da letak lain2. SIni lain, FB lain :)

puanstoberi said...

EDA_EJ :

Insyaallah..nati Eda lak pegi bawak mamat alan ngan bb :))

puanstoberi said...

ROS :
Bleh je tanya. Bes sana. :)

puanstoberi said...

CIKANITA :
Gamble kan? Hihik.
Err..apa yg byk habis neee??? hihihiii :D

puanstoberi said...

LR :

Insyaallah..bleh tu. Bwk anak2 nati. Harus derang seroonok :)

puanstoberi said...

ALYNNZ :

HAi Alyn. HIhi. Wah..tak penah tgk Alyn komen sini. Thanks yer sudi drop komen.
Tkpe.. Insyaallah, nati turn Alyn ngan anak2 lak pegi sana :)

puanstoberi said...

BENA :

Thanks yunk :)