Thursday, October 4, 2012

Edisi Berat Dulu, Berat Sekarang

Haha. Ini pun nak tulis.
Zura ngan Eja la ni.. masa masuk kat cafe smlm dia tegur kata Kekda da kecik.
Hikhik.

Suka la yu...igt senang nak kecik balik bila da umo makin "ker-tua" ni.

Oke la. Kalo diikut sejarahnya dan kalo rerakan masa sekolah, dip n degree kenal aku, mmg aku derang tau lah cemna tumbesaran aku nih.
Masa zaman blaja - kat UiTM - berat aku tak penah cecah 40kg. Never. Smpai aku rasa cam nak sedekah pisang kat seme rerakan kalo berat aku berjaya cecah 40kg. Smpai skang aku tak buleh bayang lah. Mengapa begitu sukar nak tambah berat? Paling berat adalah 37kg. Itu ketika umo aku 21 tahun camtu. So, oke la kan. Muda lagi kan. And bila jadi cikgu berat aku jadi 35kg. Aku still ingat sbb ada la menda buat aku ingat. Hihi. Time tu buat medical check up utk jadi GSTT. Hoh! da sama berat dgn anak2 murid.
Then bila masuk ofis yang aku keja skang ni - tahun 2004 - berat aku maintain la sebanyak tu. Still, tak penah cecah angka 40kg. Smpai la aku nak kawen pun begitu. Nak carik baju kawen pun susah. Fedap tau!

Tapi lepas kawen, mencanak2 naiknya hai. Takde de dia cecah2 ke 40kg. Terus je 45kg. Hah kau! time tu sekali lagi rasa nak bagi pisang kat kawan2 ofis. Tp kalo berjaya turunkan balik ke 40kg! (T___T)
Sebenar, dgn ketinggian aku, berat bawah 50kg masih dikirakan ideal. Tapi dah berapa tahun badan aku ni maintain di bawah 40kg, bila melebihi 40kg tu aku rasa ya ampunnn.... dah gemuk ni. Padahal tidak pun. 

So, utk mengelakkan badan ni menjadi jadi, maka harus la jaga makan. Kena la uols.. da kertu2 lagi ni kan. Diakui mmg aku jaga makan. Nasik kalo buleh amik sehari sekali atau 2 hari sekali saja. Itu pun sedikit saja. Cuma, kalo weekend, masak sendiri tu, aku bagi kelonggaran sket lah. Sbb aku suspect nasik la membuat badan jadi naik cepat. Esp, bebaru kawen tu ari kan rajin masak. Haha. Skang ni.... ada induction cooker pun pemaleh jugak! 

Mmg napak la perubahan tu. Aku sendiri tau berat dah kurang ni. Banyak kain baju kurung dah buleh kancing balik *haha. dulu tak boleh uolsss.. giler* Retu baju M pun cam dah sendat. Skang ni dah oke. Tp saiz S mmg say good bye awal2 dah. Retu byk baju aku lantingkan ke anak buah aku yg dajah 5. Huhu.

Lagi, aku jaga pemakanan dgn kurangkan makan pagi. Aku mmg spesis tak boleh makan pagi (breakfast). Naper tah. Kalo aku makan pun dlm kul 10camtu. Awal pagi mmg tak buleh masuk punya. Orang lain kalo diet, pagi makan, skip lunch. Aku tak begitu. Lunch tak buleh skip. Kena makan, tp pagi cicip2 biskut pun oke dah. Karipap 2 ketul pun cukup dah. Selalunya kat rumah sblm g keja aku minum milo+oat camtu lah.
kredit : here
Patut letak gambau kan. Ada dulu aku penah letak zaman aku nipis,kurus cam tv LED tu. Haha. Dulu gmbr ada je kat PC. Skang da pindah unit, aku dah transfer seme gambar kat external, external plak tak bawak, maka tiada lah gambar. Tp nati kalo ada, aku tempek sini.

Tapi, yg bes, bila kat kelas lah. Masa memula masuk tu ari. Memana tanya aku, sure ingat aku dalam 20-an camtu. Haha. Ada yg cam tanjat gegel sungguh bila aku kata umo aku dah 33 tahun. Hikhik. Alahai.. bkn nak kata bangga ke apa. Tp biasa la.. orang rendah2, kecik2 ni mmg napak muda sedikit dari umur nya. Seme orang pun camtu. 

Jadi, skang kena pantau selalu 'tumbesaran' aku ni. Sbb tu retu, masa yg aku tatau nak beli apa kat Groupon tu, aku beli penimbang. Hihiw. Nati nak letak dlm bilik. Bangun tido je timbang. Kuikuikui.

Nak kurus, kurus jugak kan, tp jgn jadi camni terus sudahh.. Scary uolsss....
kredit : Here
p/s : Aku pun tak timbang berat aku skang ni. Nenati lah.

9 comments:

Anum said...

gambar tue scary haha

Lynn Hamzah said...

huhuhuhu...ringannya berat akak...lynn x pernah ler seringan itu kak oooiii...

Sue-Rya Qistina said...

sama la kekda. saya pun dlm proses menurunkn berat badan. dulu kecik molek je sbb mmg bersukan tetiap hari. la ni, jarang sgt bersukan. huhuhuhu

Carmello said...

Hooo kak Reen.. sya pun nak sedekah pisang lah kalau berat boleh cecah 49kg.. Tapi angan2 je lah saya ni...

deqlis said...

reen..ko kurus tui..masa anak dara pun deqlis melebihi 40kg tue...

masa kahwin pun 54kg tau...haha..

sekrang lagi laa naik mencanak2x..
tgh diet jugak nie...

nk sedekah pisang jugaklah jika cecah berat idaman tue...dpt 57-58kg pun just nice laa...

Zana Adieyza said...

kekda, zana lagi gemoookkk..

zana susah betul nak kawal makan.. tu yg berat x nak turun tu.. hehehe..

~ain said...

gambar tu scary.... kita tak pernah bawah 50kg.. hahahhaa

PUANSTOBERI said...

ANUM :
Tu obses sgt nak kurus kan.

LYNN :
Dulu ringan...skg no more dear :) Haha.

SUE :
Takyah turun kan..just maintain dan jaga jer..

CARMELLO :
Hihik. Eh, Elina takde la gomok sgt. Just nice dah akak tgk

PUANSTOBERI said...

DEQLIS :
Hihi..mari kita bersedekah pisang. Hihihi..


ZANA :
mmg kena kontrol. tp akak tgk Zana tak la haevy sgt makan2.


~AIN :
Ala.. kalo masih dlm BMI ideal oke ja Ain.. :)