Biasa lah kan.
Kadang kita rasa takde apa pun yg kita buat pada si polan si polan tu. Tapi tetiba dia tak suka kita. Tetiba je sampai ke kita "eh kau tau..dia bukan suka kau"
Ek eh.
Mengapa yer simply simply tak suka orang. Sentiasa tak puas hati dengan orang. Sentiasa rasa diri perfect.
Entah. Bukan kata orang lain.
Tapi... muhasabah. Pikir semula. Untuk apa kita nak tak suka orang yg tak buat apa2 pun kat kita. Selesa ke kita bila berkeadaan begitu.
Aku salu berpikir, if aku tak suka orang atau tetiba nak benci kat orang, katakan lah one fine day orang tu yg akan tolong kita. Cemana? Hidup ni, bukan selamanya kita di atas. Terkadang kita akan terjatuh juga.
"Tak Hidup Dek Puji, Tak Mati Dek Keji"
Pelik kan. Tetiba nak tak suka orang.
Ni aku buat kerja2 yg menjaga orang ni, lagi la menjadi bahan keji dan umpatan.
Ingat aku tatau. Haha.
Lelebih lagi bila kita nak menguatkuasakan satu2 prosedur, satu2 peraturan.
Lelebih lagi bila kita uruskan hal2 berkaitan pengambilan, penukaran segala.
Lelebih lagi bila kita uruskan hal2 berkaitan pengambilan, penukaran segala.
Pendekatan aku mudah ja. Lantak korang lah. Kalo aku ada bergantung hidup mati pada ko-yess.. aku akan sedih bila orang tu benci, mengkeji, mengata, tak suka ke apa. Tp kalo takde kaitan, aku tak pernah berhutang duit apatah lagi berhutang budi - lantak kau situ. Nak tak suka aku, sila kan. Nak benci aku, benci la kau sampai lebam. Nak ngumpat ke kata aku ni cam bagus bagus je - buat lah sukahati kau. Ye lah, kita ni je buruk..dia tu, takde sebesar kuman pun kesalahan....perfect. Sifar kesalahan punya orang!
"Jika ada orang berbicara mengenai kita di belakang...
itu tandanya kita berada DI DEPAN"
Entah. Aku skrg ni mmg tak bercampur sgt dgn orang.
Sombong? Berlagak? Perasan bagus? Atau mmg orang dah taknak berkawan?
Lantak lah kau nak kata apa.
Time ofis, mana masanya.
Kut kalo berkumpul pun duk cakap hal orang, aku dah malas. Zaman tu dah berlalu. Dosa sedia ada dah tak tertanggung, lagi mau nak tambah dosa bercakap perihal orang smpai senget2 mulut (tp ada keadaan yg mengizinkan aku amik tahu tu seme - atas dasar kerja)
Skang ni kawan je seme orang. Orang taknak kawan, tu lantak lah. Lagipun aku tak suka hipokrit.
Simple approach.
Cuma aku pelik betul mengapa boleh timbul tak suka lah orang tu, benci lah dia tu.
Padahal sekelumit pun aku tak pernah nak sentuh hal mereka.
Kalo pasal cara kerja lah yang menyebabkan aku dibenci, orang tak suka pada aku, aku redha je. Kembali pada fitrah - Allah yang menentukan segalanya. Mesti ada sebab mengapa kita diberi tanggungjawab ini. Kalau pasal lain... tu aku tatau. Tu mmg penyakit hati lah namanya.
Nak buat macamana. Yang nyata aku tahu aku mmg tak sempurna.
"Bukankah saat orang berbicara buruk mengenai kita,
padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka...
itu tandanya kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dibanding mereka"
padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka...
itu tandanya kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dibanding mereka"
Tiada jawapan.
Aku akui, aku sendiri pun kadang terkhilaf. Berbicara mengapa orang tu begitu, mengapa orang tu begini. Tp sebenarnya, menda tu menyesakkan kepala hotak je. Ada kena mengena dgn kita kah? Takde kan? Lalu, kenapa mahu persoalkan. Biarlah orang tu beli rumah cemana, biarlah orang tu nak renovate rumah dia cemna pun, biarlah orang tu perasan bagus, biarlah orang tu beli baju rega 1k, ada kena mengena dgn kita kah? akan berkurangan kah duit simpanan kita? sakit tang mana kah kita?

"Dan saat orang berbicara dengan nada iri mengenai kita...
itu tandanya kita sudah jauh LEBIH BAIK dari mereka"
Sebenarnya simple je hidup ni. Tak payah la menyesakkan otak dgn membenci orang, tak perlu la ada rasa tidak puas hati dengan rezeki orang, tak perlu nak sentiasa rasa semua orang tak betul. Apa yg kita dapat?? Gaji bertambah?? takde pun kan. Kau rasa tak suka orang tu, jadi, kau nak buat apa dgn dia.
Senang je sebenarnya. Kembali kepada diri kita. Sempurnakah kita?
Senang je sebenarnya. Kembali kepada diri kita. Sempurnakah kita?
“Jangan resah andai ada yang membencimu,
kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.
Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu,
kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali
Bacaan menarik berkaitan suka tak suka ni :