Wednesday, October 3, 2012

Edisi Bil Rumah Lama Dan Baru

Ini pun suppose aku nak jadikan WW. Tp pagi tadi dah buat entry bebel2, takyah la di WW kan. Ini smlm aku taruk dlm instagram n FB. Dgn caption "telan ailiyo tgk bil bulan ni"

Tanjat gegel tau.
Kenaikan melebihi 100%.
RM24.85 itu adalah bil di rumah lama. Yg mana masa tu mmg aku belum pindah (date kat bil tu kena bayar sebelum 2-9-2012. Mean, masa bulan 8 nyer lah penggunaan). Tapi kurang lebih mmg purata dalam RM30 je sebulan bil elektrik aku kat rumah lama. Mmg la sket. Umah pun sekangkang semut. Apa je pun ada kat rumah tu. Lampu kalimantang tu pun ada 3 bijik ja. Kipas siling pun satu ja yg terpasang selalu. Air-cond, heater segala takde. Mmg jimat.

Sekali.... pindah ja trus cam semput tgk bil. RM94.35.
Hoh!
Oh, sebenarnya dia ada bil bulan sebelumnya yg tak bayar lagi. Sbb retu belum menghuni maka, aku pun tatau entah kat mana bil tu. Ada RM7.05 untuk bulan 8. Ini yg masa buat renovation apa segala tu lah. So, maknanya bulan 9 penggunaan adalah RM87.23. Niceee... siap ada 2 kadar lagi. Dulu rumah lama, satu kadar je. Niceee lagi skali.

Oke, utk orang lain mungkin biasa lah jumlah ni. Tp bagi kami yg hidup berdua je, pulak ditambah waktu malam je ada kat rumah, mmg luar biasa rasanya nih.
Tp mungkin sbb awal2 ni kot. Tak buleh nak balance lagi.
Penggunaan barangan letrik mmg lah bertambah sket.
Lampu pun bertambah sket lah.
Aku tak suspect air-cond puncanya *sbb bila tunjuk ni, orang mesti kata air-cond kut*. Sbb aku masuk rumah ni musim tak panas. So, mostly mmg guna kipas sahaja. Seingat aku skali je kot aku on air-cond lama waktu tido.
Tapi aku suspect puncanya dari Coway - Induction Cooker - Heater.
Induction cooker pun sebenarnya jarang aku guna lagi. Coway pun katanya tak byk sgt 'makan' letrik. Abis tu apa penyebabnya neh??

Entah. Kita tgk plak bulan 10 ni cemana.

18 comments:

Nory Zoulkefle said...

aiyaaa...manyak tu....gigil nk bayor tu..

Phat said...

mohon ajukan pertanyaan kepada pihak TNB sekian hehe

eKa said...

Ohoiiii..tak dpt nak bg idea.murah ke mahal.sbb eka tak penah amik tau bape byk bil umah eka.teruk kan.sbb sume en somi yg bt.kalu suh eka byr eka seniri tak tau...tp skang sume leh online kan...huhuhuhu

Anum said...

manyak2

Masya said...

lebih kurang rumah saya jugaklah ni... tu pun baru tau sebab hubby tujuk masa masukkan air cond dan tukar tv LCD hari tu bil jadi melambung.. kalau x selalu purata 30 jer... sebab peti sejuk memanglah 24 jam, iron baju setiap malam,lampu x berapa nak pasang sangat sebab malam jer kat rumah hihihihihi...

Zana Adieyza said...

selalunya mmg org akan kata aircond.. water heater x rasanya.. tp zana rasa sebab Coway tu kot.. sebabnya, rumah mak mertua zana sebelum pasang Coway xdelah mahal sgt bilnya,lepas pasang ada naik banyak gak la..

aNgeL pUTiH said...

hahaha.. sy pengguna coway, tapi takdak ekon, tetapi kat rumah ada aquarium yang gasnya on 24hours tanpa henti.. ehehehehehe...

Carmello said...

Hihi beza tu kak reen. Saya pun taktahu nak kata Mahal ke tak. Kat sini saya control supaya tak lebih 100 je. Tapi kebiasaannya mesti lebih. Tak pandai lagi saya nak meminimakan penggunaan elektrik ni. Tapi terasa juga bila tiap2 bulan kena bayar seratus2. =)

Sue-Rya Qistina said...

huhuhuhu..sgt mahal tu. klau kekda nak lbh info, bole check ngan TNB. aircond, coway, cooker, heater, fridge adalah penyumbang utama menaikkan bil elektrik. huhuhu. sama la ngan uma sue tu. tetiap bulan bnyk ni jugak la sbb ade peti ais, kuat letrik peti ais ni.

maszmadi said...

erm kira mahal gak tu kan..... masz memula dok umah sndiri ritu dapat RM50++, tapi xder ekon lah, yang ada cume esbok (24 jam) ngan water purifier (24 jam).....
lepas ni hajat nak pasang ekon, ntah berapa lak yang kena... dah nak guna, bayar jer lah kan.. hehe

AyangAizul said...

kena la tgk beza peralatan letrik umah lama n umah baru. lgpun masa bln hr tu kan ke umah tu tgk renovate kan. masa dorg dok wat keje tu mgkin ada guna letrik jgk.

biasa org akan komplen kata bil melambung la apa la tp tak sedar pulak yg umah dorg tu bermcm peralatan letrik yg ada kalo dah sgl2 bende nak di letrik kan...

PUANSTOBERI said...

NORY :
Terpaksa buat2 cam tak napak je masa nak klik confirm utk bayar kat maybank2u tu. ngeeee..


PHAT :
Hahaha...itu cam melampau sgt kot..ngeeee

PUANSTOBERI said...

EKA :
Bayau je online...sng.. abis citer.. akak paham tu..cikgu mmg tak sempat dia nak buat seme tu.. kakak akak dulu pun menda2 camni dia tak amik tahu. huhu

ANUM :
Kan?? tanjat gegel

PUANSTOBERI said...

Masya :
TV rasanya tak menjadi faktor penyumbang utama. tp kalo on skali ngan astro beyond sgala, mungkin la kot..

ZANA :
Tp orang Coway tu kata tak byk coway ni.. tp tgk penggunaan la kot. Tu ari ramai orang guna time HW tu..jadi mungkin pump dia kerja keras. huhu

PUANSTOBERI said...

ANGEL :
tak mahal kot kan Coway ni..akak baru 1st month pakai..tu tak buleh nak bajet lagi tu.

CARMELLO :
Duk 2 orang tp seratus lebih?? humang aiii....

PUANSTOBERI said...

SUE :
PEti ais tak kuat sgt kot.. umah lama guna peti ais tu gak.. masih oke.. tkpe..nati akak compare ngan bulan okt ni pulak.

MASZ :
Memula mmg kita agak tak pandai nak bajet lagi kot..dah lama2 duk oke la agaknya (hopefully). Jgn bulan dpn naik lagi byk pulak sudahhh...

PUANSTOBERI said...

AYANGAIZUL :
Yer, rumah saya seme pun di elektrikkan, tp penggunaannya adalah minima sahaja. Hihik. Seme pun pakai touch, touch, touch sahaja. hahaha.

Tkpe..kita tgk comparison dgn bulan ni plak.

eimah said...

rs2 sbb br pindah kenduri kendara bagai may be la naik....mcm sy br pindah dl pun mmg mcm tu lelame stabil :)...kalo xstabil kene jmp tnb..