Friday, October 5, 2012

Akhlak Sebagai Pekerja


KITA memerlukan kewangan yang cukup untuk meneruskan kehidupan, menyara keluarga dan membantu golongan yang memerlukan. Secara fitrahnya, dengan bekerja seseorang itu boleh memperolehi biaya dalam bentuk pendapatan.

Dalam Islam, bekerja adalah suatu yang dituntut dan dianggap sebagai satu kewajipan.

Malah mereka diseru agar tidak bergantung kepada bantuan serta kasihan belas orang lain. Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Mencari kerja yang halal itu adalah fardu selepas fardu". (riwayat al-Baihaqi)
Dalam Islam, sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah ia halal di sisi syarak. Dengan kata lain, ia tidak mengandungi unsur-unsur yang haram seperti arak, judi, riba, menipu, menindas dan sebagainya.

Di samping itu, ia juga mestilah pekerjaan yang tidak menjejaskan kepentingan umum dan merosakkan reputasi masyarakat Islam. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Barang siapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah. (riwayat al- Bukhari)
Dalam pekerjaan bukan sahaja perlu dipastikan pekerjaan itu halal malah perlu juga memberikan perhatian kepada persoalan berkat. Untuk menikmati pekerjaan yang berkat di antara perkara yang perlu ialah dengan menjaga dan memelihara akhlak sebagai pekerja.

Persoalan inilah yang gagal dihayati dan diamalkan oleh kebanyakan pekerja. Kebijaksanaan dan kemahiran yang tinggi tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu cemerlang.

Sebuah syarikat atau organisasi tentunya tidak akan mengambil seseorang yang berkelulusan tinggi sebagai pekerja apabila mengetahui individu tersebut mempunyai sikap malas, kedekut, angkuh dan sifat-sifat negatif yang lain. Kelulusan dan IQ yang tinggi adalah sia-sia kalau tidak digabungkan bersama akhlak yang baik.

Dalam sesi temuduga kerja umpamanya, pihak penemuduga tidak harus hanya melihat kelayakan calon dari sudut akademik dan pengalaman kerja tetapi perlu mengambil kira sudut akhlak dan etika. Ini kerana akhlak sangat penting dalam membantu seseorang itu mencapai kecemerlangan berorganisasi.

Justeru Islam memerintahkan umatnya bukan sahaja perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT (hablum minallah) tetapi juga hubungan dengan manusia (hablum minannas).

Tanpa akhlak yang baik, tentunya pekerja tidak dapat bekerjasama dengan rakan-rakan sekerja yang lain secara harmoni.

Dalam memilih seseorang pekerja, Islam meletakkan dua syarat penting agar pekerja itu bukan sahaja cemerlang dalam kerjanya malah cemerlang juga di sisi Allah, iaitu mempunyai fizikal yang sempurna dan mempunyai sifat amanah.

Ia sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau hendak mengupahnya ialah yang kuat lagi amanah. (al-Qasas: 26)

Bacaan selanjutnya : 

*********
Imej : Google
Artikel kat atas ni mmg berkait rapat dgn tugas aku skrg ni. Bila duduk menguruskan hal ehwal kepentingan kakitangan, mmg pelbagai menda yg aku dpt. Setiap hari pasti ada je isu. Setiap hari dgn isu berbeza. Kadang kita terpaksa jadi kaunselor, kadang kita kena jadi pendengar, jadi penasihat dan bermacam lagi lah. Seronok mmg seronok. Pengalaman kata orang tu. Tp terkadang kita pikir, ni matang sebelum usia plak ni kang. Haha.



Kadang ada menda yg kita rasa macam tak patut terjadi, tp terjadi. Pelbagai. Cerita yg biasa kita baca kat paper, kat majalah tu rupanya berlaku di persekitaran aku sendiri. Macam tak percaya.

Tapi tu lah. Sebenarnya seme bertitik tolak dari akhlak kita. Atau boleh dikatakan dgn attitude. Sebab tu aku nak pilih tajuk assignment - term paper, subject HR, aku nak buat tajuk attitude ni. Sbb kalo atitude semenya baik takde la kita ada kes tatatertib segala kan. Suppose kalo ikutkan KPI yg baik adalah zero kes tatatertib. Tp cena plak dgn KPI yg menguruskan hal tatatertib ye dok??


Apa pun, jangan disangka sungai yang tenang tiada buaya. *related kah?? haha*
Salam Hari Jumaat.

3 comments:

Anum said...

setuju2 sungai yg tenang tue la bahaya

Phat said...

bila la nk luahkan masalah sy akat akak ni ekekekeke..xde masalah pun ok je kak bahagia je kak kat temerloh ni ha hehe

Masya said...

orang kate kerja kene ikhlas bukan jage atitude jer... kene bertolak ansur, tp boleh ke org lain faham niat kt tu haihhh .. selalu disalah anggap ...