Oke. Sila jgn muntah kedarah kalo pasni seme tajuk mula dgn Cuti Cuti Cinta HK. Hihi. Oke skang kita mulakan pengembaraan yer.
Alhamdulillah, kami mendarat di HKIA dalam jam 12 lebih. Trus ke imigresen. Utk ke HongKong mmg tak perlu Visa. Tp perlu jika anda ke Mainland China cam Shenzen. Macau pun tak perlu visa (betul kan Eka?). So, pasport udah mencukupi. Dari KL pun kita dah di check imigresen kan. Jgn risau, walo ada baru membayar RM50 kpd PTPTN itu tidak mendatang masalah utk anda di imigresen. As long anda tidak di blacklist, anda masih bleh kuar masuk dari negara kita :)
Utk tak perlu nak soal byk2 ngan imigresen takyah bawak byk2 hand luggage.
Aku ada baca kat porem2 kata imigresen kat HK check bag la apa la. Lps tu nama Muhamad pun poblem la apa la.
Takde apa lah.
Masa nak naik flight kat airport KLIA da dpt borang utk masuk negara org tu, so, isi and da smpai kat HK bagi je skali ngan passport. Org masuk HK ni mmg ramai. Bkn cam kat Malaysia. Sunyi je. Beratur panjang gilak. Tp kalo bawak baby, anak kecik, ada fast lane. Kalo org biasa, beratur je cam beli tiket wayang tu. Tp tak lama. Kejap je. Derang laju. So, bagi passport - dia tgk muka kita sama ke tak mcm kat passport - cop cop - dah. Settle. Takde check beg segala lah.
Lps tu jalan dpn sket dah smpai tpt utk amik luggage. Mudah gile kot airport sini. Dpt je beg tu jalan dpn sket ada tpt jual Octopus Card. Bleh beli kat situ.
HKIA |
OCTOPUS CARD
Kad ni fungsi cam Touch n Go kita kat sini la. Beli dgn harga HKD 150. Ada deposit 50dolar dlm tu and utk kita guna 100dolar. Tp kalo naik airport express dari airport kejap je la abis. Sbb dari airport ke Tsing Yi adalah 60hkd. Tp takpe. Sng je nak topup. Kat 7E leh top up, kat station pun leh top up. Minimum top up 50hkd.
Utk kad ni kiterang top up dalam 100dolar la gak. Kira utk guna dlm 200dolar. Tak abis takpe, masa nak redeem deposit tu nati dpt balik skali ngan deposit. Tp dia akan ptg 7dolar utk fees apa tah.
Dari airport nak ke hotel, kiterang naik MTR ja (airport express). Ada je bas, tp my dear lebih kompiden naik tren. So, naik tren.
Dari Arrival Hall - amik airport express - interchange to Tsing Yi - gi Lai King - turun Tsuen Wan. Makna ada 2 tren la kita amik. Dari airport tu and then interchange kat Tsing Yi. Kiterang turun station paling last sbb hotel area situ. Tak jauh pun. Sbb memula cam blur, jadi tnya je la guard yg ada situ. Rupanya dpn idung je hotel kiterang tu. Easy mesy. Lalu kut pedestrian. Derang ni jalan laju, so, kalo kita duk terkedek2 itik pulang petang, bagi la laluan pada derang. Smpai hotel - check in. Aku booking online dah. Ni tak guna Agoda. Aku trus direct ke hotel. Next entry aku citer hotel apa aku duk eh.
Utk ni mmg kena tahu la MTR route tu. Kena carik hotel yg ada dkt2 MTR station. Tp rasa hotel beralamat Nathan Road, Kowloon, Insyaallah dkt ngan MTR. Bas pun byk jer. So, dun wori.
Entry pasal HK sebelum ni :
http://pnstoberi.blogspot.com/2011/10/all-about-hong-kong-persediaan.html
Entry pasal HK sebelum ni :
http://pnstoberi.blogspot.com/2011/10/all-about-hong-kong-persediaan.html
10 comments:
bestnya sis
best jek baca edisi cuti2 nie.. update cecpt ek xsbr nak tau pengalaman idot bercuti-cuti cinta
lagi..lagiiiii
yeeeuhhuuu bumi hk :)
more kekda :)
baca entry ni dah rasa macam kat HK lak.. hihi.. berangan tu kan indah..
bestnyew....macam x puas je baca...cepat2 update..hehehe..
Macam mana boleh nama Octopus Card?
ANUM :
:)
LUV :
sila be sabo.hihi
SYANA :
Hiks.. sabo..
MISS :
Sesket dlu.kang muak lak org tgk. hihi
ZANA :
Tkpe la. Mana tau, turn Zana lak nati kan :)
CHINTA :
Hik hik. Tak leh la byk2, nati muntah lak org nak baca nyer. hihi
TH :
Idak la aku tau kak kenapa namanya octopus card. Aku tau guna je kak. Hahahah
Post a Comment