Saturday, January 15, 2011

~Pasal Movie : Khurafat~

Di entry ini dulu aku da mention nak tgk movie Khurafat kan. Sbb sekali je aku tgk iklan dia trus aku rasa 'oke, kena tgk citer ni sejurus keluar kat wayang' (sbb nati kalo lmbt2 da dgr org nyer review, bes tak bes lah, so tak mau terpengaruh).
Hari Khamis keluar, so Jumaat lah aku tgk. Takkan nak tgk ari keja.
My dear turutkan saja. Padahal penat balik Kundasang pun tak abis lagi. Huhu.
Tgk kat mana lagi kalo bukan di tpt feveret kami kalo nak tgk citer Melayu - BTS lah.
Nak beli tiket senang, org pun tak berapa ramai. Mula igt nak tgk kat Wangsa Walk, tp leh plak bila aku masuk web TGV takde list wyg kat Wangsa Walk. Tkpe, Times Square saja.

Aku ada update status kat FB gak kalo tak bes aku nak sekeh Shamsul Yusuf. So, skang nak sekeh gak. Bukan citer tu tak bes. Tp asik nak bagi org terkejut je. Abis satu panggung terkejut. Hihi.

Bes ke ah? Umm...cena nak ckp eh? Nak kata bes sgt tu tidak la, tp nak kata tak bes pun tidak juga. So, kira tgh tgh la. Cuma aku rasa oke la utk cubaan pertama dia buat filem seram. Agak menjadi. Ala, formula dia sng je nak bagi org rasa seram ni. Buat sumanya pada waktu malam. Mmg la seram. Lps tu ditambah dgn lokasi bilik mayat, ada van jenazah, ada keranda, yg mana pada org Melayu menda tu dari kecik dimomok sbg sesuatu yg 'menakutkan'. Jadi elemen tu membantu la utk kita rasa 'seramnya'.

Tp mcm tak sajak lak Liyana Jasmay jadi wife si Shamsul  neh. Mcm adik n abg. Tp takpe la. Sekali sekala tukar selera kan. Kut tak asik muka yg sama je. Antu dia tak la muka ngeri sgt, tp kejutan dia tu. Mcm suma tertunggu tunggu bila la nak siang nih. Mmg boleh sakit jantung tau. Abih ngan my dear sekali terkejut. Aku lak kalo rasa mcm tau nak ada kejutan tu tutup mata dah. Tehehehehe. Syyy...jgn gitau org. Muahahaha.

Oke la. Buleh je kalo nak tgk. Seb bek tau tgk awal2 ni. Ramai org lagi. Kalo tgk mggu dpn sure da tak ramai. Eii..takut..nati ada antu duk ketawa sama kat sebelah. Haaaaa....hhhhh... Eleh, konon berani je. Padahal tgh tulis ni kang tetiba ada kat blakang. Uwa...namo namo namo...

Cuma, ending tak berapa nak kemas sket. Buat org confuse. Dia ke yg angkat mayat berkapan tu. Ke masa dia dalam koma tu dia bermimpi. Kalo dia buat ending si Johan tu hidup dan buang suma yg 'melekat' pada dia pun oke kut. Upss... alamak, ter potong stim plak. Tetiba gitau sedikit citer.
Kredit gmbr : Budiey dot com
Klimaks dia tang angkat mayat tu la. Seyes mcm eii..eiii..apsal dia angkat mayat tu dlm utan, cpt la siang, cpt la siang. Lps tu nati persoalan dari awal cerita juga akan dirungkai.

Jadi sesapa nak uji kadar degupan jantung anda, pegi la tengok.

5 comments:

Anonymous said...

ni kalau saya dlm wayang ni..
konfem dh berkeruh...
hahhaa
sebab takut sangat!

cikbedahlaser said...

syamsul.... standard la... nk awek lawa2 je.. spesis rosyam nor kot.. ahahahaha ehh kutuk ke nih??

E K A said...

Nak tgk.bila nak keluar kat sini

ejaMaria said...

mmm... nak tengok tapi tak nak bawak anak... camena?

puanstoberi said...

ainil :
Leh ke nak tido, org duk menjerit je. Tehehehee :D

CBL :
Err..maknanya dak LJ tu cantik eh? Owww..

Eka :
Leh tgk kat Astro kan skang. canel 480. Tp tak feel tgk kat wayang la. Tgk kat tibi sama feel dia mcm tgk citer Awan Dania ja. Hahahaha.

Maria :
Kalo umah ko dkt, aku sudi je babysit bebudak tu sementara nunggu ko p tgk wyg tu :)