Monday, January 24, 2011

~Pasal Kenapa Perempuan Ini Terlalu Kompleks?~

Sebagaimana status di FB ari tu. Bukan shopping complex ye mahupun Kompleks Kraf.
Ini sifat 'perempuan ini'.
Aku bercakap dalam konteks 'perempuan ini'. Perempuan yg sedang menulis blog ni. Perempuan itu aku tak tahu sejauh mana ke kompleks an mereka.

Tp perempuan ini mmg aku rasa kompleks.
Ah. Mungkin pada org lain dikatakan 'cerewet'. Tp aku nak gelarkan juga 'kompleks'.
Oke, skang lihat pada ayat ini.
'Saya perlukan sepasang (ke sehelai?) jeans baru'
Mudah kan. Hanya 4 perkataan dengan satu objektif. Objektif yg mudah tercapai.
Hanya sepasang (atau sehelai) jeans. Kat memana pun ada. Ambil dan bayar. Itu sahaja.
Tang mana 'kompleks' nya?.
Kita tambahkan objektif pada ayat tersebut.
'Saya perlu sepasang (atau sehelai) jeans baru berwarna hitam'
Tahap 'kompleks' pertama. Oke. Cari sahaja jeans hitam. Apa susahnya. Dari JJ Maluri ke JJ AU2 masih tidak berkenan di hati. Smpai ke SOGO pun tidak ditemui.
'Saya perlu sepasang (atau sehelai) jeans baru berwarna hitam yg bukan Straight Cut tp tidak lah terlalu Slim Fit dan tidak mahu berwarna terlalu season. Oh. Tidak mahu juga yg cutting pendek pada pinggangnya (yg kalo pakai baju pendek harus ternapak sependa. Tp siapa suruh pakai baju pendek. Tak, tak pakai baju pendek pun tetap rasa tak selesa sbb terasa mcm sependa ter sentil. Haha)

See. Aku tak tahu 'kompleks' tahap berapa dah tu.
Maka pencarian diteruskan di setiap pelusuk Mid Valley. Baek JJ, Metrojaya, PDI, Padini, Body Glove, Voir suma lah dimasuk. Masih tak berkenan.
Eii..penat tau. Dari Utara ke Selatan mencari di MV tu. Aku mula menyampah dgn tahap ke kompleks an perempuan ini.
Dan akhirnya perempuan ini mengalah. Belasah je la.
Akhirnya ke kompleks an tersebut berakhir di Jeep. Baru tau Jeep ada jeans pompuan. Amik je lah. Tidak terlalu season warnanya, tidak Straight Cut, tidak terlalu slim fit tp fit jugak, cutting pinggang pendek tp boleh dimaafkan lagi la.
Itu pun perempuan kompleks itu berkata pada suaminya
"tak puas hati lagi ni, masih tak jumpa mcm saya nak. Nati nak beli yang lain jugak"

Ek eh!

Gambar sekadar hiasan-kredit : here

10 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

erm.rasenye same je kot ngan lelaki...kalo diowg na beli sluar pun, mesti cari kriteria yg sama..

ejaMaria said...

biasa la tu... aku pun 'cerewet' gak... tu baru satu contoh... ;p

kOpiEhiTam said...

wehh.. itu fussy arrr... heheheh..

ch@ said...

hahaaa serupala ngan kita, sebab tu sekarang pakai satu jenama je, walau tak brand tapiii selesa. kita tak suka jeans bawah pusat tu, rasa nak tertanggal je.

ryn said...

kalo nak dibandingkan.. rasanya laki aku lagi "kompleks" dari aku kot... 1 hari berkampung kat mall pun belum tentu dapat selai baju

Hezesuze said...

ada gak lelaki yang lebih cerewet dri pompuan uols...cuma pompuan ni napsu 9 akal 1 huhu

shahrilhakime said...

itu paseinye awok selalu kalo pegi soping kompleks dengan wife...... awok bagi RM siap2..... sughuh die beli...awok lepak kat mane2 senang....

P/S: awok udah polo...no 256

puanstoberi said...

Khumaera :
Lelaki ta se kompleks tu kut Maera. Tp tgk lelaki gak kan. Ada yg terlebih kompleks kadang tu kan? :)

Maria :
Penat tau kadang tu nak melayan. Nak belasah je kang nati tak puas ati lak. hihi :D

Kopie :
Tu aku tulis tu..ada yg panggil cerewet tp aku nak panggil 'kompleks' gak. Kena la cerewet ye dok..takkan nak belasah je. Duit tu..duittt keluo.. huhu :P

Cha :
Brand apa tu? meh share meh. Akak pun tak kesah bab brand ni. Asal selesa dan terletak. huhu :D

puanstoberi said...

Ryn :
Humang aih..tu kita lak tak tahan tu dibuatnya. Hahaha :D

Heze :
Gitula gamaknya kan uols. seb bek my dear aiols tu tak kesah..kut tak mau sebakul dihamunnya aiols. hihi

D08 :
Awok idak buleh gitu. Awok nak asben awok bagi pandangan pulok. Kut di tinggei nya ropa itu, langsung awok tak gheti nak membeli. Hahahaa :P

p/s : Thanks follow blog mike ni yer (>,<)

Ummi AmnaAmzar said...

ummi tidak spt itu..dan xpakai jeans pun..jeans ade selai adik bg..pakai kalau dah xde seluar lain nk pakai..heheheh