Friday, January 14, 2011

~Pasal Kundasang : Tempat Menarik~

(Entry ni mmg pjg. Takyah byk bunyi. Malas aku nak part part kan.)
Next.
Tempat menarik yg boleh dilawati di Kundasang. Tpt ni suma hasil dari 'study' aku dari blog2 org da penah pegi ke sana. Kalo tak, mmg takkan tau la kat mana tpt bes kat situ. Mmg takde signboard mcm kat Semenanjung ni kalo ada tpt menarik. Cuma kat Cottage Hotel tu dia ada buat list dan simple map ke tpt2 menarik. 

Pekan Kundasang
Apa yg menarik? Takde apa sgt. Ditambah dgn jalan tgh dok renovate. Melantun lantun la ko dlm Kancil tu. Kalo duk Cottage Hotel, boleh jalan kaki sahaja ke pekan Kundasang. So, kami  pun jalan kaki je ke pekan Kundasang dalam ujan lembut lembut tu
Menyusuri kedai2 jual sayur yg segar bugar. Pakkal je tak buleh bawak balik. Tp rega aku tgk cam lebih kurang sini je. Tehehehe. Capsicum feveret aku tu RM3 juga utk 3 biji. Pasar Cokit pun lebih kurang rega itu juga. Stoberi ada. Tapi mahal dan kecik kecik je. 
Kat pekan ni ada la 2,3 kedai makan Islam (ditulis sebegitu). Then ada sebijik bank. Not bad la kan. Alliance Bank.
My dear kata 'awak da mcm org Sabah'. Haha.
Sayur yg segar. Geram!
Memorial War Park
Tpt ni terletak di pekan Kundasang. Atas bukit. Mmg dkt banget dgn Cottage Hotel jugak. Lps tgk sayur2 tu singgah sini. Dia bkk 8.30pg. Ujan masih 'lembut lembut'. Mmg bukan hujan renyai. Org situ pun tak pakai payung. Kiterang je pakai payung. Agaknya bukan ujan kut. Air kabus ke apa ke. Masuk sini kena bayar RM2. Maintenance Fee katanya. Dalam dia takde apa pun. Just ada bunga bunga. Ni mcm tpt tugu memperingati pejuang pejuang zaman dahulu la. Dari negara luar (Britain, Australia camtu la..tah bukan aku bc sgt pun)
Byk tul dia nyer 'peraturan'. Suma ada 'TV'. Hehe.

Payung tu beli kat Pekan Ranau. Seploh inggit.
Poring Hot Spring
Ini agak jauh dari pekan Kundasang. Kira kira 35km dari Kundasang. Kena lalu Ranau dulu (Kundasang -Ranau = 15km). Lepas tu masuk simpang ke kiri, masuk dlm lagi lebih kurang 10km camtu kut. Napak mcm takde org lalu, tp bila sampai mmg ramai lah. Masuk sini bayar RM3 seorang. Dlm tu bukan je ada kolam air panas tapi ada gak Canopy Walk, Air Terjun, Butterfly Farm. Tp masa aku pegi tgk tak bukak pun Butterfly Farm tu.

Aku cuma naik Canopy Walk. Bayar lagi RM3 seorang. Berpeluh2 trekking dlm utan tu. Tinggi gak, dlm 200m tu panjat ke atas. Hah! hamik ko. Tak memasal oke. Sbb da bayar, balun aje lah. Kalo nak bergambar kat area Canopy Walk tu kena bayar RM5. Tp mujur aku tak bayar pun sbb mmg idak la aku nak amik gmbr. Gayat giler!. Aku igt satu jambatan je. Rupanya 4. Waaaa.....nak patah balik pun tak buleh. Jadi jalan laju laju. Masa tu ada sekali geng mat saleh. Lagi la my dear kata 'cpt, nati kalo mat saleh tu naik lagi bergegar'. Ha..tak suka. Tak suka. Tak mau naik lagi. Cukup la tu.

Turun je tudung mmg dah rupa hapa. Dah terpaksa fefeling TokTi. Muekekeke. Oke. Kalo nak merasa naik canopy walk ni jangan la ber high heel bagai. Seb bek aku pakai sandal flat je. Lps tu baru la rendam kaki kat air panas. Kat sini nak mandi pun buleh.
Memula elok je tudung. Dah berpeluh naik canopy dah jadi TokTi.
Ini replika Canopy Walk. Kat canopy no. 2 tu, giler pjg laluan dia.
Yg ada rantai tu air dia menggelegak dan berbau sulfur.
Rafflesia
Jalan dpn sket dari Poring ni ada tpt nak tgk Rafflesia. RM10 seorang utk sekali tgk. Mmg aku tak pegi lah. Lantak la situ. Dua org da 20inggit. Takpe. Amik gmbr ngan replika Rafflesia sudah!

Kampung Luanti-Fish Massage.
Tpt ni terletak antara jalan dari Ranau ke Sandakan. Dlm 38km kalo dari Kundasang. Kalo pi Poring, dari Ranau akan masuk kiri, tp nak ke Luanti ni terus aje. Mmg takde sebarang signage. Ko akan rasa eh betul ke, eh betul ke. Jalan je terus smpai jumpa mcm pintu gerbang yg ada replika ikan besar (on ur left side). Situ lah tpt dia. Sini pun masuk bayar. RM3 gak kut. Tp dukacita sungguh, hujan masa aku pegi tu kan. Tpt tu tutup. Banjir. Sedih sungguh. Kalo tidak boleh buat fish massage mcm gmbr ini.
(gmbr ehsan tourism sabah dot com)
Masa kiterang tnya makcik kat tepi jalan arah jalan nak ke kampung ni pun makcik tu kata kalo ada kabus atau air besar jgn pegi. Bahaya la kut nati tetiba air muncul kan. 

Sabah Tea
Berhampiran kampung Luanti ni ada Sabah Tea. Memula da nak masuk. Tp kiterang tak pegi. Sbb aku terbayang jalan nak ke Ladang Teh Boh kat Cameron. Lalu lereng2 bukit. Oh. Aku tak yakin my dear leh bawak sipi sipi camtu. Lagi plak keta yg dia tak biasa. Oh. Tak berani. Jadi tak pegi.

Desa Dairy Farm
Tpt ni terletak kat Kundasang. Kena lalu ikut pekan Kundasang. Lalu jugak dpn hotel aku duduk-Cottage Hotel tu. Dlm 7km ke dalam. Ke dalam di sini bkn mcm tpt kita yg pedalaman, ini laluan turun naik bukit yg curam. Pergh. Napaknya skill pemanduan my dear sudah naik satu tahap. Pasni gi Cameron mcm makan kacang la kan bang. Tehehehe. Giler. Mmg giler. Bila napak signboard Desa Diary Farm ni maka kena naik bukit yg jalannya mmg tak rata. Memula mcm tak yakin. Tp teruskan jugak. Jalan mmg tak elok. Seriyes. Nak smpai ke ladang ni pun satu cabaran. Kat sini kena bayar RM3 seorang jugak.
Aku smpai dlm 3.30ptg sbb hasil dari pembacaan aku katanya pukul 3pm boleh tgk lembu yg sedang diperah susunya (motip nak tgk lembu kena perah susu?. Haha). Tpt ni mmg la cantik sesangat. Luas sesangat. Dan sejuk tidak sesangat. Tp mmg sejuk la.
Boleh beli susu lembu jugak. Tp retu da takde susu coklat. Ada yg original je. Tak suka. Minum sket je.
Gmbr wajib ada pada sesapa dtg sini

Lembu elok je beratur utk diperah susu.
Aku amik gmbr my dear elok je. Tgk dia tgkp gmbr aku? Hump..
Rega susu. Jalan yg berbatu. Umah pekerja. Kilang proses susu.
Oke. Panjang giler kan. Takpe la korang kan. Utk kenangan diri aku dan juga utk korang2 yg rasa nak pegi cuti cuti Malaysia nati kan. Itu antara tpt menarik yg biasa org pegi kalo melawat Kundasang/Ranau. Nati ada entry lain khas utk ceritakan kat mana spot menarik utk tgk puncak gunung Kinabalu :D

10 comments:

hazwanali said...

Salam..

La kenapa tak pergi Sabah Tea.dari simpang tu nak sampai sabah tea tu dalam 1.5 Km jer..jalan pun ok, takde tebing2 curam..curam lagi jalan nak pi desa kettle..

farah hairuddin said...

Jeles lah tgok pic2 kt sabah ni..hehehe...g poring tu x mndi ke kak??

puanstoberi said...

hazwanali :

Salam. Thanks drop komen kat kebun stoberi ne :))
Ye ke? Igt kan jalan mcm kat ladang Boh kat Cameron tu.
Tp takpe la. kiterang nak kejar masa nak ke ladang lembu n check in jugak. Da lapar giler masa tu sbb da kul 2 lebih. tehehehe :D

Farah :
Tak mandi la dik. Mmg plan tak mandi pun sbb byk tpt lagi nak pegi :D

cikbedahlaser said...

weee nak g kundasang nk g kundasang...
cecite nk g kundasang ni bermula lepas tgk agro tech... tgk lembu2 tu punye susu... die nye kantong susu besar n ponoh... tak payah panggil dtg perah..dia dtg menyerah diri..mintak d perah.. seronok gile...

aritu sarip dh tny.. nk g KK x... tp sy ckp.... next year ke..next2 year ke... uhuhuh rugi jugak rejek.. hahahahah

ejaMaria said...

gile besar ikan yg buat foot massage tu... takut seh... silap hari bulan hilang jari kelingking... ;p

puanstoberi said...

CBL :
Masih tidak terlewat. Sila lah booking tiket segera. Pegi bln 4 - 9 tu oke la. Tak la musim ujan :)

Maria :
mmg camtu la ikan dia aku tgk dari gmbr org yg pegi.
Tu yg sadis tk dpt pi tu. Huhu :(

E K A said...

cantik je gmbr kekda masa kat dairy farm...jeles... gmbr eka sume nya hancus.

puanstoberi said...

EKA :

Hik hik..cena Eka leh komen skang ni..?? after 6 mth. heheh.

Awat gmbr Eka hancus kat sana? ce citer ce citer

afqh said...

tempat lembu tu tak tau pun
ala macam best je
rugi tak pegi
btw nak gi kundasang turun flight KK kan
ke ade tempat yang lagi dekat

cikgu said...

hai..salam perkenalan...nak gi melancong ke kundasang dis ni..entry ni sgt membantu..tq..:) jemput ke blog cikgu fad eh..:)