Thursday, January 27, 2011

~Pasal Bergembiralah~

"Bergembiralah dgn pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan"
(Dipetik dari : Buku 566 Kata Kata Hikmah-Jadilah Orang Yang Paling Bahagia, Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni.)

Aku selalu igtkan diri aku dan juga rakan-rakan yg ditimpa musibah 'bila kita menerima dugaan, kita harus bersyukur kerana itu tandanya Allah ingat pada kita dan Dia pilih kita kerana Dia tahu kita kuat utk menerima dugaan tu'. Ini sahaja lah kata kata yg boleh memotivate kan aku bila aku ditimpa musibah, ujian, dugaan.

Smlm lps meeting sempat bersembang dgn adik opis ni. Seharusnya dia sedang bergembira sbb 3hbFeb nak kawin (Selamat Pengantin Baru utk beliau), then 1hb Feb tu plak dia naik ke post baru. Tp ada kesuraman sedikit di wajahnya sbb seiring dgn jawatan baru dia tu dia kena report duty di tpt baru. Bukan bertukar bahagian di HQ ni, tp nun jauh di seberang laut. Sarawak sana. Humang aiii.. kalo aku pun mungkin aku 'blur' kejap. Tp dia da mohon utk postponed report duty. But then kena pegi sana, mmg kena pegi. Asben dia mmg tak buleh  nak tukar tukar sbb private.
(Sal, takpe ek, akak citer sket kat sini-kalo dia terbaca la blog aku ni. Jadi pada sesapa yg sker menyebar2 cite blog aku ni tak perlu lah ko ngendeng2 kat org yg aku maksudkan ni. Aku da siap tulis nama dia dah. Ko jgn nak sebok sebok okey!)
Jadi, aku kata kat dia, tkpe lah, pegi je dulu. Kawan aku sorang tu lagi jauh. Romania sana. Asben dia kat sini. Lagi la bukan tpt kita, bukan budaya kita. At least dia di tarnsfer kan masih di Malaysia. Bila kita pikir susah, sebenarnya ramai lagi susah kat luar sana.

Bila aku pikir pikir balik, kebanyakkannya Allah duga kita ni pelbagai. Selalunya Allah tak bagi kita kegembiraan tu secara 'combo'. Pasti ada satu part kita rasa terduga. Tp Allah Maha Mengetahui. Dia dah aturkan perjalanan ni dan tau apa terbaik utk kita.

Same goes to me. Aku elok je suami isteri seopis tapi hingga kini masih belum dikurniakan rezeki zuriat. Aku yakin Allah mmg da tentukan perjalanan tu. Cuma aku harus sabar dan terus berdoa. Aku tak boleh kata hidup aku paling teruk sbb byk lagi rezeki lain yang Allah dah bagi aku. Aku tak boleh tamak utk rebut semua rezeki tu. Mungkin kalo dpt 'combo' tu semua lain plak jadinya dalam hidup aku ni.

Apa pun, setiap yg berlaku ni pasti ada hikmah utk kita. Bergembira lah dgn jalan yg telah ditentukan utk kita.
Image : Here

12 comments:

ejaMaria said...

betul... syukur seada nya... ;p

Khumaera Ismail said...

btul tu sis reen..setiap org Allah dah tentukan stkt mane rezki dia..ta sume yg kite na, kite dpt..ade hikmah disebaliknya =)

DKosongLapan said...

sabo PUANSTROBERI....
setiap kejadian ALlah ade sebabnye...kite sedo ato tidak je.... sekaghang mungkin yong takde lagi...tap imane tau lepaih ni....dapat sekali kembo 4....haaa..ambikkk...hehehe

PuaN su SU said...

syukur dgn nikmat yang ada...amin

PUANSTOBERI said...

Maria :
Syukur... Insyaallah..

Maera :
Kan?? mmg jarang dpt rezeki 'combo' ni kan :))

D-08 :
Empat??? hik hik... Aminn.... :)

Puan Su Su :
Aminn... :)

cikbedahlaser said...

good luck tu yu puan sal...

owhh hidup bukan senang nk senang...
tabahlah... owhhh

kekucingkatz said...

Aku pun doa kawan-kawan aku cepat dapat zuriat....
Memang kita tersenyum ngan tertawa tapi dalam hati hanya Allah yg tahu....
Aku cukup jeles bila kakak aku dapat baby... Bila tgk diri sendiri..org dah ader anak....aku nih terkial2 lg nak dpt jodoh...
Tp takper aku pun selalu tenangkan hati ckp setiap yg kurang..Allah akan lebihkan nikmat yg lain...yg penting jgn putus asa...

deqlis said...

suka ayat nie

"Selalunya Allah tak bagi kita kegembiraan tu secara 'combo'. Pasti ada satu part kita rasa terduga. Tp Allah Maha Mengetahui. Dia dah aturkan perjalanan ni dan tau apa terbaik utk kita."

spt deqlis juga..alhamdulillah bersyukur padaNya kerana ada suami yg baik.. mmg bersyukur suamiku bukan kaki pukul, bukan panas baran dll...cuma macam pnstoberi kami belum dikurniakan cahaya mata.

jgn sedey2x ya pnstoberi dan yg senasib, sbb Dia Maha Mengetahui apa terbaik utk kita... dan inyaAllah bila kita dapat cahayamata nanti ianya akan menjadikan kita lebih menghargai cahaya mata kita itu.

ekinashikin said...

betul tu..Tuhan tu kaya..Dia x kan menduga insan lemah..
kita selalu ckp dgn diri sendiri..yg kita kuat sbb tu Tuhan bagi kita dugaan mcm ni...

E K A said...

betul tu kekda.dia syg kan kita, sbb tu terus nguji kita spy kita tidak lupa padaNYA..

PUANSTOBERI said...

CBL :
Sesuatu yg dtg itu pasti ada hikmahnya. Kan??

Kekucingkatz :
Kita terasa jeles, tp sebenarnya derang pun mesti ada rasa 'jeles' gak tgk kita.
Apa pun, kita kena kuat. :)

PUANSTOBERI said...

Deqlis :
Mesti suma leh bersabar kan. Pasti ada sesuatu yg bes utk kita nati kan :)

Ekin :
Betul. Betul. Betul :D

Eka :
Kan?? Kita kena bersyukur kan dgn apa kita ada ni walo rezeki yg satu itu masih belum berpihak pada kita :)