Thursday, January 13, 2011

~Travia - Gunung Kinabalu~

Why Kundasang? Aku pun mcm pelik kenapa aku tetiba memilih Kundasang sbg destinasi percutian kali ni. Sbb utama adalah aku nak tgk puncak gunung Kinabalu!. Haha. Saya percaya bahawa saya tidak 'fit' utk menjadi pendaki gunung Kinabalu so, dpt melihat puncaknya pun saya rasa cukup puas hati.
Self taken by myself from Perkasa Hotel
Tp....owh..selepas melihat ciptaan Allah ini, hati melonjak pula untuk mendaki puncak tertinggi di Malaysia ini. Boleh kah persoalannya? Haha. Insyallah, suatu hari nati jika diberi kesempatan, mungkin boleh kut. So, meh kita tgk Trivia perihal Gunung Kinabalu ini (source : Wikipedia).

1. Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut

2. Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu antara lima hingga lapan kilometer (km) dari ketinggian sekarang. Bagaimanapun hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun, menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4,095 meter.

3. Kaum Kadazandusun yang menetap disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya.

4. Menurut lagenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ianya bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat. Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, Etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak.

5. Pendakian ke Gunung Kinabalu boleh melalui Kinabalu Park dan juga Mesilau Nature Park.

Gunung Kinabalu ini terletak di Kundasang yang terletak di daerah Ranau. Dan  bagi org yang tidak 'fit' utk mendaki seperti saya ni boleh la melawat tempat2 menarik yang lain di sekitar Kundasang n Ranau. Antara tempat menarik :
1. Memorial War Park
2. Poring Hot Spring
3. Desa Dairy Farm
4. SPA ikan semulajadi di Kampung Luanti
5. Kinabalu Park

So, lps ni baru saya ceritakan mana tempat menarik yg saya sempat kunjungi semasa percutian ke Kundasang ini.

6 comments:

E K A said...

oh kekda cepat lah upload gambar selanjutnya...betul mengingatkan kenangan eka dgn en somi

farah hairuddin said...

sabah is da most beauty place to go..hope to go thre again...hehe...

Wonderful Life with Mary Kay said...

Teringin gak nak panjat...

maszmadi said...

teringin nak pi pulau sipadan, sabah..... huhu pulau kat semenanjung pon x lepas..... ada ati lak nak pi sana aku nie..

~ain said...

dulu pergi kundasang tapi tak masuk pun poring hot spring tu.. just jalan kat luar2 tu je sebab hujan!

puanstoberi said...

Eka :
Owh.. sabar sabar..kena tulis sket sket. nati org jemu nak baca. tehehehe

Farah :
yeps. suma ada di Sabah kan :D

Liza :
Ayuh, kita fit kan diri utk panjat gunung kinabalu :D

Maz :
Kiterang ada plan utk ke pulau2 yg cantik di Sabah lak nati. Buleh la join sama. The more the marrier right?

~ain :
Kak Reen p ni pun ujan jugak. Tp redah aje lah. tehehehe. then ujan benti :D