Tau tak kalo carik makna steamboat dlm BI mmg takkan di definisi kan sbg bahan makanan.
Ce tgk Incik Wikipedia kata pasal steamboat - klik sini
Tp kalo kita tnya Wikipedia pasal hotpot, haaa...tu ada tulis pasal steamboat. Klik sini-hot pot bukan hotspot ye.
Apa pasti steamboat tu adalah makanan yg dicelup2 dlm kuah dan kemudian dimakan panas panas.
So smlm berkesempatan makan steamboat di Maeps Serdang. Ramai yg tau rasanya tpt nih. Aku pun tau lps baca dari blog Anitadahahs tu (hai Nita..lama tak tulis blog..). Lama dah rasanya. Tp tak berkesempatan nak pegi.
Jadi bila che sue yg balik bercuti sebulan dari Algeria sanun nak berjumpa jumpaan dgn kengkawan lama dia, maka aku as tukang idea, bagi la idea utk makan2 steamboat ini.Owh Che Sue ini rakan sekolah dari form 1 till form 3. Form 4 beliau da tukar vokay. Beliau duk di Algeria adalah atas dasar 'Berkhidmat Utk Negara'. Hahaha.
Maka smlm bersamaan 7 Januari 2011, kami pun berpegian lah utk men stim kan diri. Mueheheh. Aku pekik kat FB sajork sapa nak join. Tak sempat oih nak msg sekalian kawan. So, sapa tgk pekikan aku tu maka derang feedback. Juga aku suh si Felis silvestris catus ni tnyakan sesapa nak pegi. Ada la 2,3 org feedback kat dia. But in d end muka itu jugak lah yg muncul. Ini pun salah satu sbb mengapa aku malas nak msg seketoi seketoi. Tak balik modal. Haha. Oke. Jgn terasa. Jgn terasa. Suci hati ya. Igt. Su-ci-ha-ti. Oke. Senyum :)
Jadi yg men stim kan diri-aku n asben, Che Sue n Asben, Zawidatul and Isma n her bf (kut). Bertujuh lah kami. Che Sue yg booking. Lps maghrib aku gerak. Amik miss Zawi kat LRT Ampang Park then zas ke Serdang sanun.
Masuk kat MAEPS tu. Buat eksen tak nak tnya kat pak gad. Lps tu sesat. Call Che Sue, dia pun kata dia berpusing dlm tu dkt setgh jam. Dia kata kat simpang 4. Mana tah simpang 4. Kiterang da terlepas kat bulatan dh. Yg mcm ada padang luas. Gi MAHA aku tau la tpt tu. Tp kalo gi MAHA mana leh bwk keta masuk. So, patah balik tnya Pak Gad. Owh. Rupanya kena masuk satu jalan yg agak gelap. Dah masuk la memula tu. Tp mcm tak kompiden. So, masuk dlm sket. Maka adalah kedai itu. Paking dlm udah penuh. So, paking la kat tepi2 jalan itu shj. (tips : sila dtg awal, kut tak kena paking agak jauh. Tp oke gak, udah penuh perut mentekedarah, buleh xcise, tp mcm aku yg pemalas nak jalan nih, baik la dtg awal. Mcm kalo smpai dlm kul 8 tu just nice).
Napak che sue. Katanya meja baru nak set sbb org yg dia call tu tak tulis nama dia. Siap org tu tanya lagi 'awak call ckp ngan Bangla (?) or Melayu'. Che Sue kata pompuan, melayu. Org tu kata 'ha..tu saya la tu'. Ek eh. Maka kami dpt meja bulat. Tak suka oke meja bulat sbb agak tinggi (tips kedua : Kalo nak booking sila bagitau 'saya nak meja panjang' dan sila ambil nama penerima call tu. Kut tak nati dpt susah plak. Kalo buleh dptkan sekali no. IC beliau)
So, da salam peluk cium kita mulakan operasi men stim lah. Pilihan tuk distimkan adalah byk. Makanan laut ada pelbagai. Siput sedut pun ada, kerang pun ada. Ikan pun ada. Entah ikan apa. Dgr org tu kata ikan keli. Err..tetiba mcm tak lalu plak kalo celup ikan keli. Ada jugak nasik goreng. Lauk masak lemak ayam, kurma daging kambing. Ada jugak mee goreng n bihun goreng. Ada ice-cream, rojak buah. Ada jugak ABC yg kena buat sendiri. Ada teh tarik. Ada 4 jenis air sejuk. Pendek kata mmg puas lah.
Aku amik mee goreng. Boleh thn la. Aku tak amik byk sbb pikir kdg kdg ada mee yg pahit. Tp ni oke. My dear amik nasik goreng n lemak ayam. Dia kata oke jugak. Pehtu amik rojak buah. Lelain adalah makan apa yg kawan2 amik dan campakkan dlm kuah tomyam dan sup itu. Pencuci mulut amik eskrem (kemain byk makan yer, lps tu bila org kata gemuk mula meroyan marah. Kui kui kui)
Oke. Buleh tahan. Kalo dikira RM19.90 mmg rasa oke, boleh lah. Tp kalo kira balik dgn 7 org yg ada iaitu lebih kurang RM140, pikirkan semula. Adakah kita makan sehingga banyak itu. Huhu. Tp takpe. Sekali sekala.
Tgh duk sedap sedap cedok cedok tu napak lak kawan seopis. Haha. Aku pun tatau la apa sumpahan kiterang ni, acap kali dah. Kemana pegi pun harus jumpa kawan seopis. Pelik tau. 2 pamili la. Sorang tu blogger jugak. Esuk ni nak ke Sabah ni jumpa sapa lak gamaknya. Haha.
Jadi, sesapa nak pegi, tptnya adalah di dalam tapak MAHA. Kalo masuk ikut pintu 1 (hosp. Serdang), tak jauh pun. Kalo tak kompiden, terus je tanya pada guard kat gate masuk tu. Restoran ni mmg takde nama khas. Sebutkan ajer Restoran Stimboat. Jalan terus nati jumpa macam simpang. Masuk kanan. Mmg napak mcm lawan arah je jalan tu, tp takpe..jalan terus. Napak simpang lagi, belok kiri dan akan napak restoran tu di belah bawah. Gitewwww.
Aku mmg harus repeat bersama adik adik opis ku pula nati.
Gmbr tak byk sbb suma mcm piranha plak. Ada sket kat rakan2 yg lain, tp deme tak upload lagi dlm FB mahhupun blog. So, kasik tgk gmbr aku saja la.
Masa awal2. Masuk segala binatang dlm tu. Hihi |
Che Sue! |
Kuah Tomyan n Kuah Sup. Yg bunjut tu sedap lah. Ada cheese kat dlm dia.
Ketam pun ada. Tp halus sgt. Bila celup dlm kuah isi da takde.
So, suma taknak makan. Hahah
Us. Yg baju merah kat meja blkg tgh berdiri tu la kawan seopis kiterang.
Dia pun laki bini seopis gak. Hoho.
Isma, ko belek apa tu?? |
Ha. Baru oke. Anak2 kelahiran tahun 79 yg masih maintain comey.
Kahhh... dulik. Nak gak ckp gitew.
Restoran ni tutup kul 11, tp kiterang gerak 10.30. Aku ngan che sue pi berdating kat Putrajaya smpai kul 12 t.mlm. Dengar citer dia kat Algeria. Besh aaa. Asben dia ngan asben aku pun sempoi je sembang cam lama dah kenai. Hehe.
5 comments:
Alahaiii..
Memang sedap kan dapat makan setim-setim boat ni! slurrrp~ argh craving sangat dah ni. Tapi kak, ada dua tempat lagi yang best dari ni. Kt Ampang and Sunway!
p.s entah le nape malas nk hupdate cerita baru. baca je cerita orang. huhu
Owh ek? Kekda tak arif sgt perihal setimbot ni sbb tak brapa antu. sekali sekala boleh lah. hihi.
update la. update la :P
nape xtry kat bangi... siap ada grill. kite pon suka steamboat.. leh try kat bangi.. dlm blog saya ade. Jalan 2 cari makan
Hai Daleela,
Ok, nxt time kiterang gi kat Bangi lak yer. Nati saya terjah blog Daleela :)
meja adalah tinggi! nampak kita amat kementot wehh..ari seken aku repeat ngan ipar duai, gilerr tomyam dia pedas berapi! terus fail aku nk layan byk2..and yg ada cheese tu tarak mlm tu..tapi kueytiow dia tetap terbaeekk~ hehehe!
Post a Comment