Monday, January 17, 2011

~Pasal Kundasang - Perkasa Hotel~

Hotel utk malam kedua kiterang check in plak kat Mount Kinabalu Heritage Resort and Spa (formerly known as Perkasa Hotel). Ha..yg ni bes. Mmg puncak gunung Kinabalu dpn idung ko saja (tipu...hoho). Kalo dari KK, hotel ni belah kanan. Kena mendaki gak la. Skang ni  jalan tgh renovate-sgt teruk jalannya.

Kat sini ada room n chalet. Aku booking chaletnya. Memula taknak amik pakej dinner. Tup2 macam rasa susah je nak turun balik, so, amik dinner terus. Hotel ni ada room n chalet. Boleh tgk kat web dia ni - Mount Kinabalu. Dpt rega promotion. RM250 utk chalet beserta dinner n breakfast. Owh. Rezeki utk duduk di hotel paling tinggi di Kundasang (oh. jgn la ada yg kata aku meriak plak yer. Risau tau skang ni reveal angka angka ni. Kalo aku meriak, aku tak tulis pun aku dpt rate promotion tu).

Our chalet. TV adalah touch screen. Bilik air luas.
Kami check in dlm kul 4pm. Dah sejuk masa tu. Napak seskit saja puncak gunung. Mmg teruja sgt sbb napak dekat benar. Tu yg aku terus tulis status kat FB tu. Kagum sungguh. Subhanallah. Lps rehat2kan diri, kuar jalan2 area hotel. Fuhh..sejuk sgt. Kabus da nak tutup hotel tu.


Ada court utk men futsal gak sini. Ni kalo nak kursus oke la nih. Pun dkt gak dgn kem BTN. Pergh. Bes gilak kan kalo dpt ber BTN kat sini. Tp sejuk menggigil la nak bangun pepagi utk qiamulail tu. Hihi.

Check in kat hotel dia tp chalet dia seberang jalan. Tp tak menyeberang jalan. Kita menyeberang jambatan. Tehehehe. Kat hotel ni ada 2 jambatan. Sker lak derang buat jambatan nih. huhu.
Jambatan nak ke chalet. Dan chalet kiterang paling hujung tp paling dpn.
So, lepas jalan jalan tu, balik chalet buat air-makan biskut kat balkoni-sambil fefeling kat oversea. Hahaha.
Karipap beli kat pekan Ranau. Singgit 3 bijik. Besau lak tu.
 Tp masa tu da tak  napak la puncak gunung. Da dkt kul 6. Nak maghrib dah pun. Aku siap berdoa agar pagi esuknya Allah bagi peluang kat aku nak tgk puncak gunung. Yelah, pagi ari 1st day tu mmg tak napak langsung sbb ujan dari pagi. Sedih rasa!

Start kul 6 tu mmg da sejuk sgt sgt. Brrrr....chalet mmg tiada aircond lah. Ko nak beku kalo ada aircond. Kipas pun takde. Tp kesejukan tu dtg dari bawah pintu kut. Lagipun chalet ni kayu kan. Isk. Sejookkk. Tp dlm kul 3pagi tu dia dah kurang sket sejuknya.

Makan malam ala-carte. Dia bagi menu kita pilih pilih la. So, kami pilih daging black pepper, sayur campur n baby kailan (sbb kena amik 2 jenis sayur), tomyam n mushroom+egg soup (sbb kena amik 2 soup) n dessert-buah n ice cream. Ekceli aku rasa lagi untung kut kalo kita amik jenis goreng2 ke, western ke. Tp apa nak buat. Da teramik pakej dinner. Makan saja lah.

Pagi pun ala-carte jugak. Mmg takde bufet kut hotel sini. Org tak ramai mungkin. So, aku amik bihun goreng n my dear amik nasik lemak. Pun sedap. Sayur mmg mewah lah sini. Salad tu ada je buat lapik makanan.

Lepas bekpas. Jalan2 lagi sekitar hotel. Kat sini mmg tpt Mount Kinabalu View. Dan.....Alhamdulillah. Napak pun gunung Kinabalu. Jelas sejelasnya. Ekceli masa dlm kul 7 tu pun da napak dari bilik. Tp tak clear sgt. Kat  sini mmg jelas lah. Allah makbulkan gak doa ku. Dan masa tu kabus da mula nak berkumpul.
Muka seriyes teruja kan. Teheheheh.

Dkt situ gak ada jambatan gantung lagi. Jadi mari kita berposing. Tidak la spti canopy walkway kat Poring tu kan. Itu giler humang aii gayat namanya.

Kira mmg puas ati lah hotel nih. Bes. Bes. Bes.

Check in dlm kul 10pg. Sayang sungguh rasanya nak tinggalkan tpt ni. Tak puas nak tgk puncak Kinabalu. Huhu. Tkpe la. Ada rezeki kita pegi lagi ya.

8 comments:

~ain said...

hari tu kitorang tidur kat kinabalu pine resort tu, makan pagi buffet. tapi tak best. makan malam jenis hidang2 tu. tak sedap jugak. makan kat restoran apa tah pun tak sedap. kitorang pun conclude kan kat sabah makanannya memang tak sesuai dgn citarasa kami. heheh

tensen je ...

mcm mana lah akak boleh dapat makanan sedap kat sabah tu? jeles betol..

ejaMaria said...

best nye... bila la aku nak seberang ke sabah nih...

kekucingkatz said...

best nyer jenjalan...bila nak pi sabah nih....

PUANSTOBERI said...

~ain :
Idak la sedap beno tp oke la utk alas perut kan. sayur kat sana fresh. tp nasik lemak itew mmg setappp.. rugi akak amik bihun. huhu
Tp kat Ranau akak makan nasik campur. Leh thn gak. Ikan fresh. Dap!

Maria :
Leh je nak pegi. Bwk la bebudak tu. Nati aku citer hal bajet lak. Eh. Tak buleh nak reveal kat sini lah, nati org kata menunjuk lagi. Hahahha

Zawi :
Leh je pegi. Book la cpt AA. Utk bln 7 ke. Time seswai tu. Tak musim ujan.

ekinashikin said...

sejuk kan???
gigil x mo kena angin..hihi
ppsttt...kita x sanggup nk mndi klu xde heater..rasanya gosok gigi pon x sanggup..mau terabur gigi kena air sejuk lepas gosok..hehehehe

AdiaLuze said...

Waaaa Reen... Nak jugak, nak jugaaaaaaakkk !!!! (sambil hentak2 kaki kat lantai)...

^o^

E K A said...

bestnya.eka lom penah jejak hotel ni.nampak gayanya cam lebih dkt dgn mount...kinabalu pine pun tak sedekat ini.indah sungguh ciptaannya

PUANSTOBERI said...

Ekin :
Mmg tejuk tejuk la kat sana. Tp tak la smpai berkepul2 lak asap kuar kat mulut eh. Teheheh

Adia :
Cool down babeh.. nati ajak asben pi yer. booking skang. tgh ada promo AA tu :D

EKA :
Akak rasa mmg lagi dkt sbb hotel ni tinggi. Dari jauh da napak ijau je. Nati leh pegi tgk. Bes sgt tau :D