Thursday, May 2, 2013

Edisi Jelajah Pesta Buku 2013 (Again....)

Ngeh. Ngeh. Ngeh.
Cam dah takde citer lain plak kan.
Takpe lah. Dah minat kot. Nak buat cemana.

Sebenar dari hari Isnin dah nak pegi. Lepas kerja lah.
Tapi hari Isnin tu hujan lebat sangat. Jalan pun cam biasa lah. Jammed sgt.
Pukul 6 masih tak lepas IJN lagi. Itu kuar kul 5suku tu dari ofis. Giler.
Terus tak jadi. Terus balik rumah.
Sbb Pesta Buku tutup kul 7pm kalo weekday.
Harus tak sempat nati.

So, cuba lagi hari Selasa lak.
Oke. Berjaya.
Itu pun terpaksa susup sasap kat jalan2 pintas.
Pun jammed jugak. Sbb hujan lebat jugak dlm kul 4 lebih tu.
Mujo berjaya smpai sebelum kul 6ptg.
Orang dah tak ramai. Pergi terus tempat di tuju.
Sebenarnya tujuan nak pergi lagi tu sbb nak beli buku ini.

Hari tu cam tak perasan buku ni. In fact tak pergi pun area PTS.
So, terus carik dan beli.
Dan p beli novel kiriman by Izan a.k.a cemomot - Maaf Jika Aku Tak Sempurna.
Saya suka je nak belikan kiriman orang ni. Hikhik.

Pastu beli gak beberapa novel lagi sbb tgk eh..bajet ada lagi nih. Hikhik.
Beli gak novel utk anak buah aku yg dajah nam. Yg Ain Maisarah punya tu. In fact, penulis dia pun ada. Ingat aku nak amik la signature dia. Tp kang kalo dia tanya2 pasal buku dia, mampuih aku tatau. Haha. Lain lah kalo Noor Suraya ke, Anis Ayuni ke, itu terer la aku nak jawab. Kang tak yg dia malu, aku yg malu. Haha. So, takyah. Beli je.

On d way balik w.app abang gtau aku belikan buku citer kat Fatin (anak buah aku tu).
Tup2 derang reramai duk voice talk kat wechat.
Dah tu abang aku suh carik buku word search plak.
Erk.
Kan boleh donlod je game ni. Hihi. Aku pun ada game word search ni kat phone.

Tapi takpe. Ailoike je. Ingatkan 2 kali je lah pergi. Skali smpai 3 kali dah. 
1 Mei - cuti hari pekerja. Tp idok la wey aku nak pegi pepagi even myDH sajes nak pegi pagi2 naik tren. Maleh ah. So, kami g petang. Pas Asar.
Selesa lah. Parking kat Hentian Putra tu pun senang (kiterang mmg parking situ je kalo pergi apa2 event kat PWTC tu).
Orang pun dah mula surut.

Kuatkan hati, kuatkan iman. Takkan beli novel.
Yerp. Berjaya.


Aku pun terbeli sama buku yg menguji minda nih. Aku beli buku teka silang kata tahap 3. Wah... tahap 1 takde, 2 takde, tup2 dah tahap 3. Ate.. itu je yg tinggei. Hihi. Buku sudoku pun beli gak. Pastu beli word search utk anak buah aku gak.

Oh. Buku 1 Hari 1 Resepi tu murah amat ya. Rasanya kalo beli skrg, kat Popular (mmg dia eksklusif jual kat Popular je kan) pun dpt murah. Tp kat Pesta Buku dpt RM27.80. Hoih! Aku beli dulu RM39.90 ye (T___T). Pulak tu dah hampir 2 thn kot beli, takde pun habis 1 hari 1 resepi. Ngaaaa....

Oke, tu je lah. Rasanya ini sajalah edisi jelajah Pesta Buku utk tahun 2013. Insyaallah, panjang umur, kita jelajah untuk tahun 2014 plak.

Sapa yg tak pegi lagi tu, masih sempat. Sbb mulai semalam smpai Sabtu dia bukak smpai kul 9pm. Hari tu kat fanpage dia aku ada komen juga, minta weekday pun dia buka smpai kul 9pm sbb ada yg balik kerja nak singgah tak sempat sbb jammed. Huhu.
Kalo nak mudah dan cepat, carik nama publisher and tgk floor plan dia sesiap kat web KLIBF ni. Senang terus pegi je tpt tu. Dalam masa sejam buleh settle. Tapi kalo sesaja nak jalan dari satu booth ke satu booth, oh itu tak perlu lah tgk floor plan. Huhu.

Oke. Itu saja cerita saya yg suka amat dengan buku.

5 comments:

Anum said...

salam khamis
dah sarapan?
singgah sini

Chekgu Azrine said...

nk pegi tp terpk2 mcm xblh nk bwk ank2 + yg kecik ni lg..tgok esk nk g pepagi kot..klu smpt..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. bestnya kekda. beli 2nd round! jeles sheila :p

su said...

wah!!! banyaknya borong.....

puanstoberi said...

HANUM :
:)

AZRINE :
Pegi petang2 takde orang.


SHIELA :
3 round (-_-)

SUWAIBAH :
Takde la byk.. sket je nih. Huhu