This is my 1st attempt masak mee kari. Eh. Mi kari.
Selama ni rasa cam susah jer. Di tambah me not like mi kari. Hihi.
Kureng sket nak makan mi kari. Tatau apsal.
Tapi, semalam, tetiba macam rasa nak masak mi. Sempena MyDH balik dari Langkawi.
A ah. Beliau sebenarnya ke Langkawi. Course. 3 ari gak la aku duk sorang2.
Phew... dah jarang duk sorang. Dah jarang drive sendiri. Agak berpeluh tiak juga bila kena drive. Huhu. Walau pun sepelaung cuma rumah ngan ofis. Eh. Dulu sepelaung. Skrg 2,3 laung gak lah.
Oke. Nak try buat mi kari.
Senang je rupanya. Ada mi ada kari. Dah jalan. Haha.
Gitu la 'ghoman' nyer Mi Kari pertama kali aku.
Not bad lah. Kah kah kah. Awww... sekius me.. terpuji diri sendiri plak. Haha.
Takde lah. Tp aku takde la rasa teruk sgt. Oke oke je.
Lagipun, pembuatan kari aku dah agak improve. No more berbijik2 santan tu cam dulu. Dulu mmg rasa down sgt kalo masak kari kekari nasik kadar papadom nih. Aku tatau sbb guna induction cooker atau pun sbb aku da tau bajet pecah minyak segala tu. Tp entah. Aku rasa sbb induction cooker. Kepanasan dia kan sekata. Tak macam dapur gas yg tak sepenuhnya ada api.
Utk peringatan, aku perlu letak resepi ni. Next time kalo nak masak, senang. Sbb aku campur2 resepi nih. Dari sini pun ada aku amik. Dari buku 1 Hari 1 Resepi pun aku amik.
Jadilah begini :
Bahan-bahan
a) Bawang merah - sederhana besar 1 setgh bijik - blend
b) Bawang putih - 2 ulas sederhana besar - blend
c) Udang kering (setgh genggam) - blend
d) Cili kisar ( 2 sudu)
e) Bunga lawang, kulit kayu manis
f) Serbuk kari daging (3 sudu besar) - sbb semua orang sajes Babas - so aku pun guna Babas - 3 sudu ni sepaket setgh kecik aku guna - bancuh dengan air.
g) Daging (aku guna sket je. Suku kilo pun tak smpai. Ate..mkn 2 orang je) - sila rebus dulu kalau bukan daging fresh. Air rebusan tu boleh masuk buat kuah.
h) Santan - sekotak kecik. Nak pakai yg fresh pun buleh. Takde hal.
i) Halia - dititik
j) Tauhu siap goreng. Aku tatau la apa nama dia. Tp mmg ada jual kan yg dah siap goreng tu. Aku tgk kat plastik dia tulis Tauhu Goreng Bentong.
k) Garam, gula. Dan kalo suka, buleh letak sesuku kiub ayam.
l) Mi (sebungkus) - celur dlm air panas
Garnishing
a) Lada merah
b) Limau kasturi
c) Bawang goreng
d) Telur rebus (sekiranya suka. Aku malas. Tak bubuh pun)
e) Daun bawang, daun sup.
f) tauge, sawi (celur)
f) tauge, sawi (celur)
Cara-cara.
a) Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan kisar. Campak jugak bunga lawang, kulit kayu manis. Masuk cili kisar.
b) Biar seketika. Masuk serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Masukkan halia. Tunggu smpai pecah minyak.
c) Masukkan daging. Air jangan dulu.
d) Masuk santan.
e) Tunggu smpai pecah minyak juga. Masuk air rebusan daging tu. If tak cukup tambah air lagi.
f) Masuk fish cake, tauhu siap goreng. Aku suka tauhu ni. Selambak aku buh. Haha.
g) Rasakan dengan garam n gula.
h) Tunggu smpai menggelegak. Settle.
Itu je. Senang banget kan. Dia lagi sedap kalo buh kerang. Aku carik2 kerang takde plak. Jadi, hadap la apa yg ada tu je. Pun bolehh...
Yg udang kering tu kalo suka bubuh, tak suka pun takpe. Aku tgk kat buku 1H1R tu takde pun chef hanieliza bubuh. Oleh krn aku takde masalah ngan udang kering, taruk je lah.
Tp mostly ada buh serai. Aku tak buh pun sbb aku rasa cam, eh, ada serai ke. Aku rasa cam tak suka je. Jadi tak buh.
Memasak sendiri ni senang kan. Ikut la lidah kita (juga suami kita). Apa yg kita suka kita taruk, tak suka tak payah.
Itu saja masakan saya weekend ini setelah berbulan kot tak masa beria -ia nih. Haha. Pemaleshhhhh...!
5 comments:
sweet
telan air liur kejap, sy mmg gagal masak mee kari ni ... hihihihi .. ikan masak kari okk ;p
Bz masak ini le rupenye ritu ye ? ;)
temptingnya...boleh try ni :)
NURZAKIAH :
Apa yg sweet nya sayang?? Huhu.
MASYA :
Try la Masya. Tak susah pun. huhu
NAD :
Iyer... dah lama tak masak.. ni la kecah tu ari.
SUWAIBAH :
Try..jgn tak try...
Post a Comment