Tuesday, May 14, 2013

Salon Muslimah

Rentetan dari entry ini.
Aku tak potong pun rambut lagi. Hurm.
Entah ek.
Bila smpai dpn salon tu, dan di greet oleh lelaki. Yg bukan Muslim plak, aku dah rasa semacam. Ada rasa, takyah la dulu kot....
Yer.
Dulu aku tak pernah kesah ttg ini.
Walau aku bertudung, aku rasa cam oke... tak pe lah potong rambut kat salon pun.
Apa kebenda entah. Aurat jugak tu kan.

Aku tak cakap la aku ni baik bebeno pun.
Tapi, entah la. Hari tu mmg aku rasa aku cam tak boleh nak potong lagi.
Aku perlu carik tpt lain.
Google lah 'salon muslimah' 'gunting rambut muslimah kuala lumpur'
Jumpa lah beberapa salon.
Dan aku dah decide nak pegi satu kedai nih.

Agak berhampiran dgn rumah. Dan mmg area aku familiar.
Pulak tu ada spa skali. Ahah! Hihi. Takde lah. Takde bajet pun utk itu.
Ni nak gunting je sbb nati payah oih rambut pjg2 ni nak bela. Dgn gugur lagi. Asik menyapu rambut je keja nya.

Tu lah. Sebenarnya ini peluang pada orang yg ada kemahiran menggunting rambut.
Boleh bukak kedai gunting rambut utk muslimah kita ni.
Ramai yg nak pegi. 
Selain menambah pendapatan, mmg sgt membantu muslimah kita untuk menjaga aurat ni.
Dulu aku takde kesedaran tu. Mmg selamba je nak gi potong rambut kat kedai. Tak kesah la kedai ada cover ke takde. Pastu pulak hair stylist pun tak kesah. Lelaki ke perempuan ke. Belasah je lah. Asal rambut terpotong. Tp skang pun byk salon dah ada tpt tertutup utk customer muslimah kan. Cuma tu lah. Susah juga  nak jaga agar tak ternampak oleh staff lelaki kat situ. Lagi2 kalo nak cuci2 rambut kan kena jalan kat tpt dia nak bilas rambut tu.

So, nak pegi kedai tu nati. If oke, aku war war kan di sini lah kt mana kedai tu. If ada yg nak share kedai gunting rambut muslimah lain pun oke jugak. 

Dan ada sedikit info mengenai aurat wanita muslin di hadapan wanita bukan Islam.

kredit : E-Fatwa
Dan di sini jugak :
http://johor.wanita.ikram.org.my/index.php/soal-jawab/soal-fiqh/118-hukum-wanita-islam-mendedahkan-aurat-kepada-wanita-kafir
dan sini pun ada :
http://mufti.perlis.gov.my/soal-jawab/197-batas-aurat-wanita-muslimah-di-hadapan-wanita-bukan-islam

12 comments:

Nory Zoulkefle said...

makin banyak salon muslimah sekarang ni kan..
tapi nory dah lama tak potong rambut..hehe

Sheila Salim said...

assalamualaikum kekda, kat tempat sheila ada satu dah buka. alhamdullilah. heeee nice sharing kekda :)

Nana Aris said...

nana pun kadang gunting rambut kat salon tempat bertutup..time nak keluar pergi cuci rambut tu tgk penuh laki haaa..

lepas ni nak cari salon muslimah jugak la..better kan..

Orked said...

kat usj pn ade 1

Carmello said...

haah... sangat memerlukan salon muslimah ni..

ch@ said...

Kita selalu gunting rambut kat kampung je. Kat salun ada skali, mahal. Terus x sanggup ah. Blk kampung cas rm7, melayu la yg potong free hair. Mntk dia pasang tabir. Kat kampung xde org sgt.

AyangAizul said...

kat shah alam byk dah salon muslimah ni. Ada dua salon yg biasa kita pegi mmg siap ada mcm blik khas. Siap dah sinki cuci rmbut sumer dlm blik tu, so xyah nak kuar dr blik tu masa nak bilas rmbut tu kan

::EIDA:: said...

ida dah lame tak ke saloon.. sbb rambut ida, mak je yang potongkan. huhuhu.. nak suh mak bukak saloon muslimah la.. hahahhahaa

puanstoberi said...

NORY :
Akak pun sethn gak la tak potong rambut dah. huhu


SHIELA :
Kat mana tu??Sharing ler...

puanstoberi said...

NANA ARIS :
Tu ah...kena gak carik salon muslimah.. baru rasa selesa.


ORKED :
Ohh..jauh dari rumah saya :)

puanstoberi said...

CARMELLO :
Tu la pasal. Kalo org ada kemahiran sila la buat


CHA :
Mmg mahal kalo salon ni...

puanstoberi said...

AYANGAIZUL :
Good then..sbb SA mmg area orang Melayu.. Alhamdulillah... :)


EIDA :
eh..oke la camtu..jimat... hihi