Monday, May 20, 2013

Saloon Muslimah : Suri Permai

As aku citer pada entry ini, aku tgh nak carik saloon muslimah.
So, google dan aku tertarik nak try Suri Permai ni. Ditambah pula dgn lokasi dia yg aku mmg familiar, so, mmg takde masalah nak pegi.

Ingat nak g ari Sabtu. Tp tak jadi. Malas btul rasanya nak kuar balik ari Sabtu lps balik dari pasar. So, kita tangguh ke hari Ahad.

Suri Permai ni kat area Festival City tu je. Kat Platinum Walk Setapak. Sapa tau area downtown Danau Kota, tau la area ni. Kedai dia pun senang je carik. Mmg mengadap jalan raya. Tingkat 3.
Naik je ikut lif, terus smpai depan kedai. Tekan loceng sbb mmg berkunci. Ye lah.. safety kot kan. Dan bila pintu di buka kedengaran alunan bacaan ayat suci Al-Quran. Wah. Bagus ni.
"maaf yer, lelaki tak boleh masuk" kata akak yg membuka pintu kepada suamiku.

*eh. dah kenapa aku tulis cam cerpen nih. Haha*

Bagus la. Lelaki mmg strictly not allowed. Maka, berpeleseran lah incik suami kat bawah tu. Tapi, kalo kita nak buat spa ke apa, buleh la kita suh sang suami ni pegi jalan2 kat Festival City tu dulu. Bukan jauh pun. 

Aku masuk, gitau nak potong rambut. Akak tu tanya taknak cuci skali ke. Aku sebenarnya malas nak cuci. Sbb nati rambut sure gugur teruk. Tp bila ingatkan lama da tak cuci rambut, buat je lah. Tanya akak tu berapa ringgit potong, berapa ringgit cuci. Cuci RM25, potong RM25. 

Jadi, aku pun setuju je lah nak potong n cuci.

Tempat ni sebenarnya spa. Tau je lah bila masuk spa. Kan rasa cam bes je. So, simpan beg dalam locker (dia suh kita sendiri pegang kunci) and pergi bilik yg gunting rambut. Dlm bilik tu ada skali tpt cuci. Senang. Walau takde lelaki tp semua pun buat kat situ.

Tenang. Alunan ayat suci Al-Quran masih kedengaran. Dgn ucapan bismillah masa akak tu nak potong rambut, aku rasa cam.. oh... kenapa selama ni aku tak berusaha nak carik kedai camni. Bukan darurat pun kan. Sebok nak ke saloon. 

Dah potong, cuci plak. As usual. Orang yg cuci rambut mesti kata 'rambut gugur ya'. Haaaa.... dat y la ai nk potong pendek ja ni. Huhu. Dan as usual, mereka akan suggest syampu utk hair fall nih. Tapi, aku baru je beli syampoo lain. Dan aku tolak dulu secara baik :)

Bagi aku oke la kedai ni. Takde masalah. Boleh dtg lagi. Akak yg potong rambut tu sgt nice. Lembut ja. Masa nak balik tu dia bagi kad. Spa supervisor rupanya dia. Dah la nama sama ngan aku. Hihi. Dia kata kalo nak buat spa better call for appoinment lah. Sbb spa amik masa sket.

Oke lah. Next time nak try buat manicure/pedicure plak. Atau pun spa.  Atau pun facial. Huhu.

Sapa2 yg nak kawen, nak buat spa ke apa buleh la dtg sini. Ini antara tpt spa yg aku berpuas hati. Yg pertama aku suka gak dulu kat Ampang. Tah apa nama dia, tk igt dah. Lama giler kot aku buat. Sblm kawen. Pastu yg sini lah. Tempat yg aku redeem voucher MAD dulu tu, tak berapa bes. Sbb ada lelaki yg boleh masuk. Me notloike. 

Website : Suri Permai.

9 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kekda, bagusnya. mujur kat tempat sheila dah ada satu saloon muslimah. senang lah nak jaga aurat sekaligus potong rambut...

Anum said...

bagusnya

Maria Firdz said...

Owh.. Bgus ni.. Thanks share.. Mmg dok cari2 pun saloon muslimah ni... Thanks..

suwara entertainment said...

bagus kan kalau ada perkhidmatan mcm tu. kita pun selesa

ch@ said...

Tq kekDa for sharing.

Cik Anita said...

ouh rasanya tau area mana kedai ni.. tulah kan, belum terpernah pk nak pergi tempat camni..mungkin suatu hari nanti InsyaAllah bila sampai masanya ;)

Masya said...

bestnya kalau area klang ni ada mcm ni ...

mana kekda .. lama menyepi ... takda entry .. bz yer..

Lensa Pijut said...

aslkm..hehe..sepatutnya kena byk yg mcm ni..tp yg mcm ni susah nak byk sebab kurang support..klu muslim sendiri support another muslim..insyaAllah ada jaringan yg hebat..hehe..sekadar coretan.. :-)

Sweetamieda. Blo said...

assalamualaikum. bagusnya...saya pun tgh dok cari spa muslimah ni.tq share