Showing posts with label pesta buku. Show all posts
Showing posts with label pesta buku. Show all posts

Thursday, January 30, 2014

Pesta Buku Antarabangsa KL Tahun 2014

PBAKL 2014, pesta buku KL, pesta buku pwtc

Can't wait!
Tahun lepas aku ulang 3x. Huhu.
Tu pun mujur last day tu hari mengundi.
Kut tak mmg entah berapa kali dok ulang

Tapi, novel melambak lagi tak berbaca.
Harus kang hamukan myDH.
Nak habiskan baca pun cam takde mood lagi.
Jadi, kita pergi carik buku motivasi, buku agama atau buku kesihatan oke.
Hihihihi.

Pesta Buku Antarabangsa KL Tahun 2014
24 April - 4 Mei 2014
Oke, save d date!


p/s : Err.. tu gmbr kat banner tu Wak Doyok ke? hihihi


Friday, December 20, 2013

Lagi Lagi Novel

Aku ni kan tak boleh kalau dengar pesta buku pesta buku ni.
Menggigil kaki tangan seme nak pergi.
Yang BBW tu ada la ngajak myDH pergi. Tapi tak hendak di layan nya. Maleh dia nak pergi. Jauh pun sket dari umah. Lagi aku kata sesak2 kat sana. Nak pergi 2,3 pagi mmg tak la. 

Aku bukan je peminat novel. Tapi aku pun minat buku2 lain - apa2 jenis lah. Asal buku. Melambak dah tatau nak letak mana. Tu tak masuk majalah In-Trend n Apartment yang aku tak pernah miss beli setiap bulan. Tu pun masa pindah ada majalah yang aku dah jual. Tp buku2, novel2 mmg takkan la jual. Kesayangan kot.

So, pergi je lah Pesta Buku 1 Malaysia ni. Ahad tu.
Kat PWTC. Kurang publisiti. Ramai tak tahu pun.
Last year pun aku pergi. Masa tu ofis suh pergi utk perasmian.
Tahun ni, kalau takde sykt2 novel tu update kat FB derang, aku pun tak tahu.
Takde banner langsung.

Pesta Buku yang ni mmg kecik je pun. Amik kat ruang legar bawah tu je.
Lain lah yang bulan 4 nyer tu. Tu mmg International kan.

Tapi, kecik pun, ada gak aku borong.

Ngeee.
Wedding breaker n 13jam A380 tu saja aku beli. Sebenarnya masa tu tengah sesi amik signature penulis (Evelyn Rose) n bergambar bersama pelakon The Wedding Breaker. Jadi drama gak. Tapi, malas aku nak beratur. So, tak payah lah. Novel E-Man Sufi - baru tu - beli sbb Bukan Kerana Aku Tak Cinta tu bes. Buku My Indo Chick - Marissa - feveret author. Kerana Dia Ratu Sehari - Adiwarna - himpunan cerpen tp diselenggara oleh my feveret author gak - Noor Suraya. Harus beli. Dan beli buku tu dapat kalendar tahun 2014. Yey. 

Ikutkan melambak lagi stok novel aku tak habis baca. Baca sekerat - rasa cam ah, tak best plak - tukar buku lain. Tp kena habiskan jugak. Rugi la tak abis.
I love you stupid - baca sekerat.
Mr Sirap Bandung - baca sekerat.
Terlerai kasih - baca sekerat.
Bila Cinta Membara - dpt free - tak baca lagi.
My precious Iris - masih ber plastik
Asam Pedas Untuk Dia - baru setat baca
Kisah Cinta Seribu Wajah - belum baca
Takdir Itu Milik Aku - masih ber plastik.

Sebenar ada aku nak beli lagi. Buku Deadly Mist ni.


Dengan ini.

Tapi myDH kata.. 'tak payahhhh'

Baik lah.
Kita simpan utk Pesta Buku thn dpn ya.. hihi
Tapi buku Mudahnya Menjemput Rezeki tu murah ja. Nanti aku nak carik kat bookstore je lah.

Thursday, May 2, 2013

Edisi Jelajah Pesta Buku 2013 (Again....)

Ngeh. Ngeh. Ngeh.
Cam dah takde citer lain plak kan.
Takpe lah. Dah minat kot. Nak buat cemana.

Sebenar dari hari Isnin dah nak pegi. Lepas kerja lah.
Tapi hari Isnin tu hujan lebat sangat. Jalan pun cam biasa lah. Jammed sgt.
Pukul 6 masih tak lepas IJN lagi. Itu kuar kul 5suku tu dari ofis. Giler.
Terus tak jadi. Terus balik rumah.
Sbb Pesta Buku tutup kul 7pm kalo weekday.
Harus tak sempat nati.

So, cuba lagi hari Selasa lak.
Oke. Berjaya.
Itu pun terpaksa susup sasap kat jalan2 pintas.
Pun jammed jugak. Sbb hujan lebat jugak dlm kul 4 lebih tu.
Mujo berjaya smpai sebelum kul 6ptg.
Orang dah tak ramai. Pergi terus tempat di tuju.
Sebenarnya tujuan nak pergi lagi tu sbb nak beli buku ini.

Hari tu cam tak perasan buku ni. In fact tak pergi pun area PTS.
So, terus carik dan beli.
Dan p beli novel kiriman by Izan a.k.a cemomot - Maaf Jika Aku Tak Sempurna.
Saya suka je nak belikan kiriman orang ni. Hikhik.

Pastu beli gak beberapa novel lagi sbb tgk eh..bajet ada lagi nih. Hikhik.
Beli gak novel utk anak buah aku yg dajah nam. Yg Ain Maisarah punya tu. In fact, penulis dia pun ada. Ingat aku nak amik la signature dia. Tp kang kalo dia tanya2 pasal buku dia, mampuih aku tatau. Haha. Lain lah kalo Noor Suraya ke, Anis Ayuni ke, itu terer la aku nak jawab. Kang tak yg dia malu, aku yg malu. Haha. So, takyah. Beli je.

On d way balik w.app abang gtau aku belikan buku citer kat Fatin (anak buah aku tu).
Tup2 derang reramai duk voice talk kat wechat.
Dah tu abang aku suh carik buku word search plak.
Erk.
Kan boleh donlod je game ni. Hihi. Aku pun ada game word search ni kat phone.

Tapi takpe. Ailoike je. Ingatkan 2 kali je lah pergi. Skali smpai 3 kali dah. 
1 Mei - cuti hari pekerja. Tp idok la wey aku nak pegi pepagi even myDH sajes nak pegi pagi2 naik tren. Maleh ah. So, kami g petang. Pas Asar.
Selesa lah. Parking kat Hentian Putra tu pun senang (kiterang mmg parking situ je kalo pergi apa2 event kat PWTC tu).
Orang pun dah mula surut.

Kuatkan hati, kuatkan iman. Takkan beli novel.
Yerp. Berjaya.


Aku pun terbeli sama buku yg menguji minda nih. Aku beli buku teka silang kata tahap 3. Wah... tahap 1 takde, 2 takde, tup2 dah tahap 3. Ate.. itu je yg tinggei. Hihi. Buku sudoku pun beli gak. Pastu beli word search utk anak buah aku gak.

Oh. Buku 1 Hari 1 Resepi tu murah amat ya. Rasanya kalo beli skrg, kat Popular (mmg dia eksklusif jual kat Popular je kan) pun dpt murah. Tp kat Pesta Buku dpt RM27.80. Hoih! Aku beli dulu RM39.90 ye (T___T). Pulak tu dah hampir 2 thn kot beli, takde pun habis 1 hari 1 resepi. Ngaaaa....

Oke, tu je lah. Rasanya ini sajalah edisi jelajah Pesta Buku utk tahun 2013. Insyaallah, panjang umur, kita jelajah untuk tahun 2014 plak.

Sapa yg tak pegi lagi tu, masih sempat. Sbb mulai semalam smpai Sabtu dia bukak smpai kul 9pm. Hari tu kat fanpage dia aku ada komen juga, minta weekday pun dia buka smpai kul 9pm sbb ada yg balik kerja nak singgah tak sempat sbb jammed. Huhu.
Kalo nak mudah dan cepat, carik nama publisher and tgk floor plan dia sesiap kat web KLIBF ni. Senang terus pegi je tpt tu. Dalam masa sejam buleh settle. Tapi kalo sesaja nak jalan dari satu booth ke satu booth, oh itu tak perlu lah tgk floor plan. Huhu.

Oke. Itu saja cerita saya yg suka amat dengan buku.

Monday, April 29, 2013

Edisi PBAKL Aku Datang!!!


Dari  nak pegi 1 Mei, terpegi 1st day plak.
Petang Jumaat, lepas balik keja aku redah. Haha.
Senang sket. Orang pun tak ramai.
Bkn lama sgt nak pegi pun sbb kali ni aku dah ready "shortlist" buku apa nak dibeli.
Senang. Walau pun dari publisher yg berlainan.

Pesta Buku - mmg tpt wajib pegi tetiap tahun - without fail.
Sejak aku blaja dulu lah. Kira lah cemana pun. Aku harus nak selitkan waktu utk pegi.
Tak kira lah sorang ke cemna ke. Dulu aku sakan juga pergi sorang. Senang. MyDH hantar je, nati dia amik.
Pastu dalam 2 tahun ni, myDH dah tak kesah nak teman.
Masa yg g Jumaat tu pun dia oke. Kuar ofis dlm kul 5.30ptg
Mujo tak jammed sgt. Salu Jumaat kan 'jammed baghdad' (bukan nama tpt). :P

Tak jammed pun.... setgh jam gak smpai situ.
Parking kat tpt biasa lah - hentian putra. Senang je dpt parking.
Yelah. Dah kol 6 ptg kot.

Memula naik tgkt atas. Kali ni takde apa sgt kat atas. Byk buku budak skola. Sasbadi seme tu lah. Pastu hok yg bebudak punya tu byk la. Grolier la apa tu seme. Pastu yg blaja BI tu. Aku rasa cam nak tape sesiap je suara bila dia tanya "ada anak kecik tak?". Sekali tu myDH jawab "belum lagi". Beria dia mintak maaf. Heh! Kuasa tau.
Tapi, takyah naik pun tkpe lah. Kat situ tak byk pun tpt2 jual novel. Tapi ada Fajar Pakeer. Aku mmg ada nak beli tang situ - Mr Sirap Bandung. Oh. Buku2 agama cam publisher Hidayah, Telaga Biru pun ada la atas ni. AKu singgah booth Hidayah since ada gak novel yg Hidayah tu jual sbb publisher dia tak participate. Mujo aku dpt tau dari FB derang. Aku beli Sesaat Cukup Bagiku. NB Kara pun ada kat atas. Luar pintu masuk je. Senang nak carik. Actually ada juga buku dari NB Kara ni masuk list, tp tah..cam taknak beli plak.

Oke lah. Pastu turun. Masuk Karangkraf le. Tpt wajib jugak walopun takde apa sgt nak beli. Cari novel Asam Pedas Untuk Dia. Apsal cam takde je. Malas plak nak tnya assisstant situ. Takpe lah. Jadi cuma beli buku Cendol Pulut Santan Lebih. Ini bukan novel. Tp bahan bacaan la. Aku suka baca tulisan Datuk Jalil Ali ni. Bersahaja je. Kadang kena batang idung. Santai dan selamba. Berus jamban pun masuk. Ala, dia ada tulis artikel kat majalah SDK kalo tak silap la. Rasa cam artikel tu la pun dia buku kan. Juga beli novel Kopi Ladyku since aku ada gak baca sinopsis cam bes. Huhu.

Dah settle Karangkraf, tgk map- carik Karya Seni and Jemari Seni. Feveret - JS tu kan. Maklum la Noor Suraya kan JS. Siap myDH tanya kat kaunter pertanyaan mana bilik Mawar (JS kat situ). Adoi. AKu pun naik kompius dah dgn lokasi dia. Masuk dulu Karya Seni - good, orang tak ramai. Mmg ada buku nak di cari di situ. Tapi eh..jap.. ada plak My Precious Iris ni - ada yg kata stok hari pertama tghari dah habis. Eh..eh..kena beli nih. Tambah plak tgk org sebelah aku amik 9 buah! Ha..ni misti orang kirim. Pastu siap tergolek2 buku tu. Nyaris tak kena kaki. Kalo kena kaki - harus cagu. Haha. Aku sbnrnya takde dlm list pun nak beli My Precious Iris nih. Tapi da seme kata bes..bes.. amik je lah. Haha. Kat sini beli 2 je. Iris tu ngan Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Dah petang - tenang la membeli. Masa masuk dlm tu, seme pompuan. MyDh je rilek sorang lelaki. Haha. Tapi takde la dpt t.tangan penulis cam rakan kita si Fahida Jelita. Eceh! Tu dari kul 8pg dia tunggu. Huhu.

Then baru gi kat Jemari Seni. Takde plak buku aku nak tu. Boleh dia kata hari ni tak bawak, esok baru ada. Ye lah kan..esoknya (Sabtu) Kak Su ada. Mungkin dia bawak utk Kak Su sign skali. Takpe lah. Da byk kali pun dpt sign Kak Su. Paling special yg ada perca kain ungu tu (Surat Ungu Untuk Nuha).

Dah habis. Round2 jugak ruang legar bawah tu. Booth kaki novel - cam nak amik buku yg rega 10ringgit. Tp takut tak bes sbb aku tak carik review buku2 tu. Kang sesia. Aku penah baca sekerat - rasa tak buleh masuk - mmg aku tak baca smpai sudah. Lantak la rugi pun.  Lepas tu beli gak buku agama/motivasi. Rasa bersalah sbb asik beli novel ja. Oke, beli.

Settle sblm kul 7.30pm. See, sejam je kan (gmbr Instaplace kat atas tu di post masa dah kuar dr parking, siap ada time kan..) Masih sempat maghrib di rumah. Alah, rumah ngan PWTC kan sepelaung cuma. Pegi ptg camni bes. Orang pun tak ramai. Santai je pilih2. Takde rebut2. Kalo pegi weekend, pepagi pun dah sesak. Nak carik parking lagi. Dgn budak rombongan sekolah lagi. Ha.. ni dtg petang. Dapat la menghidu bau buku dengan tenang. Entah ek..masuk je dewan tu - bau buku baru - terus rasa cam dpt aura tenang. Haha. Aku bukan suka novel ja, tp aku mmg suka buku.  Tp kalo nak amik signature penulis mmg kena dtg pagi2 lagi. 

Hurm. Rasa cam nak pegi lagi.
Tapi kalo ari biasa dia tutup kul 7pm. Ari Jumaat, Sabtu, Ahad je dia ttp kul 9pm (Cuti 1 Mei pun rasanya tutup kul 9pm). Kalo ari biasa takut tak sempat lah. Rasa cam ada lagi je nak beli. Ari Jumaat dpn ni dah balik kg mengundi plak kan. Tgk la. Lusa ke cemana. MyDH kali ni very supportive. Cakap nak gi lagi, dia tanya bile?? Wah. Bes nih. (mmg la bes..sok nak tggu gaji..ko tau la parahnya.. dah la nak pakai duit byk bln dpn)

Stok buku yg belum baca. Yg belah kiri tu sedia ada (ada lagi 2 sebenarnya - kat ofis nih), 5 tu baru beli.

Mmg nak buat stok masa 'bercuti' lama nati. Hihi. Tu sbb kena tambah lagi kot. :P

p/s : seme tpt ada diskaun. Paling2 dia bagi 10%, ada juga yg bagi sama rata je - diskaun RM5 (Karyaseni). So, marilah kita menyesakkan diri lagi ke sana :)

Tuesday, April 23, 2013

Edisi PBAKL : List Buku/Novel

Skrg ni tgh nak list out kan novel2 yg bakal nak dibeli kat Pesta Buku.
Insyaallah.
Tapi, aku rasa aku mmg perlu byk bahan bacaan.
Sebab nati mmg perlu buku2 ni utk menemani 'rehat' ku nanti.
Kalo buleh nak carik buku2 yg gemok dan tebal.

Baru bes. Sehari satu buku agaknya.
30? Uikh.... takkan nak beli 30 buah buku. Agak2 la kot.. Huhu.

Ini cam bes.
Aku kalo citer pasal takde zuriat ni mmg laju je.
Tapi ni bkn novel pasal takde zuriat sepenuhnya.
Ni citer pasal cine bute.
Haha.

Apa lagi yg bes eh..mari kita carik2.. 
Selain novel2 nak carik buku motivasi jugak.

Friday, April 19, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Akhirnya.
Yang ditunggu hampir tiba.
Dah nak start.
Yey!!
26 April - 5 Mei.
Derang dah cakap - walo 5 Mei tu hari PRU, derang tetap juga buka. Ye lah. Yg masih belum layak mengundi tu bule datang kan.
Memula igt tu ari nak pegi 1 Mei since cuti kan. Sbb igt 27-28hb balik kampung.
Tapi dah balik kg minggu ni and minggu PRU tu,
jadi, tukar plan kot.
Samada g 28hb (27hb perasmian sure sesakkkk)
Atau pun gi pas kerja. Sbb dia tutup kul 9pm.
Baru tenang dan senang nak memilih buku kan.
Huhu.
Tp kalo pegi weekend pun seawal pagi aku da smpai. Tak larat nak berkepam dlm tu. Sesak mesak!

Tak tau lah. Tgk dulu.
Uols peminat buku dan novel mari lah kita deting2 kat sana..kat sana..kat sana.
Hikhik.

Friday, February 1, 2013

Pesta Buku 1 Malaysia

Semalam petang sukarela nak gi majlis pelancaran Pesta Buku 1 Malaysia.
Sukarela yaw. Sbb dia nak wakil 10 org 1 jabatan. So, aku sudi la nak pegi. Sbb kan aku gila buku. Jadi, cam peluang nak pegi trus la tgk booth apa yg ada kan.
Mujo bos lepas. Sbb byk menda nak buat b4 interview ni kan. Tp sy ada adik2 yang berdedikasi. Hikhik.
Perasmian by our Menteri la sbb dianjurkan oleh KPKK.


Ini bukan pesta buku yg biasa tu. Yang tu PBAKL - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Tu biasanya bulan 4. Yang tu mmg la cannot be missed kan.


Pastu misti ada gmbr poyo poyo camni kan. Aiyo.. napak lubang2 di muka ku itewww...

Settle majlis, jalan2 jap la dlm tu. Pegi, naik keta ofis (keta baru woo... Exora WXX lagik.. kuikuikui - eh. perlu ke bagitahu? memang la ini semua poyyyyooo) balik naik tren. Alah. Dkt je kan. PWTC - Ttwangsa - Sentul - Sentul Timur. Tambang singgit patposen. 

Saya beli ni ja.. Kat booth Karangkraf. Jangan ko imagine tpt dia besar cam PBAKL tu yaw. Kecik ja pun. Dia amik dewan kat atas tu ja satu. Tp bes la. Org tak brapa ramai. 
Novel Setia Hujung Nyawa tu melambak. Heh! Retu carik2 takde.. ni da byk pulak. Aku siap order online baru nak ada. MOtipp..tipp...tipppp..... Pftttt.....

Ada satu novel aku teringin nak beli. Tajuk dia Teduhan Kasih. Katanya akan di drama kan serta di pilem kan. Lakonan Adi Putra. Tp pikir dah melambak novel tak baca lagi. Pastu di tambah terngiang ngiang myDH dah warning tu ari "nak novel apa lagi..kat rumah melambak tak baca.." huwaa... tatuttt....
Ada 11 oke tak baca lagi. Tu yg tgh tggu nak smpai (tak buleh gitau berapa buah.. kang myDH tau..mampuih..) List ni retu aku buat. Kena la audit novel sendiri sbb kang tau2 dah lesap ja. Itu pun ada yg lesap rasanya. Cena nak trace nih.. Adoi...

Tapi rasa nak singgah jugak kang. Nak beli gak la.. tak buleh tido smlm tingat novel tu. Hahaha... adoi.. giler.. lagi satu nak beli Ensklopedia Solat tu. Ada 20% diskaun. Maka dpt RM80 kan. Kalo dpt baucer buku ni mmg bes nih.. 

Monday, April 30, 2012

Edisi PABKL 2012

Dlm pada duk risau2 nak kuar umah, akhirnya kul 4ptg aku kuar gak. Tabley tahan. Pertama, sbb blum lunch, kedua, oh. Aku tak mampu lagi menahan godaan utk ke melihat buku buku yg banyak di setiap sudut, 'menghidu' bau buku yg indah tu. Yer. Aku mmg gile kan buku!

Aku duk follow perkembangan via twitter (#kltu) n FB PDRM, which aku rasa situ je aku boleh trust. So, tgk lps zohor tu cam dah oke. Maka, siap2 la nak pegi. Skali time aku nak pegi tu la (dlm kul 4pm), benteng2 kat Dataran tu mula di ceroboh. Masa aku dah kuar la baru baca kat twitter yg LRT Masjid Jamek tutup. Fuh. Tp kami naik kereta ke PWTC. Alhamdulillah. Oke. Sbb aku mmg dah ada tetgh KL. Paking kat hentian Putra tu. Mujo ada parking.

Org pun tak ramai sgt walo pada mula bhgn bawah tu cam sesak. Tp bila naik tgkt 2, (tgkt 3 bhgn international aku tak p pun), dan masuk kat hall Karangkraf, tgk org tak berapa ramai. Tp tahun ni pun cam pempamer pun tak berapa nak ramai. Yg seberang sungai tu pun takde. Biasa kat situ pun ada.
Dpt buku free kalo beli majalah kat Karangkraf.
Kali ni mmg aku tak berapa nak tgk novel sbb aku ada 5 buah novel yg elok masih berplastik dan tak dibuka. Kan hari tu aku duk giler beli novel online. Dah tu ada 2 buah jugak yg dah bukak plastik, tp tak abis baca. Cena boleh jadi dua? sbb aku baca separuh cam tak bes je, so, bukak satu lagi. Huhu.


Aku hanya beli buku agama (Psikologi Iblis), majalah ujang lama - lps tu dpt paper beg, ngan majalah Apartment Impiana. Itu saja. Aku nak beli Ensaiklopedia Solat tu. Ada yg jual dgn 10% discount and ada yg bagi 15% discount. Mmg nak beli dah. Tp sbb lps tu aku masuk makan kat SR, maka cash tetiba kurang. Tkpe. Nak beli boleh pegi lagi. 1hb ada, 5hb pun ada lagi. Aku rasa buku tu cam harus ada je utk rujukan. Bes plak nengoknya.

Lunch kul 5 lebih. Kesian.
Serasa nak pegi lagi. Sbb cam tak puas. Minta my dear dropkan aku nati. Dan aku boleh jalan2 sendiri. 1hb atau pun 5hb. Still sempat sblm bertolak ke Krabi. (yerp. 1 week to go... Moga dipermudahkan semuanya. Insyaallah)

Wednesday, March 7, 2012

WW : Yang Dinanti Saban Tahun

Tempat yg wajib dipegi saban tahun biarpun orang bersesak2 cam ulat taik (taik buku takpe).

Monday, April 20, 2009

~bUkU~


Hari sabtu bersamaan 18haribulan April tahun 2009.
Aktiviti penuh.Dan aku rasa seronok skali.
Aktiviti bersama rakan,aktiviti berseorangan serta aktiviti bersama my dear.
Pukul rata.
Bes sgt..walo mlm nyer kul 9 lebey aku dh tak sedau diri.

Mula dgn pagi itu.Jam 7.30 pagi.Spti biasa.xtvt 2 minggu skali iaitu pi pasar cokit.Kali ni tak byk sgt duit abes. Cuma beli ikan,sotong,sayur nak buat mee je. Lain tak yah..sayur kobis yg beli kat TF masa balik kg last week byk lg dlm p.ais.Tu pun balik kg skali lagi pun ada lagi kut.
Hua Hua Hua.

Lps tu bekpas,bc sokkaba,mandi (iyer..sila abaikan sekiranya ada ter tahu yg aku pi cokit tk mandi..huhu..) trus siap2 utk bertemu dgn Dee plak.

Karoke session! Bes! Puas ati! Release tension amat!
My dear anta.
Dee smpai lmbt sket sbb katanya jem kat jln loke yew ke mana tah.Kena pusing balik.

So, dlm 5,6 lagu gak aku nyanyi sorang. Mana nak tekan remote pilih lagu lagi, mana nak pegang mic lagi.Sudahnya aku tekan audio..biau dia nyanyi sorang2.
Antara lagu aku-
-Matahari (angel..akak pun sker nyanyi lagu ini di karoke..sgt me release kan tension)
-Gantung- Melly Goeslow (lagu ini juga sng utk di karoke kan)
-Bertakhta di Hati -Faradhiya tu (ini lagu wajib)
-Tak Mungkin kerana sayang (lagu ini juga bes walo ada tinggi dan rendah..tp pedulik..nyanyi je)
-Lagu wajib berduet ngan Dee - Gelora
Dan tah lagu apa lagi tah..byk lagu indon je yg bes.

2 jam lam tu..kali ni aku mkn spegeti,Dee lak makan nasik goreng.Slalu aku yg mkn nasik goreng. Terbalik sudah.

**terjumpa opismet aku kat Sogo nih.Seb bek bukan golongan kak nap.Kalo tak ari ni mesti my dear aku dh kena soal kenapa biarkan aku jalan ngan kawan aku. Hah!


Lepas tu Dee antar pi PWTC-pesta buku lah. Kalo tak nak pi naik tren je.Tp dh on d way, Dee antar je.Dari jauh napak org ramai giler. Sesak. Rasa mcm nak pitam tgk org ramai. Tp oleh kerana ini tpt feberet rasa pitam itu segera ilang.
Booth kraftangan karangkraf aku tgk paling ramai org. Napaknya mereka ini sudah glamer. Wess..cik Zeni si wartawan karangkraf..dpt bonus la kome ek.Aku nak capai buku pun susah. Tujuan asal aku ke pesta buku ni nak beli buku masakan. Aku dh amik buku masak2 kat karangkraf ni. Tup2 tersalah bc promo dia. Dia tulis 7 buku 26inggit. Rupanya buku tu tak leh campo2. Buku yg rak bwah je..buku atas lain rega.
Aku dh beratur2, tup2 masa nak bayau tu baru tau.

"kak..yg ni kena kira satu2 ye kak..sbb dia lain harga"

Aku pun sdikit terkujat dh..cover malu pun ye gak ni.

"eh..bukan dia tulis kat situ 7-26inggit"

"tak..tu buku (apa tah dia sebut publisher tu), ini campo2 ni"
"err..takpe la..takyah lah"

Haha.Aku kan selamba je..Aku tak beli pun. 7 keping buah tu aku tinggal je

"ini je lah satu" aku tunjuk majalah Pa N Ma tu. Puh..seb baik aku ada amik majalah tu. Kalo tak kena la bayau buku resepi tu.Kalo kira satu2 rega dia lebey kuang 5inggit setgh.7 x 5.50 = 38.50. uih..berhampiran RM40..mahal..mahal.

Eh..puanstoberi beli majalah Pa N Ma lah..haha.bukan nak beli sgt ekceli.Aku tgk ada satu tajuk cam bes je..aku amik je tanpa selak..(takde la aku nak selak,letak,selak,letak atau mcm ada setgh org siap bersila trus..haiya..org ramai tu..agak2 la kalo nak bersila pun..apa ko ingat ni kunikoniya ker..adehhh) Tajuk yg menarik perhatian aku adalah "kenapa gagal hamil" Ha.. itu yg menyebabkan aku sambar je majalah tu. Bila bc ada satu page je artikel tu dan takde apa yg best pun pasal tajuk tu. Hua Hua Hua. Seb baik la majalah bulan Feb. Dh turun singgit.

Lps tu pi hall satu lagi. Beli majalah Ujang n Apo. Tetiba napak booth jemariseni. Wahh.. bes ini. Aku kan penah baca novel Surat Ungu Utk Nuha tu. Dan aku juga tak penah miss buku keluaran kak Su- Noor Suraya. Aku ada suma koleksi dia. Kak Su ada.Tp aku tak smpat amik signature atau bergambar ngan dia.Tgh kelam kabut nak pi mana tah. Dan aku beli 2 buah novel kat jemariseni.Satu buku baru kaksu,n satu lagi apa tah. Budak yg jg booth tu kata bes. Memula dia suh beli novel hlovate tu. Aku taknak..mulut aku mcm laju je nak kata buku tu tak bes. Tp..kang tup2 budak tu penulis dia tak memasal je kan. Aku ckp aku dh bc kawan opis punya. Tah..aku penah baca novel hlovte tu..tak buleh masuk arr ngan jiwa aku. Tu jiwa remaja belasan thn buleh lah. Aku kan dh remaja tua. Hua Hua Hua.

Dh abis tu, aku naik balik hall atas. Sbb my dear suh balik kul 4. Pusing2 lagi. Ter masuk booth al-hidayah. Buku2 agama. Apa tah aku nak carik. Tgk ada buku nama2 indah. Ada byk.. dan aku rasa buku satu tu bes. Ada ayat2 yg elok diamalkan masa pregnant. Aku memula cam malas je nak beli. Kang mesti my dear bising2. Tp..apa salahnya nak beli. Nati bila nak kang,susah lak nak carik.Tk mahal. 15inggit dpt 13.50 je. Beli je..simpan..

Buku2 hasil tangkapan ku di Pesta Buku 2009


Tak thn dh aku. Rasa nak pitam. Org dh makin ramai.makin ramai. Trus kuar. Tunggu my dear kat teksi stand dpn tu.

Tetiba kan..bila my dear dh smpai, naik keta je aku mcm tingin nak makan chezzy wedges.Ampang Park le my dear kata. Sekali ujan..baju aku..waaa...trus tak jadi nak beli sbb ujan area ampang park tu.kompem la umah aku pun ujan. Baju dh la byk kat penyidai. Siap ngan towel bagai. Balik je trus. Takyah beli chezzy wedges. Tp..bila smpai kat umah, napak penyidai dh kosong. Napak aku nyer penyidai beroda tu dh kena tolak kat tepi pintu. Huhu. napaknya jiran aku dh tolong angkatkan. Org berbudi kita berbahasa. Aku mmg slalu tolong derang angkat baju masa ujan kalo derang takde kat umah. So, kali ni derang turun.

Dh napak baju dh clear aku pun ckp kat my dear "baju dh slamat..jum lah pi pasar malam jalan TAR"

"eh..kata nak pi psr malam keramat" (mlm sblm tu dh plan nak pi pasar mlm kat jusco au2 tu. Besar gak psr tu.mlm minggu gak.paking la kat jusco tu)

"takyah la..bia penat seharian ni"

Jadi tk turun keta..trus pi jalan TAR.Hua Hua Hua.

Sng banget kalo umah kat tgh bandar ni.
Bygkan kalo umah kat PJ ke Shah Alam ke..maunye nak pi balik KL. Idak laa...

Bak kata Dee"nati kalo Reen pindah umah jauh, mesti rindu nak jalan2 KL camni"

itu la antara sbb aku nak carik umah area KL ni je.

Paking kat Maju Junction..jalan kaki, beli kain buat baju, beli makanan2, lepas tu balik, beli KFC kat Maju Junction.

Mlm tak masak dh. Makan je KFC dan makanan2 yg dibeli kat Jln TAR.

Lepak2 dpn tibi,selak2 buku yg aku beli..dan lps tu tak sedau dh apa berlaku. Aku tertido dpn tibi. Aku bukak mata sket..tgk my dear tgh tgk cekerama.Dan aku bangun..smbg tido kat bilik.

Abis citer ari Sabtu itu.

Pnstoberi:Puas rasanya kalo kita dpt menghabiskan masa bersama org2 tersayang!