Thursday, May 9, 2013

Edisi Amanah Hartanah Bumiputera

Dah lama nak buat entry ni. Tapi ter peram.
Oke, reni takde buat entry apa, meh la kita bukak story.

Dah lama aku nak survey pasal AHB ni. 
Pelaburan yang di launch pada tahun 2010 -  PHB lancar Amanah Hartanah Bumiputera
Masa tu la ada iklan2 yg makcik dtg satu bangunan tu kata nak tgk dia punya bangunan. 

Pelaburan yang agak boleh dipercayai. Kalo dgn ASB duk ber isu pasal shariah compliance, yg ni kita dah tau dari mana datang punca pelaburannya.
Tapi cam biasa, ada juga yang was-was. Takpe lah. Pendapat memasing. 

Boleh tgk brochure di sini - AHB
AHB ni bayar dividen setahun 2x - Dividen AHB tahun 2012
Dan kalo nak ringkas sila baca kat sini. Blogger ni mmg terangkan secara simple. Senang nak paham.

Mmg dah lama gak nak g bank nak tnya pasal ni. Tapi dari nak tanya terus ter-daftar pula. Bulan 2 aku daftar. Huhu.
Senang je, pegi Maybank, sbb dah ada akaun di Maybank senang lah sbb dividen nati dibayar kat akaun Maybank tu. Isi form and bayar la pelaburan kita nak. Rasa cam dia lebih galakkan org yg ada EPF. Cara cemana guna EPF, aku kurang periksa, sbb aku bukan org yg kerja guna EPF. Sudah status 'tetap dan berpencen'. Muahaha.

Alah. Letak yg paling minima sudah lah kan. Saja nak try. Dia kata kalo ada lagi unit tak habis, boleh tambah. Tapi kalo dah habis, biar je lah dia di situ. Huhu. Berapa byk je nak dpt kalo camtu. Takpe lah. Sikit2 lama2 jadi bukit, kononnya lah. Hihi.

Dan aku pun dah dividen bulan April tu ari. Cukup la nak buat makan nasik ayam. Hehe. Ate nye.. buh pun paling minima kan. Mula tak perasan pun, pastu tgk kat Maybank2U baru cam ohh... duit AHB. :P

Jadi, saya buleh claim la ini hartanah saya. Miahahaha. (letak pun paling minima, lagi mau ada hati berkata begitu. Muahahah)

Hartanah-hartanah tersebut ialah Blok D Peremba Square di Saujana Resort, Menara Bumiputra-Commerce di Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur, CP Tower di Petaling Jaya, Wisma Consplant di Subang Jaya, Tesco Setia Alam, Menara Prisma di Putrajaya dan Logistics Warehouse di Shah Alam.


2 comments:

Rozita Ceritaita said...

macam menarik...nak gi try gak la..

::EIDA:: said...

Go go kekdaaaa.... Ida blur psl nii. Baca2 pun still xphm. Aptb.. Haha