Thursday, May 2, 2013

Cerita TAC Lagi

Lagi lagi TAC.
Tadi lagi lagi buku.
Elok la tu. Cerita cam ada sequel plak dah.

Oke. Meh nak citer.
Setelah dicuba itu hari yg hampir aku nak mengaum tu, maka pagi ni call lagi.
Oke. Tak dpt jugak. 
Malas dah aku nak tggu. Oleh kerana takde la kerja urgent menunggu sgt kt ofis, keluar jap lah ke Maybank.

Smpai je trus amik nombor.
Sebelum tu aku tanya lah orang yg jaga kat tpt nombor tu. Cerita lah masalah aku. Aku nak update no telefon. Tau apa jawapan dia
"cik kena call customer service - no yang 1 300 tu - kami kat sini tak buleh nak buat apa2"
Sekali lagi aku ulang apa dia cakap "kami kat sini tak buleh nak buat apa-apa"
Aku bagi tau, dah 3 hari aku call, tk dpt nak cakap. Macamana?
Dia cakap itu juga "tak buleh nak buat apa2"
Tapi, dia bagi jugak aku borang, dan suruh isi. Dia bagi nombor utk berurusan.

Masa tu 11.45am.
Jarak aku dgn nombor sebelum adalah 5 orang.
Tunggu.
Lepas sejam baru no dipanggil.
Orang ramai sungguh plak Maybank ini hari.

Jadi, jumpa lah encik ni utk berurusan.
Selepas bagi salam, soalan pertama aku
"kalau kita switch line (telco) mmg ada problem ke utk dapatkan TAC number"
Dia macam tercengang cengang dan nada perlahan dia jawab
"tak pasti pulak saya"
Hahai. Baek. Takpe. Aku cakap lagi
"Tadi orang yg bagi nombor tu suruh call customer service. Itu lah yg saya buat pertama tama kali lps ada problem tak dpt TAC number tu. Kalo saya dapat, takkan la saya nak dtg sini, nak beratur berejam jam nih, nak bayar parking segala, tinggalkan kerja"
Ye betul betul katanya.

So, dia check segala. Check IC. IC aku tu dah la mmg ada problem plak kalo nak verified ibu jari aku nih. Ikut dia ja. Kadang dia mau, kadang tak. Takpe lah. Aku pun nak tukar dah IC tu kan nati.
Aku cakap worst come to worst, aku guna nak guna nombor phone aku satu lagi.

Jadi, dia pi tanya orang ke apa ntah, pastu dia suruh aku update je kat ATM Machine.
Pergi la aku masukkan no baru semua. Tapi takde resit kuar. Dia kata ada resit.
Oke tak pe lah. Masuk balik jumpa dia.
Aku cuma nak confirmation samada no aku tu betul ke tidak.
Dia check jap. Dia kata takde dalam sistem lagi. Tapi dah buleh guna.

Oke lah. Cuma aku ada tanya cemana nak buat kalo tak dpt call customer service.
Gelak2 dia jawab - itu kami tak buleh nak jawab lah.
Takpe lah encik. Nak buat cemana kan. Di luar bidang kuasa hencik kan?? 

So, balik je aku try nak transfer duit. Buat TAC request.
Tunggu. Tunggu. Tunggu.
Tiada.
Good. Very good. Bagus nih. Jimat duit nak beli deal, nak beli baju online, kasut online. Best nya... 

Aku pun try lah call Customer Service dia skali lagi.
Kali ni aku buh mode speaker. Ko melalak la iklan sengsorang situ. Aku buat keja lain.
Dkt 10minit jugak la baru dpt bercakap ngan what they call 'executive khidmat pelanggan' tu. Fuh... rupanya kena tggu berminit2 baru dpt *lap peluh*
Suruh dia check number phone aku tu. Dia kata betul dah.
Tapi mana pulak pegi TAC aku tu sbb masa aku log out dia tulis situ 'successful'.
Aku risau dia pegi ke nombor org lain. Tapi dia kata nombor tu dah betul.
Then aku cerita lah sebenarnya aku nak call utk update line aku je. Tp dah jadi camni aku dah tukar nombor. Dia kata mmg kena call customer service lah utk update line tu supaya derang buleh verified dgn Digi. Yer, mmg aku ada call. Aku ada bukti tu, tp kalo dah berminit2 cemana.
Aku ada jugak bank lain. CIMB tu kejap je customer service dia jawab call dan selesaikan tak smpai dalam masa 10minit. Tu hari aku call sbb verification utk kad kredit aku terhantar ke nombor lama. Pucat2 jap dah aku. Beli tiket flight ke booking hotel time tu. Buatnya orang yg terima tu pandai godek2 tak ke haru biru. Tp mujo dapat call cepat. So, kejap je derang update nombor baru. Kalo CIMB boleh, mengapa Maybank tak boleh utk handle dengan cepat panggilan? Perlu tunggu lebih 5minit baru disambungkan. Utk info, aku call CIMB masa tu bukan 3 atau 4 pagi. Aku call waktu peak hours - waktu pejabat (tak ingat la plak pukul berapa, tp yg nyata bukan tgh malam buta mahupun subuh sapeie')

Nak tukar bank? Semua gaji dimasukkan ke Maybank.
Satu hal plak acapkali nak transfer semua ke CIMB. Leceh!

Takpe lah yang tu. Nak buat cemna.
Tapi yg masalahnya TAC nih. Sekarang ni cemana?
Aku pun tak tahu lah nak buat cemana.

Nampaknya selamatlah duit aku. Tak perlu buat pembayaran online yang melibatkan TAC.
Bagus lah kan.
Bagus. Sangat bagus.
Terima kasih Maybank kerana membantu saya menjimatkan wang.
Memang berbaloi!
Anda mesti pilih. Saya memilih Malaysia!

Nak beli tudung Mila nih. Uhukssss... tak dpt beli... huwaaa....

*update : 2May2013 - try request TAC jam 5.30ptg - da boleh. Takpe lah. Dah tak semangat dah nak buat sebarang pembelian online. Hahaha *pirahhhh!*

11 comments:

Masya said...

la hai x selesai lg ker?? haru btl.. mmg bkn rimau lg ni.. mau taring mcm naga haihh hahahaha....

sila pejam mata.. xmoo beli online buat masa ni.. sila tutup telinga kalau kawan² ajak join beli sama ... (sy jerlah..) kek da.. dah okk bolehlah beli..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kekda. rajinnya membeli online.................

aziazib said...

xsettle lg mslh tu ye. bukan maybank bank yg kira salah satu yg bagus ke?

nad said...

Serius tak boleh lagi? Hmmmm
Kekda try p atm machine balik nnt
Wat prosedur mcm mula mula nak dptkan tac dulu tu..
Apa daaa maybank ni.. Bikin haru btul

CIK PUAN TIPAH said...

Begitu la permainan bank2 ni. Part promote service cepat jer..tapi part ada masalah..semua lepas tangan.

Bukan bank rimau jer..semua bank sama jer!!!

suwara entertainment said...

aikkk..dulu nk wat senang je. skang ni dah caca marba pulak dah. ish ish dorg ni..

Bitt (double IS) said...

perhh kita pon geram pasal tag ni sebenarnya...tapi ok gak jimat gituw ;)

::EIDA:: said...

semua bank same jee bile kite adu masalah... hukhukhuk.. mencikkk

puanstoberi said...

MASYA :
Dah selesai. Susah woh nak tutup telinga tu. Kat sini, akak plak yg ngajak derang beli online. Huhu


HANUM :
:)


SHIELA :
Tak jugak. Online buleh, offline buleh.

puanstoberi said...

AZI :
Entah. Bosan.


NAD :
Mmg bikin haru. Tah pehapatah!


CIKPUANTIPAH :
Betul. Betul sesgt tu kan.. geram je..

puanstoberi said...

SUE :
Paling takleh blah dia kata dia tak buleh buat apa2. Amboi..kita dah g ngadap dia, dia boleh ckp camtu.


BITT :
Tu ah..pikir positip je kat Bitt. :)


EIDA:
Takpe..pasni kita simpan bawah bantal. Huhu