Saturday, May 18, 2013

Edisi Gas Oh Gas

Aku pun lupa dah bila aku tukar gas ni.
Hangkut gas ni dari rumah lama dulu. Aku duk rumah ni dari bln 9 thn lps. Jadi, dah 9 bulan kat rumah ni. Makna, mungkin dah setahun kot gas ni. Haha. Giler ko, setahun baru tukar gas. Eh. Oke gak la. Ada orang setahun setgh baru tukar. Normal la kan. Setahun skali tukar gas yg 12kg. Lagipun skang kalo nak masak sket2 tu guna induction cooker ja. Gas ni back up atau masak yg big portion ja.

Pastu tu ari tgh nak masak spegeti bawak ke ofis, gas habis plak. Mmg salu camtu. Geram je. Mujo skang oke, sbb dah ada induction cooker. Jadi, bila habis, buat cam tatau je. Tapi, tak buleh gak la nak fully guna induction cooker. Since aku pun takde pan yg beso, kalo nak goreng mi ke, mihun ke cam payah gak. Kena gak masak atas dapur gas.

Aku guna Petronas. Kat rumah lama dulu takde masalah sbb mmg mostly kedai jual Petronas. Call je kedai Pakcik err...pakcik apa tah. Lupa la plak. Maklum la..sethn sekali baru tukar gas. Haha. Mmg dia hantar je terus ke rumah. 

So, dah pindah rumah baru ni, udah tak tahu mana nak beli gas. Sbb sini mostly jual yg Shell punya plak. Pastu yg brand Mira pun ada. Huhu. Mira halanya. Mmg la boleh je kalo nak tukar gas hijau ke gas kuning tu. Tapi, cam sayang kot. Ada satu kedai jual, tp kena reserved plak. Bila tanya je dia kata dah ada orang cop gas Petronas tu. Oke lah. So, cemana?

Solution - google. Sbb aku rasa Petronas buleh buat home delivery. Am I right? Ya.. right. Call je Hotline dia (kat web dia ada la tulis pukul berapa penghantaran, hari apa semua lah)
Selama ni mmg tak hirau pun sbb ye lah, pakcik tu bleh hantar. Tapi delivery ni tatau la dia cover ke tidak area rumah aku ni. Tapi takkan la takde. Tetgh bando kot. Lain la kut umah kg aku sanun. Haha. Itu pun senang je, lori yg bawak gas petronas tu lalu, boleh je tahan. 
So, try call. Oke. Done. Lagipun buleh dapat point Mesra jugak kan. Dia kata tunggu dlm 1-2jam. Tp kurang sejam da sampai. Dah settle. Bkn je McD, pizza je kita buleh delivery. Gas pun buleh delivery. Mudahnya hidup. Hoho.

p/s : Gas naik harga ke? Takde lah. Sama je kot. Cuma bila Petronas Delivery ni dia ada up sket la. 12kg - RM25.80. Dulu kat umah lama RM24, kalo tak silap. Alah, tak kesah la. Setahun skali je kot. Dlm 2inggit camtu ja sebulan. Hoho.

12 comments:

AiTotYati Mat said...

kekda,

heeee Ai pun dah lama tak tukar gas.
tp salu mmg camtu, tgh syok msk tetiba gas hbs. mmg ujian btl. kuikui

Jiha said...

ok la tu..sini org anto gas rm26++ utk 12kg..ermm baik beli yg ada point..hihi

Chekgu Azrine said...

Setahun skli tukar gas ke?bia bnr..haha..

ch@ said...

Kita mmg x reti. Hahaa, kalo gas habis, abi la jd mgsa. Mmg petronas je la, sbb papa yg bg hadiah masa nikah hari tu. Ada dia bg tong gas. Tapi best gak. Hahaa.

~ain said...

ain setahun sekali jugak tukar gas tu. sebab masak hari2 tetiap ptg... ptg sekali je pun masak. hujung minggu makan luar je .. hahaha..

masak utk dua org je pun, bukan byk...

AyangAizul said...

Kita xpnah amik tau pun psl gas2 ni. Tya hrga lg lah xtau. Sbb kalo gas abis je ayat standard "bang, gas abis. G beli". N tau smpai jer, xpnah tau pun kaler apa brand apa. Jnji api dapur idup...

Tu gas kat dapur xtau baper lama dah n tahan lg baper lama. Org rajin msk mmg cmni....

D_08 said...

bagoih jugak Petronas ade buat delivery camtu .... kite call je....deme hanto.. kite bayo je..... senang kojeeee

PUANSTOBERI said...

AI :
Dulu mmg seriau..kadang tgh goreng ikan.. tp skang oke sket sbb dah ada induction cooker. Sokay la..


JIHA :
Oh..eh?? Kalo camtu baik call Petronas ni je. Abis citer.

PUANSTOBERI said...

AZRINE :
Benar..tiada yg tidak benar melainkan benar belaka. Haha. Ate nyer Rine.. masak utk 2 orang je..byk mana je tu.. huhu :P


CHA :
Kuikuikui..ini kelaka.. tp oke lah bagi tong gas. Byk gunanya :)

PUANSTOBERI said...

~AIN :
Kan?? skali skala je masak byk kalo ada sedara mara dtg. Tu pun kadang makan luar. Hoho!


AYANGAIZUL:
Err..biar benar tatau kaler apa? Tau tak gas tu letak kat mana? haha :P

PUANSTOBERI said...

D_08 :
Yer betui tu Yob..takyah nak carik2 kedai.. apa nak ber cop2 plak.. ingat kita tak tahu nak buat cemana.. Hahaha... :P

Masya said...

samalah tukar gas setahun sekali kikikiki , yg pasti setiap kali tukar mesti lain harga hahahaha.. harunya...