Monday, May 13, 2013

Edisi Drama : Teduhan Kasih

Yeah. Akhirnya kuar gak citer ini.
Novel nya sudah ku baca. Klik utk review : Novel Teduhan Kasih

Saya suka citer ini. Jadi saya kena tonton lah. Hihi.
Cuma.. ala, kenapa tak Nabila yang jadi Iffa.

Oke, mari kita tgk press release by TV3


Petaling Jaya, 8 Mei 2013 – Menyusul selepas drama ‘Sedetik Cinta’ yang bakal melabuh tirai minggu hadapan, sebuah lagi drama akan menghiasi slot Akasia berjudul ‘Teduhan Kasih’ hasil garapan sutradara Jamal Khan dan nukilan skrip oleh Mufid Shuhaimi menerusi terbitan Primeworks Studios. Diadaptasi dari novel terlaris karya Marissa, drama rantaian 28 episod ini menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Mak Engku, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah dan Julia Ziegler.

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa. 

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa. 

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

Saksikan drama siri terbaru slot Akasia, Teduhan Kasih, bermula 15 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3. Jika anda terlepas menyaksikan drama siri ini di kaca televisyen, anda boleh menontonnya di saluran alternatif menerusi www.tonton.com.my. Pengguna laman sosial Twitter juga boleh menggunakan tanda pagar #TeduhanKasih untuk sebarang perbualan dan komen.

p/s : kan bagus kalau cerita camni selepas / sebelum waktu solat Maghrib.

7 comments:

Masya said...

iyerlah kan bgs selepas atau sebelum maghrib.. tp yg pukul 9 pun kdg² sy x tgk kikikikiki ... nak cari novel jugaklah blh.. nak baca ...

Bunda_nora said...

oo cerita akan ganti sedetik cintalah..

mummy_ayu said...

esok la start cita nie..tapi tu la..masa yg sgt tidak sesuai..emmm...
best nie..

puanstoberi said...

MASYA :
Tu lah..buat malam pun bagus. Akk pun bukan folo sgt drama nih. tp kalo yg ni kena tgk sbb akak da bc buku dia. huhu


BUNDA :
A ah.ganti citer tu lah. Tk tgk pun citer tu. Huhu


MUMMY AYU :
Tu la. Patut derang ni kena alert gak lah. Ramai yg tertgk lalu ter lambat solat. Huhu..

AyangAizul said...

Bkn belagak ke apa la kan... Lama tul rasanya xfollow citer kul7 ni. Eh, mmg xfollow dah la citer2 kat tv3 ni. Psl per ntah... Tgk tv3 time berita n hindustan hr sbtu je rasanya...

suwara entertainment said...

wahh..mesti best ni. nak2 bila hero nya adi putra. mesti best!

::EIDA:: said...

huwaaa.. ini macam kah ceritanya. best best. nk follow la. salu si nabila ni jadik baik je kan kekda.. kali ni die jadik jahat pulak... nk tgok la.. ade adi putra.. hihihih.. rasa macam dh start kan kekda skrg? ala miss pulak. xpe tonton.com kan die. hihihihihi