Thursday, February 9, 2012

Perihal On Air Astro Ria

Kredit : Astro
Nak tulis pasal On Air ni. Td kat blog Izan HNI pun da tulis gak. Program ni cam tak berapa diwar warkan sgt la. Aku tgk pun last week. Bila da bosan takde citer nak tgk, tekan2 tgk ada rancangan ni. Masa tu audition kat Penang tu. Memacam ragam ada. Yg dtg hari2 pun ada. 

Aku nak komen pasal peserta yg dtg ujibakat ni dulu. Aku terpikir-pikir juga. Kenapa eh, rata2 kalo peserta program realiti tv ni, sure dia nak masuk sbb nak merubah nasib keluarga. Baik audition AF ke, Anak Wayang ke, Raja Lawak ke, hatta Pilih Kasih (eh, ada ke org tgk Pilih Kasih? Kadang ada ter tekan gak napak program tu, tp mmg tak la nak tgk). Seme nak merubah nasib. Agaknya dunia glamer je boleh merubah nasib yer. Apa nak buat, itu je pilihan yg derang ada utk merubah nasib. Abis da tak dpt, gamaknya tak berubah la nasib sampai ke tua yer.
Idakkk... bukan aku marah ke apa. Oke la ada vision utk merubah nasib keluarga. Tp byk lagi kot kerja yg boleh merubah nasib keluarga. Apa kalo keja kerani kat memana nasib tak merubah ker?

Ada yg datang tu satu pasangan muda. Kawen muda la kot. Ada anak. Siap Aznil "sekolah kan" yg suami tu. Huhu. Kasihan. Dan isterinya plak masuk gak audition tu. Lagi kasihan. Nak merubah nasib keluarga, tp tak ready, tak bersungguh. Rasa nya ada tempat lain yg lebih sesuai utk dia merubah nasib keluarga. Kesian, sedih je rupa sbb tak dpt masuk. Takpe la dik, banyak lagi rezeki Allah di bumi yg luas ni. Bkn sekadar rancangan ni je yg boleh merubah nasib keluarga adik. 

Seterusnya, ada yg cuba jadi lain dari yg lain. Datang cam anak2 comel. Nak jadi pengacara Tom Tom Bak katanya. Napak bersungguh, tp tak ready plak. Bukan sng nak jadi pengacara ni. Aku pun gugup. Dan pengacara ni pun aku rasa satu kerja yg 'born to be'. Sbb tak seme org bleh berbicara dgn yakin dpn tv. Bukan kata tv, kat opis ni, pepagi ada baca doa. Lelaki la yg baca. Tak napak muka pun, kadang terdengar juga suara bergetar. Tu la. Bkn sng oh nak bercakap dgn mic tu. Tak seme org ada kelebihan tu.

Nak dtg ni kena la bersedia sket. Kebanyakan seme wat rancangan hiburan. Masa audition kat Penang tu, yg dpt rata2 buat rancangan yg ada info. Napak berpengetahuan sket la at least kan. Tp ada sorang tu mmg tak bleh bla. Dia panggil Suhaimi tu bro..bro..bro.. pehtu dia kata dia fasih berbahasa Inggeris. Tup2 kan, bila Suhaimi suh cakap english penuh, tak la fluent mana. Hikss.. 

Dan berkaitan paras rupa lak. Yeps, paras rupa menarik mmg la satu pakej utk menarik org lebih lama di depan tv. Tapi, tak perlu la kot meng kondem org. Yg dtg mmg ada macam2 rupa. Kadang derang nak mencuba, mana la tau kan. Mmg kita tgk cam eh, alahai, naper dia dtg gak audition ni, kesian nati. Tapinya tak perlu la kot ckp 'awak mmg tak handsome'. Oh, itu la yg dikatakan oleh juri jemputan semalam - Dang Suria. Sbb rasanya bakal menjadi bahan lahar porem2 gosip, blog seme. Laki aku mmg duk bebel2 la bila dia cakap camtu. Cam tak patut nau dia cakap camtu walopun dia cakap kena terima hakikat org nak tgk pengacara yg handsome, lawa seme. Aku tgk budak tu takde la tak handsome sgt. Oke la kot. Takde la smpai aku nak tukar channel. Kalo handsome pun, tp cakap entah hapa hapa, org tukar channel gak.

Nak tau citer pasal ni bleh baca kat blog Izan ni - OnAir

Tp tatau la kut program realiti skang kena camni. Kena cakap yg pedas2, kejam2. Cam kes Shiela Rusly tu la gak kan. Yg word 'busuk' tu. Tu aku tak bleh komen lelebih. Aku takde Mustika. Aku tak tgk Raja Lawak. Aku cuma baca dari paper je.

Lps tu smlm gak, ada sorang bapak sedara peserta tu ke apa tah, pi serang Aznil. Huhu. Taktau la gimmick ke apa. Marah beno dia pada Aznil. Dia kata Aznil ada cakap kat anak sedara suh p cermin muka ke apa tah. Tatau la anak sedara dia mana satu. Aznil plak defend la kata awak ada tak masa saya cakap tu. Maksudnya Aznil takde la kot cakap camtu. Entah. Memacam. Tp kan, takkan la nak amik seme yg dtg tu kan. Smpai mengamuk2 tu tak syok la kan.

So, aku rasa, pasni harus rating OnAir ni naik. Jangan lupa tgk ye kome. Hari Rabu jam 9 mlm Astro Ria.

15 comments:

♥cikmOt♥ said...

tapi yang somi isteri tu, anak dia comel kan..

tapi tulah...nak merubah nasib keluarga tak kena tempat...kalu tul2 nak merubah...kena sedia dan bersungguh2...barulah kewl...

CikPuan Fara said...

haaa fara pun dari dulu xberkenan org ckp msuk realiti show utk ubah nasib. lepas tu bila xdpt, nangis2 cm end of d world.. rsnya kat luar sana lagi byk peluang kerja yg lebih terjamin.. dpt jadi juara pun belom tentu selamanya org kenal ;)

::EIDA:: said...

Ida tengok! Ida tengok! Kelakar gila... buat cerita geli geli je ni.. ihihihi...

Aah kekda, sheila rusly guna perkataan "busuk' kalau lawak meke tak best! "Busuk broo..." hihihihi

Zana Adieyza said...

zana tgk cikit2 jer smlm.. part yg pasangan muda tu, zana tgk.. masa diaorang cerita pasal sejarah hidup sambil nangis2 tu zana pun rasa nape semua rancangan realiti kena ada sedih2 ni?

tp part komen pasal x handsome tu zana x tgk la pulak.. pasal pak cik ngamuk2 tu, nmpk gak aznil guna cara profesional utk handle mslh tu.. cuma lama2 tu nmpk bengang gak la..

cikbedahlaser said...

mmg ar mengubah nasib...
kot dpt pahala je sedap ar.. tp klu dh masuk bidang penyiaran ni.. get ready je r...
oppss terpedas gak....
ahahahahah

nasib mak xde astrok...
tv1-3 pon mcm bela lebah.. hahahahahahh

Unknown said...

realiti yg ni best jugak..
xdek ler busan duk tgk org nyanyi jerk..
pling best sbb ada aznil...
dia mmg nom 1 ler host:)

Masya said...

ADE JGAK TGK GITU² JER.. MALAM TD NAMPAK PAK NIL KENE MARAH DGN SEORG BAPAK ANGKAT PESERTA TU.. GERUN BTL..

kekucingkatz said...

ni semua nak senang dengan instant je...bukan semua celebrity senang..kita je nampak mcm senang...tp hakikatnye????

anie said...

ada tengok jugak...
tular yang sepasang suami isteri tue..muda lagi..macam kat msia nie xde keje da nak buat...nangis2 yang xtahan tue...buat malu je...
yang mengamuk tue pun satu hal...lagi buat malu orang melayu je diorg nie...
agak2 masa2 spm xdapat lulus dgn cemerlang diorg nangis x macamnie...

Wan Amira said...

tak tengok on air tu tapi nampak la ade beberape blog kengkawan highlight pasal dang suria tu.. honestly dia as a celebrity tak patut cakap macam tu, oprah winfrey, mahathir lokman tak depun nak cantik sangat, but they are successful host

puanstoberi said...

CIKMOT :

Mmg comel, tp sian mak pak nya nak sgt merubah nasib dgn join menda2 glamer ni.

CP FARA :

Rata2 itu la jwpn cliche derang. Akak pun mual dengar.. tahhh...

puanstoberi said...

EIDA :

Salah satu sbb gak utk naikkan rating dia.. Huhu

puanstoberi said...

ZANA :

Kat porem2 kata mungkin gimik je, tp tatau la kan. Kut kalo bebtul, sure awal2 security tak bagi masuk. Tah.. tp memacam hal la kalo betul.

puanstoberi said...

CBL :
Entah la.. seme pikir yg glam ni byk duit melampau kot.

SHARK :
Tapi tetap la ada gimiknye. Huhu

MASYA :
Tu la tu, sesenang dia marah. Hahaha.

KEKUCINGZ :
Tu la pasal. Seme yg dtg kalo tak dpt nangis hiba..motipppp???

puanstoberi said...

ANIE :

Tu la..yg tk dpt nangis hiba. Yg dpt, mak pak family seme cam gembira mcm da dpt scroll dari universiti oxford kekdahnya. Sian... anak bangsa kita juga yg camni.

EM :
TU la pasalnya Em. Asben dari ranc tu, smpai la ni mmg nyampah beno dia ngan Dang Suria. Udah la rupa pun lain mcm skang ni dia tu.