Wednesday, October 31, 2012

Owh. Boleh Tukar Rupanya

Aku sebenarnya tak print pun lagi aku nyer travel itinerary dari AA.
Lama giler dah aku beli rupanya.
Aku pikir bulan 7. Rupanya bulan 5 dah beli.
Ini selepas aku balik Krabi kot.
Biasa aku begitu lah. Kalo dah balik bercuti, sure aku tercari2 kemana lagi nak pegi.
Tapi ini la paling lama aku tunggu. Almost 1 year. Gilos!

So, sbb da dekat. Persiapan apa pun tak buat.
Tak macam selalu tu. Awal2 aku da tgk forum2, blog orang. Ini selamba saja.
Hotel pun tak book.
Malas aku, kut kang jatuh date exam. Pitam!

Tapi aku godek2 balik emel (dah lupa bulan bila, search je AirAsia)
Mujo ada lagi travel itinerary tu. Kut kalo dah di-trashbin kan padan la muka kan.
Hoi. Aku siap amik meals, seat, and luggage rupanya.
Semua tu terpaksa add on RM128.80.
Kalo tidak, rega adalah RM330 utk 2 orang - return (yer, mmg aku dapat 0 fare masa tu - harga tu hanya utk airport tax dan fuel surcharge)

Dan aku kembali happy bila dalam fare rules ada tulis
"is allowed to do a flight change up to 48hours ........"
Ye lah, depends pada flight tu jugak kan. Penoh ke idok. Lps tu harus la kena top up lagi tu.
Yang not allowed adalah tukar nama.
Takpe, apa pun, mohon doa agar tak jatuh pada date exam. Amin.Amin.Amin.
Kalo jatuh juga. Itu lah alternatifnya.

*baru tgk balik, 3 mlm aku amik. Lamanya. Nak buat apa tu? Malas rasa nak jalan2. Nak soping je nih.
*jadi, mari kita survey dan riki2 dulu. 

Bulan Lepas 25, Bulan ni 49

Tgk pada bilangan entry aku buat last month - September.
Hanya buat 25 entry sahaja, which bulan2 lain biasanya mencecah 70 entry. Half pun tak smpai napaknya bulan lepas. Haha.

Bulan ni 49 entry kot. Masih sedikit. Aku dah kurang masa utk ber-blog napaknya.
Ke rasa takde apa nak tulis dah.

Sebenarnya, lps aku sambung study, lps tu masuk rumah baru, susah nak tune life cam biasa lagi.
Selasa, Rabu, balik rumah mmg flat abis lah.
Kul 10 baru smpai rumah. Kadang kul 10 lebih. Jammed kat Bulatan Pahang tu mmg hazabedah dan musibat  btul. Entah pukul berapa tak jammed. Jammed aja manjang. Aku suspect, satu sbb orang masuk beli McD drive-thro, satu lagi sbb traffic lite situ kejap sgt. 

Jauh btul aku rasa rumah skang ni.
Itu aku duk hanya lebih 4,5 km je dari rumah skang.
Kalo lebih 20,30km.. lagi haru biru.
Sbb tu la aku salute betul pada yg travel berpuluh2 km sehari tu. Masuk 2,3 hway. Mmg suspect respect! Aku rasa, kalo camtu, terus aku lembik kut.

Kerja pun. Aku rasa duk HR lagi penat dari duk Aset.

Yer, menjaga orang bukan mudah. Dulu duk jaga barang je. Walo nilainya milion ke, bilion ke, tp itu adalah barang. Smpai masa- lupus. Ni orang ko nak lupus?? Haha. Walo tak smpai 1k jumlah staff sini, tp jumlah 700++ dah cukup utk kita buat rasa cam nak pitam!. Mungkin aku takde KPP, dulu kat aset aku ada KPP so, burden of work dah kurang. But, Alhamdulillah, aku punya team pun agak cekap. So, mujur lah disitu. 

Mmg aku sker legal, tp nak kena sumbat otak ni dgn pelbagai SPP, PP, jammed jugak dibuatnya. Byk paperwork nak kena buat. 3 bulan duk sini, aku rasa masih lagi 'lembap' aku neh. Huwaaa....

Kadang, ada rasa give up. Tp mana buleh...aku kan suka cabaran.
Kadang, aku rasa betul ke aku nak belajar ni. Benti je boleh (giler ko, dah beribu abis, lagi mau berenti).
Kadang, rasa nak cakap kat bos, give-up, nak tukar balik dept lama. Tp ko igt ini comp bapak kau, ikut sukak kau mau pegi ke mana kau sukak?

Dan skang ni, rasa cam jammed gak otak nk buat entry kat blog.
Mostly entry aku autopublish. Yg bila2 pree aku tulis, jadikan draft, lepas tu baru publish.
Kadang rasa entry tu dah tak bes. Langsung tak publish.

Begitu lah. Adui. Bebel bebel plak la haaa..
K lah..nenati lah kita sambung bebel lagi...
Nah amek stoberi celup cekelat sato.
kredit : gugel.
*p/s : Jemputlah datang Kraf Inspirasi Alam, Kompleks Kraf Kuala Lumpur - 31 Okt sehingga 11 Nov - 10pg hingga 10 mlm.

Permohonan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian

Rasa semua yg keja govt tahu kot kalo nak ke luar negara mesti kena isi borang.
Borang Permohonan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian namanya.
Semua tahu, tp ada tak buat kot.... hihihiw.

Kena isi tau. Jangan tak isi borang ni.
Skrang dah ada borang baru.
Boleh tgk kat link ini - luar negara atas urusan persendirian

Mengapa mesti isi?
Saja suka suka?
Saja nak gitau kat kengkawan kita gi oversea?
Haha.

Oke. Ini salah satu prosedur yg mesti di follow oleh kita penjawat awam.
Kan masa memula masuk keja dah berjanji utk tidak ingkar perintah.
Don't eh. Jgn take easy menda2 camni. Kita mana tahu apa yg bakal terjadi.
Mana lah tau kut ada kejadian yg tak diingini pulak berlaku time kita pi ke luar negara tu.
Dgn isi borang ni juga kita boleh ambil insurans yang dicover oleh kerajaan.
Ini sebenarnya pun salah satu kemudahan sbg penjawat awam.
Jangan ingat ini menyusahkan. Bukan susah pun. Isi. Lps tu hantar la ke HR. Tau lah derang luluskan. Nati sampai lah kelulusan tu. Kalo lmbt hantar, lps dah balik dari bercuti baru dpt kelulusan. Kuikuikui.

Tahu tak kalo didapati kita ke luar negara (atas urus persendirian) tanpa kebenaran kita boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Ya, contoh kes ada dlm buku Setitik Nila (e-book dari JPA yg ada himpunan contoh kes2 tatatertib - yg jadi buku rujukan aku gak skang ni)




Keputusan Lembaga Tatatertib ke luar negara tanpa kebenaran : "dikenakan hukuman amaran dan turun gaji sebanyak satu (1) pergerakan gaji selama dua belas (12) bulan"
Wohooo... tak mudah kawan..tak mudah... gilo ko.. turun gaji, lps tu setahun baru naik balik. Wohooo...!

(sementara aku uruskan kes tatatertib, mungkin aku nak buat entry contoh2 kes yg kita anggap remeh, tp sebenarnya boleh jadi kes tatatertib - satu tugas yg sebenarnya seronok.. tp ramai la yg menyampah kat kita. Heh!)

*nak isi borang lah walo tatau buleh lepas ke tak pegi ni...risaunya la hai..moga date exam tak jatuh pada date tersebut. Mau soping baju raya di sana, di sana, di sana. Haha. Melampauuu....!!
*eh, patut wordless lah hari ni, takpe lah. Entry dah siap draft - publish ja.

Tuesday, October 30, 2012

Promosi Kraf Inspirasi Alam


Jemput datang yer...
Start besok sehingga 11 November.
Kali ni kraf yang bertemakan alam lah.
Kalo nak tengok hasil2 seramik (pasu semua tu lah), hasil kayu kayan, buluh mmg byk lah ni.
Lepas tu design2 pun harus yg bertemakan alam.
Aku dulu ada berangan juga nak buat tema rumah aku - kraf-kontemporari. Tapi.. huh, tak payah lah. Dah sempit dah rasa rumah tu. Tapi tatau lagi lah. If dapat idea, boleh gak diselit-selitkan.
Nati besok-besok, kalo rajin ai update lah apa yg derang jual kat bawah tu.

Edisi Setengah Jam Je Out Of Stock

Lama dah berhajat nak beli lagi tudung Mila dari Radiusite ni.
Aku ada beli selai dulu. Mmg suka. Sgt selesa.
Tapi terlewat. Sobs.
Tgk dia update kat FB baru 30minit yg lalu.
Buka je web dia seme dah out of stock.
Kecewa. Sobs.

Takpe lah.
Try gi kedai dia yg kat Rawang tu lah.
Rasa2 nak ke myDH ni melayan neh?
Sabtu ni memacam agenda ada. Yg paling penting, research kena settle weekend ni. Harus!

Cantik2 plak kaler dia kali ni.

Suka!

Suka!

Suka!

Dan Suka!

Edisi Cuti Am 2013

Eh. Orang dah berkurun masukkan, aku baru hegeh2 nak tampal kan.
Biar lah. Senang nak refer kalo tampal kat blog sendiri.
Retu rasa macam takde apa2 nak plan tahun depan.
Tp sekali eh, memacam ada plan.
Jadi, mari kita tempek.

Ini cuti am.
sumber : kabinet

 Ini cuti khusus pula

kredit : here
Yang menarik is bulan 1 dan bulan 2. Ujung bulan 1, ada cuti Maulidur Rasul n Thaipusam which amik cuti satu hari je tp dpt 5 hari. Hihiw.
Bulan 2 pun. Byk cuti dekat2. Hari Wilayah on Friday. Lps tu CNY pun dpt 3 ari sbb cuti kena ari Ahad. Masa ni mmg boleh plan cuti bagai bagai sbb aku dah semester break (eh, dah masuk sem 2 uolss..hihiiw).  

Dan ini cuti sekolah (perlu gak ni supaya tak buat plan time cuti sekolah atau pun kena rancang cuti ikut cuti sekolah bila ada family plan)
kredit : kabinet

Dan ini plak kalendar akademik sekolah aku.
kredit : UM
Tp aku malas nak pandang date 13 - 16 Januari. Aku risau sgt exam aku jatuh pada date tu. Harap2 tidak lah..kalo tidak..... yer, RM500 akan burnt begitu saja. Ya Allah...
Mmg my fault sbb siap amik tpt duduk, meals segala. Patut amik tiket je. Mana ku tau ku dpt sambung blaja. Adoi....
So, skang ni aku dah tak boleh nak beli tiket sesuka hati lagi. Kalo ada pun, time sem break yg panjang tu oke (dari bln 6 smpai bulan 9, tp tu kena time bulan puasa)

Takpe lah. Dah ada seme ni. Senang nak refer bila nak buat plan.

Monday, October 29, 2012

Hari Raya Aidiladha 1433

Takde apa sgt pun hari raya ni.
Mak pun tak berapa sihat.
Demam.
MyDH pun camtu gak. Tak demam. Tp soksek selsema.
Musim eh?

Kami smpai kg dlm kul 8pm camtu.
Gunung berkabus je. Masa ni tak ujan lagi.
Start ujan. Lebat plak tu.
Alhamdulillah. Dah keluar hway.
Jammed tak jammed sgt la. Sbb dpt halfday. Trus ke rumah inlaw, derang bagi ketupat palas. Trus shot masuk hway dari Subang lah. 
Keta mmg byk la. Dlm radio dgr ada xciden la apa la kat Rawang tu, tp fuh...kami dah terlepas nak smpai Ipoh dah time tu. Alhamdulillah. Thanks to big boss sbb bagi halfday pada kami seme.
Smpai sana, singgah beli KFC jap. Nak beli bucket bawak balik.
Ramainya orang!
Kelam kabut staff KFC tu. Ye lah, jarang2 derang diserbu gitu. Agaknya seme pun pakat nak belanja kaum keluarga.

Hari raya.
As per post on instagram, ini lah juadah kami.
Laksa-Nasi impit+kuah lodeh+sambal sotong-rendang
daging-ketupat palas. Ada agar2 cendol. Belum potong.
Igt nak buat spageti petang tu, tp makanan still byk.

Akak aku balik, bawa nasi tomato plak.
So, aku cuma buat salad popcorn chicken.


Hari Sabtu. Menikmati sup tulang plak.
Ada sedara yg dah lama tak jumpa datang bertandang.
Mmg lama giler tak jumpa kot. Sepupu. Tapi lama sungguh terputus hubungan.

Jadi, utk merapatkan kembali hubungan, mari add mereka di facebook. Harap2 lepas ni tak terputus berita lagi kita. Tp lupa pula kita nak bergambar yer. Ah, aku pun time tu dah rupa hapa, tapayah lah bergambar2 bagai kan. Tp seronok sbb dapat berjumpa kembali sedara. Sedara dekat plak tu. Padahal mereka2 tu rumah nya di KL ni jugak. Harus rapatkan semula ikatan ni. 

Hari Ahad. Balik dalam kul 11pagi. Keta dah byk.
Begitu lah cerita raya.
Yang bes nya kiterang dah buat family plan. Plan ujung tahun nak ke Johor - ada abang kat sana. Tp aku tatau lagi la boleh follow ke tak. Maklum, da jadi student ni kan. Then awal tahun - plan mau day-shopping kat Langkawi. Pegi Langkawi balik hari (tp tido kat Perlis lah) semata mata utk soping. Hahau. Ini aku punya idea la. Konon nak beli pinggan mangkuk periuk belanga di sana. Haha. Konon je lah. Padahal duit entah mana nak korek. Tp derang seronok pula dgn idea aku tu. Hihiw.
Itu tak masuk plan nak baju kaler apa utk raya tahun depan sbb kami seme beraya kat kg. Tu hari sudah merah darah kan. Jadi, dh dapat kaler, nak pikir pesen apa lak ni. Awal tahun dah  kena tempah baju ni. Hihiw.
Hari Raya puasa kita tahun depan 8 Ogos yer. (iyer.. aku tau, ganti puasa pun tak abis lagi, lagi mau sesebok nak pikir hari raya puasa. Hauhauhau)

Info Kitchen Cabinet n Wardrobe

Lama aku pikir nak letak ke tak entry cemgini.
Sbb pikir, nati ada lak kata saja nak menunjuk.
Tapi.. rasanya menda ni perlu gak share supaya orang lain senang nak dpt info.
Sbb aku retu pun masa riki2 mendalah ni seme, aku tgk blog orang and dari situ aku tau la serba sedikit perihal KC yg mana sebelum ni aku tak penah amik tahu. 
Jadi, harapnya jangan ada tersilap tafsir dengan entry.
Hanya utk perkongsian dan maklumat pada sesapa yg mencari :)

Oke. Info berkaitan KC atau Kitchen Kabinet
Base Unit : 3G
Wall Unit : 3G (6ft full height - tinggi mmg sampai ke siling)
Table top material : Quartz - 8ft (material ni biasanya boleh pilih dari jenis melamine, granite, solid surface n quartz. Aku amik quartz sbb time ni kedai aku amik tu tgh buat promo. Kalo tak... tak kemampuan jugak. Huhu)
Syarikat : Everskill Design, Seri Kembangan

My dapur is so small. Mmg takde la nak buat smpai 10kaki lebar. Nak buat U shape pun tak boleh. Tp aku ada tgk design orang buat U shape. Itu mmg sorang je la muat dlm dapur tu gaknya. 
So, ini lah dia.
Sebelum tebuk tpt letak hob
Selepas tebuk tpt letak hob
Ini la yg aku cam bengap sket ni. Dah tau nati hob ada wire, aku leh tak terpikir nak letak lubang utk wire. So, cemana nak sambung kat point tu. Sudahnya 2kali kerja. Melayang satus sengah utk buat satu lagi plug point kat dalam kabinet. Ceh!

Ni masa baru masuk pindah.


Skang byk dah bertukar. Tpt letak mug tu dah ubah tpt lain sbb aku dah letak bekas beras tupperware kat situ. Then ada letak jugak microwave belah hujung yg ada rice cooker tu. Tak muat rice cooker kat situ. Nyampah.  
Tp Coway maintain situ lah sbb dia kena pakai plug point.
Kabinet tu pun sebenarnya dah sendat mendat dah. Satu bahagian dah letak tupperware (gmbr ulang tayang lagik).

Bawah dia aku letak makanan2 cam junkfood, tea segala tu. Atas hood tu ada barang2 adiah kawen yg aku masih tak guna. Paling hujung plak letak makanan kering cam laksa, bihun. Dah habis penuh. Kabinet bawah tu ada pinggan mangkuk. Tu pun tak muatttt... grrr...

Utk hood n hob aku guna Fujihome. Nati nak gi Ikea, nak beli cermin yang ada design2 tu, nak tempek kat dinding hob tu. Sesuai ke tak? Tgk dapur Fasha Sandha dia buat camtu. Haha. *tetiba!


Sempit wes atas table top ni. Nak masak nasik pun tak muat. Nak potong2 sayur pun sempit. Tp mujo buh induction hob, so, nak prepare bahan2 nak masak, letak je sokkaba atas tu. 

Mengapa colour kelabu, bukan merah spti orang selalu buat atau green lime ke.
Sbb dapur aku sukati nak buh kaler apa. Haha.
Oke, sbbnya memula aku nak buat kaler purple! Hah, kau.. lps tu cina kontraktor tu kata nati cpt jemu. Ye jugak kan. Ko ingat sesenang nak tukau kaler gitu. Merah?? Biasa tu... ramai sgt dah buat. Lagipun, tetiba kaler merah. So, amik grey. Senang mix n match ngan apa kaler pun. Lagipun fridge aku mmg kaler grey. 

Utk built-in wardrobe yang aku letak kat master bedroom.

Anti-jump sliding door (3 doors) - 8ft (full height juga smpai siling, atas swing door, ada 3 compartment jugak). Dia letak skali make-up hanging table with mirror kat beam.
Syarikat : Juga dari Everskill Design.

Pink karer.. haha. sebenar yg ini aku nak buat purple. Tp udah dinding bilik aku ter kaler cam pink2 sket, jadi terpaksa amik kaler pink.

Exact harga tak letak pun takpe kan. Tp kalo nak tau bajet, range utk KC n built-in wardrobe yg aku buat ni dalam 8k++, tak smpai 10k. Sbb dapur ai kecik je. Tp kalo ada apa2 detail nak tanya, just emel atau drop komen beserta emel, nati saya reply ye.

Thursday, October 25, 2012

Edisi Mencuba Zalora Pula

Mau cubak beli barang kat Zalora lah.
Ramai takut nak beli sbb ramai dah ada bad experience katanya.

It's okey.. mari kita try.
Aku cam minat nak beli cardigan ni.

Rega pun oke la. Ada voucher lagi kan. Buleh la try beli.

Yang ni pun oke. Tp takut labuh sgt plak kang.
Rega mahal sket.

Jadi, meh nak cuba.
Tak cuba tak tahu kan.
Permulaan ni jgn la beli trus baju Jovian Mandagie tu.
Pitam kang kalo jadi pepehal.

Mggu dpn lah order. Kita tgk lambat atau cepat sampai nya.
Hihiw.

*p/s : dpt halfday la uolss... hikhik :D

Edisi Aidiladha 1433

Ramai dah cuti ke ari ni?
Tp kat dept aku ni tak berapa plak cuti.
Adik2 unit aku pun seme tak cuti.
Good. Hihiw.
Yg cuti bos kiterang plak. 

Oke, takpe tu.
Harap2 KP bagi halfday ari ni.
Hihiw.

Woh. Smlm jammed bagai nak gile.
Klas abis awal. Dlm kul 8.30 gerak dari UM. Smpai umah kul 11.
Giler woh. Boleh smpai umah kampung dah tu. Skali lagi - giler woh.
Dgn tak kemas bag lagi apa seme. Heh!

Oh. Balik kg kali ni kena hati2. Kang kena tangkap gambau dgn kamera AES lak kang.
Ada satu lokasi yg mmg aku wajib lalu kalo nak balik rumah kg.
Lantak lah.
Yg nyata tukang men-drebar aku mmg jenis tak bawak keta laju2.
So, apadehal. Lain lah aku yg bawak.

Mmg penah kena pun speed trap kat kawasan 'hotspot' area nak ke rumah aku tu (smpai la ni tak bayau lagi. 5 tahun dah kot. Hahahau). Then, aku rasa situ la dia letak AES. Sbb kawasan tu area perumahan, tp jalan 2 lane and mmg luas. Selalu orang cam speeding kat situ.

So, selamat hari Aidiladha utk semua. Mana yang turut sama 'berkorban', moga dapat keberkatan dariNya atas perkongsian rezeki. 
Utk yg puasa hari ni - selamat berpuasa. Mmg besar ganjaran dia. Tp unluckily, atas 'MC' yg Allah bagi, aku tak dpt menikmati ganjaran hebat tu. Tak mengapa lah... nak buat cemana. Ada rezeki, ada lagi puasa2 sunat yg boleh dibuat nati :)

*tak amik cuti pun kali ni. Ahad tu pun mungkin balik pagi sbb nak g HomeDeco. Insyaallah.

Wednesday, October 24, 2012

WW : Keldai II


Ni tak berapa nak "keldai" lah.
Tapi aku dah irritate dah ni.
Boleh katakan hehari ada msg camni.
Nak jual tak? Nak jual tak?
Heh!
Hey, aku tau mmg developer 'jual' nombor aku tu, tp boleh tak ko buat keja sket.
Tgk la nombor rumah sket dah ada orang duduk ke tak (tp kalo dia tau pun, bukan dia tau tuan rumah yg duduk ye dak?)
Dulu aku tak layan, tp skang terpaksa balas.
Supaya derang tak ganggu lagi.
Smpai bila camni ni?? setahun, 2 tahun, 3 tahun atau selamanya??
Bosan!

WW : Keldai 1


Masih adakah "keldai" yang percaya dgn ini semua?
Heh!


Sapa nak adiah percuma tu??
Meh ai bagi no tipon orang tu.
Shell konon... bila masa tah aku register nombor ngan Shell.
Isi minyak situ pun jarang2 skali.
Baik nau la hati Shell nak kasik ribu riban tu.

Tuesday, October 23, 2012

Edisi Cepat Matang Nampak Gayanya

kredit : Here
Hoho.
Hehari pasti jadi pendengar setia.
Hehari pasti ada cerita yang berbeza.
Hehari pasti try to solve problem.

Tu lah yg orang kata lebih senang jaga lembu sekandang dari jaga anak dari seorang ye dok?
(apa la..diperumpamakan anak dara dgn lembu pula. Haha)
Tapi tu lah maksudnya, jaga binatang yg banyak lagi senang dari jaga manusia seorang.

Begitu juga lah aku skrg ni.
Jaga aset yg rega juta2 malah billion2 pun takpe kut.
Dari jaga orang yg hanya 700 orang je pun.

Tapi,
Aku suka jugak.
Ini lah cabaran.
Ini lah yang mematangkan kita.

Ini lah yang akan membuatkan otak kita sentiasa bergerak dengan memikirkan macamana nak bantu orang utk selesaikan masalah.
Menarik tau..... hehari mesti ada cerita yang berbeza. Kadang dalam sehari 2,3 cerita. Kadang takde langsung. Tp kalo dah sendat tak reti nak pikir dah, gitau je lah incik Boss. Boss ada, mari kita pikirkan sesama. 
Aku mmg gitau orang pun, ada apa2 problem leh terus refer ke aku, dari citer pada entah sesapa. Nati lagi susah jadinya. Feel free to share with me, feel free to let me know. Apa saja lah. Esp berkaitan dgn kerja la kan.

Takpe.. skang umo 33 tahun pun orang still ingat 20-an baru.
Hope, jgn nati dah masuk setahun duk sini, umo nak masuk 34 orang dah ingat 44 plak. 

Hihiw.
Pengalaman yg bes ekceli di unit ini.
Utk dijadikan pedoman dan pengalaman diri sendiri juga dalam menempuh hari hari mendatang :)

*tetiba rasa baik retu further study course kaunseling/psychology kan??

Edisi Segenggam Kurma,Secawan Susu Kambing


Wah. Ini cerita TTC ni kan.
Tapi tak mengapalah kot. Takde apa yg TTC sgt.


Sapa consume susu kambing?
Aku ni tak pernah try lagi.

Nak minum cemana, bila nak sua ke mulut pun dah tak boleh nak masuk.
Bukan sbb bau kut. Sbb aku ni mmg susah nak minum susu.
Bau susu tepung je terus cam errr.... takyah la minum.
Higoat. MyDH penah consume. Lalu, dia juga pernah suruh aku minum.
Google
Mmg tak la. Kecuali susu tu panas sepanas panasnya. Tp kang melecur lidah plak.

Sekarang, misi aku lebih berlagak.
Sbb nak minum susu kambing fresh.
Haha.

Fresh tu bukan bermaksud fresh terus dr ladang. Yg tu aku pun takut.
Mesti lah yg sudah di steril dan bebas dari kuman. Kang ha.. mendapat pula penyakit lain.

Nak minum yg serbuk pun ter agak agak. Lagi mau dicuba yg fresh.
Jumpa satu blog ni.
Katanya boleh buat delivery. Tp bila SMS dia kata tak sihat. Kena amik kat Sg. Buluh. Alor. Jauh la pula. Kalo buleh pun pas raya la. Saya dah bersemangat nak minum susu kambing fresh nieh. Haha.

Tak mengapa lah.
Lps period lah kalo camtu kita cuba ya.
Segenggam kurma dan secawan susu kambing.
Mari kira cuba.

Edisi Masukkan Gambar Instagram Di Side Bar Blog

"how to put instagram photo on your blog/ side bar"

Aduh.. minta maaf bebanyak pada yg tanya cemana nak letak gambar instagram kat blog dan aku belum bagi jawapan.
To Suria Qistina..sori yer.. asik mem bizi..trus langsung lupa nk bagitau awak.
Lps tu Angel Adriza pun ada tanya.
(itu je la 2 orang yg tanya..dan bajet cam ramai nau tanya smpai nak wat tutorial kan..)

Ah, ai bukan pandai pun nak bagi tuto tuto nih. Ai pun sendiri sedang ber tutorial ngan lecturer2 ai. Hihi. Oke, takpe. Reni meh la ai terus tunjuk cemna nak buh widget instagram tu.

Oke, first n foremost, gmbr tak buleh di private.
Ini aku tak pasti sgt, sbb takde pun dia mention.
Tp retu aku tukar setting kat instagram. Aku buat privacy setting, which sapa nak jadi kawan, aku kena approved dulu. Tup2 yg aku dah buh kat side bar tu sudah tiada. Haha.
Jadi, public kan saja. Tak mengapalah. Biar lah seme orang tau. Asal jangan bubuh gambar bukan2 dlm tu cukup. Setakat gmbr bihun goreng, jadi tak mengapa.

Mudah giler.
Masuk je sini - snapwidget

Masukkan segala yg dia perlukan tu.

Username : letak username yg kita guna kat instagram kita if kita nak gmbr kita yg keluar. Kalo nak gmbr orang lain pun buleh. Letak username beliau. Kalo nak letak instagram Aaron Aziz pun buleh, buat usernama dia. Tp apa kes???

Hashtag (#) : kalo taknak guna username, buleh guna hashtag. Katakan la suka tgk gmbr kucing #kucing. Nati keluar la segala jenis gmbr yg orang hashtag sbg #kucing. Kalo kowang dah salu hashtag gambar anak2 kowang, maka leh juga letakkan kat situ.

Widget type : amik slideshow lah kalo utk letak kat tepi. Yg lelain tu aku tak penah try lagi.

Yg lelain, tak payah usik pun takpe.
Then try preview.
Dah puas hati kalo click "get code"

Copy semua code tu, masukkan la dalam add a widget kat layout blog kita (add html/java script)
(ni takyah gitau detail la kut..seme pun dah tahu cara nak letak widget kat side bar kan)

Dah settled.
Mudah kan? Semudah ABC.
Mihihihi (",)

Monday, October 22, 2012

Edisi Mesin Basuh Yang Buat Hal


Cam aku citer ari tu dulu. Mesin basuh duk buat hal tu. Yg smpai skrg aku duk gi anta baju kat laundry ja. Kayaknya seperti orang kekaya plak hai. 
Sebulan tahan lagi. Skang ni mana baju kerja - yg tak susah sgt nak basuh - aku basuh sendiri je. Haih.


Jadi, aku rasa, aku tak buleh stand lagi dgn masalah hose nih.
Mmg menyusahkan rasanya.
Padahal rosak getah hose tu je. Bukan drum. Bukan motor.
Tp sbb susah nak carik. Dia jadi menyusahkan.
Seme kedai akan jual yg begini saja.
imej : google
Tapi aku perlu hose begini
Imej : google.

*masa google baru aku tau namanya flexible hose. Mungkin leh gi kedai hardware yg bebetul hardcore punya hardware untuk carik nih.
Yang ni ada la. Tp takkan seketul menda ni aku nak kena order dari China? Hahaha. Jgn buat lawak oihh...

Satu yg lagi menyusahkan ialah, hose ni kena masukkan kat dalam. Itu yg berjujuran air keluar kalo silap pemasangan. Hari tu myDH dah pegi kedai baiki washing machine ni. Orang tu janji nak dtg tengok. Tp tak dtg pun. Geram btul. Tp aku rasa dia pun tak leh nak settle kan jugak kalo takde hose tu.


Jadi, aku ckp ngan MyDH if kita dapat baiki pun, dlm tempoh 2,3 tahun pasti problem ini jadi lagi.
Better way is....

Ya.. aku mau let go itu washing machine.
Ngeh ngeh ngeh.


Sudah survey kat courts. Tp mmg takkan la beli kat courts. Saja nak tgk rega.

Aku berkenan yg bulat ni. Sudah la ada kaler purple.


Tp cam bulky sgt nak buh kat yard aku yg sekangkang semut tu. Dia saja sudah makan ruang.

Lps tu terminat tgk Samsung ni.

Cam bes.
Kredit : samsung.


Motip suka pada Samsung. Apakah sbb tv pun Samsung, hp pun Samsung, lalu mahu washing machine pun Samsung? Mana lah tau, ada teknologi bleh link dgn smartphone kita kan. Klik2 kat phone, lalu terus boleh basuh trus, balik tetgk dah siap, trus je sidai. Hahaha *eh, mungkin ada cam gini satu hari nati kan*

Kali ni aku bukan la tgk pada brand ke berat ke design ke apa.
Yg penting aku nak tgk pengikat hose tu kat mana. Aku taknak dah pengikat hos yg kat dalam. Hazabbb.. uols pun kalo nak mesin basuh, check yg itu yer. Mmg hazab kalo pengikat hose tu kat dalam. Harus carik yg sememangnya kat luar, yg mana kalo hose koyak ke apa, ko tak perlu nak bukak segala bontot mesin basuh tu. Heh!

Skang ni nak carik tpt nak jual mesin basuh tu plak. Ada sesapa tahu kat mana nak let go mesin basuh? (oh. mesin basuh ini akan di let go setelah sempurna dibaiki)

Edisi Hari Minggu, Hari Yang Lapar

Hujan kan. Asik la melapar.
Dah cam 'hungry like a wolf' juga.
Mula dari Sabtu petang. Goreng mihun.

Lps tu tak abis. Simpan dlm fridge. Bawak ke hari Ahad. Panaskan utk breakfast. Makan la pagi tu.
Dlm kul 10 gi umah lama. Sbb akak ipar suh bwk kontraktor tgk dan bagi quotation utk baiki rumah tu (minor je la).

Dah tu, on d way balik rasa lapar giler plak. Padahal kami plan nak gi kenduri kat PJ.
Tp takpe. Baru kul 11 lebih. Beli nasik  berlauk. Nasik separuh sbb konon2 lps tu nak gi kenduri kan.
Makan.
Tp dlm kul 1 hujan turun melebat. Tak leh nak gi kenduri.
Golek2 tgk tv (tgk citer labah-labah, pastu geli2 rasa seluruh kaki - rasa cam ada labah2 plak di sekitar ku..eiiiuuwww)

Kul 4 kembali lapau.
Teringat ada jagung dlm tin, ada santan kotak.
Jadi, boleh buat bubur jagung sekelip mata. Haha.
Ya lah. Panaskan santan, taruk air, buh jagung, buh gula. Siap dah.
Sekelip mata.
Makan smbil tgk Intepretasi Rabak (aahahaha.. sapa layan citer ni? Cam mengong tau. aahahhaah.. btul btul tak boleh blah lah!)

Tapi, tapi, tapi... ada rasa cam tak puas. Cam kena makan lagi.
Ko dah pehal? Rasa dah baca bismillah dah tadi.
Teringat plak chicken fries (jejari ayam) dlm fridge.
Keluar dan goreng kan.
Cicah ngan sos + mayonis.
Sedapnya hoi!
Makan sambil marathon tgk Adam dan Hawa plak (itu je la kejanya kan. Makan - tgk tv - makan - tgk tv - assignment melayang ntah mana)

Baru rasa kenyang.
Ingat kalo malam lapar lagi, makan megi plak.
Tapi mujo... takde rasa lapar.
Takyah makan dah.
Makan je mr potato sket.
Dah settle.

Terus tido. 
Apa kes. Asik nak melantak ja..


p/s : Taruk gambar ni ptg smlm kat FB. Beserta dgn quote doa, kerana doa adalah waktu hujan lebat, adalah waktu yang dikatakan mustajab untuk berdoa. Tp ada je yg meletakkan 'sesuatu' bukan pada tempatnya. Terus aku delete gambar tu.. Emosi?? Biasa la..nak period ni gamaknya. Mmg cenggitu. Hohohoiiii....

Edisi Nak Belajar Berenang

Kan dah kata aku tak reti berenang.
Jadi, tgk deal ni cam bes je.
Nak beli ke taknak?


Murah pun murah.
Then waktu belajar pun cam flexible.
Leh amik weekend.
Dia ada 4 sesi (complete dlm masa sebulan) atau 8 sesi (2 bulan).

Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil class schedule:
Monday – Friday
  • 9am – 9.50am
  • 10am – 10.50am
  • 11am – 11.50am
  • 5pm – 5.50pm
  • 6pm – 6.50pm
  • 7pm – 7.50pm
  • 8pm – 8.50pm
 
Saturday – Sunday
  • 9am – 9.50am
  • 2pm – 2.50pm
  • 4pm – 4.50pm
  • 5pm – 5.50pm



Saturday, October 20, 2012

Edisi PayDay

Kredit : Here
Awal plak dia. Ingat ari Senin.
Hihi.

Tapi hari Isnin nati, pasti jadi gini
kredit : Here

Friday, October 19, 2012

Membebel Di Hari Hujan

Jumaat. Hujan.
Ni ada yg kena macam last week. Musibattt...tersumbatttt...

Lunch hour. Di ofis.
Mmg tak kemana2. Mmg lama dah aku tak kuar kalo ari Jumaat. Dulu yer. Eh. Bukan pun. Dulu dulu yer. Tp masa kat umah lama, aku sker balik rumah. So, leh rilek2 tido jap. Skang tak balik dah la. Walo rumah tu cam dekat gak, tp musibat jammed yg kat Bulatan Pahang dkt McD tu mmg boleh mengancam nyawa. Hoho.

Jadi, marilah kita buat entry jap.

Dkt2 lak dgn entry bola tadi yak. Itu autopublish. Sengaja aku publish lewat supaya lama sket entry 'Suka - tak suka' tu ada kat atas. Haha. Saiko. Entah. Apa kes suka tak suka. Bila aku citer kat MyDH, dia kata, tentah yg bawa cerita tu saja buat cerita. Atau pun kalo betul, suppose dia tak perlu cerita. Sbbnya akan memburukkan keadaan. Jadi, mungkin ada komplot tersembunyi yg dia perlukan. Enaff... lantak pi hang lah. Kuasa nak pikir dah. Kut yer pun kalo ada orang2 yg duk pening2 nak pikir hal aku, nak pening2 rasa tak suka aku, aku minta satu ja - tolong pikirkan skali masalah mesin basuh rumah aku tu. Dah 2 bulan ni aku hantar dobi baju bajan seme. Kalo dpt penyelesaian dia tlg bagi tau aku. Heh! Ada masa plak nak pikir2 hal orang, nak benci2 orang, tak suka tak suka orang, cam la orang suka, sayang, berahi, cinta kat dia tu. 

Hoi..hoi.. enaff okeh. Enaff!


Ok. Tadi kuar ofis jap (dgn kebenaran yaw) Gi amik kad matriks.
Yey! And now I'm officially a student. Cewah!
Eh. Since aku da start kelas pun, dah student la tu kan. Skang dah sebulan lebih pun (how's time flies). Tp skang dah ada kad matriks, baru rasa 'hai..saya dah ada kad matriks..saya dah ada kad matriks'. Gilers.
Ekceli da buleh amik start 8hb tu ari. Tp mana masa?? Ce kabo. Kursus la apa la.
Jadi, ari ni baru ada masa.
Amik kad matriks, then terus beli car sticker. Ate' susah nau nak masuk kat guard tu kalo pepetang. Asik kena tahan ja. Jenuh nak nunjuk kad matrik sementara tu kan.
Skang dah senang. Sticker ada, matrik kad pun ada. Yey!!
Tp.... sticker tu suppose kaler biru (utk IPS student), tp da abis. Dia bagi kaler purple. Tu utk student apa tah. UmCedd ke apa tah. Belasah je la..asal buleh lepas kat guard tu. Purple pun oke. My feveret kaler kan.

Bila aku up gmbr kat FB, ramai kata congrats.
Ha...no no.. it's too early to congrats me fren.. aku ni pun cam tak tetap pendirian lagi. Terkadang ada rasa nak give up. Terkadang ada rasa cam tak buleh nak bawak smpai 2-3 tahun lagi. Terkadang rasa nak bawak satu paper je (aku amik 2 paper sem ni). Susah wooo.
Tapi, di sekeliling aku sebenarnya seme nya amat supportive. My boss, my colleagues and tak lupa.. for sure myDH n my family. MyDH la esp. Takat ni dia tak pernah cakap apa pun. Kadang dia yg antar g sana. Really appreciate. Ye lah, aku sambung bukan atas desakan sesapa kan. Kerelaan sendiri. Jadi, mengapa perlu nak rasa give up ke apa.
It's been 10 years after aku grad for my 1st degree. Takkan aku nak sia siakan lagi masa kan.
Aku seronok nak belajar. Tp bila rasa terbeban sket mula lah pikir lain. Tau je lah. 10 years dah selesa hidupnya. Bila rasa cam 'tersepit' mula la rasa lain macam.

So, bila down sket, myDH akan beri support. Cakap itu ini. Oke la sket kan. Ye lah, slps degree, academic qualification lain bukan menjadi kelayakan utk dpt naik pgkt/naik gaji sebagainya kalo kat govt ni. Sbb tu aku mmg tak aim la kata nak further study utk dpt naik pangkat. Just utk kepuasan diri. If one fine day, Allah bagi rezeki naik pangkat ke apa, aku nak jadi seorang yg ada kelayakan akademi lebih dari sepatutnya. Mmg la ada orang cakap, orang tak belaja tinggi pun ada juga jadi CEO bagai. Tp itu orang lain. Bagi aku, ilmu is everything. Kalo jadi Pengarah pun, Pengarah ber-PhD, bak kata kawan aku sorang tu. Hihi. Tp bkn Pingat Hasat Dengki pula yer. Itu yg meroyan nak benci2, tak suka orang tu. PhD yg ada depannya Doktor la. Kuikuikui.

Memacam la kan. Ada orang pikir money is everything. Ada yg pikir love is everything. But bagi aku - knowledge is everything. Cara berpikir, cara beremosi seme akan datang dari knowledge. 

Eh. Ter membebel plak di petang2 hari hujan neh. Oke lah.. luahan rasa je ni. Aku pikir, mmg Allah dah tentukan aku belajar utk kali ni. Berapa tahun pun dah aku mmg niat nak belajar, tak tercapai. Skang baru tercapai. So, aku tahu, setiap yg aku buat, Allah akan permudahkan. Insyallah.

Doakan aku berjaya :)

*komen disable juga entry ini. Hihiks :P

Edisi Piala Malaysia 2012

kredit : here
Tweheheee..
tetiba.

Saja. Suka Suka.

Uols sokong mana?
Ke taktau nak sokong mana?
Ke sokong je lah?
Ke tgk tanpa nak sokong?
Ke langsung tak heran lah bola bola ni.
Hihiik.

Aku rasa aku nk tgk.
Sbb cam menarik. Kelab masuk final kan.

Aku sokong mana?
Lalalaaa...

Harus la ATM. Hihiw.
Ada sebab aku sokong ATM.
Kerana darah tentera yg mengalir dlm badanku ini. Cewah.. dan dan terus patriotik.
Ya la.. arwah ayah adalah bekas tentera.

Walo aku tau, Kelantan akan menguasai permainan. Dan mungkin gak menang. 2-0, 2-1, 1-0.. kita tgk je lah esuk.

Majulah sukan untuk negara
Dan terus beratur untuk menyanyi lagu "ini lah..barisan kita..yg ikhlas berjuanggg....siap sedia berkorban.. untuk ibu pertiwi"

Thursday, October 18, 2012

Ada Orang Suka, Ada Yang Tak Suka

Biasa lah kan.
Kadang kita rasa takde apa pun yg kita buat pada si polan si polan tu. Tapi tetiba dia tak suka kita. Tetiba je sampai ke kita "eh kau tau..dia bukan suka kau"
Ek eh.
Mengapa yer simply simply tak suka orang. Sentiasa tak puas hati dengan orang. Sentiasa rasa diri perfect.

Entah. Bukan kata orang lain.
Kadang aku sendiri pun ada rasa macam tu. Rasa macam tak puas hati.
Tapi... muhasabah. Pikir semula. Untuk apa kita nak tak suka orang yg tak buat apa2 pun kat kita. Selesa ke kita bila berkeadaan begitu.
Aku salu berpikir, if aku tak suka orang atau tetiba nak benci kat orang, katakan lah one fine day orang tu yg akan tolong kita. Cemana? Hidup ni, bukan selamanya kita di atas. Terkadang kita akan terjatuh juga. 

"Tak Hidup Dek Puji, Tak Mati Dek Keji"

Pelik kan. Tetiba nak tak suka orang.
Ni aku buat kerja2 yg menjaga orang ni, lagi la menjadi bahan keji dan umpatan.
Ingat aku tatau. Haha.
Lelebih lagi bila kita nak menguatkuasakan satu2 prosedur, satu2 peraturan.
Lelebih lagi bila kita uruskan hal2 berkaitan pengambilan, penukaran segala.
Pendekatan aku mudah ja. Lantak korang lah. Kalo aku ada bergantung hidup mati pada ko-yess.. aku akan sedih bila orang tu benci, mengkeji, mengata, tak suka ke apa. Tp kalo takde kaitan, aku tak pernah berhutang duit apatah lagi berhutang budi - lantak kau situ. Nak tak suka aku, sila kan. Nak benci aku, benci la kau sampai lebam. Nak ngumpat ke kata aku ni cam bagus bagus je - buat lah sukahati kau.  Ye lah, kita ni je buruk..dia tu, takde sebesar kuman pun kesalahan....perfect. Sifar kesalahan punya orang!

"Jika ada orang berbicara mengenai kita di belakang... 
itu tandanya kita berada DI DEPAN"

Entah. Aku skrg ni mmg tak bercampur sgt dgn orang.
Sombong? Berlagak? Perasan bagus? Atau mmg orang dah taknak berkawan?
Lantak lah kau nak kata apa.
Time ofis, mana masanya.
Kut kalo berkumpul pun duk cakap hal orang, aku dah malas. Zaman tu dah berlalu. Dosa sedia ada dah tak tertanggung, lagi mau nak tambah dosa bercakap perihal orang smpai senget2 mulut (tp ada keadaan yg mengizinkan aku amik tahu tu seme - atas dasar kerja)
Skang ni kawan je seme orang. Orang taknak kawan, tu lantak lah. Lagipun aku tak suka hipokrit.
Simple approach.

Cuma aku pelik betul mengapa boleh timbul tak suka lah orang tu, benci lah dia tu.
Padahal sekelumit pun aku tak pernah nak sentuh hal mereka.
Kalo pasal cara kerja lah yang menyebabkan aku dibenci, orang tak suka pada aku, aku redha je. Kembali pada fitrah - Allah yang menentukan segalanya. Mesti ada sebab mengapa kita diberi tanggungjawab ini. Kalau pasal lain... tu aku tatau. Tu mmg penyakit hati lah namanya.
Nak buat macamana. Yang nyata aku tahu aku mmg tak sempurna.

"Bukankah saat orang berbicara buruk mengenai kita,
padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka...
itu tandanya kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dibanding mereka"

Mengapa ada sikap tak suka. Ya Allah.... sumpah aku tatau. Aku tak pernah nak 'selak' hal orang pun. Lantak kau lah nak buat apa pun. Ko bukan siapa2 pun pada aku. Eii.. tolong lah. Tp kenapa nak jugak mengata, mengeji, mencela semua.
Tiada jawapan.
Aku akui, aku sendiri pun kadang terkhilaf. Berbicara mengapa orang tu begitu, mengapa orang tu begini. Tp sebenarnya, menda tu menyesakkan kepala hotak je. Ada kena mengena dgn kita kah? Takde kan? Lalu, kenapa mahu persoalkan. Biarlah orang tu beli rumah cemana, biarlah orang tu nak renovate rumah dia cemna pun, biarlah orang tu perasan bagus, biarlah orang tu beli baju rega 1k, ada kena mengena dgn kita kah? akan berkurangan kah duit simpanan kita? sakit tang mana kah kita?

"Dan saat orang berbicara dengan nada iri mengenai kita... 
itu tandanya kita sudah jauh LEBIH BAIK dari mereka"

Sebenarnya simple je hidup ni. Tak payah la menyesakkan otak dgn membenci orang, tak perlu la ada rasa tidak puas hati dengan rezeki orang, tak perlu nak sentiasa rasa semua orang tak betul. Apa yg kita dapat?? Gaji bertambah?? takde pun kan. Kau rasa tak suka orang tu, jadi, kau nak buat apa dgn dia.
Senang je sebenarnya. Kembali kepada diri kita. Sempurnakah kita?

“Jangan resah andai ada yang membencimu, 
kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. 
Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, 
kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali


Bacaan menarik berkaitan suka tak suka ni :

Edisi Canola Oil

Yer. Aku cam samar samar. Apakah ini Canola Oil.
Mmg tak berapa nak tau. Dan tak penah nak amik tau.
Aku jadi tahu bila aku guna minyak tu masa nak buat choc fountain tu hari.
Menurut orang yg sewakan fountain tu, kita kena cairkan choc tu dgn canola oil.
Kalo olive oil ke apa, nati ada bau.
So, berkejaran lah ke Tesco pagi sblm housewarming tu untuk cari Canola Oil.
Usah di carik la kat 99speedmart (unless yg besau punya takpe) ke, KK Mart ke apatah lagi kedai PakMat. Mmg takkan jumpa la. Haha.


So, beli. Beli yg paling murah. Jenama Tesco. Hauhauhau. Dasarrrr sgt kan.


Guna baru sket. 
So, skang trus kan guna. 
Dalam pada tu nak carik apa la benefitnya.

Tp dlm BM tak byk sgt lah.

Ada byk dlm Indon. Mungkin... mungkin la kan. Aku pun tatau sgt. Kat M'sia ni jarang orang guna Canola Oil nih. 
Aku pun dlm cadangan nak tukar guna minyak jagung. Konon cam nak jaga kesihatan. Lagipun bukan salu masak. Jadi, tak terasa la sgt kalo nak beli sebotol tu kan. Teheeee.

Gambar Hiasan. Google
Ok, apa benefit dia.
Kalo nak baca - dlm bahasa Indon lah - ada kat web ini :
http://www.resepbunda.biz/2012/03/29/manfaat-khasiat-minyak-canola/

Nak tau lagi pasal Canola, tgk je lah kat wikipedia ni : Canola
Sedikit tentang khasiatnya.
Canola oil is low in saturated fat and contains both omega-6 and omega-3 fatty acids in a ratio of 2:1. If consumed it also reduces Low-density lipoprotein and overall cholesterol levels, and as a significant source of the essential omega-3 fatty acid is associated with reduced all-cause and cardiovascular mortality.[29] It is recognized by many health professional organizations including the American Dietetic Association and American Heart Association.[30][31][32][33] Canola oil has been given a qualified health claim from the United States Food and Drug Administration due to its high levels of cholesterol-lowering fats.[34]

Lagi ada kat web ini
http://www.nutrition-and-you.com/canola-oil.html

Tetapi, bila baca yg ini....
http://vanessaruns.com/2011/02/08/gmos-and-why-you-should-never-use-canola-oil/

Abis, cemana ni?
Nak buang je??

Apa Yang Ada Di Medan?

Itu la soklan aku tanya ke 'emel-mates' aku pepagi tadi.

Cena buleh terpikir Medan plak nih???
Ada2 je ko ni kan Ida!
Sbb pepagi bukak emel, napak emel dari MAS.

Promo gi negara2 Asean includes Medan.

Try2 book, dpt dlm 800++ utk 2 orang - return.
Tp utk date yg sama kat AirAsiaGo (yg dgn hotel skali) dpt RM800++. Kuikuikui.
Better go for AA lah kan kalo rega yg sama dpt penginapan skali (3 hari 2 mlm).
Lagipun 40minutes je kan. Kalo lama cam g HK tu ari mebi opt for MAS la kan. Selesa sket.

Saja aku buh 3 hari 2 malam ja.
Konon cam plan utk celebrate our 4th (hah! 4th already ya?? how time flies. Cewah!). Lagi pun sebuk2 klas kan, 2 mlm sudah.

Tapi.... ingat mendapat kelulusan ke dari incik Yamtuan tu??
Mmg tak akan la.
Dia dah kata "awak belajar skang, belajar je, nak jalan2 tunggu abis belajar. Tumpu je pada belajar"
Ngehngehngeh.

Pulak tu bulan 1 aku da ada trip (which doa macam nak mati jgn la jatuh on date aku ada exam. Kalo tak, RM500 is burnt. Bijak sgt beli skali meal trus. Ko hadap lah. Patut beli tiket skali).
Oleh krna itu, aku masih tak buleh nak booking hotel bagai. Kena tggu exam schedule dulu. Dah la amik 2 paper ja, harap2 tidak la terjatuh pada date itu.

Tapi, tetap nak tau, bes ke Medan ni?
Mana bes kalo nak soping? Bandung ke Medan? (sbb Bandung dah penah pegi kan)
Byk tpt lawa ke?
Bali takmo... asik laut ja tahun ni.. bosan sudah.
Mau soping baju raya. Teheeee (padahal itu aku reserved utk trip bulan 1 tu. Tu pun shopping heaven gak situ)

*adoi..tak bawak plak myS2. Ni rasa tak buleh duduk neh... sbb tak buleh nak amik gambo masuk instagram. Hahah. (tp mujo bawak phone yg utk orang call tu)

Wednesday, October 17, 2012