Friday, February 10, 2012

Tahun Melawat Perak : Gunung Lang

Jalan jalan di Perak sempena Tahun Melawat Perak.
Haha. Boleh??
Memula igt nak gi Pasir Salak. Skali baca review org kat blog, langsung tk jadi pegi. Seme kata tpt tu macam tak terjaga, rumah2 kutai pun semak2 dah. 
Sayang skali. Mmg sayang. 
Kenapa Pasir Salak ni tak dimasukkan dlm tpt ikon Perak tu? Padahal pada lagu Perak Darul Ridzuan tu ada je citer pasal Dato Sagor, Dato Maharaja Lela tu. 

Takpe la. Itu pepandai la pihak berkenaan pikirkan kalo nak menarik lebih ramai pelancong ke negeri Perak ni. Jgn smpai org kata 'gi Perak, apa yg ada?'. Ha.. padahal byk je tpt menarik celah2 tu. Contohnya ni la salah satu. Taman Rekreasi Gunung Lang. Aku pun tak penah pegi. Padahal sng je kot nak pegi. Dia kat exit kedua kalo nak masuk Ipoh. Kalo ikut hway, nak kuar Ipoh ada 3 exit. Exit pertama kat Tesco/Jusco tu. Exit kedua sini la (masuk jalan Kuala Kangsar), then ketiga - exit Jelapang. Jadi tpt ni pada exit kedua, masuk dia sebelah Petronas.


Apa je yg ada kat sini?

Ada ikan beso beso kat jeti.
Leh beli makanan ikan dgn rega singgit atau tak puas lagi bleh roti kat kedai makan situ. Ikan ni cam lapar je. Campak je makanan berebut rebut makan.

Lps tu leh naik bot. Gi seberang tasek. Kejap je bot ni. 5minit camtu je.


Dah napak pun seberang sana.
Ada ikan gak dlm tu. Tp tak berani aku nak campak makanan, kang tetiba menda lain kuar menyambar, ko mampu?? Idak la teman weh...

Apa ada kat seberang sana?

Ada beberapa biji rumah camni. Rumah Perak la gamaknya.


 Ada la 2 eko ostrich ni. Sblh nyer plak rusa 2,3 eko. Ada gak la rabbit. Tp tak amik gmbr pulak.

Lps tu ada menara tinjau ni. Tp tak bleh naik. *haha. Acapkali jalan2 aku asik pakai baju belang2 ni je kan. Napak nau da takde baju jalan2. Tp baju ni sedap. Kalo pakai tgh panas pun tak la rasa sgt peluh tiak tu. Huhu. Beli kat Jusco je, tp selesa.

Kawasan ni ekceli cantik. Dan luas. Tp tah.. nak kata tak terjaga, elok tgk rumput pendek. Tapi tah.. cam takde 'aura' rasanya. Sayang plak. Kalo btul derang selenggara leklok suppose ada la signage/notice/signboard ke apa la yg tunjuk arah2 nak kemana. Tunjuk umah tu umah apa. Citer la sket2. Ada binatang apa dlm setiap tpt tu. Sayang. Serius sayang sbb aku rasa bleh dikomersialkan tpt ni. Tak lama kami pusing2 dlm tu. Kembali semula ke jeti.


Bot ada je pusing2 anta amik situ.


Abiskan makanan ikan yg beli utk anak buah aku utk dia bagi kat ikan tu. Then lepak kat tempat yg nyaman nih.


Belikan anak buah aku eskrem n kiterang makan kacang. Huhu.
Waktu dtg takde air terjun dari atas tu.
Balik dari seberang sana. Tgk ada air terjun.
Mungkin dia dah set timer kot. Kul 2 ada ayor terojun.
Kot la. Aku pun tatau. Kang ada org smpai kul 2, tetgk takde la menda ni. Haha.


Tapi nyaman la. Sejuk je. Tau je lah, aku duk sini dalam kul 1 smpai kul 2 lebih.
Panas terik tahap menggelegak otak tu. Peluh tiak tu tatau nak kata dah la. Hahah.


Sini sebenarnya faveret spot utk org kawen amik gambar outdoor.


Jadi itu je lah. 
Sedikit info berkaitan Taman Rekreasi Gunung Lang ni.
Utk naik bot tu dewasa RM3, kanak2 RM1.50.


Dia buka tahun 2000. Dan selepas lebih 11 tahun, baru aku berpeluang nak jejak sini.

Oke la tu. Bln Jan gi Dataran Lang. Bulan Feb gi Gunung Lang.
Bleh klik web MBI ni utk nak baca serba sedikit perihal Gunung Lang ni - MBI
Tp jgn lupa, tasik ni juga ada mitosnya tersendiri. Sbb kan mitos tu juga aku tertangguh nak pegi. Dikhabarkan ada yg penah napak naga (aku rasa ular la kot) kat tasik ni. Masa aku tggu bot kat jeti nak balik ke seberang sana tu, bot yg nak amik kiterang siap pusing cam jauh sket. Kiterang cam tertanya2 gak la. Kenapa dia cam pusing jauh. Aku lak cam napak air kat tgh2 tasik tu cam ada alunan sket. Tapi malas la nak pikir bebukan kan. Takde apa lah. Sekejap sgt pun naik bot tu. Insyaallah, kalo niat kita sekadar nak menikmati ciptaan Allah ni, takde apa la kot.

Cuma tu je lah, pihak2 yg terbabit, sila la 'ceria' kan sket taman yg seberang sana tu. Luas dan cantik sebenarnya. Sayang. Takut satu hari nati jadi cam Pasir Salak tu jugak.

Jadi, marilah berkunjung ke Perak. Haha. Promote pree ni tawwww.......

21 comments:

Qhaifa Nur said...

banyak lagi tempat yang menarik kat perak...
cantik permandangan gunung lang..

::EIDA:: said...

Lagi lagi... hihi

Hida Kadiso said...

pernah pegi dulu mase study kat ipoh.. tempat die cantek.. =D

cikbedahlaser said...

wow... mungkin leh masukkan dlm trip akan dtg.. ecehh
tp serius menarik....

eKa said...

salunya tmpt2 gini mesti ada mitosnya...tetiba naga kuar guane rupa ekda

CikPuan Fara said...

rsnya sign gunung lang atas tu boleh tgk dr highway kan kekda?.. mmg cantikla wat amik gmbr post wedding kat tepi air terjun tu..

Chekgu Azrine said...

cantik betul tempatnya ye.. bolehla singgah nanti kalau balik kg husband kat Penang..

Z.U.E said...

maca, best je kekda.. nak2 tang ayor terjon tuh.. eheheh nampak cool!

Cik Anita said...

Gunung Lang?

serius tak pernah dengar! alahai.. Nita ni dah jadi orang murtad Perak dah ni. huk

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam pnstoberi..pernah sampai seklai jer..jaman bujang2 dulu.hihi.Dulu xder la 'semeriah' skrg cam gambar tu..

puanstoberi said...

QHAIFA NUR :

Mmg byk, tp ada sesetgh nya terbiar sepi. Kasihan...

puanstoberi said...

EIDA :
Takdok dah..ni je ada..

puanstoberi said...

EDA :

NI ler 1st time akak pegi. Dulu takut kat anaconda yg org kata tu. Haha :P

puanstoberi said...

CBL :

Gi le 'menembak' kat sana. Korang kan penah wat trip gi balik je ke Ipoh, mmg bleh selitkan ni.
Tghari gi makan kat Restoran Tasik Raban.

puanstoberi said...

EKA :

Hahaha..mujo duk dlm bot tu kejap, mengkalo cam islang hoping Langkawi...?? Mmg tak la naik. Huhu :D

puanstoberi said...

CP FARA :

Yup, btul tu. Akak lupa nak tulis. Nati akak edit aaa... thankss :))

puanstoberi said...

CHEKGU AZRINE :

Mmg bleh singgah. Dkt sgt ngan exit hway. Lepak kejap situ pun oke. Dkt tpt air terjun tu bes, sejuk berangin je :)

puanstoberi said...

CINTA :

Oh. Mmg cool. Mujo tak bleh mandi ja. Hahahah (T____T)

puanstoberi said...

NITA :

Ko bio beno tak penah dengo NIta, kut bkn org Perak pun tau ni. Kalo nak g Utara, mmg leh napak signboard beso dia atas gunung tu. HUhu :D

puanstoberi said...

AZATIE :
Penah gak smpai yer. Sy ni ler, baru pertama kali, padahal hometown je ni. Huhu :D

. said...

boleh berkelah tak kat sini?